perbezaan pendekatan klasik dan wacana analisis pascamoden

33
Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Upload: habiba-nabihah

Post on 28-Dec-2015

267 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

wacana dan masyarakat

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Page 2: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

PENDEKATAN BERASASKAN

TEORI

PENDEKATAN KLASIKAL

• Renaissance • Enlightment

PENDEKATAN ANALISIS MODEN

• Modernism • Postmodernism • Jacques Derrida –

Deconstruction• Geneology dan Kritikan

Sosial – Michel Foucault, Julia Kristeva

• Perbincangan Tekstual

Page 3: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Renaissance Konsep analisis di dalam renaissance

kebanyakannya dipengaruhi oleh konsep Greek purba.

Tetapi ilmu-ilmu di dalam konsep ini selalunya bersifat sekunder (secondhand),ditapis melalui pelbagai pandangan individu dan bukan semua teks yang digunakan adalah mempunyai kesahan yang kuat (goyah).

Page 4: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Methodologi bagi Renaisaance ini adalah hasil campuran idea-idea tokoh seperti Plato, Aristotle, Stoic dan Galenic. Ahli falsafah yang berpegang kepada konsep ini mendakwa kesemua tokoh ini mempunyai pegangan yang sama bagi konsep analisis dan sintesis.

Page 5: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Enlightenment Individu yang terlibat di dalam analisis

wacana ini mestilah bersifat stabil,koheren dan mengenali diri sendiri,waras, dan bersikap rasional.

Individu yang terlibat di dalam analisis wacana perlulah melihat dirinya serta dunia sekelilingnya melalui pelbagai perspektif menggunakan kemampuan akal.

Page 6: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Pengetahuan rasional yang terhasil melalui pemikiran akal dikenali sebagai ‘sains’,yang mana ianya dapat merungkaikan kebenaran tentang dunia melalui persepsi individu itu sendiri.

Pengetahuan yang terhasil daripada sains tadi adalah bersifat ‘benar’ dan kekal.

Page 7: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Kebenaran/pengetahuan yang terhasil dari sains akan sentiasa menuju ke arah kemajuan dan kesempurnaan. Keseluruhan institusi dan amalan manusia boleh dianalisis melalui sains dan boleh dipertingkatkan(diperbaiki).

Alasan/sebab adalah pertimbangan utama mengenai apa yang betul atau terbaik.

Di dalam dunia yang dikawal oleh alasan/sebab,kebenaran sentiasa sama seperti kebaikan dan betul. Kebaikan dan betul adalah merupakan sebuah konsep yang sama.

Page 8: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Sains adalah sebuah bentuk ilmu pengetahuan. Sains adalah bersifat neutral dan objektif. Saintis(mereka yang menghasilkan pengetahuan saintifik) mestilah bebas untuk mengikuti ‘Law of Reason’ dan tidak dipengaruhi unsur lain seperti wang atau kuasa.

Page 9: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Bahasa, yang merupakan cara untuk menghasil dan mentafsir pengetahuan, juga mestilah bersifat rasional. Untuk bersifat rasional,bahasa mestilah lutsinar; ianya mestilah berfungsi hanya untuk mewakili dunia yang nyata dan boleh diterima akal.

Page 10: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Modernism

Fasa Modernism ini biasanya didefinisikan sebagai waktu bermula dari lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 hinggalah pada penghujung Perang Dunia Kedua.

Ahli falsafah Modernis cuba melakukan perubahan atau mencari jalan untuk mentafsirkan dunia moden tersebut.

Fasa Modernism mempunyai dua definisi bagi menerangkan mengenai apa itu Modernism dan kedua-dua definisi ini berkait secara langsung dengan Postmodernism.

Page 11: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Definisi pertama bagi modernism datang dari sebuah pergerakan yang secara meluas dikenali sebagai “modernism”.

Pergerakan ini berkait rapat dengan idea abad ke-20 Gaya Barat mengenai kesenian.

Modernism, seperti yang anda mungkin tahu, merupakan pergerakan di dalam seni visual,muzik,kesusasteraan dan drama yang mana mereka menolak gaya Victorian lama mengenai bagaimana kesenian sepatutnya dibuat,dinikmati dan ditafsirkan.

Page 12: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Setiap genre sastera adalah kabur pada fasa ini. Sebagai contoh,sajak pada fasa ini lebih bersifat dokumentari manakala penulisan biasa lebih bersifat seperti sajak zaman moden.

Memberi keutamaan kepada penghasilan sesuatu hasil seni

Menolak sekerasnya penarafan antara “tinggi” atau “rendah” di dalam pemilihan bahan untuk menghasilkan hasil seni dan di dalam cara mempamer, mengedar dan menikmati seni.

Page 13: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Ciri-ciri utama fasa Modernism termasuklah :

Memberi penekanan kepada impressionism (gaya lukisan ynag kebanyakannya digunakan di Perancis pada abad ke-19 yang menggunakan warna sebagai medium menghasilkan kesan cahaya atau perasaan) dan subjektiviti di dalam penulisan. Penekanan juga diberikan kepada BAGAIMANA sesuatu itu dilihat berbanding APA yang dilihat.

Sebuah pergerakan yang menolak pandangan klasikal yang banyak menggunakan individu ketiga sebagai sumber rujukan,pendapat yang sempit ruang lingkupnya dan meletakkan moral sebagai sesuatu yang tidak berubah.

Page 14: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Setiap genre sastera adalah kabur pada fasa ini. Sebagai contoh,sajak pada fasa ini lebih bersifat dokumentari manakala penulisan biasa lebih bersifat seperti sajak zaman moden.

Memberi keutamaan kepada penghasilan sesuatu hasil seni

Menolak sekerasnya penarafan antara “tinggi” atau “rendah” di dalam pemilihan bahan untuk menghasilkan hasil seni dan di dalam cara mempamer, mengedar dan menikmati seni.

Page 15: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

POSTMODERNISM

Postmodernism merupakan sebuah terma atau set idea yang sukar dihuraikan, yang hanya muncul sebagai ruang di dalam kajian akademik sejak pertengahan tahun 1980.

Postmedernism sukar untuk dihuraikan kerana ianya merupakan konsep yang muncul di dalam pelbagai disiplin kajian ,kesenian ,kejuruteraan ,muzik ,filem ,kesusasteraan ,sosiologi ,komunikasi ,fesyen dan teknologi.

Sukar untuk mengetahui mengenai bila postmodernism bermula kerana tida rujukan sejarah mengenainya.

Page 16: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Mungkin cara yang paling mudah untuk memikirkan tentang modernism ialah dengan memikirkan mengenai modernism,pergerakan yang mana postmodernism adalah sesuatu yang terhasil darinya.

Postmodernism, seperti modernism, mempunyai idea yang sama,menolak batasan antara tinggi dan rendah sesuatu bentuk seni, dan menolak genre sastera yang rigid.

Page 17: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Jacques Derrida – Deconstruction Penulisan Derrida bermula dengan perkataan

“mungkin”,yang membawa makna di dalam analisis wacana segalanya adalah bersifat sementara sahaja; anda tidak boleh membuat kenyataan yang bersifat ‘pasti’ atau positif.

Ini merupakan kunci lain kepada analisis wacana-walaupun anda memahami bahawa tiada apa yang kekal, anda terus berpura-pura seperti tida apa yang berlaku.

Derrida kemudiannya memperkenalkan idea yang mana sesetengah “perkara” telah berlaku. “Perkara” ini merupakan salah satu jenis “letusan” atau masa rehat.

Page 18: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

PASCAMODEN Perbincangan mengenai pascamoden telah

muncul sebagai reaksi kepada moden. Awalan kata post atau pasca mempunyai erti

sesuatu yang datang setelahnya, suatu pemutusan atau pembezaan dengan masa moden.

Namun mengikut hujahan daripada Featherstone (2001) lebih dekat definisinya kepada sesuatu pembebasan, perpecahan atau perpindahan dengan definisi moden.

Page 19: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Sehingga istilah pascamoden menjadi kurang baik bila dilihat daripada sudut pandang yang relatif kerana hanya memandang pascamoden bukan merupakan sesuatu yang sungguh-sungguh sehingga hanya merupakan suatu wujud daripada perasaan ketidakpuasan dengan keberadaan moden.

Page 20: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Ciri-ciri Yang Berkaitan Dengan Pascamoden

Hujah yang tidak memiliki asas dalam teori falsafah dan sosial serta budaya yang menegaskan bahawa asas metanaratif yang menjadi asas moden Barat mengenai universal dan mempunyai gagasan yang istimewa mengenai ilmu pengetahuan, humanisme, sosialisme ialah cacat dan kita harus mencuba menghasilkan mod pengetahuan yang lebih sensitif terhadap pelbagai perbezaan.

Page 21: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Pemberian hak istimewa terhadap hal yang bersifat lokal.

Pergeseran daripada bentuk budaya yang merewang ke hala bentuk budaya perangkaan yang tampak dalam penekanan pada imej visual dan bukan kata-kata.

Tidak terbuka terhadap sesuatu penetapan nilai yang hakiki.

Page 22: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Sehingga istilah pascamoden menjadi kurang baik bila dilihat daripada sudut pandang yang relatif kerana hanya memandang pascamoden bukan merupakan sesuatu yang sungguh-sungguh sehingga hanya merupakan suatu wujud daripada perasaan ketidakpuasan dengan keberadaan moden.

Page 23: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

IDEA DAN PAKAR TEORI PASCAMODEN

Berbincang mengenai pascamoden tentunya tidak boleh terlepas daripada tokoh-tokoh yang populer sebagai penyokong pascamoden serta gagasan yang dipunyai.

Dalam pascamoden ada beberapa tokoh yang berpengaruh iaitu :

RICHARD RORTY MICHEL FOULCAULT J. F. LYOTARD JACQUES DERRIDA

Page 24: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

RICHARD RORTY

Rorty mempunyai hujahan yang tidak menyokong kepada fitrah manusia, dia mempunyai anggapan bahawa konsep fitrah manusia merupakan ancaman.

Mengikut Azmi et al.(2002) bahawa anggapan Rorty mengenai sesuatu yang dikehendaki merupakan kehendak individu dan mengabaikan masyarakat secara keseluruhan maka akan menyebabkan masyarakat anti sosial.

Page 25: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Sikap pesimis terhadap konsep fitrah manusia dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.

Penolakan terhadap konsep fitrah manusia maka akan meninggalkan pencarian persoalan mengenai erti manusia dalam sejarah dahulu dan itupun juga bukan merupakan agenda era pascamoden.

Page 26: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

MICHEL FOULCAULT Manusia menurut padangan Foulcault dikutip dari

Azmi et al.(2002) tidak mempunyai personaliti dan telah kehilangan kehebatan kerasionalan.

Manusia tidak boleh menetukan dan merasionalkan sesuatu untuk dirinya sendiri kerana segala-galanya telah ditentukan dan dirasionalkan oleh bahasa dan budaya ditempat mereka hidup.

Page 27: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Hasil pandangan Foulcault bahawa manusia merupakan hasil daripada persekitaran bahasa dan budaya tertentu dan akan berubah daripada satu budaya kepada budaya lain.

Manusia daripada budaya yang berbeza tidak boleh mempunyai ilmu yang sama walaupun membincangkan perkara yang sama.

Page 28: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

J. F. LYOTARD

Lyotard mengertikan pascamoden secara sederhana sebagai “incredulity towards metanarratives” (ketidakpercayaan terhadap matanaratif).

Metanaratif yang dimaksud, misal : kebebasan, kemajuan, emansipasi kaum proletar, dan sebagainya.

Lyotard ialah filsuf yang memperkenalkan istilah pascamoden ke dalam bidang falsafah.

Page 29: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Mengikut hujahan Lyotard pascamoden ialah sebuah pergerakan yang bertambah hebat, usaha yang berterusan untuk mencari kebaharuan, eksperimentasi, dan revolusi kehidupan yang berterusan.

Dengan kata lain, dalam bidang falsafah pascamoden diertikan sebagai “segala bentuk perwujutan penilaian terhadap paradigma-paradigma moden dan terhadap metafizika pada amnya”(Sugiharto.1996).

Page 30: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

JACQUES DERRIDA

Bagi Derrida, para filsuf mulai daripada Plato sampai Edmund Husserl masih dikungkung oleh tradisi berfikir perlambangan.

Pada perlambangan, pemikiran kita dibawa ke dunia ideal, sebagai prinsip rasional untuk mencegah kekacauan dunia pengalaman.

Perlambangan menguasai ruang dan waktu, dan kerananya dianggap sebagai prinsip penata, maka segala sesuatu di dalam ruang dan waktu mengalami pengaturan olehnya.

Page 31: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Oleh itu, perlambangan membangun sebuah proses yang teratur, sistemik, stabil dan harmoni.

Dengan perlambangan ini, ruang, waktu dan peristiwa bergerak secara lurus.

Ringkasnya perlambangan adalah sebuah konsep yang mampu menseluruhkan segala sesuatu.

Dan sesiapa yang menemukan prinsip ini, bererti ia dapat menguasai ruang dan waktu, mahupun peristiwa.

Page 32: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

KESIMPULAN Dapat dipahami bahawa pascamoden

adalah usaha penolakan dan bentuk ketidakpercayaan terhadap segala “Naratif Besar” menolak pemikiran yang totaliter, juga mewujudkan dan menganjurkan kepekaan kita terhadap perbezaan dan memperkuat toleransi terhadap kenyataan yang tak terukur.

Page 33: Perbezaan Pendekatan Klasik Dan Wacana Analisis Pascamoden

Oleh itu, perlambangan membangun sebuah proses yang teratur, sistemik, stabil dan harmoni.

Dengan perlambangan ini, ruang, waktu dan peristiwa bergerak secara lurus.

Ringkasnya perlambangan adalah sebuah konsep yang mampu menseluruhkan segala sesuatu.

Dan sesiapa yang menemukan prinsip ini, bererti ia dapat menguasai ruang dan waktu, mahupun peristiwa.