3- pemuliharaan

20
1.0 PEMULIHARAAN AIR 1.1 Jenis Pencemaran Air Jenis Pencemaran Air Pencemaran Bahan Toksik Racun Rumpai Racun Serangga Bahan Buangan Industri Pencemaran Organik Lebihan bahan organik seperti baja dan kumbahan memasuki air Pencemaran Terma Air digunakan sebagai penyejuk dan kembali kepada persekitaran akuatik dengan suhu yang lebih tinggi Pencemaran Ekologikal Kejadian tanah runtuh, haiwan dan tumbuhan yang mati lemas dalam banjir serta sejumlah besar bahan organik mengalir dalam air

Upload: nazlaili

Post on 04-Aug-2015

192 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3- pemuliharaan

1.0PEMULIHARAAN AIR

1.1Jenis Pencemaran Air

Jenis Pencemaran

Air

Pencemaran Bahan Toksik

Racun RumpaiRacun Serangga

Bahan Buangan Industri

Pencemaran Organik 

Lebihan bahan organik seperti baja dan

kumbahan memasuki air

Pencemaran Terma

Air digunakan sebagai penyejuk dan kembali kepada persekitaran akuatik dengan suhu

yang lebih tinggi

Pencemaran Ekologikal 

Kejadian tanah runtuh, haiwan dan tumbuhan yang mati lemas dalam banjir serta sejumlah besar bahan organik mengalir dalam air 

Page 2: 3- pemuliharaan

1.2Punca Pencemaran Air

Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai.Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air.Kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Pembuangan Bahan Domestik 

Cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik.Kilang membuang sisa cecair dan pepejal agrokimia ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.

Sisa Toksid Dari Sektor Kilang

Minyak bercampur dengan air laut atau sungai.Kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik terjejas. Menjejaskan sumber protein manusia.

Pertumpahan Minyak

Hampas-hampas organik, baja, pestisid dibuang ke dalam sungai mencemarkan sumber air.Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Pertanian

Bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut.Stesen-stesen nuklear da ujian-ujian bom nuklear menyalirkan bahan buangan ke dalam laut.

Bahan-bahan Buangan

Radioaktif Dan Ujian-ujian Bom

Dan Nuklear

Page 3: 3- pemuliharaan

1.3Kesan Pencemaran Air

Menjejaskan kesihatan manusia

Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium,

nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan

manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung,

manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah

saraf.

Menjejaskan hidupan akuatik

Tumbah minyak mengganggu mikroorganisma dalam air kerana

lapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam

air sehingga oksigen terlarut akan berkurang.Selain itu,lapisan tersebut

akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga

fotosintesi terganggu.

Menjejaskan sumber pendapatan nelayan

Tumpahan minyak di Pengerang telah menjejaskan pendapatan

nelayan di situ memandangkan sumber pendapatan utama penduduk

sekitarnya bekerja sebagai nelayan. Pencemaran berlaku

menyebabkan ikan mati dan berpindah ke habitat baru untuk

meneruskan kehidupan.

Peningkatan kos pembersihan air dan bekalan minum

Air yang tercemar memperlukan kos pemuliharaan yang tinggi

untuk dirawat. Sebagai contoh sebanyak RM 250 juta telah

diperuntukkan bagi pembersihan dan mengindahkan sungai. Hal ini

merugikan kerana selain menambahkan bebanan kerajaan, wang itu

sepatutnya boleh disalurkan untuk pembangunan negara.

Page 4: 3- pemuliharaan

1.4Cara Pemuliharaan Air

Rawatan air kumbahan

Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pejal diasingkan

dan kemudian ditukar daripada bahan pepejal kepada bahan mineral.

Cara biasa untuk merawat air biasanya dibahagikan kepada tiga

peringkat; Rawatan Primary, Rawatan Secondary dan Rawatan

Tertiary. Tiga cara untuk mengawal air kumbahan industri ialah dengan

mengawal selia puncanya di sesebuah kilang berkenaan, air

kumbahan sebelum dirawat untuk dibuang dengan menggunakan cara

rawatan berbeza atau air kumbahan boleh dirawat secara penuh di

kilang sama ada ia kemudian diguna semula atau dibuang terus.

Tujuan rawatan biasa untuk air kumbahan ialah bagi mengurangkan

bahaya dan selamat digunakan oleh manusia.

Penguatkuasaan undang-undang (Akta Kualiti Alam Sekeliling)

Sisa-sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat

terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum

dilepaskan ke dalam sungai. Kemudian,kerajaan tempatan

mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan kerajaan

tempatan memasang penapis sisa makanan untuk menghalang sisa

makanan, minyak disalurkan terus memasuki sungai dan

mencemarkannya.

Kesedaran masyarakat

Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.

Aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar

kepada murid-murid dan orang ramai harus dipertingkatkan dalam

usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai. Pada masa yang

sama, pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan

sungai atau alam sekitar,jika disabit kesalahan terus dikenakan

hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Page 5: 3- pemuliharaan

2.0PEMULIHARAAN TANAH

2.1Punca Pencemaran Tanah

PUNCA PENCEMARAN

TANAH

Penggunaan racun serangga

secara berlebihan

Pembuangan sampah merata-

rata

Pembuangan bahan buangan dari industri spt

minyak, sisa toksik, sisa

industri Pembuangan kumbahan yang tidak terkawal

Aktiviti perlombongan

Page 6: 3- pemuliharaan

2.2Kesan Pencemaran Tanah

Menjejaskan kesihatan manusia

Sampah-sarap yang dibuang di kawasan lapang menjadi tempat

pembiakan kuman penyakit. Lipas, lalat, tikus, dan haiwan perosak

yang lain tertumpu di kawasan ini menyebarkan kuman-kuman

penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat

atau dimakan lipas, manusia mudah keracunan makanan dan

seterusnya diserang penyakit yang serius.

Kekurangan tanah yang sesuai untuk pertanian

Kekurangan tanah subur untuk pertanian menyebabkan hasil

pertanian berkurangan untuk sara diri dan eksport ke negara lain.

Menyebabkan pencemaran lain

Mengakibatkan berlakunya pencemaran yang lain seperti

perncemaran air dan udara. Bahan pencemaran di tanah akan

mengalir ke dalam sungai menyebabkan pencemaran air berlaku. Bau-

bau bahan pencemaran akan mengakibatkan pencemaran udara.

Kerosakan tanah dan kualitinya

Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan

menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti menyebabkan tumbuhan

atau sayuran yang ditanam tidak subur. Hujan asid yang meresap ke

dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau

pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak.

Membunuh haiwan bawah tanah

Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul di dalam

tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear

membunuh haiwan-haiwan bawah tanah.

Page 7: 3- pemuliharaan

2.3Cara Pemuliharaan Tanah

Penggunaan baja organik

Penggunaan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan

dan sisa tanaman menggantikan penggunaan baja kimia harus

digalakkan. Selain menambahkan kesuburan tanah, ia adalah lebih

murah, dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Mengamalkan tanaman tutup bumi

Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput

ditanam di lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit

untuk mengurangkan hakisan tanih dan mengekalkan kesuburan tanih.

Mengamalkan kitar semula

Pangasingan sampah-sarap yang dapat di kitar semula perlu

dilakukan supaya sumber alam tidak dibazirkan. Selain itu, gotong-

royong harus sentiasa diadakan.

Menguatkuasakan undang-undang

Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang terhadap

industri yang tidak menepati piawai penjagaan alam sekitar yang

ditetapkan. Segala pembinaan, pembalakan, dan perlombonagn mesti

dikawal dengan ketat. Pembuangan air dari kilang-kilang mestilah

ditapis sebelum dibuangkan.

Mengadakan kempen penjagaan alam sekitar

Kesedaran untuk menjaga alam sekitar sepatutnya diterap

melalui pelaksanaan kempen bermula di sekolah rendah lagi. Generasi

baru seharusnya diberi pendedahan kepentingan menjaga alam

sekitar.

Page 8: 3- pemuliharaan

2.4Kepentingan Tanah

Kepentingan Tanah

Medium kepada

pertumbuhan pokok

Pemprosesan bahan mentah

Tempat berlindung organisma

tanah

Alat kawal atur bagi

pembekalan air

Medium bagi

kejuruteraan

Page 9: 3- pemuliharaan

3.0PEMULIHARAAN HUTAN

3.1Punca Kemusnahan Hutan

Kemusnahan dan perubahan habitat

Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau

mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang

memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan

hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini

mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan

pembiakan.

Pembakaran Hutan

Pembakaran hutan secara terbuka menyebabkan spesies-

spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah.

Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat

dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.

Pemburu Haram

Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada

negara-negara luar terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya

terdapat di negara ini. Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada

10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja yang

sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat. Hal ini

menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini

menggalakkan lagi pemburuan haram.

Pembinaan Empangan

Pembinaan empangan memerlukan pembersihan hutan yang

luas tanpa kawalan seperti di Bakun dan di Tasik Chini telah

memberikan kesan yang ketara dan dapat di lihat dengan jelas.

Contoh yang paling ketara adalah Empangan Bakun telah

memusnahkan habitat semulajadi sebanyak 70,000 hektar yang

sebesar Singapura.

Page 10: 3- pemuliharaan

3.2Kesan Kemusnahan Hutan

Kepupusan dan gangguan flora dan fauna

Masalah bertambah apabila hidupan ini telah terdedah kepada

penyakit berjangkit. Masalah lain adalah perpindahan hidupan dari

kawasan hutan ke kawasan berkependudukan menyebabkan masalah

kepada penduduk tempatan yang tinggal berdekatan.

Kesan mineral tanih persekitaran

Tanih adalah bahan utama dalam pertumbuhan tumbuhan

kerana terdapat pelbagai mineral yang penting baginya. Tetapi setelah

pembinaan ini berlaku, kandungan mineral tanih semakin terjejas tidak

kira di darat ataupun di sungai. Tanih akan terhakis menyebabkan

kesuburan tanih semakin berkurangan. Mineral di sini dibawa turun

oleh aliran air permukaan.

Orang asli terancam

Kemusnahan hutan ini memang membawa kesan kapada kaum

orang asli. Banyak antara kaum ini hilang tradisi, budaya dan cara

hidup terpaksa bertukar. Ini dikaitkan dengan sumber pendapatan

mereka, tempat tinggal mereka dan ancaman lain seperti penyakit

berjangkit. Dari segi sumber mereka terancam. Masalah mencari

makanan juga wujud. Contoh yang jelas adalah sumber protein

mereka daripada hasil penangkapan ikan terjejas di Sungai Baloi,

Sarawak yang berdekatan dengan Empangan Bakun.

Page 11: 3- pemuliharaan

3.3Cara Pemuliharaan Hutan

Penanaman semula pokok

Spesies pokok tertentu yang dikenal pasti cepat membesar

sepatutnya ditanam untuk menutupi permukaan bumi yang tandus.

Tindakan tersebut dapat mengelakkan tanah mengalir ke dalam sungai

apabila hujan, di samping dapat mengelakkan masalah peningkatan

suhu bumi.

Mengurangkan aktiviti pembalakan

Pengurangan aktiviti penerokaan alam semulajadi akan memberi

sumbangan kepada pengekalan kehijauan dan keindahan alan semula

jadi.

Mewartakan hutan simpanan

Di Semenanjung Malaysia terdapat lebih kurang 458 buah

kawasan telah diwartakan sebagai hutan simpanan kekal seluas 4.64

juta hektar yang meliputi kawasan hutan darat, paya laut,dan paya

gambut. Hutan simpan kekal atau dikenali sebagai pemuliharaan

merupakan satu pemuliharaan kepelbagaian biologi bagi mengekalkan

tumbuhan dan kehidupan liar di habitat asalnya.

Kempen kesedaran

Kempen kesedaran juga haruslah dilakukan untuk

mendedahkan kepentingan hutan kepada kita selain menyalurkan cara

memelihara dan memulihara hutan kepada orang ramai. Kempen

kesedaran boleh dilakukan dalam bentuk ceramah mahupun

pertandingan dengan bertemakan menyayangi alam sekitar. Risalah

juga boleh diedarkan untuk mengedarkan orang ramai. Poster-poster

yang menyarankan pemeliharaan dan pemuliharaan alam boleh diletak

dan dipaparkan di kawasan awam.

Page 12: 3- pemuliharaan

3.4Kepentingan Hutan

Kepentingan Hutan

Sumber ekonomi negara

Habitat perlindungan

liar

Kestabilan cuaca

Mengawal hakisan tanah

Tempat tadahan

hujan

Perkembangan eko-

pelancongan

Keseimbangan ekosistem

Sumber perubatan

dan makanan

Membekalkan oksigen

Page 13: 3- pemuliharaan

4.0PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

4.1Punca Kepupusan Hidupan Liar

4.2Kesan Kepupusan Hidupan liar

Kitaran kehidupan terjejas

Apabila berlakunya kepupusan hidupan liar, maka kitaran

hidupan ataupun ekosistem akan terjejas. Hal ini kerana hidupan liar

adalah salah satu daripada elemen dalam sesebuah ekosistem.

Mencacatkan pemandangan alam

Seperti yang kita tahu, pemandangan alam tidak akan lengkap

tanpa hidupan liar. Dalam erti kata yang lain, pemandangan alam tidak

akan lengkap tanpa wujudnya flora dan juga fauna.

Punca Kepupusan Hidupan Liar

Pembalakan haram

Pembakaran hutan

Pemburuan haram

Pembukaan tanah baru

Pencemaran

Page 14: 3- pemuliharaan

Hilang daya tarikan pelancong

Salah satu daya tarikan pelancong ke Malaysia adalah dengan

adanya hidupan-hidupan liar. Jika kepupusan hidupan liar terjadi,

hilanglah daya tarikan pelancong ke negara kita sekaligus akan

mengganggu ekonomi masuk negara kita.

4.3Cara Pemuliharaan Hidupan Liar

Gazet hutan-hutan simpan secara meluas

Dengan menggazetkan hutan-hutan simpan ini, tempat

pembiakan haiwan terjamin dan sumber makanan mereka juga akan

berkekalan.

Kuatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972

Penguatkuasaan undang-undang agar hidupan liar terjamin.

Jabatan PERHILITAN juga harus menyumbang dalam merealisasikan

akta ini dikuatkuasakan. Tindakan pemulihan seperti penanaman

semula hutan untuk menjamin habitat hidupan liar juga perlu

ditingkatkan.

Pemberian lesen pemburuan secara terkawal

Langkah dari segi kawalan pemberian lesen pemburuan serta

tindakan tegas ke atas pemburu haram perlu diambil bagi memastikan

hidupan liar ini selamat. Pegawai Jabatan Perhutanan juga perlu

ditambah agar kawalan pemburuan dapat dijayakan.

Mengawal tindak-tanduk orang asli

Pertanian pindah dan pembakaran hutan merupakan tindakan

biasa bagi orang asli mengakibatkan pemupusan hidupan liar.

Penempatan orang-orang asli dan kawalan pergerakan mereka serta

usaha memastikan mereka tidak mengganggu habitat haiwan perlu

diberi perhatian serius.

Page 15: 3- pemuliharaan

Tingkatkan kajian dan penyelidikan

Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan agar haiwan ini terus

membiak dan mempunyai ketahanan dalam menyesuaikan diri dengan

perubahan persekitaran. Pelbagai pelalian dan hormon perlu dicipta

untuk menjamin haiwan-haiwan ini terus hidup. Usaha-usaha juga

perlu dijalankan untuk mewujudkan habitat melalui kajian.

4.4Kepentingan Hidupan Liar

Menyeimbangkan ekosistem alam Menjaga khazanah alam

Kemandirian spesies Daya tarikan pelancong

Kepentingan Hidupan Liar