pertandingan 2.pdf · hendaklah dihantar bersama skrip dan storyboard; 5.6. pihak pengajur berhak...

6

Upload: doantruc

Post on 28-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ST1 / 2019

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE 35 TAHUN 2019

1. PENGENALAN Pertandingan Filem Pendek Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ialah

satu platform bagi mencanangkan cerita yang berhubung tentang sesuatu

kehidupan, sejarah, budaya, penyelidikan dan informasi yang memaparkan fakta

sebenar untuk menggambarkan semangat patriotisme Hari Kebangsaan Negara

Brunei Darussalam dari aspek perkembangan dan pembangunan di negara ini

sejak mencapai kemerdekaan nya.

2. MATLAMAT Kearah mencapai kecemerlangan, kesejahteraan serta kemakmuran negara

dengan konsep: Kecerian, Kemeriahan & Kegembiraan dengan tema :

“Menjayakan Wawasan Negara 2035”

3. OBJEKTIF 3.1. Membuka ruang serta peluang yang lebih luas kepada orang ramai untuk

lebih bergiat aktif dalam kreativiti penerbitan filem;

3.2. Memperlihatkan dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat umum

khususnya tentang memilihara khazanah budaya seni warisan Brunei

untuk diangkat dan memertabatkannya;

3.3. Mendidik, memberi maklumat, menghibur, berinteraksi dan memotivasi

kepada masyarakat dan generasi muda melalui filem sebagai medium

penghantaran;

3.4. Mempelbagaikan bentuk terbitan yang bersifat infomasi dan pendidikan;

3.5. Memberi peluang individu belia membuat filem sendiri melalui telepon

bimbit atau tablet devices dengan keupayaan dan kemampuan videonya.

4. FORMAT

4.1. Durasi tidak lebih (5) minit termasuk opening dan closing credit title;

4.2. Konsep Animasi, footage video atau gambar;

4.3. Resolution 1080 atau yang sesuai dengan aspect ratio 4:3 atau 16:9;

ST1 / 2019

4.4. Dalam multi- format file : Pal / MPEG 4, AVI, quicktime MOV,WMV atau

sebagainya yang boleh dimuat turun melalui internet dan telepon bimbit;

4.5. Teaser / Trailer durasi (30) saat;

5. SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN 5.1. Terbuka kepada warganegara Brunei Darussalam dan Penduduk Tetap;

5.2. Belia berumur 15 - 35 tahun;

5.3. Setiap peserta di bolehkan menghantar seberapa banyak hasil terbitan;

5.4. Hasil atau bahan terbitan hendaklah asli dan tidak disedut dari mana-mana

terbitan dan tidak pernah dihantar kepada mana-mana production house

mahupun stesen-stesen Televisyen;

5.5. Hendaklah dihantar bersama skrip dan storyboard;

5.6. Pihak pengajur berhak mengubah sebarang syarat dan peraturan dari

masa ke semasa;

5.7. Borang yang lewat dihantar tidak akan diterima;

5.8. Corak filem adalah bebas tetapi bersifat Kebruneian dan berasaskan

Melayu Islam Beraja (seperti dalam perkara 10);

5.9. Bahasa penghantar atau dialog adalah Bahasa Melayu (Brunei / Standard).

5.10. Mengadakan subtitle dalam bahasa Inggeris adalah satu kelebihan.

6. HADIAH 6.1. Pertama : $ 2,500.00 beserta piala iringan dan sijil penyertaan

6.2. Kedua : $ 1,500.00 berserta piala iringan dan sijil penyertaan

6.3. Ketiga : $ 1,000.00 berserta piala iringan dan sijil penyertaan

6.4. Tiga Saguhati : $ 250.00 berserta sijil penyertaan

7. PENAYANGAN / PEMBERIGAAN

7.1. Pemberigaan peraduan ini akan diusahasama dengan agensi-agensi

kerajaan dan Bukan Kerajaan seperti pihak RTB, UBD, Persatuan FITREE

dan juga Syarikat swasta.

7.2. Panyampaian Hadiah akan dilaksanakan sewaktu Hari Belia Kebangsaan.

8. PENGHAKIMAN 8.1. Keputusan hakim adalah muktamad.

ST1 / 2019

8.2. Penghakiman akan dinilai dari beberapa sudut iaitu:

v Ketulenan / Keaslian;

v Kreativiti;

v Kualiti;

v Penyuntingan;

v Cinematografi.

9. BORANG PENYERTAAN

9.1. Seperti dalam ANNEX 1. 9.2. Borang boleh didapati dari:

9.2.1. Kaunter RTB Bandar Seri Begawan, RTB Sungai Akar dan di

cawangan-cawangan RTB di setiap daerah. 9.2.2. Penyambut Tetamu Universiti Brunei Darussalam; 9.2.3. Kaunter Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Tingkat 5: 9.2.4. Persatuan FITREE Sg Hancing; atau 9.2.5. Muat turun dari laman sesawang: www.kkbs.gov.bn

10. GENRE

Corak video berasaskan Kebruneian dan berlandaskan Melayu Islam Beraja

dengan memasukan sudut-sudut seperti:

v Pendidikan; v Kemasyarakatan/Kebudayaan; v Keugamaan v Sejarah; v Ekonomi, Perindustrian atau Perniagaan. v Belia. v Sukan

11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA : Hari Sabtu , 11 Mei 2019

ST1 / 2019

BORANG PENYERTAAN PERADUAN FILEM PENDEK Anjuran Bahagian Kebudayaan dan Kesenian

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Kepada:

Urusetia, Jawatankuasa Peraduan Filem Pendek,

BKK, KKBS,

Tajuk Filem:…………………………………………………………………………………………………….

Nama:…………………………………………………………………………………………………………..

No K/p:…………………………………………………… Warna:………………………………….

Syarikat Persendirian

Alamat:……………………………………………………………………………………..............................

.............................................................................................................................................................

.............................................................................................................................................................

.............................................................................................................................................................

Tel:.......................................(Bimbit)..................................(off).........................................(fax)

Email:………………………………………………………………

Bersama ini di sertakan:

Skrip Storyboard DVD

Saya mengakui bahawa semua keterangan yang diatas adalah benar dan hasil terbitan saya

adalah asli dan tidak pernah diterbitkan di mana-mana stesen TV mahu pun di tempat lain. Saya

juga bersetuju filem saya untuk ditayangkan di mana-mana premisis oleh pihak penganjur.

Salinan Kad Pengenalan disertakan.

( )

Nama / Tandatangan Tarikh:…………………………...…

Tarikh Tutup: Hari Sabtu , 11 Mei 2019, jam 2.00 petang.

Perhatian: Si la masukan senarai krew j ika ada. Borang yang t idak lengkap di is i , akan di

batalkan.

Jika ada senarai krew, si la sertakan nama dan tugas masing-masing.

BIL NAMA NO KP / TARIKH LAHIR TUGAS

ST1 / 2019

Diterima pada:………………………………………………..

Pengesahan Penganjur:…………………………………….

CHOP/STAMP

KKBS