39013498-pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104.docx

32
1.0 Pengenalan Tugasan Kemahiran Pengajaran Bahasa Melayu(Major) ini lebih memfokuskan kepada Kemahiran-kemahiran bahasa, pendekatan dan kaedah pengajaran kemahiran bahasa serta teknik kemahiran bahasa. Hasil daripada kefahaman daripada tugasan ini, maka akan terbinanya Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) dan Bahan Bantu Mengajar yang mana menjadi panduan dalam guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih berkesan. 2.0 Kemahiran-kemahiran Bahasa RAJAH 1: KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BAHASA Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa terdiri daripada beberapa jenis kemahiran lain iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Ketiga-tiga kemahiran ini adalah sangat penting di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) Bahasa Melayu sekolah rendah di mana ia merupakan tempat terawal bagi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini. 1 Kemahiran Bahasa Kemahiran Lisan Mendengar Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

Upload: royizwan-izwan

Post on 14-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Tugasan Kemahiran Pengajaran Bahasa Melayu(Major) ini lebih memfokuskan kepada Kemahiran-kemahiran bahasa, pendekatan dan kaedah pengajaran kemahiran bahasa serta teknik kemahiran bahasa. Hasil daripada kefahaman daripada tugasan ini, maka akan terbinanya Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) dan Bahan Bantu Mengajar yang mana menjadi panduan dalam guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih berkesan.

2.0Kemahiran-kemahiran Bahasa

RAJAH 1: KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BAHASA

Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa terdiri daripada beberapa jenis kemahiran lain iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Ketiga-tiga kemahiran ini adalah sangat penting di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) Bahasa Melayu sekolah rendah di mana ia merupakan tempat terawal bagi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini.

2.1Kemahiran Lisan

Kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang sama penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan lancar, pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi yang dialaminya ketika itu.

RAJAH 2 : KEMAHIRAN LISAN

2.2Kemahiran MendengarTerdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu, mendengar pasif dan mendengar aktif. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Murid mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima. Manakala mendengar aktif pula melibatkan komunikasi dua hala. Maksudnya, pelajar memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar.

RAJAH 3 : PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN MEMAHAMI

Berdasarkan rajah di atas, ia menerangkan tentang peringkat kemahiran mendengar yang terdiri daripada aras rendah dan aras tinggi. Melalui rajah tersebut juga, kita dapat melihat antara contoh-contoh yang berkaitan dengan perlakuan individu yang meguasai peringkat aras yang berbeza.

2.2.1Aktiviti Kemahiran Mendengar

Antara aktiviti-aktiviti kemahiran mendengar adalah seperti di dalam rajah berikut:

RAJAH 4 : AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR

Oleh hal yang demikian, dapatlah dinyatakan bahawa kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas yang sangat penting bagi seseorang individu yang diajar secara serentak dengan kemahiran bertutur ata kata nama lainnya kemahiran lisan. Terdapat dua aras yang terlibat dalam kemahiran mendengar iaitu aras tinggi dan aras rendah. Pengajaran kemahiran ini melalui dua peringkat berdasarkan aras kesukaran tugasan dan fungsi kemahiran tersebut diaplikasikan. Hal ini dapat menguji sejauh mana keberkesanan atau kecekapan seseorang individu terutamanya murid-murid dalam proses mendengar.

2.3Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Terdapat dua jenis kemahiran bertutur iaitu pertuturan jenis sehala dan pertuturan jenis dua hala. Pertuturan jenis sehala melibatkan penyampaian mesej yang tidak menerima sebarang maklum balas secara spontan dimana hanya penutur sahaja yang akan menyampaikan mesej kepada pendengar. Pertuturan jenis dua hala pula melibatkan kedua-dua pihak iaitu, penutur dan pendengar dimana satu pihak menyampaikan maklmat dan satu pihak lagi menerima dan memberi respons kepada pihak penyampai.

RAJAH 5 : JENIS PERTUTURAN

2.3.1Peringkat Peringkat Kemahiran Bertutur

Terdapat dua peringkat kemahiran bertutur iaitu, kemahiran bertutur aras rendah dan kemahiran bertutur aras tinggi, Pada peringkat rendah murid dapat melakukan pertuturan tentang hal-hal yang berlaku di sekitar diri dan pengalaman murid manakala pada peringkat tinggi pula murid dapat melakukan pertuturan untuk membuat analisis atau inferens, ramalan, pandangan.

2.3.2Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa mengajar kemahiran bertutur ini. Modul ini hanya menerangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.

RAJAH 6 : AKTIVITI-AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR

2.3.3Perbualan

Aktiviti perbualan dijalankan untuk melatih pelajar berbicara dengan menggunakan kata, intonasi dan nada, ayat dan ungkapan yang sesuai dan betul semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan hariannya. Selain daripada itu ianya juga boleh menyampaikan maksud yang tersurat atau tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan kepadanya.

2.3.4Memberi Pendapat

Aktiviti memberi pendapat membolehkan pelajar mencetuskan, menghuraikan dan mengemukakan idea yang bernas dalam perbincangan. Pelajar boleh mengaitkan pengalaman dan pemerhatian sendiri untuk menyokong pandangan misalnya tentang kesan perisa yang digunakan dalam makanan terhadap kesihatan. Pelajar boleh melanjutkan pandangannya seperti memberikan akibat, tujuan atau sebab- musabab.

2.3.5Simulasi

Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan keadaan atau situasi sosial yang sebenar. Para pelajar perlu membayangkan keadaan tersebut terlebih dahulu sebelum melakonkannya dalam situasi tiruan berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan.

2.3.6Main Peranan

Main Peranan ialah teknik pengajaran bahasa yang melibatkan gambaran pelajar terhadap situasi dan melakonkan peranan yang diberi berdasarkan situasi tertentu tanpa bantuan skrip. Teknik ini mementingkan interaksi pelajar secara individu atau kumpulan.

2.3.7Perbincangan

Perbincangan ialah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan. Sewaktu perbincangan dijalankan, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil bahagian aktif untuk menyatakan pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu topik.

2.4Kemahiran Membaca

Kebanyakan pengertian yang telah diberi, menyatakan bacaan menekankan aspek-aspek yang khusus seperti kognitif atau pengamatan dan peringkat-peringkat bacaan iaitu mod yang berupa bacaan secara nyaring atau secara senyap. Membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. Bacaan terbahagi kepada dua jenis iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan mentalis atau senyap.

RAJAH 7 : JENIS-JENIS BACAAN

2.4.1Bacaan Mekanis

Daripada keterangan bacaan mekanis di atas dapat kita simpulkan bahawa membaca mekanis itu adalah satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Jadi, berdasarkan penerangan di atas kita sudah faham bahawa sebab-sebab pelajar tidak dapat membaca dengan lancar, tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang salah yang akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerana mereka tidak cekap menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang dibacanya.

2.4.2Bacaan Mentalis

Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati yang merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan ingatan (visual memory). Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca pula, iaitu yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar mencari, memilih, dan maju sendiri, program membaca senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi yang amat menarik. Terdapat teknik-teknik kemahiran membaca yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan diterangkan dalam tajuk 6.2 halaman 20-24.

2.5 Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis adalah kemahiran dimana murid dapat melahirkan simbol-simbol huruf, perkataan, dan ayat dengan menulis menggunakan cara dan teknik yang betul. Terdapat dua jenis kemahiran menulis iaitu :

RAJAH 8 : JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENULIS

Seperti rajah di atas, kemahiran menulis mekanis bertujuan supaya pelajar-pelajar menguasai kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Kemahiran ini harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Manakala kemahiran menulis mentalis melibatkan proses mental dan lazimnya dikuasai setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti latihan mental boleh dijalankan untuk membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran ini.

3.0Pendekatan Pembelajaran

Terdapat empat jenis pendekatan pengajaran iaitu pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid, pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan berpusatkan masalah. Pendekatan berpusatkan guru adalah seperti kaedah penerangan dan kaedah demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru. Pendekatan pengajaran yang berpusatkan murid adalah pendekatan, di mana kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Pendekatan berpusatkan bahan lebih memfokuskan penggunaan bahan seperti alat bantu mengajar, manakala pendekatan berpusatkan masalah pula lebih kepada soalan dan lembaran kerja.Dalam pembelajaran Bahasa Melayu pula, guru mestilah memastikan murid-muridnya dapat menguasai ketiga-tiga kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis sebaiknya. Hal ini kerana kemahiran-kemahiran ini adalah asas bagi seseorang individu untuk memudahkan mereka mempelajari kemahiran-kemahiran lain serta dapat membantu mereka dalam melakukan segala aktiviti seharian tanpa sebarang gangguan ataupun kekangan.

3.1Pendekatan Binaan

Dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks. Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh. Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad, seterusnya suku kata, perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik.Sebagai contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad. Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis kesemua abjad, maka guru akan membimbing murid untuk membina suku kata mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya. Hal ini menunjukkan murid sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa, klausa, ayat dan seterusnya.

3.2Pendekatan Cerakinan

Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik. Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca. Daripada beberapa perkataan, guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata. APendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul. Terdapat 4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada suku kata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna.

3.3Pendekatan Komunikatif

Fokus kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi ini adalah bertujuan bagi memastikan murid menggunakan bahasa yang betul semasa berkomunikasi. Selain itu, ia juga berkesan kepada guru bagi mengajar empat kemahiran bahasa iaitu memahami, membaca, menulis dan bertutur.

3.4Pendekatan Eklektik (Pengalaman Bahasa)

Dalam pendekatan ini, guru akan menggabungkan ketiga-tiga pendekatan di atas iaitu pendekatan binaan, pendekatan cerakinan dan pendekatan komunikatif kepada satu sesi pengajaran dan pembelajara. Pendekatan ini bertujuan bagi menguji dan melihat sejauh mana pencapaian atau prestasi yang telah ditonjolkan oleh murid terhadap pengalaman bahasa yang telah mereka pelajari terlebih dahulu. Sekiranya murid mampu mengikut pengajaran guru berasaskan pendekatan ini, maka pengajaran guru telah memberi respon positif daripada murid-murid sekaligus berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

4.0Kaedah Pengajaran Kemahiran Bahasa

Kaedah adalah satu rencana atau satu siri tindakan guru yang sistematik dan menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Sesuatu kaedah tidak boleh bercanggah dengan pendekatan yang telah dirancang. Kaedah bercorak jangka masa pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan berdasarkan pendekatan yang dipilih.Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu (Mangantar Simanjuntak,1982: 72). Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000), kaedah ialah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Sesuatu kaedah pengajaran itu dirancang untuk mencapai objektif pengajaran yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran bahasa. Terdapat beberapa kaedah pengajaran kemahiran bahasa

4.1Kaedah Fonetik

Kaedah ini berkait rapat dengan lisan, kaedah reform dan kaedah terus. Dalam pengajaran dan pembeljaran bahasa, kaedah ini memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti aktiviti menyebut secara berperingkat iaitu dimulakan dengan gunyi-bunyi huruf, bunyi-bunyi suku kata, perkataan, frasa, klausa dan ayat. Matlamatnya ialah ayat-ayat tadi digabungkan menjadi dialog atau cerita. Terdapat kaedah khusus dalam melaksanakan kaedah fonetik iaitu kaedah lisan dan kaedah membaca. Kaedah lisan dimulakan dengar mendengar dan menyebut mengikut susunan daripada bunyi kepada perkataan, perkataan kepada rangkai kata, dan rangkai kata kepada ayat. Manakala kaedah membaca pula hanya dengan menggunakan bacaan agar murid mengenal perkataan-perkataan . Kaedah ini mementingkan sebutan dan tidak memerlukan murid menghafaz hokum-hukum bahasa yang rumit.

4.2Kaedah Abjad

Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah huruf atau mengeja. Kaedah ini memberi tumpuan pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata, dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata ini bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan. Dalam kaedah ini, murid dikehendaki mengenal pasti nama-nama huruf terlebih dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf /a/ hingga /z/ dalam bentuk huruf kecil dan huruf besar mengikut tertib.Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil. Walau bagaimanapun, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) menyatakan bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar boleh diperkenalkan secara serentak. Berikut adalah kekuatan dan kekurangan kaedah abjad;Kekuatan Kaedah AbjadKekurangan Kaedah Abjad

I. Murid-murid dapat membaca apa-apa sahaja bahan khususnya perkataan yang dijumpai kerana dia sudah mengenal semua huruf dan tahu mengeja.

II. Sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu.

III. Cara mengeja suku kata adalah tetap.

IV. Memberi asas yang kukuh dalam membaca.I. Murid terpaksa menghafal huruf-huruf yang agak abstrak.

II. Kaedah menghafal huruf bercanggah dengan prinspi pendidikan iaitu murid perlu belajar sesuatu yang lebih konkrit terlebih dahulu.

III. Murid terlalu bergantung pada proses mengeja.

IV. Kesannya, murid tidak lancar ketika membaca.

RAJAH 9 : KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAEDAH ABJAD

4.3Kaedah Pandang Sebut

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Tambahan pula, aktiviti dalam melaksanakan kemahiran ini lebih memfokuskan murid untuk memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh mereka. Mengikut kaedah ni, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu persatu tetapi murid akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat lengkap dan disertai dengan gambar. Berikut adalah kekuatan dan kekurangan kaedah ini:

Kekuatan Kaedah Pandang SebutKekurangan Kaedah Pandang Sebut.

I. Murid tidak perlu menghafal nama huruf yang abstrak.II. Murid didedahkan dengan bahan konkrit atau bermakna.III. Murid memahami apa yang dibaca atau dilihat oleh mereka.I. Kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat.II. Murid lambat mengenali huruf-huruf.III. Murid membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan gambar.IV. Mereka hanya menyebut nama gambar bukan membaca apa yang ditulis.V. Mudah keliru pada gambar yang tidak jelas.VI. Lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan system ejaan yang bersifat logografik seperti system tulisan Cina (lambang khusus)

RAJAH 10 : KEKUATAN DAN KEKURANGAN KAEDAH PANDANG SEBUT

4.4Kaedah Oral Aural

Membolehkan murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa. Kaedah ini membolehkan murid untuk memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. Pelajaran dimulakan dengan dialog-dialog tertentu. Dialog ini dipelajari melalui proses meniru dan menghafaz. Guru mendengar sebutan penutur jati melalui pita rakaman, kemudian murid-murid diminta menyebut.Kesimpulannya, kebanyakan kaedah menekankan penguasaan empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Antara kaedah yang terlibat adalah kaedah terus, kaedah semulajadi, kaedah tentera, kaedah oral-aural dan kaedah elektif. Kaedah yang menekankan penguasaan bahasa kedua ialah kaedah terjemahan bahasa dan kaedah ajuk hafaz. Dalam kaedah kod-kognitif, kemahiran lisan tidak ditekankan. Pengajaran berdasarkan kaedah induktif sesuai untuk mengajar bahasa bagi murid sekolah rendah. Manakala kaedah deduktif sesuai untuk pelajar peringkat sekolah menengah.5.0Teknik Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. ( Mangantar Simanjuntak 1981: 57). Menurut buku Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip Kaedah dan Teknik nukilan Abd. Aziz Abd Talib, teknik ialah cara yang khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran atau aspek bahasa.Teknik pengajaran bahasa mempunyai beberapa objektif iaitu menyampai bahan pengajaran dengan menarik minat dan mengekalkan perhatian terhadap pengajaran. Selain itu, mencapai objektif pegajaran dengan berkesan. Teknik mengajar yang dimaksudkan sebagai alat atau cara yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Berikut adalah beberapa teknik-teknik mengajar iaitu teknik bercerita ,teknik bersyarah, teknik berbincang, teknik menghafaz dan latih tubi,teknik penyelesaian masalah,teknik brainstorming,teknik tunjuk ajar,teknik main peranan,teknik bersoal jawab,teknik imlak,teknik kloz, teknik drama,teknik perbualan dan teknik kuiz.

5.1Teknik Pengajaran Kemahiran Lisan

Teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang. Teknik harus selaras dengan kaedah yang digunakan. Berikut adalah beberapa teknik yang melibatkan teknik lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

5.1.1Bercerita

Teknik bercerita adalah salah satu cara untuk merangsang proses pemgajaran dan pembelajaran. Teknik ini mudah menarik minat murid-murid. Murid-murid di sekolah amat gemar mendengar cerita. Walaupun masih kecil, apa yang diceritakan dapat segera difahami sekali gus memahami maksud cerita tersebut. Guru haruslah menggunakan teknik ini sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, serta mementingkan aspek-aspek bahasa yang yang hendak disampaikan sebagai tumpuan utama.

5.1.2 Bersyarah

Dikenali juga sebagai teknik kuliah yang melibatkan pengajaran fakta-fakta atau prinsip-prinsip oleh guru secara lisan. Namun teknik ini mendapat tentangan kerana dikatakan menyebabkan murid menjadi pasif dan tidak mengambil bahagian dengan cergas. Interaksi satu hala biasanya berlaku dan tidak dapat melibatkan murid dalam aktiviti. Guru hendaklah menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu.Antara kelebihan teknik ini adalah guru dapat menjimatkan masa, kerana segala idea dan pengalaman guru boleh dikemukakan sekaligus. Namun sekiranya guru tersbut kurang mahir dalam menyampaikan pengajaran melalui teknik ini, hal ini akan menambahkan kesusahan dan merumitkan murid. Guru haruslah memastikan murid memahami isi pengajaran dari segi konsep, perkara asas dan isi utama yang telah dikuliahkan. Guru juga harus menyediakan dan memberikan kepada murid rangka teks sebagai panduan kepada mereka.

5.1.3Perbincangan

Perbincangan adalah satu lagi teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan komunikasi yang dilakukan oleh murid dan diseliakan oleh guru. Murid mestilah berperanan aktifdalam menyatakan pandangan akan sesuatu topik atau perkara yang telah diberi. Melalui teknik ni murid berpeluang untuk memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik.Penglibatan murid yang menggalakkan akan memberikan mereka keyakinan untuk lebih cergas, berani da tegas.

5.1.4Soal JawabTeknik adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak balas sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan untuk menguji kefahaman murid terhadap apa yang diajar.

5.1.5Main Peranan

Melalui teknik ini, murid dapat gambaran terhadap suatu situasi atau pengalaman secara spontan. Biasanya teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap suatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa skrip.Teknik ini mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi berkumpulan.

5.1.6Teater Pembaca

Teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca sebuah skrip. Teknik ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka. Teknik ini dapat membantu murid untuk memahami, menghayati, dan merasakan cerita yang dibaca seolah-olah berlaku di hadapan mereka. Teknik ini sesuai diaplikasikan dalam pengajaran genre drama, cerpen dan prosa klasik.

5.1.7Teater Bercerita

Teater bercerita pula melibatkan seorang pencerita dan juga beberapa orang pelakon yang akan melakonkan watak dalam skrip yang diberikan. Tugas pencerita ialah menyampaikan cerita kepada audiens, manakala pelakon pula perlulah melakonkan situasi yang berlaku mengikut watak mereka yang terdapat dalam skrip. Guru mestilah menyediakan skrip yang bersesuaian dengan tahap murid. Teknik ini juga sesuai diaplikasikan dalam pengajaran genre drama, cerpen dan prosa klasik.

5.2Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Teknik bacaan merupakan salah satu perkara yang penting yang perlu diketahui oleh guru bagi mencapat objektif pembelajaran. Teknik-teknik ini dapat membantu guru bagi merancang aktiviti supaya dapat merangsang proses pembelajaran murid-murid disamping menguji sejauh mana tahap pengetahuan dan pemahaman mereka dengan pemerolehan yang mereka dapat. Berikut adalah beberapa teknik bacaan yang boleh diaplikasikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah beberapa teknik bacaan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

RAJAH 11 : TEKNIK-TEKNIK BACAAN

5.2.1Teknik SQ3R

Teknik SQ3R merupakan salah satu teknik yang diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu; S= survey (imbas, tinjau), Q=question (bertanyakan soalan-soalan untuk melengkapkan maklumat), R=read (baca semula teks), R=recite (sebut semula bertujuan untuk ingat kembali), dan R=review (semak semula). Tujuan teknik ini adalah untuk menyaring maklumat secara lebih berkesan daripada sekadar membaca dan memahami, memberikan kesedaran untuk membuat rujukan serta menggalakkan murid membuat rujukan dengan betul. Antara aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan teknik ini adalah penerangan, perbincangan dan perbengkelan.

5.2.2Teknik KWLH

Teknik pengajaran KWLH adalah kaedah yang bagus untuk membantu pelajar mengaktifkan pengetahuan awal. Ini merupakan Arahan aktiviti kumpulan yang dibangunkan oleh Donna OGLE (1986) yang berfungsi sebagai model untuk berfikir aktif selama membaca. Teknik ini juga diambil daripada singkatan Bahasa Inggeris; K (know)untuk membantu pelajar mengingati apa yang mereka TAHU tentang subjek.

L(learn)untuk membantu pelajar menentukan apa yang mereka MAHU belajar.

W (what)untuk membantu pelajar mengenalpasti APA yang mereka pelajari daripada bahan yang telah baca.

H (how)CARA yang ingin digunakan untuk belajar lebih banyak, eksplorasi (sumber-sumber lain di mana mendapatkan maklumat tambahan mengenai sesuatu topik ini boleh didapati).

RAJAH 12 : TEKNIK KLWH

5.2.3Teknik 5W1H

Tujuan teknik ini digunakan adalah untuk menyediakan soalan kefahaman yang mudah difahami, melatih murid-muris menjawab soalan dengan tepat, dan memberi motivasi kepada murid-murid yang lemah. Teknik ini merupakan salah satu teknik yang diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu; W= what (apa), W= when (bila), W= who (siapa), W= where (mana), W= why (kenapa), H= how (bila).

5.2.4Teknik DRTA

DRTA ( Direct Reading Think Activity ) bermaksud mempelbagaikan aktiviti dalam kemahiran membaca. Tujuan dalam DRTA adalah untuk memperkembangkan aktiviti membaca. Selain itu, DRTA merupakan salah satu cara untuk memotivasi dan mempengaruhi murid-murid agar lebih tertarik untuk membaca sekaligus memahami apa yang dibaca dengan baik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam menggunakan teknik ini ialah seperti teater pembaca, teater bercerita, bersajak dan sebagainya.

5.2.5Teknik QAR

Teknik QAR (Question-Answer Relationships) merupakan cara untuk membantu pelajar mencari jawapan berkaitan dengan jenis soalan yang diminta, serta mendorong mereka untuk menjadi kreatif dan bijak dalam mencari dan memahami jawapan berdasarkan soalan yang diberi. Pengajaran QAR dapat membantu mereka memahami idea teras: dimana apabila diberi sebuah pertanyaan, mereka dapat menjawab dengan tepat berdasat teks atau petikan yang telah diberi.

5.2.6Teknik Bacaan Pantas

Membaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuaannya menjimatkan masa. Membaca pantas ini terbahagi kepada dua jenis iaitu skimming dan scanning.

RAJAH 13 : JENIS-JENIS MEMBACA PANTAS

Berdasarkan penyataan di atas, kita perlu mengetahui bahawa skimming adalah membaca secara pantas sesuatu bahan dengan tujuan memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam kata lain, membaca bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu bahan yang dibaca. Manakala, scanning pula adalah pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus dan bukan untk mendapat gambaran keseluhan sesuatu bahan bacaan itu. Pembacaan ini boleh melangkau bahagian-bahagian yang kurang penting. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini lebih pantas daripada skimming.

5.2.7Teknik Bacaan Intensif

Bacaan jenis ini dilakukan untuk bacaan yang dilakukan secara teliti. Ia melibatkan pembacaan yang menelaah isi dan bahasa. Telaah isi melibatkan membaca untuk memahami, membaca kritis dan membaca idea. Manakala telaah bahasa pula menumpukan kepada aspek yang menyangkut tentang bahasa. Konsep pengajaran yang digunakan biasanya dilakukan dengan cara membaca dengan pimpinan guru, mendapat penerangan daripada guru dan berbagai lagi konsep pengajaran yang boleh digunakan. Antara tujuan bacaan jenis ini adalah agar membolehkan pelajar membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu meggunakan tanda bacaan dengan baik.

5.2.8Teknik Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif kebiasaannya digunakan untuk membaca secara luas dengan membaca teks dalam waktu yang singkat serta dapat memahami isi secara tepat. Selain itu, teknik ini melibatkan membaca tinjauan untuk meneliti indeks, bacaan secara sekilas untuk mendapatkan maklumat umum, menemukan hal-hal dan sebagainya. Kebiasaannya cara ini dilakukan oleh pelajar secara sendiri di luar waktu kelas dan tanpa bimbingan guru. Antara tujuan bacaan ini adalah agar pelajar dapat membaca secara sendiri dan agar pelajar dapat membaca dengan fasih. Guru perlu memberi galakan kepada pelajar agar dapat membaca sebanyak mungkin bahan yang diminati.

5.3Teknik Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Masalah

Teknik ini bertujuan bagi menguji dan menilai tahap prestasi murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh sebab itu, guru akan memberikan soalan atau masalah yang perlu diselesaikan berdasarkan petikan, teks, gambar tunggal, gambar bersiri dan sebagainya bagi memandu murid untuk menjawab dengan baik.

5.3.1Penyelesaian Masalah

Teknik ini ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Dewey (1993:105) telah mencadangkan lima langkah bagi melaksanakan teknik ini iaitu, kenal pasti masalah, penentuan masalah, cadangan penyelesaian , penelitian penyelesaian atau jawapan dan pemeriksaan kumpulan. Teknik ini dapat membantu murid untuk mengkaji, membuat jangkaan dan ramalan berdasarkan soalan-soalan yang difokuskan dalam sesebuah masalah dan dibawa kepada proses perbincangan secara berkumpulan bagi melatih proses kemahiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah.

5.3.2Lingkaran Soalan

Lingkaran soalan ialah soalan yang memberikan tumpuan kepada skop-skop tertentu iaitu skop perkara, individu, dan luar individu. Dalam skop perkara, segala soalan lebih ditumpukan secara terus kepada tajuk atau teks bacaan. Skop perkara lebih menekankan soalan aras rendah dalam Taksonomi Bloom iaitu soalan aras pengetahuan dan soalan aras pemahaman. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, soalan berbentuk skop perkara akan merujuk kepada tema, tajuk, subjek, idea, isu, peristiwa dan isi kandungan yang terdapat dalam sesebuah petikan atau semasa. Antara contoh soalan ialah ; Namakan lima jenis buah-buahan tempatan?Skop individu pula merujuk kepada orang yang terlibat membaca teks atau orang yang ditujukan sesebuah soalan seperti pelajar. Skop individu lebih menekankan soalan aras sederhana dalam Taksonomi Bloom iaitu soalan aras aplikasi dan analisis. Lazimnya, soalan yang akan dikemukakan perlulah dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatian, atau pandangan individu. Dengan cara ini konsep ilmu yang baru dipelajari itu tidak terasing di dalam pemikiran murid. Sebaliknya, hal ini dapat membantu murid membinakonsep yang bersepadu dengan apa yang telah difahami sebelumnya. Contoh soalan yang dikemukakan ialah; Adakah anda suka makan buah-buahan tempatan? Berikan alasan anda.Dalam skop luar individu, soalan ini lebih berfokuskan realiti yang berlaku di sekeliling murid seperti masyarakat, komuniti, manusia sejagat, kawasan daerah, negeri, dan mungkin luar negara yang bersesuaian dengan pengalaman yang ada pada murid tersebut. Soalan jenis ini biasanya menekankan soalan aras sintesis dan penilaian dan Taksonomi Bloom. Walau bagaimanapun, soalan jenis ini masih berkisar dalam tema yang sedang dibincangkan oleh guru. Antara contoh soalan ialah; Senaraikan nama buah-buahan luar negara yang terdapat di pasaran?Kesimpulannya, pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru untuk pengajaran, teknik yang digunakan perlulah sesuai dengan tahap keupayaan kanak-kanak dan menarik minat mereka. Teknik bercerita paling menarik minat kanak-kanak kerana teknik ini menyeronokkan. Teknik bersyarah dan berbincang tidak sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan yang lama dan mereka akan berbual perkara yang tidak berkaitan dengan pengajaran.

1