8/25/2014
1
FEM 4205 : 3 (3+0)
Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah
Resource Management in Changing Environment
HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM
BILIK A2-14
Email: [email protected]
Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
Kuliah
Tajuk Jam
7. Pengurusan Alam Sekitar 4
Pembangunan lestari
Pengurusan sumber semulajadi
8. Cabaran-cabaran 3
Jumlah jam 42
8/25/2014
2
Tajuk 7
Pengurusan Alam Sekitar
Pengurusan Alam Sekitar
Pengurusan alam sekitar melibatkan pengurusan semua
komponen bagi persekitaran biofizikal, iaitu meliputi
hidupan dan bukan-hidupan
Hidupan dan bukan-hidupan mempunyai hubungkait
dan jalinan di antara mereka
Terdapat juga hubungkait dan jalinan di antara
persekitaran manusia seperti sosial, budaya dan
ekonomi dengan persekitaran biofizikal berkenaan
8/25/2014
3
Pengurusan Alam Sekitar
Dalam pengurusan, perlunya suatu sistem dan standard
tertentu
Sistem atau standard bertujuan untuk mengurangkan
kesan ke atas persekitaran. Ini dapat ditentukan dari
pencapaian objektif tertentu
Contohnya: Standard ISO 14001 digunakan bagi
pengurusan risiko persekitaran
Ia hampir dengan sistem di Eropah iaitu ‘Eco-
Management and Audit Scheme (EMAS)’
Pengurusan Alam Sekitar
Kebanyakan sistem pengurusan persekitaran (EMS) berdasarkan kepada standard ISO 14001 ‘Green Dragon Environmental Management Standard’ - adalah sistem EMS lima tahap bagi organisasi kecil dan besar
BS 8555 adalah standard berfasa bagi organisasi kecil. Mereka kemudiannya boleh menggunakan standard ISO 14001 dalam 6 langkah
8/25/2014
4
Pengurusan Alam Sekitar
Untuk merangsang pembangunan yang selamat untuk
persekitaran dan lestari, Malaysia telah menyediakan
suatu kerangka untuk perlindungan persekitaran.
Industri perlu mengambilkira faktor persekitaran di
peringkat awal perancangan projek.
Aspek kawalan pencemaran termasuklah
pengubahsuaian yang mungkin dalam turutan proses
untuk meminimakan bahan buangan,
melibatkan pengelakan pencemaran sebagai
sebahagian dari proses pengeluaran, dan
memfokus pada pilihan kitar-semula
Pengurusan Alam Sekitar
Polisi Alam Sekitar Negara dirangka dalam Rancangan
Malaysia Ketiga
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974)
Agenda Tempatan 21 (Local Agenda - LA 21)
Tiga aspek utama dalam pembangunan lestari iaitu
ekonomi, penduduk (sosial) dan alam sekitar yang saling
memperlihatkan kepentingan yang jelas.
Ketiga-tiga komponen dapat mewujudkan rangka bagi
pembentukan pengurusan alam sekitar lestari masa kini
dan masa hadapan
8/25/2014
5
Pengurusan Alam Sekitar
Polisi Alam Sekitar Negara bertujuan untuk kemajuan
berterusan dari segi ekonomi, sosial dan budaya Malaysia
dan peningkatan dalam kualiti hidup penduduknya, melalui
pembangunan yang sihat untuk persekitaran dan lestari
Matlamatnya adalah untuk mencapai
Persekitaran yang bersih, selamat, sihat dan produktif
untuk generasi masa kini dan masa hadapan
Pengekalan budaya unik dan pelbagai dan warisan
semulajadi Negara dengan penglibatan efektif oleh
semua sektor dalam masyarakat
Gaya hidup dan corak penggunaan dan pengeluaran
yang lestari
Pengurusan Alam Sekitar
Prinsip bagi polisi ini (8):
Pengawasan alam sekitar
Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam
Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar
Penggunaan mapan sumber-sumber asli
Membuat keputusan bersepadu
Peranan sektor swasta
Komitmen dan bertanggungjawaban
Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa
8/25/2014
6
Pengurusan Alam Sekitar
1. Pengawasan alam sekitar:
Menghormati dan prihatin terhadap alam sekitar
mengikut standard moral dan etika tertinggi
2. Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam:
Memulihara ekosistem semulajadi bagi mempastikan
keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem sokongan
hidup
Pengurusan Alam Sekitar
3. Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar:
Mempastikan peningkatan berterusan produktiviti dan
kualiti alam sekitar dalam mencapai objektif
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
4. Penggunaan mapan sumber-sumber asli:
Menguruskan penggunaan seumber asli bagi
mengekalkan sumber dan penjagaan alam sekitar
8/25/2014
7
Pengurusan Alam Sekitar
5. Membuat keputusan bersepadu:
Mengintegrasi dimensi alam sekitar ke dalam
perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat
pelbagai sektor
6. Peranan sektor swasta:
Memperkukuh peranan sektor swasta dalam hal
perlindungan pengurusan alam sekitar
Pengurusan Alam Sekitar
7. Komitmen dan bertanggungjawaban:
Mempastikan semua pembuat keputusan sektor awam &
swasta, pengguna, pertubuhan bukan kerajaan & orang
awam berkomitmen tinggi terhadap perlindungan dan
bertanggungjawaban ke atas alam sekitar semasa
membentuk, merancang & melaksana aktiviti masing-
masing.
8. Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa:
Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau
ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar
8/25/2014
8
Pengurusan Alam Sekitar
Akta Biokeselamatan
Akta ini diwujudkan pada 2007
Tujuan untuk mengimbangi pembangunan bioteknologi
moden bagi kegunaan berfaedah di samping
mempastikan tiada kesan mudarat berlaku
Akta ini melengkapkan Dasar Bioteknologi Negara
demi mengelak pengabaian aspek keselamatan dan
kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar
Hasilan produk menggunakan organisma diubahsuai
(living modified organisma –LMO) dijamin selamat kepada
kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar
Pengurusan Alam Sekitar
Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS 1974)
Untuk mencegah dan mengawal pencemaran serta
memulihara alam sekitar
Dibawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar,
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
Malaysia
Timbul hasil dari pencemaran air yang serius akibat dari
pelepasan kilang seperti hasil buangan daripada kelapa
sawit dan getah
Melibatkan kerjasama pihak industri, agensi
penyelidikan, penguatkuasa
8/25/2014
9
Pengurusan Alam Sekitar
Perkembangan Pusat Pertumbuhan Bandar juga
menimbulkan masalah alam sekitar bagi kawasan
bandar
Perkembangan ini memberi kesan kepada kualiti sistem
udara, air dan tanah di kawasan bandar dan
persekitarannya
proses perindustrian dinamik juga penyumbang kepada
pencemaran alam sekitar
Berlakunya peningkatan perdagangan yang melibatkan
perairan Selat Melaka – pencemaran minyak di perairan
Pengurusan Alam Sekitar
Sehubungan dengan itu, diwajibkan Kajian Penilaian
Kesan Alam Sekitar (EIA – Environment Impact
Assessment) bagi projek besar
Penguatkuasaan ke atas kajian EIA penting bagi
menangani masalah alam sekitar dalam jangka panjang
Di samping itu terdapat piawaian-piawaian tertentu bagi
pelepasan bahan buangan industri ke sungai atau alam
sekitar
Pihak industri perlu mengolah bahan buangan
(mengasingkan bahan pencemar) sebelum dilepaskan ke
saliran
8/25/2014
10
Pengurusan Alam Sekitar
Penerapan Cara Hidup Mesra Alam:
Konsep mesra alam dapat mengurangkan kadar
penggunaan sumber alam secara terancang dan efektif
1. Memupuk pemikiran dan minda lestari – kempen dan
promosi
2. Penghayatan amalan dan cara hidup mesra alam –
pemilihan makanan dan proses untuk bahan buangan
3. Kemudahan dan amalan – pilihan kenderaan yang
memberi impak minimum kepada alam sekitar
Pembangunan Lestari
Definisi pembangunan
Transformasi dari satu tahap ke tahap lain yang dapat
memperkayakan kehidupan manusia supaya ia lebih
baik dan mempunyai kepelbagaian dalam bahan dan
aspek budaya, rasional dan yang lainnya
Definisi kelestarian
Kelestarian sebagai satu usaha untuk menjelaskan
mengenai keseimbangan yang diperlukan di antara
pertumbuhan ekonomi dan keabadian persekitaran
semulajadi
8/25/2014
11
Pembangunan Lestari
Pembangunan Lestari
Adalah proses menghasilkan keseimbangan di antara
pembangunan ekonomi, pembangunan komuniti, dan
pembangunan ekologi
Ia juga merupakan pembangunan yang memenuhi
keperluan masa kini tanpa mengabaikan kemampuan
generasi masa hadapan untuk memenuhi keperluan
mereka
Pembangunan Lestari
Terdapat 3 perkara penting bagi pembangunan lestari
Pengekalan sumber-sumber yang tidak boleh
diperbaharui
Pengekalan biosfera
Penciptaan masyarakat yang lebih baik
8/25/2014
12
Pembangunan Lestari
Pengekalan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui
Merujuk kepada pengurangan sumber-sumber yang
tidak boleh diperbaharui, khususnya minyak/bahan api
yang terhasil dari pereputan fosil.
Ekonomi yang berasaskan kepada eksploitasi sumber-
sumber terhad adalah tidak lestari dalam jangka panjang
Perlu berubah kepada ekonomi berasaskan sumber-
sumber yang boleh diperbaharui seperti elektrik dari
kuasa-angin dan kuasa-hidro (air), dan penggunaan
semula bahan/barangan
Pembangunan Lestari
Pengekalan biosfera
Kerisauan wujud tentang pencemaran alam sekitar
disebabkan bahan kimia yang mungkin menyebabkan
kerosakan berkekalan kepada eko-sistem dunia.
Perlu berubah kepada ekonomi yang mengekalkan
biosfera. Ini meningkatkan utiliti ekonomi (kepuasan
dari aspek ekonomi)
8/25/2014
13
Pembangunan Lestari
Penciptaan masyarakat yang lebih baik
Timbul kerisauan mengenai masyarakat moden
khususnya berkaitan dengan kapitalisma, organisasi
besar dan rasional ekonomi.
Perlu berubah ke masyarakat yang lebih baik khususnya
memperoleh semula masyarakat lama yang baik di mana
sedikit adalah lebih baik.
Perlu dititikberatkan mengenai agihan semula kekayaan
Pembangunan Lestari
Terdapat 2 pandangan mengenai pembangunan lestari
yang melibatkan ekonomi, sosial , dan persekitaran
semulajadi
Pandangan Sektor Tiga-Gelang Yang Umum Bagi
Pembangunan Lestari
Pandangan Bertindih Bagi Pembangunan Lestari
8/25/2014
14
Pembangunan Lestari
Sumber: Giddings, Hopwood, & O’Brien
Sustainable Cities Research Institute
MASYARAKAT PERSEKITARAN
EKONOMI
PEMBANGUNAN
LESTARI
Pandangan Sektor Tiga-Gelang Yang Umum
Bagi Pembangunan Lestari
Pembangunan Lestari
Pandangan sektor tiga-gelang ini (ekonomi, masyarakat,
persekitaran) selalu ditunjukkan dengan 3 gelang sama
besar sedangkan satu sektor boleh menjadi lebih utama
berbanding yang lain
Pandangan ini bertujuan untuk membawa ketiga-tiga
sektor dalam suatu cara yang seimbang, dan dapat
mengatasi konflik dalam kalangan sektor berkenaan
8/25/2014
15
Pembangunan Lestari
Kelemahan dan limitasi pandangan ini:
Menganggap ada pemisahan di antara tiga sektor dan
wujud autonomi masing-masing bagi ekonomi,
masyarakat dan persekitaran
Hasil dari ini, isu pembangunan lestari selalunya
menggunakan pendekatan secara berasingan bagi setiap
sektor.
Ia mengabaikan hubungkait di antara ketiga-tiga sektor
Ia membawa kepada anggapan bahawa boleh berlaku
pertukaran di antara ketiga-tiga sektor
Pembangunan Lestari
EKONOMI
PERSEKITARAN
MASYARAKAT
PANDANGAN BERTINDIH BAGI PEMBANGUNAN LESTARI
8/25/2014
16
Pembangunan Lestari
Pandangan Bertindih Bagi Pembangunan Lestari:
Ekonomi bergantung kepada masyarakat
Kedua-dua ekonomi dan masyarakat bergantung
kepada persekitaran
Pembangunan Lestari
Mengutamakan Ekonomi:
Ekonomi mendominasi persekitaran dan masyarakat
Dalam pembangunan lestari sesebuah kerajaan,
matlamat adalah untuk pertumbuhan ekonomi yang
tinggi
Tidak ada pendekatan yang mengintegrasikan ketiga-
tiga sektor
Anggapan dibuat bahawa dengan wujudnya
ketidakseimbangan dalam masyarakat dalam aspek
kekayaan, kuasa dan pendidikan, ini akan membantu
meningkatkan pertumbuhan ekonomi
8/25/2014
17
Pembangunan Lestari
Walaupun ekonomi diberi keutamaan, dalam keadaan
sebenarnya ekonomi bergantung kepada masyarakat
dan persekitaran
Masyarakat terdiri dari aktiviti manusia dan interaksi
yang membentuk kehidupan manusia
Aktiviti manusia wujud dalam suatu persekitaran dan
dengan itu mempunyai kesan kepada persekitaran
Manusia juga bergantung kepada persekitaran untuk
hidup (perlukan sumber bagi memenuhi keperluan dan
kehendak)
Pembangunan Lestari
Ekonomi merupakan subset (sebahagian) kepada
masyarakat
Keperluan manusia dipenuhi melalui pengeluaran
komoditi dan juga dipenuhi melalui aktiviti di luar
ekonomi
Sebahagian pertukaran barangan dan pengeluaran
barangan tidak melibatkan aktiviti kewangan.
8/25/2014
18
Pembangunan Lestari
Agenda Tempatan 21 (Local Agenda - LA 21)
Adalah agenda 21 di tahap tempatan
Ia adalah pelan tindakan ke arah pembangunan
lestari global dalam millenium akan datang, dan
dimeterai oleh lebih dari 178 ketua negara dan
menteri di UNCED (United Nations Conference
on Environment and Development)
Pembangunan Lestari
Agenda Tempatan 21 (Local Agenda - LA 21) (samb.)
Adalah program untuk menyemarakkan kerjasama
di antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti,
mereka berkhidmat untuk bekerja bersama-sama
bagi merancang dan mengambilberat persekitaran
ke arah pembangunan lestari
Komuniti tempatan dan pihak berkuasa tempatan
mengenalpasti dan menganalisa isu nlestari
tempatan, menghasilkan formula dan melaksanakan
pelan tindakan untuk mengatasi isu itu
Menggunakan pendekatan dari ‘bawah ke atas’
8/25/2014
19
Pembangunan Lestari
Prinsip LA 21
Perspektif menyeluruh dalam pemikiran dan tindakan
dalam kalangan sektor
Penglibatan aktif dari rakan kongsi untuk membina
semangat kerjasama dan kemesraan
Pemikiran dan tindakan komuniti dalam jangka hayat
mereka
Perspektif dunia dalam isu tempatan – ‘berfikir secara
global dan tempatan’
Perpektif jangka panjang untuk isu tempatan
Pembangunan Lestari
Ciri-ciri LA 21
Ia menyebut mengenai keperluan ekonomi, sosial dan
ekologi adalah saling bergantungan/bersama
Ia termasuk kesepakatan ke atas visi untuk masa
hadapan yang lestari
Ia termasuk proses penglibatan dengan penduduk
tempatan
Ia membina suatu kumpulan taruh (stakeholder),
forum, atau kumpulan komuniti multi-sektor untuk
melihat proses yang berlaku
8/25/2014
20
Pembangunan Lestari
Ciri-ciri LA 21 (samb.)
Mengandungi Pelan Tindakan dengan sasaran jangka-
panjang yang kukuh
Mempunyai kerangka pengawalan dan laporan
Mempunyai petunjuk untuk mengawal kemajuan
Mempunyai aktiviti yang boleh diukur dan program
untuk melaksanakan Pelan Tindakannya
Pembangunan Lestari
Proses LA 21
Menyusun/menyedia pihak berkuasa tempatan
Rakan kongsi dan penglibatan
Membina visi
Mengenalpasti masalah dan isu
Membina objektif/ menetapkan keutamaan
Pelan tindakan
Perlaksanaan
Pengawalan dan menilai
8/25/2014
21
Pembangunan Lestari
Dimensi Pembangunan Lestari di Malaysia
3 dimensi/komponen utama yang berinteraksi antara satu
sama lain
1. Ekonomi
Asas dan aspek yang mendalam
2. Sosial
Pelakon watak (manusia), masyarakat
3. Persekitaran
Sumber semulajadi, manusia, memberi kesan yang
terbesar
Pembangunan Lestari
Dimensi Pembangunan Lestari di Malaysia
1. Ekonomi
Menggunakan sumber minimum untuk aktiviti
ekonomi atau industri untuk mendapatkan hasil
maksimum dalam membina suatu pembangunan
ekonomi yang lestari
2. Sosial
Setiap orang terlibat dan bekerjasama dalam
menjadikan kehidupan yang sihat bagi mencapai
kualiti hidup yang tinggi
8/25/2014
22
Pembangunan Lestari
Dimensi Pembangunan Lestari di Malaysia (samb.)
3. Persekitaran
Walaupun untuk mencapai pembangunan yang pantas
dalam aspek ekonomi dan sosial, perlu juga
mengekalkan persekitaran semulajadi yang menjadi
bekalan bagi sumber-sumber yang digunakan oleh
industri dan ekonomi serta manusia bagi kehidupan
yang baik
Pembangunan Lestari Faedah Pembangunan Lestari
1. Ke atas individu
Pihak berkuasa tempatan lebih sensitif dan efektif dalam
memenuhi keperluan anda
Persekitaran yang lebih kondusif dan kualiti hidup lebih
baik
2. Ke atas organisasi
Peluang untuk terlibat dalam perancangan dan
pembangunan persekitaran dengan pihak berkuasa
Peluang untuk input bernilai kepada polisi dan amalan
yang akan memberi kesan kepada persekitaran dan
kualiti hidup komuniti
8/25/2014
23
Pembangunan Lestari
Faedah Pembangunan Lestari (samb.)
3. Ke atas perwakilan kerajaan
Meningkatkan pemahaman dan kerjasama di antara
kerajaan dan komuniti
Menambahbaik imej sebagai seorang yang
mengamalkan amalan baik melalui penglibatan
dengan pihak awam, ketelusan, pembinaan
kesepakatan, lebih berkesan, lebih cekap, lebih
diharap
Pembangunan Lestari
Isu Utama Pembangunan Lestari di Malaysia
Persekitaran
Disebabkan aktiviti industri dilakukan oleh
masyarakat atau industri tidak beretika seperti
penyahhutan dan bahan buangan toksik serta
pembangunan tidak dirancang, menyebabkan
penyusutan persekitaran dan mengurangkan sumber
semulajadi
Isu Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Sri Alam
8/25/2014
24
Pembangunan Lestari
Isu Utama Pembangunan Lestari di Malaysia (samb.)
Kesan ke atas persekitaran hasil dari pembangunan
sektor tertentu yang boleh dikategorikan kepada:
Pembangunan tanah dan hutan
Pertumbuhan industri
Penggunaan CFC
Sumber dari pantai dan laut
Pembangunan Lestari
Cadangan Untuk Memperbaiki Pembangunan Lestari
Sektor swasta, pihak berkuasa tempatan dan
masyarakat sewajarnya bekerjasama dan memainkan
peranan mereka untuk mencapi pembangunan lestari
Galakkan penglibatan dari pelbagai lapisan masyarakat
dalam program pembangunan lestari seperti kitar
semula, pendidikan pengguna dsb.
Penstrukturan semula dan menguatkuasakan polisi
dan akta industri yang lebih seimbang dan sesuai yang
boleh diintegrasikan ke dalam dimensi persekitaran
untuk mengurangkan kos persekitaran
8/25/2014
25
Pembangunan Lestari
Cadangan Untuk Memperbaiki Pembangunan Lestari
(samb.)
Industri hendaklah mengambilkira untuk mengawal
dan mengurangkan penggunaan CFC
Mengekalkan dan mengawal harga patut bagi bekalan
Strategi bagi melindungi dan menilai impak dari
sesuatu projek pembangunan
Pengurusan Sumber Semulajadi
Pengawalseliaan Kelestarian Persekitaran
Di Malaysia, ada 6 petunjuk utama yang digunakan untuk
mengawalselia kemajuan kelestarian persekitaran
Kadar kawasan tanah yang dipenuhi hutan
Nisbah kawasan yang dilindungi untuk mengekalkan
kepelbagaian biologi kepada kawasan permukaan
Penggunaan tenaga
8/25/2014
26
Pengurusan Sumber Semulajadi
Pengawalseliaan Kelestarian Persekitaran (samb.)
Pelepasan gas karbon dioksida (per kapita) dan
penggunaan CFC yang mengurangkan ozon (ODP
tan)
Nisbah populasi dengan akses kelestarian kepada
sumber air yang mengalami penambahbaikan di
bandar dan luar bandar
Kadar populasi bandar dan luar bandar dengan akses
kepada kebersihan yang mengalami penambahbaikan.
Pengurusan Persekitaran
Sistem Pengurusan Persekitaran (EMS)
Merupakan aspek struktur pengurusan organisasi
secara keseluruhan yang mengenalpasti impak jangka
sederhana dan panjang bagi produk, perkhidmatan,
dan proses ke atas persekitaran
Memberi arahan dan konsistensi bagi organisasi untuk
menangani masalah persekitaran melalui agihan
sumber, agihan tanggungjawab dan penilaian
berterusan ke atas amalan, prosedur dan proses
Memfokus pada penambahbaikan berterusan sistem
berkenaan
8/25/2014
27
Pengurusan Persekitaran
Model EMS
Model EMS mengikuti aliran Tindakan Rancang-
Laksana-Semak (Plan-Do-Check-Act Cycle, or PDCA).
Boleh digunakan oleh pelbagai jenis organisasi termasuk
pengeluaran, perkhidmatan dan agensi kerajaan
Pengurusan Persekitaran
Model EMS (samb.)
Bermula dengan membina polisi persekitaran,
merancang EMS, dan melaksanakannya.
Termasuk juga menyemak semula sistem dan bertindak
ke atasnya.
Suatu model yang melibatkan penambahbaikan
berterusan di mana organisasi sentiasa menyemak dan
membuat penambaikan sistem.
8/25/2014
28
Pengurusan Persekitaran
Unsur-unsur dalam EMS
Kenyataan Polisi– suatu kenyataan mengenai komitmen
organisasi terhadap persekitaran
Mengenalpasti Impak Signifikan Terhadap Persekitaran
– oleh produk, aktiviti dan perkhidmatan ke atas
persekitaran
Pembinaan objektif dan sasaran – matlamat
persekitaran oleh organisasi
Pengurusan Persekitaran
Unsur-unsur dalam EMS (samb.)
Pelaksanaan – perancangan untuk mencapai objektif
dan sasaran
Latihan – mempastikan kakitangan sedar dan berupaya
menjalankan tanggungjawab mereka terhadap
persekitaran
Semakan Pengurusan
8/25/2014
29
Pengurusan Persekitaran
Sistem Pengurusan Persekitaran (EMS) Siri ISO 14000
Satu siri piawaian sistem pengurusan persekitaran,
pengauditan alam sekitar, pelabelan, penilaian prestasi
persekitaran dan analisis kitaran hayat
Merupakan keluarga bagi standard untuk menjaga
persekitaran
Bertujuan diguna di seluruh dunia bagi menjadikan
alam sekitar baik dan meningkatkan perniagaan dan
perdagangan antarabangsa
Menyeragamkan usaha memperbaiki alam sekitar
Pengurusan Persekitaran
ISO 14000 merupakan siri standard dan dokumen rujukan termasuk:
Sistem Pengurusan Persekitaran
Pelabelan Eko
Pengauditan Persekitaran
Penilaian Prestasi Presekitaran
Aspek Persekitaran dalam Standard Produk
Penilaian Kitar-Hayat
8/25/2014
30
Pengurusan Persekitaran
Standard ISO 14001:2004
Standard bagi Sistem Pengurusan Persekitaran edisi
pertama dikeluarkan pada 1996 oleh International
Organization of Standardization (badan NGO)
merupakan suatu standard bebas yang menerangkan
mengenai keperluan tertentu untuk EMS
organisasi akan menerima sijil ISO 4001 bagi yang
menggunapakai standard berkenaan
adalah asas kepada siri ISO 4000 Edisi kedua
dikeluarkan dalam 2004, mengemaskini standard
sebelumnya.
Pengurusan Persekitaran
Keperluan Standard ISO 14001:2004
Polisi Persekitaran – membina kenyataan berkaitan
komitmen organisasi terhadap persekitaran
Aspek dan Impak Ke Atas Persekitaran – kenalpasti
perkara-perkara berkaitan dengan produk,
perkhidmatan dan aktiviti yang memberi kesan kepada
persekitaran
Keperluan Perundangan dan Lain – kenalpasti dan
pastikan memperoleh akses kepada perundangan dan
peraturan yang relevan
8/25/2014
31
Pengurusan Persekitaran
Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.)
Objektif dan Sasaran dan Program Pengurusan
Persekitaran – tetapkan matlamat persekitaran bagi
organisasi dan rancangan tindakan bagi mencapai
objektif dan sasaran
Struktur dan Tanggungjawab – mengenalpasti peranan
dan tanggungjawab dalam organisasi
Latihan, Kesedaran dan Kompetens – mempastikan
kakitangan sedar dan berupaya menjaalankan
tanggungjawab terhadap persekitaran
Pengurusan Persekitaran
Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.)
Komunikasi – membina proses bagi komunikasi
dalaman dan luaran dalam isu pengurusan persekitaran
Dokumentasi EMS – menyimpan maklumat mengenai
EMS dan dokumen yang berkaitan
Kawalan Dokumen – mempastikan pengurusan efektif
terhadap prosedur dan dokumen lain
Kawalan Operasi – kenalpasti, rancang dan uruskan
operasi dan aktiviti organisasi mengikut polisi, objektif,
sasaran dan aspek signifikan
8/25/2014
32
Pengurusan Persekitaran
Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.)
Kesediaan dan Respons Kecemasan – membina
prosedur bagi mengelak dan bertindakbalas terhadap
kecemasan
Pemantauan dan Pengukuran – memantau aktiviti
utama dan menjejak prestasi termasuk menilai
kepatuhan secara berkala
Penilaian terhadap Kepatuhan – membina prosedur
bagi menilai kepatuhan secara berkala dengan
melibatkan keperluan perundangan dan yang lainnya
Pengurusan Persekitaran
Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.)
Ketidakpatuhan dan Tindakan Pembetulan dan
Pencegahan – kenalpasti dan perbetulkan masalah dan
mencegah kes berulang lagi
Rekod – menyimpan rekod yang mencukupi bagi
prestasi EMS
Audit EMS – secara berkala sahkan bahawa EMS
adalah efektif dan mencapai objektif dan sasaran
Semakan Pengurusan – menyemak EMS
8/25/2014
33
Pengurusan Persekitaran
Halangan bagi perlaksanaan sistem pengurusan
persekitaran (ISO 14000)
tidak berupaya menunjukkan ukuran sebenar
pencapaian penjagaan persekitaran di sesebuah
organisasi.
perlaksanaannya lebih bergantung kepada tekanan
pesaing dan insentif pengurusan, dengan itu kurang
berkesan menangani masalah persekitaran
Halangan bagi perlaksanaan sistem pengurusan
persekitaran (ISO 14000) (samb.)
melibatkan impak negatif kepada organisasi. Antaranya:
Kurang galakan syarikat kecil dan sederhana (IKS)
disebabkan kos-kos pembangunan, dokumentasi dan
pengesahan pensijilan sistem pengurusan persekitaran
dalam mendapatkan pensijilan ISO 14000
kekurangan tenaga pakar, masa dan infrastruktur
menjadi beban kepada organisasi
industri kecil dan sederhana (IKS) akan terjejas jika ia
memerlukan perlabelan alam sekitar dalam setiap
barangan yang dikeluarkan kerana kurang kemampuan
dari aspek ini – IKS antara penyumbang kepada
pencemaran
8/25/2014
34
Pengurusan Persekitaran
Ada 4 aspek utama dari Agenda 21 yang berkait
dengan EMS Siri ISO 14000
Kesedaran tentang impak terhadap alam sekitar
Tanggungjawab terhadap impak berkenaan
Jangkaan terhadap pengurangan impak tersebut
Agihan tanggungjawab daripada impak alam
sekitar terhadap kemajuan masyarakat