3. karom

Upload: siowhoon

Post on 09-Jan-2016

66 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rph aktiviti karom

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANIMata Pelajaran: Pendidikan Jasmani

Tahun: 5 M

Tarikh: 17/8/2015 (Isnin)

Masa: 7.30 pagi 8.00 pagi (30 minit)

Bilangan Murid: 28 orang

Standard Kemahiran: Standard 1 : Kemahiran Pergerakan

Standard 2 : Aplikasi Pengetahuan dan Konsep dalam Pergerakan

Standard 5 : Kesukanan

Kemahiran: Kemahiran (Rekreasi dan kesenggangan)

Tajuk: Karom

Fokus: Berkebolehan melakukan aktiviti rekreasi permainan karom

Standard Kandungan: 1.14 Berkebolehan melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan 2.14 Berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan dan strategi dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan 5.2 Berkebolehan mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.

Standard Pembelajaran: 1.14.1 Bermain permainan strategi yang melibatkan kemahiran motor halus seperti karom, dam, congkak, dan catur. 2.14.1 Mengenal pasti strategi dalam permainan seperti karom, dam, congkak, dan catur. 5.2.4 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif. 5.4.2 Membentuk kumpulan kecil bagi melakukan aktiviti.

Pengalaman Sedia Ada: Murid-murid pernah melakukan aktiviti menggolekkan bola ke sasaran.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir P&P, murid-murid akan:-

Psikomotor Menjentik span leper tepat pada sasaran untuk memasukkan span leper ke dalam gol.

Kognitif Menjawab sekurang-kurangnya 2 daripada 3 soalan yang dikemukakan oleh guru pada fasa penutup

Afekif Menunjukkan sifat bekerjasama dalam melakukan aktiviti kumpulan serta boleh menerima kekalahan secara positif.

KBKK: (1) Meramal : Membuat jangkaan terhadap laluan pergerakan span leper selepas dijentik. (2) Menyelesaikan masalah : menggelakkan pihak lawan daripada memasukkan span leper ke dalam gol.

Penerapan Nilai: Kerjasama, hemah tinggi, hormatmenghormati, kerajinan

Penggabungjalinan: Tunjang 1- Kemahiran Pergerakan (sasaran)

Kesepaduan: Bahasa (Bertutur dan berbincang dengan ahli kumpulan) Sains (Membuat ramalan tentang hala tuju span leper setelah dijentik)

Alatan

Bil.AlatanJumlah

1Span leper kecil40

2Span leper besar4

3Papan 16

4Kotak 16

5Bakul4

6Pundi kacang4

EMK Keusahawan Kreatif dan inovatif

BAHAGIAN/MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI / ISI PELAJARANCATATAN/ ALATAN

Permulaan

aktiviti memanaskan badan(+- 4 minit)

Permainan Memasukkan gol1. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan.2. Guru memastikan murid berdiri secara selesa dengan berjarak daripada kawan.3. Apabila guru meniup wisel, murid akan mula memasukkan pundi kacang ke dalam bakul.

Murid beratur dalam kumpulan masing-masing. Murid memasukkan pundi kacang ke dalam bakul secara bergilir-gilir. Aktiviti ditamatkan sehingga semua murid berpeluang memasukkan pundi kacang ke dalam bakul.

Petunjuk:MuridBakul

TKP: Verbal linguistik Visual ruang KinestetikKBKK: Meramal

Nilai: KerjasamaKesepaduan: Bahasa Sains

Alatan: 4 Skitel 4 pundi kacang 4 bakul

Perkembangan

Langkah 1 ( + 4 minit )

Memperkenalkan karom

1. Guru memperkenalkan permainan karom yang telah diubahsuai.2. Guru menerangkan cara permainan, alatan, jumlah pemain dan peraturan permainan.

Pengenalan:Permainan ini adalah diubahsuai daripada permainan karom yang sebenar.

Bilangan pemain:Mengikut kesesuaian

Alatan: Bola karom (span leper kecil) Bola striker (span leper besar) Gol (kotak) Benteng (papan/ bahan bersesuaian)

Petunjuk:Span leper besarSpan leper kecilKotakPapan

Cara Bermain:Sila rujuk lampiran 1.

TKP: Verbal linguistikKBKK: Menghubungkaitkan Membuat gambaran mentalNilai: kerajinanKesepaduan: BahasaAlatan: 16 Papan 40 Span leper kecil 4 Span leper besar 16 kotak

Langkah 2 (+ 10 minit)a) Belajar bermain karom tanpa gol

b) Belajar bermain karom dengan gol1. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan besar.2. Murid-murid berdiri di tepi gelanggang karom untuk menjalankan latihan.

Meletakkan span leper kecil di tengah gelanggang. Menyusun papan (bentang) secara empat segi dengan merapatkan bahagian hujung papan antara satu sama lain supaya bola span leper kecil tidak terkeluar dari gelanggang. Murid menjentik span leper besar ke arah span leper kecil dengan merendahkan badan secara bergilir-gilir.

Petunjuk:Span leper besarSpan leper kecilPapan

Meletakkan bola karom di tengah gelanggang Menyusun benteng secara tiga segi tetapi meletakkan kotak goal pada setiap hujung bangku Murid menggolekkan bola striker ke arah bola karom untuk memasukkan bola karom ke dalam goal Murid-murid dilarang membaling bola striker untuk menyerang bola karom.

Petunjuk:Span leper besarSpan leper kecilKotakPapan

TKP: Verbal linguistik Logik-matematik Visual-ruang Kinestetik

KBKK: Membuat ramalan

Nilai: Kerjasama Hormat-menghormati

Kesepaduan: Bahasa Sains

Alatan: 16 Papan 40 Span leper kecil 4 Span leper besar 16 kotak

Kemuncak

Langkah 3 (+ 8 minit)

Pertandingan karom secara berkumpulan1. Guru membahagikan murid kepada 12 kumpulan.2. Guru menerangkan peraturan pertandingan.3. Pertandingan dimulakan dengan tiupan wisel guru.4. Guru memuji kumpulan yang menang dan memberi galakan kepada kumpulan yang gagal supaya tidak berputus asa.

Peraturan Pertandingan Karom:1. Setiap kumpulan mempunyai 2-3 orang ahli.2. Setiap kumpulan bermain mengikut giliran dengan menjentik span leper besar ke arah span leper kecil. 3. Sekiranya kumpulan A, berjaya memasukkan span leper kecil ke dalam goal, maka bola karom itu akan dimiliki oleh mereka dan Kumpulan A akan meneruskan serangan mereka.4. Sekiranya Kumpulan A gagal memasukkan span leper kecil, maka gilirannya akan tamat dan diteruskan oleh Kumpulan B dan proses ini diulangi untuk Kumpulan C.5. Sekiranya span leper besar memasuki ke dalam goal, maka semua bola yang dimiliki oleh kumpulan tersebut perlu dimasukkan semula di tengah-tengah gelanggang.6. Setiap kumpulan wajib menghantar pemain yang berbeza untuk setiap jentikan yang dilakukan.7. Kumpulan yang berjaya memungut span leper kecil yang paling banyak dikira sebagai pemenang.TKP: Logik-matematik Visual-ruang KinestetikKBKK: Membuat ramalan Membuat keputusan Menyelesaikan masalah

Nilai: Kerjasama Hemah tinggi

Kesepaduan: Bahasa SainsAlatan: 16 Papan 40 Span leper kecil 4 Span leper besar 16 kotak

Penutup ( + 4 minit )

1. Menyejukkan badan Gerakan burung terbang

2. Refleksi Guru bersoal jawab dengan murid

3. Penyimpanan alatan1. Guru mengarah murid berdiri secara berselerak dengan melakukan gerakan burung terbang.Butiran Mengajar :i. Murid membuka tangan dan menghayun tangan mengikut muzik yang romantik.ii. Murid menarik dan menghembus nafas.

2. Guru menanya soalan dan murid menjawab.

3. Guru mengarahkan murid menyimpan alatan dan beratur balik ke kelas. Murid mengambil jarak antara satu sama lain dan elakkan daripada terkena kawan. Murid melakukan aktviti secara berselerak.

Petunjuk : Skitel Murid Guru

Soalan:1. Apakah yang akan berlaku jika Kumpulan A berjaya memasukkan span leper kecil ke dalam goal?(memiliki span leper kecil tersebut dan meneruskan serangan)2. Apakah yang akan berlaki jika span leper kecil Kumpulan B termasuk ke dalam goal? (Kumpulan B dikehendaki meletakkan semua span leper kecil di tengah gelanggang)3. Bagaimanakah pemenang dalam permainan ini ditentukan?(Kumpulan yang mengumpul paling banyak span leper kecil)TKP: Verbal linguistik Logik-matematik Visual-ruang KinestetikKBKK: Menghubungkaitkan Membuat kesimpulanNilai: Kerjasama Hemah tinggi KerajinanKesepaduan: Bahasa Matematik

LAMPIRAN 1CARA BERMAIN KAROM1. Setiap kumpulan mempunyai 8 ahli dan dibekalkan 1 keping span leper besar.2. Setiap kumpulan perlu bersedia di kawasan masing-masing.3. Kumpulan A akan memulakan permainan dengan menjentik span leper besar ke arah span leper kecil.4. Sekiranya span leper kecil masuk ke dalam mana-mana gol, ia akan menjadi milik pasukan tersebut.5. Kumpulan B pula akan melakukan jentikan dan diikuti Kumpulan C sehingga span leper kecil habis. 6. Sekiranya span leper besar yang masuk ke dalam kotak, semua span leper kecil milik kumpulan tersebut hendaklah diletakkan semula di tengah-tengah gelanggang.