3 fokus spm 2015 terkini jawapan set 3

6
JAWAPAN SPM FOKUS 2015 1 SET 3: (BAB 9 10 TINGKATAN 4: PERUBAHAN DI EROPAH DAN KESANNYA) Soalan 1 a) F1 Petani mendapatkan perlindungan daripada tuan tanah kerana politik tidak stabil. F2 Petani membayar cukai yang tinggi sebagai tukaran kepada perlindungan yang diberi oleh tuan tanah. F3 Petani yang tidak berkemampuan telah menyerahkan tanah mereka dan menjadi hamba. F4 Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja. F5 Tuan tanah dikehendaki memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja. F6 Hubungan antara petani, tuan tanah dan raja ini dikenali sebagai sistem feudal. F7 Di negeri Melayu sistem feudal juga diamalkan, di mana raja berkuasa mutlak dan pembesar berkhidmat dan dinaungi raja, rakyat dan hamba Melayu berkhidmat untuk pembesar. F8 Gereja Katolik amat berkuasa ketika Zaman Pertengahan, mereka memilki hartanah yang banyak dan fokus utama ialah ilmu akhirat hingga mengongkong hidup masyarakat. F9 Perdagangan zaman ini diganggu orang gasar seperti Maygar dan Viking. Perdagangan ke timur dan Laut Mediterranean pula dikuasai oleh orang Islam. Soalan 1 b) - Orang kaya menindas orang miskin mereka mungkin diberi upah yang rendah contoh penggunaan buruh ladang kelapa sawit - Bergantung kepada orang kaya mendapatkan perlindungan hidup rakyat jelata terikat - Sistem feudal kembali berkuasa mutlak rakyat akan tertindas - Golongan agama menyeleweng menggunakan agama untuk kepentingan diri - Perdagangan akan merosot ekonomi meleset Soalan 1 c) YA - Bidang ilmu pengetahuan berkembang - disiplin ilmu sains muncul contoh biologi, kimia, fizik, perubatan - Perdagangan meluas/pesataktiviti sara diri pupus - Berlaku perubahan pemikiran - mereka lebih berani menzahirkan emosi dan keinginan mereka - Melahirkan manusia yang menggunakan sepenuhnya minda mereka untuk memajukan manusia - Pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik Soalan 2 a) F1 Reformaton berasal daripada perkataan reform F2 Bermaksud melaksanakan perubahan/pembaharuan F3 Menghasilkan sesuatu yang lebih baik F4 Untuk membentuk sesuatu yang baru Soalan 2 b) F1 Gereja meningkatkan pembangunan keduniaan agar Rom menjadi kuasa yang kuat di tengah Itali. F2 Gereja juga kian pincang, rasuah dan menyeleweng. F3 Penguasa Gereja Katolik dianggap lari daripada kitab Bible. F4 Penyelewengan telah berlaku dalam amalan penjualan sijil indulgences (surat pengampunan dosa) ke seluruh Eropah. F5 Di Jerman, gerakan agama ini dibantu oleh mesin cetak Johann Gutenberg F6 Bible dicetak dalam masa singkat dan murah harganya.

Upload: muhammad-hafiz

Post on 07-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

FOKUS SPM 2015 Terkini Jawapan SET 3

TRANSCRIPT

Page 1: 3 FOKUS SPM 2015 Terkini Jawapan SET 3

JAWAPAN SPM FOKUS 2015

1

SET 3: (BAB 9 10 TINGKATAN 4: PERUBAHAN DI EROPAH DAN KESANNYA)

Soalan 1 a) F1 Petani mendapatkan perlindungan daripada tuan tanah kerana politik tidak stabil.

F2 Petani membayar cukai yang tinggi sebagai tukaran kepada perlindungan yang diberi oleh tuan

tanah.

F3 Petani yang tidak berkemampuan telah menyerahkan tanah mereka dan menjadi hamba.

F4 Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja.

F5 Tuan tanah dikehendaki memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja.

F6 Hubungan antara petani, tuan tanah dan raja ini dikenali sebagai sistem feudal.

F7 Di negeri Melayu sistem feudal juga diamalkan, di mana raja berkuasa mutlak dan pembesar

berkhidmat dan dinaungi raja, rakyat dan hamba Melayu berkhidmat untuk pembesar.

F8 Gereja Katolik amat berkuasa ketika Zaman Pertengahan, mereka memilki hartanah yang banyak

dan fokus utama ialah ilmu akhirat hingga mengongkong hidup masyarakat.

F9 Perdagangan zaman ini diganggu orang gasar seperti Maygar dan Viking. Perdagangan ke timur dan

Laut Mediterranean pula dikuasai oleh orang Islam.

Soalan 1 b) - Orang kaya menindas orang miskin – mereka mungkin diberi upah yang rendah

– contoh penggunaan buruh ladang kelapa sawit

- Bergantung kepada orang kaya mendapatkan perlindungan – hidup rakyat jelata terikat

- Sistem feudal kembali berkuasa mutlak – rakyat akan tertindas

- Golongan agama menyeleweng – menggunakan agama untuk kepentingan diri

- Perdagangan akan merosot – ekonomi meleset

Soalan 1 c) YA

- Bidang ilmu pengetahuan berkembang - disiplin ilmu sains muncul – contoh biologi, kimia, fizik,

perubatan

- Perdagangan meluas/pesat– aktiviti sara diri pupus

- Berlaku perubahan pemikiran - mereka lebih berani menzahirkan emosi dan keinginan mereka

- Melahirkan manusia yang menggunakan sepenuhnya minda mereka untuk memajukan manusia

- Pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik

Soalan 2 a)

F1 Reformaton berasal daripada perkataan reform

F2 Bermaksud melaksanakan perubahan/pembaharuan

F3 Menghasilkan sesuatu yang lebih baik

F4 Untuk membentuk sesuatu yang baru

Soalan 2 b)

F1 Gereja meningkatkan pembangunan keduniaan agar Rom menjadi kuasa yang kuat di tengah Itali.

F2 Gereja juga kian pincang, rasuah dan menyeleweng.

F3 Penguasa Gereja Katolik dianggap lari daripada kitab Bible.

F4 Penyelewengan telah berlaku dalam amalan penjualan sijil indulgences (surat pengampunan dosa)

ke seluruh Eropah.

F5 Di Jerman, gerakan agama ini dibantu oleh mesin cetak Johann Gutenberg

F6 Bible dicetak dalam masa singkat dan murah harganya.

Page 2: 3 FOKUS SPM 2015 Terkini Jawapan SET 3

JAWAPAN SPM FOKUS 2015

2

F7 Martin Luther (Jerman) menentang amalan indulgences.

F8 Di Switzerland gerakan ini diketuai oleh Zwingli.

Soalan 2 c) - Berlaku perpecahan agama Kristian – di mana berlaku perang mazhab Kristian

- contohnya di Perancis, Sepanyol, Jerman.

- Kesan jangka panjang, gerakan ini mewujudkan sikap toleransi antara mazhab Kristian

- untuk menyebarkan pendidikan dan fahaman Kristian.

- Kuasa gereja telah dicabar - golongan monarki.

- Golongan Monarki memutuskan hubungan dengan gereja Rom - ingin membebaskan diri daripada

penguasaan Paus di Rom/menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican

- contohnya Raja Henry VIII

Soalan 2 d) - Bersungguh-sungguh menuntut ilmu – untuk mendapat peluang belajar di peringkat tinggi

- contohnya di universiti dalam dan luar negeri.

- Berdikari dalam belajar – tidak dipaksa/kesedaran dalam diri.

- Rajin tekun dalam mengulangkaji pelajaran – akan menjadi pelajar yang cemerlang.

- Sentiasa sedar tanggung jawab sebagai seorang pelajar - menjadi harapan negara suatu masa nanti

Soalan 3 a) F1 Orang tengah

F2 Terdiri daripada ahli masyarakat tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank

F3 menjadi penaja kepada peminjam

F4 pedagang tempatan hanya boleh mendapat perkhidmatan Bank Eropah melalui komprador

Soalan 3 b) - Menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur - memajukan industri

– contoh industri bijih timah dan getah

- Menyalurkan dana luar negara ke Tanah Melayu - dengan mudah dan cepat

- Ejen pembayar - kepada pengeksport dan pengimport

- Melicinkan perdagangan antarabangsa – perdagangan seluruh dunia cepat berkembang

Soalan 3 c) F1 Mercantile Bank

F2 The Chartered Bank, Hong Kong and Shanghai Bank

F3 Kwong Yik Bank

F4 Bank of Malaya

F5 Ban Hin Lee Bank

F6 Kwong Lee Bank

F7 Ban Chiang Bank

F8 Malay National Banking Corporation Bhd.

Soalan 3 d) F1 Insurans maritim

F2 Insurans kebakaran

F3 Insurans kemalangan

F4 Insurans nyawa

Page 3: 3 FOKUS SPM 2015 Terkini Jawapan SET 3

JAWAPAN SPM FOKUS 2015

3

Soalan 3 e) F1 Melindungi dagangan dan kapal pedagang - Insurans maritim

F2 Melindungi jika kebakaran berlaku - Insurans kebakaran – contohnya kebakaran hampir seluruh

Kuala Lumpur tahun 1892

F3 Melindungi nyawa hayat - Insurans nyawa

Soalan 4 a) F1 Desakan ekonomi – orang Eropah memerlukan barangan timur seperti emas, sutera, rempah.

F2 Galakan pemerintah (raja Sepanyol dan Portugal), Sepanyol menumpukan kepada Amerika Latin

dan Portugal ke timur.

F3 Persaingan kuasa Sepanyol dan Portugal – Sepanyol turut ke timur, begitu juga sebaliknya dengan

Portugal.

F4 Persaingan ini menyebabkan Paus Rom menggesa dibuat Perjanjian Tordesillas bagi menetapkan

kawasan pengaruh masing-masing – timur milik Partugal, barat milik Sepanyol.

F5 Peranan Columbus - orang Eropah pertama tiba di Amerika.

F6 Peranan Magellan - tiba di timur dan terbunuh di Filipina.

F7 Perdagangan rempah dan sutera amat menguntungkan menjadi pendorong utama kuasa

Sepanyol/Portugal ke timur.

F8 Mereka juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian khasnya Sepanyol yang pernah

diperintah oleh orang Islam begitu bersemangat menyebarkan agama Kristian.

F9 Monarki baru di Eropah turut menggalakkan penerokaan, contohnya di England, Perancis dan

Belanda.

Soalan 4 b) F1 Dari segi politik – banyak perjanjian dibuat antara penguasa tempatan dengan wakil kuasa Eropah.

Perjanjian ini menandakan pengiktirafan kuasa Eropah.

F2 Syarikat Eropah berdagang hingga ke Afrika, Latin Amerika, Asia Tenggara dan Asia Timur. Di

antara wakil kuasa Eropah tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia

Timur Inggeris (EIC).

F3 Dari segi ekonomi – kawasan luar Eropah menjadi pembekal kepada masyarakat Eropah, Goa dan

Melaka contohnya dikuasai oleh Portugal.

F4 Jalan perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dikuasai oleh pedagang Arab telah

diambilalih oleh kuasa Eropah seperti Portugal.

F5 Dari segi sosial - gaya hidup masyarakat tempatan terpengaruh orang Eropah, malah ada yang

memeluk agama Kristian.

F6 Perang berlaku antara orang tempatan dan kuasa Eropah – contohnya Sepanyol berperang dan

menakluk tamadun Aztec di Maxico dan tamadun Inca di Peru.

F7 Penjajah telah menguasai emas dan perak contohnya di Amerika Latin, mereka turut

mengeksploitasi buruh peribumi di lombong dan ladang.

F8 Di timur, Sepanyol menguasai Filipina dan Portugal menguasai Melaka dan Goa.

Page 4: 3 FOKUS SPM 2015 Terkini Jawapan SET 3

JAWAPAN SPM FOKUS 2015

4

Soalan 4 ci) - Bidang baru memberi peluang yang luas – kurang saingan kerana pesaing belum ada kemahiran

- contohnya ICT, Biotek

- Memperluaskan peluang pekerjaan – menyelesaikan masalah pengangguran

- Mempercepatkan kemajuan negara – tidak bergantung kegiatan ekonomi tradisi

– contohnya kelapa sawit dan getah

- Golongan terpelajar semakin ramai – menyediakan kerja berkemahiran tinggi untuk rakyat

- Membasmi kemiskinan rakyat – bidang baru memberi keuntungan yang lebih lumayan

- Memanfaatkan kekayaan negara – bahan mentah diproses menjadi hasil industri moden sebelum

diperdagangkan

Soalan 4 cii) - Berjuang demi negara – sanggup berhijrah - contohnya Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC),

Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC)

- Masalah yang berlaku dihadapi dengan berani – bersedia untuk berdepan dengan musuh

- contohnya kuasa Eropah seperti Portugal mengambil alih jalan perdagangan di Lautan Hindi dan

Asia Tenggara daripada pedagang Arab

- Jangan mudah terpengaruh dengan orang asing - masyarakat tempatan terpengaruh orang Eropah

hingga memeluk agama Kristian

- Kedatangan barat menghancurkan tamadun tempatan – contohnya Sepanyol menakluk tamadun Aztec

di Maxico

- Kita perlu melindungi kekayaan negara - penjajah datang untuk mengeksploitasi bahan mentah

Soalan 5 a) F1 Getah digunakan ketika Revolusi Industri dalam industri kereta.

F2 Peranan H.N. Ridley (Pengarah Botanical Garden Singapura) mempromosi tanaman getah dengan

memberi benih percuma kepada peladang.

F3 Sistem menoreh ibidem (cara tulang ikan hering) yang tidak merosakkan pokok.

F4 Industri barangan pengguna yang memerlukan getah seperti kasut, tayar basikal dan alat elektrik.

F5 Modal milik pelabur Eropah turut mengembangkan industri getah di Tanah Melayu, syarikat di

London membawa masuk modal.

F6 Penubuhan syarikat perwakilan di Tanah Melayu seperti Guthrie, Sime Darby.

F7 Dasar galakan British kepada pemodal asing seperti sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada

pengusaha getah.

F8 Kemajuan jalan raya dan kereta api telah menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan.

F9 British membawa masuk pekerja India Selatan bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah.

Soalan 5 b) F1 Bijih timah mendapat permintaan antarabangsa yang besar.

F2 Pengenalan kapal korek yang menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran.

F3 Industri bijih timah berintensifkan modal.

F4 Bantuan kerajaan British memudahkan kelulusan kawasan perlombongan.

F5 Perkembangan industri mengetin makanan.

F6 Kemajuan prasarana seperti jalan raya dan kereta api yang menghubungkan kawasan perlombongan

dengan pelabuhan.

Page 5: 3 FOKUS SPM 2015 Terkini Jawapan SET 3

JAWAPAN SPM FOKUS 2015

5

Soalan 5 ci) - Mengurangkan pengeluaran - agar tiada lebihan/lambakan bijih timah dan getah di pasaran dunia

– contohnya melalui Rancangan Sekatan Stevenson untuk getah

- Mengawal negara pengeluar bijih timah dan getah – menentukan jumlah eksport yang dibenarkan

- Menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar - agar harga naik semula

- Menggunakan bahan mentah sendiri – dengan mengembangkan industri tempatan

– contohnya kilang kasut tempatan

- Mengelakkan pembaziran kos operasi – mengurangkan buruh asing

- Meningkatkan penggunaan teknologi moden – produktiviti bertambah dengan kos rendah

- Mengurangkan eksport bijih timah dan getah – menggunakan sendiri bahan mentah tersebut dengan

Memperkembangkan industry tempatan

Soalan 5 cii) WAJAR

- Masih mempunyai permintaan tinggi – daripada negara maju – contohnya Jepun

- Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar – buruh di ladang getah

- Melindungi pekebun kecil – mereka bergantung kepada sektor ini untuk menyara hidup

- Menggalakkan R&D – mengembangkan bidang penyelidikan di universiti

- Penyelamat ekonomi negara – ketika sektor perkilangan merosot

Soalan 6 a) F1 Petempatan berasingan Melayu di kampong, Cina di bandar, India di ladang.

F2 Ekonomi berasaskan kaum, Melayu bertani, Cina berniaga dan melombong, India menoreh getah.

F3 Bahasa pertuturan mereka mengikut bahasa ibunda masing-masing.

F4 Pada masa itu tidak wujud interaksi dan perpaduan antara kaum.

Soalan 6 b) - Sistem pendidikan vernakular ini menggunakan bahasa ibunda – bahasa ini dijadikan bahasa

pengantar

- Sistem ini tidak memupuk perpaduan kaum – masing-masing memperjuangkan pendidikan kaum

sendiri

- Pendidikan orang Melayu – tertumpu kepada mempelajari al-Quran, bahasa Arab, ilmu agama

- contohnya di surau, masjid dan sekolah pondok

- Sekolah Melayu di peringkat rendah - sekadar menjadikan mereka petani yang lebih baik daripada

bapanya atau menjadi guru sekolah Melayu – contohnya lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris.

- Sekolah Tamil juga di peringkat rendah – berorientasikan negara India – contohnya sukatan, buku,

guru dari India dan menggunakan bahasa Tamil.

- Sekolah Cina boleh melanjutkan pelajaran ke China – berorientasikan negara China

- contohnya menggunakan sukatan, buku, guru dari negara asal (China)

- Sekolah Inggeris sekolah elit yang terletak di bandar - pelajarnya dalam kalangan orang atasan.

Page 6: 3 FOKUS SPM 2015 Terkini Jawapan SET 3

JAWAPAN SPM FOKUS 2015

6

Soalan 6 c i) - Sekolah Inggeris sekolah elit - yang terletak di bandar – contoh Kuala Lumpur

- Mendapat perhatian kalangan orang atasan – sebab kurikulumnya disusun mengikut sistem

pendidikan di England

- Boleh melanjutkan pelajaran ke London – di bidang profesional – contohnya perubatan,

undang-undang

- Memberi kemahiran berbahasa Inggeris – bahasa antarabangsa

- Mudah mendapat pekerjaan – bekerja dengan kerajaan British

- Melambangkan prestij/memberi kebanggaan – dipandang tinggi masyarakat masa itu

Soalan 6 c ii) - Perpaduan antara kaum – sekolah menengah melibatkan semua kaum – contoh Sekolah Menengah

Kebangsaan

- Mengangkat martabat bahasa Melayu – menjadi bahasa penghantar

- Mengelak perselisihan faham antara kaum – kurikulum kebangsaan boleh memupuk nilai

memahami/toleransi antara kaum

- Semangat cinta akan negara – mudah dipupuk di sekolah yang mempunyai pelbagai kaum

- Menuju Wawasan 2020 – mengikut acuan sendiri – contohnya pendidikan kebangsaan mementingkan

kemajuan rohani dan fizikal

- Membentuk jati diri bangsa – berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan