3 surah ar rahman - © 2017 tafsir surah ar rahman.pdf · pdf...

Click here to load reader

Post on 06-Mar-2019

293 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1

SURAH AR RAHMAAN

2

3

4

TERJEMAHAN SURAH AR-RAHMAAN

Allah, Penganugerah Rahmat yang melimpah ruah.(1)

Dialah yang telah mengajar al Quraan itu.(2)

(hakikatnya) Dialah yang telah mencipta (semua) manusia.(3)

Dialah juga yang telah menganugerah kebolehan pada manusia untuk memberi dan menerima pernyataan.(4)

(Dialah yang mempastikan) Peredaran matahari dan bulan, mengikut satu sistem peraturan dan perhitungan yang unik.(5)

(sehingga semua ciptaan Nya termasuk ) bintang-bintang dan pokok tumbuhan bermatlamatkan pengabdian sujud pada peraturan Nya.(6)

5

(saksikan lah akan) Langit diciptakannya dan berada di atas, dan ianya tertakluk pada peraturaan neraca timbangan yang unik.(7)

Supaya kamu semua tidak akan melampau titik pertimbangan yang betul dalam melaksanakan keadilan.(8)

Laksanakan lah satu-satu timbangan itu dengan adil dan jangan sama sekali mengurangkan timbangan itu.(9)

Dan bumi telah dicipta supaya merata demi untuk keselesaan semua makhluk di atasnya.(10)

Ditetapkan di atasnya pengeluaran berbagai buah-buahan dan (teristimewa) ialah pokok kurma yang mempunyai mayangnya.(11)

Dan juga terdapat pengeluaran jenis biji-bijian yang mempunyai jerami dan juga ada pokok bunga-bungaan yang mempunyai keharuman baunya.(12)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(13)

6

Dia telah mencipta manusia (Adam as) dari tanah liat kering seperti tembikar.(14)

Dan Dia juga telah mencipta Jin dari lidah-api iaitu dari api yang menjulang .(15)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(16)

Dialah Allah, Pentadbir di dua Timur dan di dua Barat.(17)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(18)

Dialah yang mentakdir pertemuan dua lautan yang mengalirkan air masin dan air tawar.(19)

Pertemuan di antara kedua-duanya itu, disekat oleh satu sempadan yang harmoni (lengkap-melengkapi di antara satu sama lain).(20)

7

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(21)

Dari kedua-dua lautan yang bertembung itu, dijadikan dalamnya mutiara dan perhiasan Marjan.(22)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(23)

Dialah yang mentakdir pergerakan kapal-kapal di lautan, di mana layarnya yang tinggi itu menyerupai gunung-gunung di daratan.(24)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(25)

(satu hakikat yang perlu diambil perhatian ialah); setiap yang berada di muka bumi ini akan mengalami kebinasaan.(26)

8

Dan yang Kekal hanyalah Wajah zat Allah, Tuhan Yang Mentadbir kamu itu sahaja, Dia punyai Keagongan dan Kemuliaan.(27)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(28)

Semua yang berada di langit dan di bumi memerlukan Allah dalam semua hajat-hajat mereka; Jadi setiap detik harian Nya dia sibuk dengan urusan Nya. (29)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(30)

(Di akhirat nanti) Kami akan menguruskan semua perhitungan dan balasan amal kamu; Wahai Jin dan manusia!.(31)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(32)

9

(Aku mencabar kamu) Wahai Jin dan manusia semua! Jika kamu berdua berkeupayaan menembusi keluar dari kawasan langit dan bumi (untuk lari dari menerima balasan Kami) maka silakan lah! Tembusi lah kedua-duanya itu!. Sekali-kali Kamu semua tidak boleh menembusinya kecuali lah dengan adanya satu Kekuatan Agong (yang dapat menguasai kekuatan Kami itu).(33)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(34)

(Wahai Jin dan manusia Yang ingkar) Kamu berdua akan diseret ke dalam jurang api yang menjulang tinggi dan dihenyak dalam leburan cecair tembaga panas; dan pastinya tidak akan ada yang boleh menolong kamu berdua!.(35)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(36)

(Di hari Akhirat itu) apabila saat langit di atas itu pecah berderai dan bertukar rupanya menjadi kemerahan mawar dan berkilat seperti minyak.(37)

10

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(38)

Maka pada hari itu, tidak sesiapa pun dari kalangan jin dan manusia yang akan ditanya tentang dosa mereka (mereka dah tahu sendiri perbuatan-perbuatan mereka dulu).(39)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(40)

Orang-orang berdosa yang zalim itu akan dikenali dari tanda-tanda tertentu di muka mereka; mereka akan dicekak melalui ubun-ubun hingga ke kaki mereka (dan diseret ke neraka).(41)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan)nya?.(42)

(Rasalah!) Inilah dia Neraka Jahannam, yang selama ini kamu dan orang yang berdosa mendustakannya!.(43)

11

Mereka terus berputar-putar di antara azab kepanasan Api dari neraka Jahim dan air didihan yang menggelegak panas.(45)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(45)

Dan disediakan kepada mereka yang takut pada balasan mahkamah Allah Tuhan Nya, mereka disediakan dengan DUA jenis syurga.(46)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(47)

Kedua-dua syurga itu punyai tarikan tersendiri dengan buah-buahannya.(48)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(49)

Pada kedua-dua syurga itu terdapat mata air yang mengalir.(50)

12

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(51)

Dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua jenis buah; tiap-tiap buah itu ada dua jenisnya yang biasa dan yang luarbiasa.(52)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(53)

Penghuninya akan berehat di atas hamparan yang di sulam rapi; manakala buah-buah yang berbeda itu terdapat berdekatan dan tunggu untuk di petik.(54)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(55)

Di dalam syurga-syurga itu dihuni oleh bidadari-bidadari yang sedia memberi khidmat, mereka adalah suci tidak pernah disentuh sebelumnya oleh jin atau manusia.(56)

13

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(57)

Kecantikan mereka itu bagaikan batu delima dan marjan.(58)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(59)

Hakikatnya, balasan yang baik itu datang dari amalan yang baik.(60)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(61)

Disamping dua syurga tersebut, terdapat dua syurga lain (diperuntukkan kepada golongan peringkat kedua).(62)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(63)

14

Kedua-duanya mempamirkan kesuburan pokok yang menghijau.(64)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(65)

Pastinya terdapat dua jenis mata air yang mengalir memancut dalam kedua-dua syurga tambahan itu.(66)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(67)

Jenis buah-buah yang terdapat dalam keduanya ialah dari kurma dan buah delima.(68)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(69)

15

Dibekalkan juga ke dalam dua syurga ini dengan teman-teman yang baik budi nya dan cantik parasnya.(70)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(71)

Mereka adalah bidaadari-bidadari yang tinggal tetap dalam perkhemahan masing-masing.(72)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(73)

(bidadari-bidadari ini) tidak pernah disentuh sebelum ini oleh manusia mau pun jin.(74)

Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(75)

View more