349-695-1-sm (1)

9
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013 341 KEBERKESANAN PETA MINDA UNTUK MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID TAHUN 4 DALAM MENGENAL “NAMA NEGERI DAN IBU NEGERI DI MALAYSIA” Oleh : Ezwany binti Azmi & Siti Rahimah binti Hamat@Mamat Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Guru masa kini digalakkan menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai untuk menarik minat murid dan memudahkan murid mengingat pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan peta minda bagi topik “Nama Negeri dan Ibu Negeri di Malaysia”. Peserta kajian terdiri daripada 5 orang murid kelas 4 Ibnu Tufail di SK. Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu yang telah dipilih berdasarkan pencapaian ujian pra yang telah dijalankan oleh pengkaji. Kajian ini menggunakan instrument ujian pra dan pos, soal selidik serta analisis dokumen murid bagi mengumpul data kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan min ujian pos (81.6) berbanding ujian pra (24.6). Manakala hasil dapatan soal selidik mendapati bahawa sebanyak kesemua murid menyatakan minat mereka terhadap penggunaan teknik peta minda dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan . Manakala 90.90% peserta kajian menyatakan pembelajaran peta minda juga menyeronokkan dan mudah digunakan. Hasil analisis dokumen murid mendapati terdapat perubahan positif dalam menghasilkan nota Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan menggunakan peta minda dan mudah untuk mereka mengingati nota tersebut. Diharapkan kajian ini dapat diperluaskan kepada topik-topik lain serta dijalankan di sekolah lain. Kata Kunci : Teknik peta minda, daya ingatan, keberkesanan PENDAHULUAN Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan salah satu mata pelajaran elektif yang wajib diajar di setiap sekolah rendah kerana ia merupakan mata pelajaran yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir murid-murid sekolah rendah yang tidak berminat untuk mempelajari mata pelajaran ini berikutan mereka beranggapan bahawa Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini adalah satu mata pelajaran yang tidak menarik dan terdapat fakta yang perlu dihafal contohnya yang terkandung dalam Tema 5 Malaysia Negaraku. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan penting bagi meningkatkan ingatan dan kefahaman murid terhadap mata pelajaran ini. Walau apa jua alasannya, tanggapan sebegini boleh diubah sekiranya guru sendiri mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi ,kaedah dan teknik yang berbeza-beza berbanding sebelumnya. Dengan adanya perancangan strategi yang sistematik, sedikit

Upload: wenwen-teoh

Post on 12-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pp

TRANSCRIPT

Page 1: 349-695-1-SM (1)

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

341

KEBERKESANAN PETA MINDA UNTUK MENINGKATKAN DAYA

INGATAN MURID TAHUN 4 DALAM MENGENAL

“NAMA NEGERI DAN IBU NEGERI DI MALAYSIA”

Oleh :

Ezwany binti Azmi & Siti Rahimah binti Hamat@Mamat

Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail

[email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Guru masa kini digalakkan menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai

untuk menarik minat murid dan memudahkan murid mengingat

pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kajian ini

dijalankan untuk mengkaji keberkesanan peta minda bagi topik “Nama

Negeri dan Ibu Negeri di Malaysia”. Peserta kajian terdiri daripada 5

orang murid kelas 4 Ibnu Tufail di SK. Sultan Sulaiman 2, Kuala

Terengganu yang telah dipilih berdasarkan pencapaian ujian pra yang telah

dijalankan oleh pengkaji. Kajian ini menggunakan instrument ujian pra

dan pos, soal selidik serta analisis dokumen murid bagi mengumpul data

kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan min ujian

pos (81.6) berbanding ujian pra (24.6). Manakala hasil dapatan soal

selidik mendapati bahawa sebanyak kesemua murid menyatakan minat

mereka terhadap penggunaan teknik peta minda dalam subjek Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan . Manakala 90.90% peserta kajian

menyatakan pembelajaran peta minda juga menyeronokkan dan mudah

digunakan. Hasil analisis dokumen murid mendapati terdapat perubahan

positif dalam menghasilkan nota Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

dengan menggunakan peta minda dan mudah untuk mereka mengingati

nota tersebut. Diharapkan kajian ini dapat diperluaskan kepada topik-topik

lain serta dijalankan di sekolah lain.

Kata Kunci : Teknik peta minda, daya ingatan, keberkesanan

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan salah satu mata

pelajaran elektif yang wajib diajar di setiap sekolah rendah kerana ia merupakan mata

pelajaran yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Walau

bagaimanapun, terdapat segelintir murid-murid sekolah rendah yang tidak berminat untuk

mempelajari mata pelajaran ini berikutan mereka beranggapan bahawa Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan ini adalah satu mata pelajaran yang tidak menarik dan terdapat

fakta yang perlu dihafal contohnya yang terkandung dalam Tema 5 Malaysia Negaraku.

Oleh itu, guru perlu memainkan peranan penting bagi meningkatkan ingatan dan

kefahaman murid terhadap mata pelajaran ini.

Walau apa jua alasannya, tanggapan sebegini boleh diubah sekiranya guru sendiri

mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi ,kaedah dan teknik yang berbeza-beza

berbanding sebelumnya. Dengan adanya perancangan strategi yang sistematik, sedikit

Page 2: 349-695-1-SM (1)

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

342

sebanyak ia dapat membantu guru dalam proses mengatur kaedah dan teknik serta

penyediaan bahan pengajaran (Rashidi dan Abdul Razak, 1995). Suatu masa dahulu, guru

lebih gemar melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berpusatkan

guru iaitu guru berkuasa penuh semasa P&P dalam kelas dijalankan (Esah Sulaiman,

2003). Ia juga dikatakan lebih menjurus kepada pengaplikasian kaedah „chalk and talk‟.

Kesukaran mengingati fakta sebenarnya tidak akan menjadi penghalang untuk

cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kepada murid-

murid jika mereka mempraktikkan teknik yang efektif untuk mengingat fakta tersebut.

Menurut Radzli (1993), kemahiran atau teknik belajar ialah cara-cara berkesan bagi

seseorang murid dalam menguasai isi pembelajaran. Penggunaan teknik belajar yang

berkesan dapat meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran untuk

jangka masa yang lama.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan tinjauan pengkaji , murid sukar untuk mengingat Negeri-negeri dan Ibu

Negeri yang terdapat di Malaysia. Kaedah yang telah pengkaji gunakan kurang sesuai

untuk murid yang lemah dalam akademik. Pada awal pengajaran, pengkaji telah

menggunakan bahan “peta gergasi” kepada pelajar bagi menunjukkan lokasi negeri-

negeri dan ibu negeri di Malaysia. Namun terdapat beberapa orang murid yang masih lagi

tidak dapat mengingat dengan baik. Bahan yang telah pengkaji gunakan tidak dapat

meningkatkan daya ingatan beberapa orang murid yang mana tidak tahu langsung tentang

negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. Ini menyebabkan murid menjadi pasif dan tidak

efektif kerana tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru (Sahril Marzuki, Wan

Nor Hazlina, 2009). Ini akan menjejaskan pencapaian akademik murid-murid tersebut

selain turut memberi kesan kepada murid-murid yang lain juga. Contohnya guru akan

memberi tumpuan kepada mereka kerana mereka lemah untuk memahami dan mengingati

apa yang telah guru ajar.

Pengkaji telah dapat mengenal pasti lima orang murid yang lemah daya ingatan

mereka tentang apa yang telah pengkaji telah ajar iaitu tentang negeri-negeri dan ibu

negeri yang terdapat di Malaysia menerusi lembaran kerja yang telah pengkaji beri

kepada murid tahun 4 Ibnu Tufail. Pengkaji telah memberi peta kosong dan carta ibu

negeri kepada murid dan murid dikehendaki melengkapkannya. Namun, lima orang murid

ini tidak dapat melengkapkannya dan keliru antara nama negeri dan ibu negeri.

Selain itu, pengkaji turut bertanya kepada beberapa orang guru yang mengajar

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta guru pebimbing, Puan Saliah @ Saleha

binti Senen, tentang masalah murid sukar mengingat negeri-negeri dan ibu negeri yang

terdapat di Malaysia. Mereka juga turut menyatakan masalah yang sama iaitu murid tidak

dapat melabel peta kerana daya ingatan murid yang lemah untuk mengingat nama-nama

negeri yang terdapat di Malaysia.

Page 3: 349-695-1-SM (1)

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

343

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk :

1) Meningkatkan pencapaian(skor) murid-murid dengan menggunakan kaedah

peta

minda.

2) Meningkatkan minat murid-murid dalam pembelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan dengan menggunakan Kaedah Peta Minda.

3) Meningkatkan kefahaman murid-murid dalam pembelajaran Pendidikan Sivik

dan

Kewarganegaraan dengan menggunakan Kaedah Peta Minda.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2, Kuala

Terengganu. Sekolah ini dipilih memandangkan pengkaji menjalankan sesi praktikal di

sekolah ini selama tiga bulan. Seramai 5 orang peserta kajian telah dipilih iaitu 3 orang

murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Peserta kajian ini dipilih dari kelas 4 Ibnu

Tufail iaitu kelas yang terakhir dalam aliran tahun 4. Mereka terdiri daripada 100%

bangsa Melayu. Murid-murid ini terdiri daripada taraf hidup sederhana dan ada yang

rendah walaupun persekitaran sekolah ini adalah kawasan bandar. Murid-murid ini dipilih

memandangkan pengkaji telah menilai lembaran kerja yang telah diberi kepada mereka

atau dikenali sebagai „pre-test‟ yang dijalankan oleh pengkaji. Murid-murid 4 Ibnu Tufail

dilabel sebagai murid yang lemah dalam akademik berbanding murid-murid dari kelas

lain. Maka disebabkan itulah pengkaji memilih murid-murid 4 Ibnu Tufail sebagai sampel

bagi kajian ini.

TINDAKAN

Tindakan yang penyelidik lakukan di dalam kajian tindakan ini dengan menggunakan

Model Kemmis and Mac Taggart(1988). Keterangan langkah-langkah yang telah diambil

adalah seperti keterangan berikut:

Langkah-langkah seperti keterangan yang berikut ditunjukkan untuk menjelaskan tentang

apa yang penyelidik lakukan untuk merancang tindakan mengikut contoh Model Kemmis

& Mac Taggart,1988.

Page 4: 349-695-1-SM (1)

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

344

1. Merfleksi

Pengkaji telah melakukan refleksi selepas setiap kali menjalankan pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Pengkaji mendapati murid-murid sukar untuk mengingat

apa yang guru telah ajar dan apabila pengkaji memberikan lembaran kerja, murid ini

sering memberikan jawapan yang salah. Mereka juga kurang memberikan perhatian yang

sepenuhnya sewaktu guru mengajar terutamanya lima orang murid di dalam kelas 4 Ibnu

Tufail. Pengkaji telah mengenal pasti beberapa punca-punca berlakunya pengajaran dan

pembelajaran yang tidak berkesan.

Antara punca-punca yang utama ialah kaedah pengajaran guru yang kurang sesuai

untuk murid yang lemah daya ingatannya. Guru perlu menggunakan kaedah yang lebih

mudah seperti kaedah peta minda ini agar murid-murid dapat mengingat dengan lebih

mudah dan cepat. Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap

pencapaian murid.

2. Merancang

Pengkaji telah menjalankan Ujian Pra bagi tajuk “Nama-nama negeri dan Ibu Negeri di

Malaysia” bagi mengenal pasti murid yang bermasalah dan punca sebenar yang berlaku.

Hasil daripada analisis ujian pra, pengkaji telah mengenal pasti seramai lima orang murid

yang bermasalah dan menjadikan mereka sebagai sampel kajian. Bagi mengatasi masalah

kaedah guru pengajaran yang kurang sesuai, pengkaji telah menemui kaedah baru iaitu

dengan menggunakan Kaedah Pembelajaran berasaskan Peta Minda.

3. Bertindak

Guru menerangkan bagaimana untuk membuat peta minda secara berkesan dan betul.

Murid dikehendaki membuat peta minda mereka mengikut minat dan kreativiti mereka

secara berkumpulan di atas kertas mahjong dan membentangkannya di hadapan guru. Ini

kerana melalui interaksi antara murid, mereka akan mewujudkan perkongsian idea yang

kreatif dan ilmu yang telah mereka fahami daripada pengajaran guru. Guru menunjukkan

sampel peta minda bagi meransang pemikiran murid yang kreatif dan membuat

perbandingan antara hasil kerja mereka dan guru. Seterusnya murid melukis semula peta

minda di dalam buku nota masing-masing.

Selepas menyiapkan peta minda tersebut, murid dikehendaki membentangkan hasil

kerja mereka kepada rakan murid yang lain. Segala penambahbaikan haruslah dilakukan

selepas itu. Pengkaji menggunakan kaedah berasaskan peta minda ini setiap kali proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku sehingga selesai tajuk “Kenali Malaysia”.

4. Memerhati

Pengkaji sekali lagi mengumpul data dan dianalisis untuk mengkaji sejauhmana

keberkesanan kaedah Pembelajaran berasaskan peta minda ini. Pengkaji telah

menjalankan ujian pra dan pos serta soal selidik bagi memastikan objektif dan persoalan

kajian telah tercapai.

Page 5: 349-695-1-SM (1)

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

345

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Meningkatkan Pencapaian (Skor) Murid-Murid Dengan Menggunakan Kaedah

Pembelajaran Peta Minda.

JADUAL 1 : Pencapaian Ujian Pra dan Pos

Persoalan kajian pertama yang dikemukan dalam persoalan kajian untuk membuktikan

peningkatan skor murid-murid di dalam Ujian Pos yang telah dilakukan setelah murid-

murid menggunakan Kaedah Peta Minda di dalam kelas dapat dilihat melalui jadual

keputusan ujian di bawah ini dan graf perbandingan purata markah (Min) yang telah

dibuat.

RAJAH 1 : Graf Menunjukkan Di antara Skor Dengan Peserta kajian

Berdasarkan Rajah 1 dapat dilihat berlakunya peningkatan markah diantara ujian pra dan

pos. Dapatan analisis dari graf Ujian Pra dan Pos jelas menunjukkan pencapaian purata

(min) skor murid-murid telah meningkat dari 24.6% ke 81.6%. Perbezaan ketara ini

menunjukkan peningkatan prestasi murid dan pemahaman yang mendalam bagi tajuk ini

selepas menggunakan teknik peta minda.

Hasil analisis mendapati peserta kajian D telah berlakunya peningkatan markah

yang tertinggi iaitu 62 markah dan diikuti oleh peserta kajian C iaitu 61 markah.

Bil Peserta

kajian

Markah

(pra)

% Gred Markah

(pos )

% Gred

1 A 2/13 15 E 9/13 69 B

2 B 3/13 23 D 10/13 77 B

3 C 4/13 31 D 12/13 92 A

4 D 3/13 23 D 11/13 85 A

5 E 4/13 31 E 11/13 85 A

15% 25%

31% 23%

31%

69% 77%

92% 85% 85%

0%10%20%30%40%50%60%70%80%90%

100%

SKO

R

GRAF MENUNJUKKAN SKOR DENGAN RESPONDEN

UJIAN PRA

UJIAN POS

Page 6: 349-695-1-SM (1)

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

346

Manakala peserta kajian A,B dan E telah meningkat sebanyak 54 markah. Peningkatan

markah bagi ujian pra dan pos ini adalah kerana keberkesanan teknik peta minda yang

digunakan oleh pengkaji.

JADUAL 2 :Hasil Analisis Item Soal Selidik Selepas Intervensi Dijalankan

BIL ITEM SETUJU TIDAK

SETUJU

1. Saya sangat suka subjek Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan

5

(100%)

0

(0%)

2. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

merupakan subjek yang sangat mudah

4

(80%)

1

(20%)

3. Saya tidak suka belajar Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan selepas menggunakan

kaedah pembelajaran peta minda

0

(0%)

5

(100%)

4. Saya sangat seronok belajar Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan selepas menggunakan

kaedah pembelajaran peta minda

5

(100%)

0

(0%)

5. Saya akan menggunakan kaedah pembelajaran

peta minda bagi topik yang lain di dalam

subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

4

(80%)

1

(20%)

6. Saya lebih memahami tajuk ”Nama Negeri dan

Ibu Negeri di Malaysia” selepas menggunakan

kaedah pembelajaran peta minda.

5

(100%)

0

(0%)

7. Saya lebih mengingati tentang tajuk ”Nama

Negeri dan Ibu Negeri di Malaysia” selepas

kaedah pembelajaran peta minda.

5

(100%)

0

(0%)

8. Saya dan rakan-rakan selalu berbincang

tentang tajuk ”Nama Negeri dan Ibu Negeri di

Malaysia” selepas menggunakan kaedah peta

minda.

5

(100%)

0

(0%)

9. Teknik Peta Minda membantu meningkatkan

daya ingatan dan kemahiran sosial saya

5

(100%)

0

(0%)

10 Saya akan menggunakan kaedah peta minda

bagi subjek yang lain

5

(100%)

0

(0%)

Page 7: 349-695-1-SM (1)

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

347

Jadual 2 menunjukkan soal selidik yang digunakan pengkaji untuk menguji sejauh mana

minat murid dalam pendidikan menggunakan teknik peta minda. Terdapat lima item

soalan soal selidik yang menguji minat murid-murid terhadap pendidikan sivik.

Merujuk item yang pertama, seramai 5 orang peserta kajian telah bersetuju

bahawa mereka suka akan subjek pendidikan sivik ini. Pengkaji telah menggunakan

perkataan suka dalam item soalan yag pertama adalah kerana membawa maksud minat.

Pemilihan item soalan yang kedua ialah tentang mudahnya mempelajari subjek

pendidikan sivik. Seramai 4 orang peserta kajian bersetuju bahawa subjek ini mudah

selepas menggunakan teknik peta minda.

Bagi item soalan yang ketiga soal selidik adalah mengenai sama ada peserta kajian

tidak suka belajar pendidikan sivik selepas menggunakan teknik peta minda. Didapati

kelima-lima peserta kajian telah menjawab tidak bersetuju dan telah menunjukkan minat

mereka dalam pembelajaran subjek dengan menggunakan teknik ini. Pengkaji

menggunakan soalan yang berbentuk negatif kerana ingin menguji sejauh mana peserta

kajian membaca dan memahami soalan tersebut dan ingin memastikan kesahan dan

kesahihan yang tepat.

RAJAH 2 : Graf Menunjukkan diantara Skor Dengan Jenis Item Soalan

Meningkatkan Kefahaman Murid-Murid Dalam Subjek Pendidikan Sivik Dan

Kewarganegaraan Dengan Menggunakan Teknik Peta Minda.

Merujuk item soalan yang keenam iaitu lebih memahami tajuk ”Nama Negeri dan Ibu

Negeri di Malaysia” selepas menggunakan kaedah pembelajaran peta minda. Kelima

peserta kajian telah menjawab bersetuju dengan item soalan yang di berikan. Bagi item

soalan yang ketujuh soal selidik iaitu mengingati tentang tajuk ”Nama Negeri dan Ibu

Negeri di Malaysia” selepas kaedah pembelajaran peta minda. Kesemua peserta kajian

telah bersetuju dengan penyataan di atas.

Seterusnya merujuk rajah 2 ,iaitu graf soal selidik menunjukkan peratus skor yang

tertinggi bagi jawapan setuju adalah bagi item soalan soal selidik yang keenam, ketujuh,

kesembilan dan kesepuluh iaitu sebanyak 100% skor adalah bersetuju. Ini adalah kerana

dengan menggunakan kaedah peta minda telah meningkat kefahaman peserta kajian

dalam pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

0%

20%

40%

60%

80%

100%

120%

SKO

R

JENIS ITEM SOALAN

SETUJU

TIDAK SETUJU

Page 8: 349-695-1-SM (1)

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

348

Diikuti dengan item soalan yang kelapan, kesembilan dan kesepuluh, kesemua

peserta kajian telah bersetuju dengan menggunakan kaedah ini mereka lebih mengingat

dan lebih faham tentang sesuatu topik yang memerlukan hafalan. Peserta kajian juga

bersetuju akan menggunakan teknik peta minda ini terhadap subjek-subjek lain.

Di sokong oleh kesemua item soalan soal selidik iaitu 100% skor peserta kajian

bersetuju. Hasil dapatan graf soal selidik telah membuktikan bahawa persoalan ketiga

kajian iaitu meningkatkan kefahaman murid-murid dalam subjek Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan dengan menggunakan teknik peta minda. telah terjawab.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Pengkaji mendapati bahawa terdapat peningkatan pencapaian (skor) murid-murid di

dalam ujian pra dan pos yang dijalankan. Data yang dikumpulkan menunjukkan

pencapaian murid dalam tajuk Nama Negeri dan Ibu Negeri di Malaysia bagi subjek

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan telah meningkat melalui penggunaan teknik peta

minda iaitu daripada dua orang mendapat gred E dan tiga orang mendapat gred D dalam

ujian pra kepada dua orang mendapat gred B dan tiga orang mendapat gred A dalam ujian

pos. Peningkatan skor daripada 24.6% kepada 81.6%.

Dapatan kajian yang diperolehi selari dengan dapatan kajian yang telah dilakukan

oleh Mohd Nazemi Razak(2011), telah menjalankan kajian atas murid tahun 4 Sekolah

Kebangsaan Ladang untuk meningkatkan skor murid dalam pembelajaran Sains dengan

menggunakan teknik peta minda iaitu daripada 34.8% kepada 70.8%.

Selain itu, Zalekha Elie (2005) menyatakan, prestasi murid dalam penulisan

bahasa Melayu dapat di pertingkatkan dengan penggunaan peta minda. Hasil kajian beliau

menunjukkan murid-murid yang diberi pendedahan peta minda telah dapat menghasilkan

karangan naratif yang tersusun dan kemas dan mendapat markah yang lebih tinggi.

Dapatan kajian ini juga turut menyokong dapatan kajian Evrekli (2009), sebanyak

48.8% daripada calon guru yang ditemu bual bersetuju bahawa peta minda dapat

memastikan pengetahuan menjadi kekal dan memudahkan murid untuk mengingati.

Penggunaan teknik peta minda ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah

memudahkan murid untuk belajar dan meningkatkan kehafaman mereka hingga optimum.

Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Zahara Aziz (2009) yang mendapati

peratus pelajar yang lulus dalam mata pelajaran Sejarah telah meningkat daripada 59%

dalam ujian pra kepada 86.5% dalam ujian pos. Hal ini menunjukkan pengajaran

menggunakan peta konsep atau peta minda ini telah dapat meningkatkan pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

Secara tidak langsung , penggunaan peta minda ini dapat meningkatkan skor murid dalam

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan.

Menurut Liew (2009), beliau menyatakan peta minda ialah teknik grafik yang

hebat yang menyediakan kata kunci yang universal untuk menghuraikan potensi otak.

Justeru itu, penggunaan teknnik peta minda ini telah dibuktikan sebagai teknik yang dapat

merangsangkan otak ke tahap yang maksimum dalam proses mengulang kaji nota

pelajaran.

Secara rumusannya, dengan menggunakan teknik peta minda ini dapat

meningkatkan skor murid-murid dalam subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarnegaraan.

Page 9: 349-695-1-SM (1)

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

349

CADANGAN KAJIAN

Kumpulan Sasaran

Penyelidik menyarankan kajian lanjutan yang hendak dilakukan hendaklah menggunakan

kumpulan sasaran yang lebih besar seperti keseluruhan kelas. Rasionalnya, lebih banyak

data akan dapat dikumpul dan lebih banyak dapatan yang boleh diperolehi daripada

sampel kajian yang lebih banyak.

Sampel Kajian Penyelidik mencadangkan sampel kajian lanjutan boleh diadakan di kawasan atau sekolah

rendah atau menengah yang lain. Rasionalnya, penyelidik akan dapat melihat

keberkesanan dan kesan-kesan yang berlainan apabila peta minda digunakan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Evrekli,E. (2009). Mind Mapping applications in special teaching method courses for

science teacher candidates and teacher candidates‟ opinions concerning the

applications. Procedia Social and Behavioral Sciences, 2274-227

Liew,K. (2009). Mind Maps, Quick Thinking, &amp: Creativity. Retrieved March

Sunday,2011, from

http://www.taylors.edu.my/courses/cpe/cpe_mm_mindmap.html

Mohd Nazemi. 2011. Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Berasaskan Peta Minda

Terhadap 4 Berlian Dalam Meningkatkan Pemahaman Sains Bagi Tajuk

“Protection”. Jurnal Kajian Tindakan. Institut Perguruan Kampus Dato‟ Razali

Ismail

Radzli Hashim (1993). “Kemahiran Belajar”. Wawasan. 34-39.

Zahara Aziz, Nurliah Jair (2009), Penggunaan Peta Konsep Untuk Meningkatkan

Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Bagi Pelajar Tingkatan Dua, Jurnal

Pendidikan Malaysia.

Zalekha Elie (2005), Meningkatkan Prestasi Murid Tahun 5 Jaya Dalam Penulisan

Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Peta Minda dan Kata Soal, Prosiding

Seminar Penyelidikan Tindakan.