35475061-2009-canang-1-bm-pemahaman

Download 35475061-2009-Canang-1-BM-Pemahaman

If you can't read please download the document

Upload: noraini

Post on 11-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

UPSR

TRANSCRIPT

JABATAN PELAJARAN

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

CANANG 1

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI SEMBILAN 2009

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN011

50 minitLima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya ada satu jawapan sahaja yang paling sesuai. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghtamkan ruangan pada kertas jawapan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak.

2

SULIT011

Soalan 1 hingga Soalan 18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1Amira mengutip baju-baju yang ____________ di atas lantai itu.

A berterbangan

B berhamburan

C bertaburan

D berkeliaran

2 Setiap kali ____________ musim perayaan, harga barang-barang keperluan akan meningkat beberapa kali ganda.

A mendatang

B menjelang

C mengikut

D menuju

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Pihak lawan cuba merebut bola yang ___________ oleh pemain bola keranjang itu.

A dilantun

B dirembut

C dipegang

D dilambung

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT

3

SULIT011

4____________, tadi buku latihan Bahasa Melayu ada di sini! kata Heliza.

A Oh

B Eh

C Ah

D Hai

5 Bayi yang ____________ itu mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Bayi Sihat Cergas.

A cantik

B kacak

C comel

D jelita

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6Omar sedang ____________ kelapa untuk membuat inti kuih koci.

A mengikis

B memarut

C mengukur

D mengupas

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT

4

SULIT011

7 Majlis Perbandaran Seremban telah membina sebuah ____________ air yang cantik di tengah-tengah bandar itu.

A pancut

B pancutan

C pemancut

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Daging rusa yang telah diperap dengan rempah ratus itu ____________ hingga masak.

A disalai

B didiang

C dibakar

D dipanggang

9Perahu kecil itu ____________ dipukul ombak.

A terumbang-ambing

B terhuyung-hayang

C terolang-aling

D terbuai-buai

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT

5

SULIT011

10Yamin membeli tiga _______________ mata kail dan ______________ joran .

A butir ... bilah

B pasang ... sepuntung

C bilah ... sekerat

D bentuk ... sebatang

11Warna bendera itu ____________ disebabkan oleh hujan dan panas matahari.

A luntur

B peluntur

C meluntur

D kelunturan

12 Petani itu tetap ke sawah ____________ menyara keluarganya ____________

dia tidak sihat.

A demi ... sungguhpun

B sambil ... biarpun

C namun ... tetapi

D dan ... hingga

13 Ibu menyapu minyak angin pada lehernya untuk menghilangkan rasa

____________.

A hangat

B panas

C sejuk

D mual

14 Sultan Ahmad akan menyempurnakan majlis itu. ____________ akan ditemani oleh permaisuri.

A Baginda

B Hamba

C Patik

D Beta

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT

6

SULIT011

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15Alif meraung kesakitan kerana kakinya ____________ paku.

A termasuk

B terbenam

C tertusuk

D terpacak

16 Pertandingan robotik itu dapat menguji ____________ para pelajar.

A daya ingat B daya cipta C daya fikir D daya tahan

17 ______________ kecil, ibu didedahkan ______________ nenek tentang khasiat ulam-ulaman.

A Semenjak ... daripada

B Daripada ... akan

C Sejak ... oleh

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT

7

SULIT011

18 Sekumpulan murid Tahun Enam Berlian telah dikenakan tindakan __________

kerana melanggar disiplin.

A tatasusila

B tatacara

C tatatertib

D tatanegara

Soalan 19 dan Soalan 20

Pilih peribahasa yang sesuai untuk diisi ke dalam ayat di bawah.

19 Kakak ____________ apabila permohonannya ke universiti ditolak.

A patah hati B patah arang

C patah kandar D patah kemudi

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20 Peribahasa ada sampan hendak berenang bermaksud ____________.

A ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan B untung dan malang seseorang tidaklah tetap

C setiap usaha ada untung dan ruginya D sengaja menyusahkan diri

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT

8

SULIT011

21Marlia tidak dapat menahan sebak apabila mendengar berita yang sedih itu.

Perkataan seerti bagi sebak ialah

A pilu

B rindu

C gusar

D getir

22 Banjir kilat sering berlaku di kawasan itu kerana aliran sungai tersekat dan dasarnya semakin cangkat.

Perkataan berlawan bagi cangkat ialah

A curam

B dalam

C deras

D cetek

Soalan 23

Pilih jawapan yang betul bagi soalan yang diberikan.

23 Bolehkah saya memakai tali pinggang abang, ibu? tanya Kelvin.

A Boleh, tetapi minta izin abang dahulu. B Maaf, tali pinggang Kelvin itu mahal.

C Boleh, Kelvin pakailah tali pinggang ibu.

D Abang menyuruh saya menjaga tali pinggangnya.

Soalan 24

Pilih soalan yang betul bagi jawapan yang diberikan.

24 Puan Meily membuka sebuah calet yang berkonsepkan perkampungan tradisional di Teluk Kemang.

A Di manakah Puan Meily membuka sebuah calet yang berkonsepkan perkampungan tradisional?

B Mengapakah Puan Meily membuka sebuah calet yang berkonsepkan perkampungan tradisional di Teluk Kemang?

C Siapakah yang mencadangkan pembukaan calet yang berkonsepkan perkampungan tradisional di Teluk Kemang?

D Benarkah Puan Meily membuka sebuah calet yang berkonsepkan perkampungan tradisional di Desaru?

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT

9

SULIT011

Soalan 25 dan Soalan 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 Pengawal keselamatan curiga melihat pemuda yang mundar-mandir di situ.

A Pemuda yang mundar-mandir di situ berasa curiga akan pengawal keselamatan itu.

B Pemuda yang mundar-mandir di situ mencurigakan pengawal keselamatan.

C Pemuda yang mundar-mandir itu mencurigai pengawal keselamatan di situ.

D Pemuda yang mundar-mandir di situ agar pengawal keselamatan berasa curiga.

26 Dalam perjalanan ke kebun, Pak Ali singgah sebentar di Kedai Kopi Pak Man untuk menghilangkan dahaga.

A Pak Ali singgah di Kedai Kopi Pak Man untuk menghilangkan dahaga setelah penat bekerja di kebun.

B Pak Ali menghilangkan dahaga dengan singgah sebentar di Kedai Kopi Pak Man ketika pulang dari kebun.

C Pak Ali singgah sekejap di Kedai Kopi Pak Man untuk menghilangkan dahaga semasa hendak ke kebun.

D Sebelum ke kebun, Pak Man menghilangkan dahaga sekejap di Kedai Kopi Pak Ali.

Soalan 27 dan Soalan 28

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27 I Tindak-tanduk guru menjadi contoh kepada murid-muridnya.

II Kita patut mengikut contoh kejayaan yang telah dicapai olehnya. III Barang yang dihantar itu sekadar contoh sahaja.

IV Contoh yang awak kemukakan itu tidak betul, kata Cikgu Tan.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, II dan IV sahaja

D I, II, III dan IV sahaja

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT

10

SULIT011

28 I Remaja itu memandang sunyi akan nasihat ibunya.

II Pasar raya itu tidak sunyi daripada kunjungan orang ramai. III Setiap manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan.

IVNenek berasa sunyi apabila cucu-cucunya tiada di rumah.

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

Soalan 29 dan Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

29 I Pada fikiran saya, kamu perlu beralah dengannya.

II Puan Mastura mencencang bawang itu sehingga hancur. III Sudah masak benar dia akan perangai abangnya itu.

IVBuku itu dihadiahi kepada guru.

AI dan IIsahaja

BI dan IIIsahaja

CI, II dan III sahaja

DII, III dan IV sahaja

30IPedasnya mee kari ini.

IIBilik prasekolah itu kelihatan ceria.

IIIBesi pijar itu pecah-pecah ketika dibakar.

IVRafeah telah dipilih untuk menjadi juru acara dalam majlis itu.

AI dan II sahaja

BI dan IV sahaja

CIIdan III sahaja

DIIIdan IV sahaja

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT

11

SULIT011

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA LUMPUR, 20 April Pasangan suami isteri dari Malaysia telah menyelamatkan lebih suku juta telur penyu. Mereka adalah antara 18 pemenang Anugerah Global 500 Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang diadakan di Torina, Itali.

Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) menganjurkan anugerah yang berprestij ini pada setiap tahun. Anugerah ini diberikan kepada individu dan pertubuhan yang memberi sumbangan penting kepada pemuliharaan alam sekitar.

Dr. Chan Eng Heng dan suaminya, Liew Hork Chark telah memulakan usaha menyelamatkan telur penyu daripada dijual. Kesedaran ini bermula sejak tahun 1993 apabila penyu di Pulau Redang pupus akibat daripada pengeluaran lesen mengutip telur oleh pihak kerajaan.

Pasukan penyelidikan penyu laut di Kolej Universiti Samudera, Terengganu menubuhkan tabung untuk membeli telur daripada pengutip-pengutip supaya telur-telur yang dieramkan itu menetas secara semula jadi.

Mengikut kenyataan yang diberi oleh Dr. Chan dan suaminya, sarang-sarang telur penyu telah ditanda dengan kayu. Pada sebelah pagi, pasangan suami isteri itu akan membayar sejumlah wang kepada pengutip telur supaya telur tidak dikutip dan dijual di pasaran. Sebanyak 250 000 biji telur telah diselamatkan di Chagar Hutan Redang dan 200 000 ekor anak penyu telah kembali ke laut.

Mereka juga berharap agar agensi tempatan mengiktiraf usaha rakyat Malaysia yang menyelamatkan spesies terancam di negara ini seperti yang dilakukan oleh pertubuhan antarabangsa yang lain.

Sejak anugerah ini diperkenalkan pada tahun 1987, seramai 720 individu dan pertubuhan dalam kedua-dua kategori dewasa dan belia telah dipilih sebagai penerima anugerah. Klaus Toepfer, Pengarah Eksekutif UNEP memberitahu bahawa pemenang Global 500 UNEP ialah pejuang kepada pemuliharaan alam sekitar yang semakin berkembang di seluruh dunia.

Mereka mengambil langkah yang kebanyakan daripada kita ragu-ragu untuk melaluinya kerana memerlukan masa dan keprihatinan.

31Di manakah Dr. Chan menerima anugerah itu?

A Kuala Lumpur

B Pulau Redang

C Malaysia

D Torina

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT

12

SULIT011

32 Berapakah anggaran jumlah telur dan anak penyu yang berjaya diselamatkan?

A kurang daripada 200 ribu B lebih kurang 300 ribu

C melebihi 400 ribu D hanya 500 ribu

33 Apakah tujuan pemuliharaan alam sekitar?

A pusat pelancongan B pembiakan penyu

C mengelakkan kepupusan D mengekalkan alam sekitar

34 Bagaimanakah telur-telur penyu diselamatkan?

A memacakkan kayu pada sarang telur penyu B mengutip dan menyelamatkan telur penyu

C membeli telur penyu yang telah dikenal pasti

D makan angin sambil mencari peluang perniagaan

35 Perkataan berprestij boleh digantikan dengan perkataan ___________.

A pencapaian

B martabat

C prestasi

D tahap

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT

13

SULIT011

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Meredah lautan memukat lokan,

Terumbang-ambing dihempas gelora;

Meninggi diri jangan amalkan,

Kelak sendiri menanggung derita.

Perahu tambang tambat di jeti,

Tempat nelayan menyirat jalan;

Adat berkawan menjaga hati,

Rela bersama kala berduka.

Tinggi sungguh pohon kelapa,

Batang ditakik bertingkat-tingkat;

Patuhi nasihat ibu dan bapa,

Agar hidup beroleh berkat.

Cantik sungguh burung tekukur,

Mencari makan di dalam taman;

Jasa guru tak dapat diukur,

Tetap terpahat dalam ingatan.

Terbit mentari memancar suria,

Nyanyian unggas memecah sunyi;

Hormat-menghormati sesama kita,

Rakyat sejahtera hidup harmoni.

36 Mengapakah kita dilarang meninggi diri?

A supaya kita dihormati

B supaya hidup kita sengsara C supaya kita dipandang tinggi

D supaya hidup kita tidak menderita

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT

14

SULIT011

37 Sebagai kawan, kita haruslah ______________.

A menghiburkan hati mereka

B membiarkan mereka dalam kesusahan C bersama-sama ketika susah dan senang

D menanggung segala kesulitan hidup mereka

38 Frasa jasa guru tak dapat diukur, tetap terpahat dalam ingatan bermaksud ____________.

A murid-murid perlu mengenang pengorbanan guru yang terhad

B murid-murid harus menghargai pengorbanan guru yang tidak ternilai C murid-murid hendaklah mengingati bakti guru yang disayangi sahaja D murid-murid wajar membalas jasa guru semasa di alam persekolahan

sahaja

39 Peribahasa yang berikut sesuai untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni.

A Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah B Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian C Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

D Jauh dikenang, dekat disayang

40 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang puisi kecuali

A kita boleh menyombong diri.

B kita mestilah mematuhi nasihat ibu bapa. C kita hendaklah berbuat baik sesama teman.

D kita haruslah mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat.

================== KERTAS SOALAN TAMAT =======================

011 @ Canang : Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009

[ Lihat sebelah SULIT