3 jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf ·...

34
8/25/2014 1 FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email: [email protected] Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Kuliah Tajuk Jam 7. Pengurusan Alam Sekitar 4 Pembangunan lestari Pengurusan sumber semulajadi 8. Cabaran-cabaran 3 Jumlah jam 42

Upload: hakhanh

Post on 17-Aug-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

1

FEM 4205 : 3 (3+0)

Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah

Resource Management in Changing Environment

HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM

BILIK A2-14

Email: [email protected]

Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

Kuliah

Tajuk Jam

7. Pengurusan Alam Sekitar 4

Pembangunan lestari

Pengurusan sumber semulajadi

8. Cabaran-cabaran 3

Jumlah jam 42

Page 2: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

2

Tajuk 7

Pengurusan Alam Sekitar

Pengurusan Alam Sekitar

Pengurusan alam sekitar melibatkan pengurusan semua

komponen bagi persekitaran biofizikal, iaitu meliputi

hidupan dan bukan-hidupan

Hidupan dan bukan-hidupan mempunyai hubungkait

dan jalinan di antara mereka

Terdapat juga hubungkait dan jalinan di antara

persekitaran manusia seperti sosial, budaya dan

ekonomi dengan persekitaran biofizikal berkenaan

Page 3: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

3

Pengurusan Alam Sekitar

Dalam pengurusan, perlunya suatu sistem dan standard

tertentu

Sistem atau standard bertujuan untuk mengurangkan

kesan ke atas persekitaran. Ini dapat ditentukan dari

pencapaian objektif tertentu

Contohnya: Standard ISO 14001 digunakan bagi

pengurusan risiko persekitaran

Ia hampir dengan sistem di Eropah iaitu ‘Eco-

Management and Audit Scheme (EMAS)’

Pengurusan Alam Sekitar

Kebanyakan sistem pengurusan persekitaran (EMS) berdasarkan kepada standard ISO 14001 ‘Green Dragon Environmental Management Standard’ - adalah sistem EMS lima tahap bagi organisasi kecil dan besar

BS 8555 adalah standard berfasa bagi organisasi kecil. Mereka kemudiannya boleh menggunakan standard ISO 14001 dalam 6 langkah

Page 4: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

4

Pengurusan Alam Sekitar

Untuk merangsang pembangunan yang selamat untuk

persekitaran dan lestari, Malaysia telah menyediakan

suatu kerangka untuk perlindungan persekitaran.

Industri perlu mengambilkira faktor persekitaran di

peringkat awal perancangan projek.

Aspek kawalan pencemaran termasuklah

pengubahsuaian yang mungkin dalam turutan proses

untuk meminimakan bahan buangan,

melibatkan pengelakan pencemaran sebagai

sebahagian dari proses pengeluaran, dan

memfokus pada pilihan kitar-semula

Pengurusan Alam Sekitar

Polisi Alam Sekitar Negara dirangka dalam Rancangan

Malaysia Ketiga

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974)

Agenda Tempatan 21 (Local Agenda - LA 21)

Tiga aspek utama dalam pembangunan lestari iaitu

ekonomi, penduduk (sosial) dan alam sekitar yang saling

memperlihatkan kepentingan yang jelas.

Ketiga-tiga komponen dapat mewujudkan rangka bagi

pembentukan pengurusan alam sekitar lestari masa kini

dan masa hadapan

Page 5: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

5

Pengurusan Alam Sekitar

Polisi Alam Sekitar Negara bertujuan untuk kemajuan

berterusan dari segi ekonomi, sosial dan budaya Malaysia

dan peningkatan dalam kualiti hidup penduduknya, melalui

pembangunan yang sihat untuk persekitaran dan lestari

Matlamatnya adalah untuk mencapai

Persekitaran yang bersih, selamat, sihat dan produktif

untuk generasi masa kini dan masa hadapan

Pengekalan budaya unik dan pelbagai dan warisan

semulajadi Negara dengan penglibatan efektif oleh

semua sektor dalam masyarakat

Gaya hidup dan corak penggunaan dan pengeluaran

yang lestari

Pengurusan Alam Sekitar

Prinsip bagi polisi ini (8):

Pengawasan alam sekitar

Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam

Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar

Penggunaan mapan sumber-sumber asli

Membuat keputusan bersepadu

Peranan sektor swasta

Komitmen dan bertanggungjawaban

Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa

Page 6: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

6

Pengurusan Alam Sekitar

1. Pengawasan alam sekitar:

Menghormati dan prihatin terhadap alam sekitar

mengikut standard moral dan etika tertinggi

2. Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam:

Memulihara ekosistem semulajadi bagi mempastikan

keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem sokongan

hidup

Pengurusan Alam Sekitar

3. Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar:

Mempastikan peningkatan berterusan produktiviti dan

kualiti alam sekitar dalam mencapai objektif

pertumbuhan ekonomi dan pembangunan

4. Penggunaan mapan sumber-sumber asli:

Menguruskan penggunaan seumber asli bagi

mengekalkan sumber dan penjagaan alam sekitar

Page 7: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

7

Pengurusan Alam Sekitar

5. Membuat keputusan bersepadu:

Mengintegrasi dimensi alam sekitar ke dalam

perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat

pelbagai sektor

6. Peranan sektor swasta:

Memperkukuh peranan sektor swasta dalam hal

perlindungan pengurusan alam sekitar

Pengurusan Alam Sekitar

7. Komitmen dan bertanggungjawaban:

Mempastikan semua pembuat keputusan sektor awam &

swasta, pengguna, pertubuhan bukan kerajaan & orang

awam berkomitmen tinggi terhadap perlindungan dan

bertanggungjawaban ke atas alam sekitar semasa

membentuk, merancang & melaksana aktiviti masing-

masing.

8. Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa:

Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau

ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar

Page 8: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

8

Pengurusan Alam Sekitar

Akta Biokeselamatan

Akta ini diwujudkan pada 2007

Tujuan untuk mengimbangi pembangunan bioteknologi

moden bagi kegunaan berfaedah di samping

mempastikan tiada kesan mudarat berlaku

Akta ini melengkapkan Dasar Bioteknologi Negara

demi mengelak pengabaian aspek keselamatan dan

kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar

Hasilan produk menggunakan organisma diubahsuai

(living modified organisma –LMO) dijamin selamat kepada

kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar

Pengurusan Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS 1974)

Untuk mencegah dan mengawal pencemaran serta

memulihara alam sekitar

Dibawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar,

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar

Malaysia

Timbul hasil dari pencemaran air yang serius akibat dari

pelepasan kilang seperti hasil buangan daripada kelapa

sawit dan getah

Melibatkan kerjasama pihak industri, agensi

penyelidikan, penguatkuasa

Page 9: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

9

Pengurusan Alam Sekitar

Perkembangan Pusat Pertumbuhan Bandar juga

menimbulkan masalah alam sekitar bagi kawasan

bandar

Perkembangan ini memberi kesan kepada kualiti sistem

udara, air dan tanah di kawasan bandar dan

persekitarannya

proses perindustrian dinamik juga penyumbang kepada

pencemaran alam sekitar

Berlakunya peningkatan perdagangan yang melibatkan

perairan Selat Melaka – pencemaran minyak di perairan

Pengurusan Alam Sekitar

Sehubungan dengan itu, diwajibkan Kajian Penilaian

Kesan Alam Sekitar (EIA – Environment Impact

Assessment) bagi projek besar

Penguatkuasaan ke atas kajian EIA penting bagi

menangani masalah alam sekitar dalam jangka panjang

Di samping itu terdapat piawaian-piawaian tertentu bagi

pelepasan bahan buangan industri ke sungai atau alam

sekitar

Pihak industri perlu mengolah bahan buangan

(mengasingkan bahan pencemar) sebelum dilepaskan ke

saliran

Page 10: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

10

Pengurusan Alam Sekitar

Penerapan Cara Hidup Mesra Alam:

Konsep mesra alam dapat mengurangkan kadar

penggunaan sumber alam secara terancang dan efektif

1. Memupuk pemikiran dan minda lestari – kempen dan

promosi

2. Penghayatan amalan dan cara hidup mesra alam –

pemilihan makanan dan proses untuk bahan buangan

3. Kemudahan dan amalan – pilihan kenderaan yang

memberi impak minimum kepada alam sekitar

Pembangunan Lestari

Definisi pembangunan

Transformasi dari satu tahap ke tahap lain yang dapat

memperkayakan kehidupan manusia supaya ia lebih

baik dan mempunyai kepelbagaian dalam bahan dan

aspek budaya, rasional dan yang lainnya

Definisi kelestarian

Kelestarian sebagai satu usaha untuk menjelaskan

mengenai keseimbangan yang diperlukan di antara

pertumbuhan ekonomi dan keabadian persekitaran

semulajadi

Page 11: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

11

Pembangunan Lestari

Pembangunan Lestari

Adalah proses menghasilkan keseimbangan di antara

pembangunan ekonomi, pembangunan komuniti, dan

pembangunan ekologi

Ia juga merupakan pembangunan yang memenuhi

keperluan masa kini tanpa mengabaikan kemampuan

generasi masa hadapan untuk memenuhi keperluan

mereka

Pembangunan Lestari

Terdapat 3 perkara penting bagi pembangunan lestari

Pengekalan sumber-sumber yang tidak boleh

diperbaharui

Pengekalan biosfera

Penciptaan masyarakat yang lebih baik

Page 12: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

12

Pembangunan Lestari

Pengekalan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui

Merujuk kepada pengurangan sumber-sumber yang

tidak boleh diperbaharui, khususnya minyak/bahan api

yang terhasil dari pereputan fosil.

Ekonomi yang berasaskan kepada eksploitasi sumber-

sumber terhad adalah tidak lestari dalam jangka panjang

Perlu berubah kepada ekonomi berasaskan sumber-

sumber yang boleh diperbaharui seperti elektrik dari

kuasa-angin dan kuasa-hidro (air), dan penggunaan

semula bahan/barangan

Pembangunan Lestari

Pengekalan biosfera

Kerisauan wujud tentang pencemaran alam sekitar

disebabkan bahan kimia yang mungkin menyebabkan

kerosakan berkekalan kepada eko-sistem dunia.

Perlu berubah kepada ekonomi yang mengekalkan

biosfera. Ini meningkatkan utiliti ekonomi (kepuasan

dari aspek ekonomi)

Page 13: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

13

Pembangunan Lestari

Penciptaan masyarakat yang lebih baik

Timbul kerisauan mengenai masyarakat moden

khususnya berkaitan dengan kapitalisma, organisasi

besar dan rasional ekonomi.

Perlu berubah ke masyarakat yang lebih baik khususnya

memperoleh semula masyarakat lama yang baik di mana

sedikit adalah lebih baik.

Perlu dititikberatkan mengenai agihan semula kekayaan

Pembangunan Lestari

Terdapat 2 pandangan mengenai pembangunan lestari

yang melibatkan ekonomi, sosial , dan persekitaran

semulajadi

Pandangan Sektor Tiga-Gelang Yang Umum Bagi

Pembangunan Lestari

Pandangan Bertindih Bagi Pembangunan Lestari

Page 14: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

14

Pembangunan Lestari

Sumber: Giddings, Hopwood, & O’Brien

Sustainable Cities Research Institute

MASYARAKAT PERSEKITARAN

EKONOMI

PEMBANGUNAN

LESTARI

Pandangan Sektor Tiga-Gelang Yang Umum

Bagi Pembangunan Lestari

Pembangunan Lestari

Pandangan sektor tiga-gelang ini (ekonomi, masyarakat,

persekitaran) selalu ditunjukkan dengan 3 gelang sama

besar sedangkan satu sektor boleh menjadi lebih utama

berbanding yang lain

Pandangan ini bertujuan untuk membawa ketiga-tiga

sektor dalam suatu cara yang seimbang, dan dapat

mengatasi konflik dalam kalangan sektor berkenaan

Page 15: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

15

Pembangunan Lestari

Kelemahan dan limitasi pandangan ini:

Menganggap ada pemisahan di antara tiga sektor dan

wujud autonomi masing-masing bagi ekonomi,

masyarakat dan persekitaran

Hasil dari ini, isu pembangunan lestari selalunya

menggunakan pendekatan secara berasingan bagi setiap

sektor.

Ia mengabaikan hubungkait di antara ketiga-tiga sektor

Ia membawa kepada anggapan bahawa boleh berlaku

pertukaran di antara ketiga-tiga sektor

Pembangunan Lestari

EKONOMI

PERSEKITARAN

MASYARAKAT

PANDANGAN BERTINDIH BAGI PEMBANGUNAN LESTARI

Page 16: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

16

Pembangunan Lestari

Pandangan Bertindih Bagi Pembangunan Lestari:

Ekonomi bergantung kepada masyarakat

Kedua-dua ekonomi dan masyarakat bergantung

kepada persekitaran

Pembangunan Lestari

Mengutamakan Ekonomi:

Ekonomi mendominasi persekitaran dan masyarakat

Dalam pembangunan lestari sesebuah kerajaan,

matlamat adalah untuk pertumbuhan ekonomi yang

tinggi

Tidak ada pendekatan yang mengintegrasikan ketiga-

tiga sektor

Anggapan dibuat bahawa dengan wujudnya

ketidakseimbangan dalam masyarakat dalam aspek

kekayaan, kuasa dan pendidikan, ini akan membantu

meningkatkan pertumbuhan ekonomi

Page 17: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

17

Pembangunan Lestari

Walaupun ekonomi diberi keutamaan, dalam keadaan

sebenarnya ekonomi bergantung kepada masyarakat

dan persekitaran

Masyarakat terdiri dari aktiviti manusia dan interaksi

yang membentuk kehidupan manusia

Aktiviti manusia wujud dalam suatu persekitaran dan

dengan itu mempunyai kesan kepada persekitaran

Manusia juga bergantung kepada persekitaran untuk

hidup (perlukan sumber bagi memenuhi keperluan dan

kehendak)

Pembangunan Lestari

Ekonomi merupakan subset (sebahagian) kepada

masyarakat

Keperluan manusia dipenuhi melalui pengeluaran

komoditi dan juga dipenuhi melalui aktiviti di luar

ekonomi

Sebahagian pertukaran barangan dan pengeluaran

barangan tidak melibatkan aktiviti kewangan.

Page 18: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

18

Pembangunan Lestari

Agenda Tempatan 21 (Local Agenda - LA 21)

Adalah agenda 21 di tahap tempatan

Ia adalah pelan tindakan ke arah pembangunan

lestari global dalam millenium akan datang, dan

dimeterai oleh lebih dari 178 ketua negara dan

menteri di UNCED (United Nations Conference

on Environment and Development)

Pembangunan Lestari

Agenda Tempatan 21 (Local Agenda - LA 21) (samb.)

Adalah program untuk menyemarakkan kerjasama

di antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti,

mereka berkhidmat untuk bekerja bersama-sama

bagi merancang dan mengambilberat persekitaran

ke arah pembangunan lestari

Komuniti tempatan dan pihak berkuasa tempatan

mengenalpasti dan menganalisa isu nlestari

tempatan, menghasilkan formula dan melaksanakan

pelan tindakan untuk mengatasi isu itu

Menggunakan pendekatan dari ‘bawah ke atas’

Page 19: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

19

Pembangunan Lestari

Prinsip LA 21

Perspektif menyeluruh dalam pemikiran dan tindakan

dalam kalangan sektor

Penglibatan aktif dari rakan kongsi untuk membina

semangat kerjasama dan kemesraan

Pemikiran dan tindakan komuniti dalam jangka hayat

mereka

Perspektif dunia dalam isu tempatan – ‘berfikir secara

global dan tempatan’

Perpektif jangka panjang untuk isu tempatan

Pembangunan Lestari

Ciri-ciri LA 21

Ia menyebut mengenai keperluan ekonomi, sosial dan

ekologi adalah saling bergantungan/bersama

Ia termasuk kesepakatan ke atas visi untuk masa

hadapan yang lestari

Ia termasuk proses penglibatan dengan penduduk

tempatan

Ia membina suatu kumpulan taruh (stakeholder),

forum, atau kumpulan komuniti multi-sektor untuk

melihat proses yang berlaku

Page 20: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

20

Pembangunan Lestari

Ciri-ciri LA 21 (samb.)

Mengandungi Pelan Tindakan dengan sasaran jangka-

panjang yang kukuh

Mempunyai kerangka pengawalan dan laporan

Mempunyai petunjuk untuk mengawal kemajuan

Mempunyai aktiviti yang boleh diukur dan program

untuk melaksanakan Pelan Tindakannya

Pembangunan Lestari

Proses LA 21

Menyusun/menyedia pihak berkuasa tempatan

Rakan kongsi dan penglibatan

Membina visi

Mengenalpasti masalah dan isu

Membina objektif/ menetapkan keutamaan

Pelan tindakan

Perlaksanaan

Pengawalan dan menilai

Page 21: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

21

Pembangunan Lestari

Dimensi Pembangunan Lestari di Malaysia

3 dimensi/komponen utama yang berinteraksi antara satu

sama lain

1. Ekonomi

Asas dan aspek yang mendalam

2. Sosial

Pelakon watak (manusia), masyarakat

3. Persekitaran

Sumber semulajadi, manusia, memberi kesan yang

terbesar

Pembangunan Lestari

Dimensi Pembangunan Lestari di Malaysia

1. Ekonomi

Menggunakan sumber minimum untuk aktiviti

ekonomi atau industri untuk mendapatkan hasil

maksimum dalam membina suatu pembangunan

ekonomi yang lestari

2. Sosial

Setiap orang terlibat dan bekerjasama dalam

menjadikan kehidupan yang sihat bagi mencapai

kualiti hidup yang tinggi

Page 22: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

22

Pembangunan Lestari

Dimensi Pembangunan Lestari di Malaysia (samb.)

3. Persekitaran

Walaupun untuk mencapai pembangunan yang pantas

dalam aspek ekonomi dan sosial, perlu juga

mengekalkan persekitaran semulajadi yang menjadi

bekalan bagi sumber-sumber yang digunakan oleh

industri dan ekonomi serta manusia bagi kehidupan

yang baik

Pembangunan Lestari Faedah Pembangunan Lestari

1. Ke atas individu

Pihak berkuasa tempatan lebih sensitif dan efektif dalam

memenuhi keperluan anda

Persekitaran yang lebih kondusif dan kualiti hidup lebih

baik

2. Ke atas organisasi

Peluang untuk terlibat dalam perancangan dan

pembangunan persekitaran dengan pihak berkuasa

Peluang untuk input bernilai kepada polisi dan amalan

yang akan memberi kesan kepada persekitaran dan

kualiti hidup komuniti

Page 23: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

23

Pembangunan Lestari

Faedah Pembangunan Lestari (samb.)

3. Ke atas perwakilan kerajaan

Meningkatkan pemahaman dan kerjasama di antara

kerajaan dan komuniti

Menambahbaik imej sebagai seorang yang

mengamalkan amalan baik melalui penglibatan

dengan pihak awam, ketelusan, pembinaan

kesepakatan, lebih berkesan, lebih cekap, lebih

diharap

Pembangunan Lestari

Isu Utama Pembangunan Lestari di Malaysia

Persekitaran

Disebabkan aktiviti industri dilakukan oleh

masyarakat atau industri tidak beretika seperti

penyahhutan dan bahan buangan toksik serta

pembangunan tidak dirancang, menyebabkan

penyusutan persekitaran dan mengurangkan sumber

semulajadi

Isu Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Sri Alam

Page 24: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

24

Pembangunan Lestari

Isu Utama Pembangunan Lestari di Malaysia (samb.)

Kesan ke atas persekitaran hasil dari pembangunan

sektor tertentu yang boleh dikategorikan kepada:

Pembangunan tanah dan hutan

Pertumbuhan industri

Penggunaan CFC

Sumber dari pantai dan laut

Pembangunan Lestari

Cadangan Untuk Memperbaiki Pembangunan Lestari

Sektor swasta, pihak berkuasa tempatan dan

masyarakat sewajarnya bekerjasama dan memainkan

peranan mereka untuk mencapi pembangunan lestari

Galakkan penglibatan dari pelbagai lapisan masyarakat

dalam program pembangunan lestari seperti kitar

semula, pendidikan pengguna dsb.

Penstrukturan semula dan menguatkuasakan polisi

dan akta industri yang lebih seimbang dan sesuai yang

boleh diintegrasikan ke dalam dimensi persekitaran

untuk mengurangkan kos persekitaran

Page 25: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

25

Pembangunan Lestari

Cadangan Untuk Memperbaiki Pembangunan Lestari

(samb.)

Industri hendaklah mengambilkira untuk mengawal

dan mengurangkan penggunaan CFC

Mengekalkan dan mengawal harga patut bagi bekalan

Strategi bagi melindungi dan menilai impak dari

sesuatu projek pembangunan

Pengurusan Sumber Semulajadi

Pengawalseliaan Kelestarian Persekitaran

Di Malaysia, ada 6 petunjuk utama yang digunakan untuk

mengawalselia kemajuan kelestarian persekitaran

Kadar kawasan tanah yang dipenuhi hutan

Nisbah kawasan yang dilindungi untuk mengekalkan

kepelbagaian biologi kepada kawasan permukaan

Penggunaan tenaga

Page 26: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

26

Pengurusan Sumber Semulajadi

Pengawalseliaan Kelestarian Persekitaran (samb.)

Pelepasan gas karbon dioksida (per kapita) dan

penggunaan CFC yang mengurangkan ozon (ODP

tan)

Nisbah populasi dengan akses kelestarian kepada

sumber air yang mengalami penambahbaikan di

bandar dan luar bandar

Kadar populasi bandar dan luar bandar dengan akses

kepada kebersihan yang mengalami penambahbaikan.

Pengurusan Persekitaran

Sistem Pengurusan Persekitaran (EMS)

Merupakan aspek struktur pengurusan organisasi

secara keseluruhan yang mengenalpasti impak jangka

sederhana dan panjang bagi produk, perkhidmatan,

dan proses ke atas persekitaran

Memberi arahan dan konsistensi bagi organisasi untuk

menangani masalah persekitaran melalui agihan

sumber, agihan tanggungjawab dan penilaian

berterusan ke atas amalan, prosedur dan proses

Memfokus pada penambahbaikan berterusan sistem

berkenaan

Page 27: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

27

Pengurusan Persekitaran

Model EMS

Model EMS mengikuti aliran Tindakan Rancang-

Laksana-Semak (Plan-Do-Check-Act Cycle, or PDCA).

Boleh digunakan oleh pelbagai jenis organisasi termasuk

pengeluaran, perkhidmatan dan agensi kerajaan

Pengurusan Persekitaran

Model EMS (samb.)

Bermula dengan membina polisi persekitaran,

merancang EMS, dan melaksanakannya.

Termasuk juga menyemak semula sistem dan bertindak

ke atasnya.

Suatu model yang melibatkan penambahbaikan

berterusan di mana organisasi sentiasa menyemak dan

membuat penambaikan sistem.

Page 28: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

28

Pengurusan Persekitaran

Unsur-unsur dalam EMS

Kenyataan Polisi– suatu kenyataan mengenai komitmen

organisasi terhadap persekitaran

Mengenalpasti Impak Signifikan Terhadap Persekitaran

– oleh produk, aktiviti dan perkhidmatan ke atas

persekitaran

Pembinaan objektif dan sasaran – matlamat

persekitaran oleh organisasi

Pengurusan Persekitaran

Unsur-unsur dalam EMS (samb.)

Pelaksanaan – perancangan untuk mencapai objektif

dan sasaran

Latihan – mempastikan kakitangan sedar dan berupaya

menjalankan tanggungjawab mereka terhadap

persekitaran

Semakan Pengurusan

Page 29: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

29

Pengurusan Persekitaran

Sistem Pengurusan Persekitaran (EMS) Siri ISO 14000

Satu siri piawaian sistem pengurusan persekitaran,

pengauditan alam sekitar, pelabelan, penilaian prestasi

persekitaran dan analisis kitaran hayat

Merupakan keluarga bagi standard untuk menjaga

persekitaran

Bertujuan diguna di seluruh dunia bagi menjadikan

alam sekitar baik dan meningkatkan perniagaan dan

perdagangan antarabangsa

Menyeragamkan usaha memperbaiki alam sekitar

Pengurusan Persekitaran

ISO 14000 merupakan siri standard dan dokumen rujukan termasuk:

Sistem Pengurusan Persekitaran

Pelabelan Eko

Pengauditan Persekitaran

Penilaian Prestasi Presekitaran

Aspek Persekitaran dalam Standard Produk

Penilaian Kitar-Hayat

Page 30: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

30

Pengurusan Persekitaran

Standard ISO 14001:2004

Standard bagi Sistem Pengurusan Persekitaran edisi

pertama dikeluarkan pada 1996 oleh International

Organization of Standardization (badan NGO)

merupakan suatu standard bebas yang menerangkan

mengenai keperluan tertentu untuk EMS

organisasi akan menerima sijil ISO 4001 bagi yang

menggunapakai standard berkenaan

adalah asas kepada siri ISO 4000 Edisi kedua

dikeluarkan dalam 2004, mengemaskini standard

sebelumnya.

Pengurusan Persekitaran

Keperluan Standard ISO 14001:2004

Polisi Persekitaran – membina kenyataan berkaitan

komitmen organisasi terhadap persekitaran

Aspek dan Impak Ke Atas Persekitaran – kenalpasti

perkara-perkara berkaitan dengan produk,

perkhidmatan dan aktiviti yang memberi kesan kepada

persekitaran

Keperluan Perundangan dan Lain – kenalpasti dan

pastikan memperoleh akses kepada perundangan dan

peraturan yang relevan

Page 31: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

31

Pengurusan Persekitaran

Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.)

Objektif dan Sasaran dan Program Pengurusan

Persekitaran – tetapkan matlamat persekitaran bagi

organisasi dan rancangan tindakan bagi mencapai

objektif dan sasaran

Struktur dan Tanggungjawab – mengenalpasti peranan

dan tanggungjawab dalam organisasi

Latihan, Kesedaran dan Kompetens – mempastikan

kakitangan sedar dan berupaya menjaalankan

tanggungjawab terhadap persekitaran

Pengurusan Persekitaran

Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.)

Komunikasi – membina proses bagi komunikasi

dalaman dan luaran dalam isu pengurusan persekitaran

Dokumentasi EMS – menyimpan maklumat mengenai

EMS dan dokumen yang berkaitan

Kawalan Dokumen – mempastikan pengurusan efektif

terhadap prosedur dan dokumen lain

Kawalan Operasi – kenalpasti, rancang dan uruskan

operasi dan aktiviti organisasi mengikut polisi, objektif,

sasaran dan aspek signifikan

Page 32: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

32

Pengurusan Persekitaran

Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.)

Kesediaan dan Respons Kecemasan – membina

prosedur bagi mengelak dan bertindakbalas terhadap

kecemasan

Pemantauan dan Pengukuran – memantau aktiviti

utama dan menjejak prestasi termasuk menilai

kepatuhan secara berkala

Penilaian terhadap Kepatuhan – membina prosedur

bagi menilai kepatuhan secara berkala dengan

melibatkan keperluan perundangan dan yang lainnya

Pengurusan Persekitaran

Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.)

Ketidakpatuhan dan Tindakan Pembetulan dan

Pencegahan – kenalpasti dan perbetulkan masalah dan

mencegah kes berulang lagi

Rekod – menyimpan rekod yang mencukupi bagi

prestasi EMS

Audit EMS – secara berkala sahkan bahawa EMS

adalah efektif dan mencapai objektif dan sasaran

Semakan Pengurusan – menyemak EMS

Page 33: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

33

Pengurusan Persekitaran

Halangan bagi perlaksanaan sistem pengurusan

persekitaran (ISO 14000)

tidak berupaya menunjukkan ukuran sebenar

pencapaian penjagaan persekitaran di sesebuah

organisasi.

perlaksanaannya lebih bergantung kepada tekanan

pesaing dan insentif pengurusan, dengan itu kurang

berkesan menangani masalah persekitaran

Halangan bagi perlaksanaan sistem pengurusan

persekitaran (ISO 14000) (samb.)

melibatkan impak negatif kepada organisasi. Antaranya:

Kurang galakan syarikat kecil dan sederhana (IKS)

disebabkan kos-kos pembangunan, dokumentasi dan

pengesahan pensijilan sistem pengurusan persekitaran

dalam mendapatkan pensijilan ISO 14000

kekurangan tenaga pakar, masa dan infrastruktur

menjadi beban kepada organisasi

industri kecil dan sederhana (IKS) akan terjejas jika ia

memerlukan perlabelan alam sekitar dalam setiap

barangan yang dikeluarkan kerana kurang kemampuan

dari aspek ini – IKS antara penyumbang kepada

pencemaran

Page 34: 3 Jumlah jam 42 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874274.pdf · perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor 6. Peranan sektor

8/25/2014

34

Pengurusan Persekitaran

Ada 4 aspek utama dari Agenda 21 yang berkait

dengan EMS Siri ISO 14000

Kesedaran tentang impak terhadap alam sekitar

Tanggungjawab terhadap impak berkenaan

Jangkaan terhadap pengurangan impak tersebut

Agihan tanggungjawab daripada impak alam

sekitar terhadap kemajuan masyarakat