2nd divisional meeting and seminar on … newsletter/newsletter issue 1...tan meteorologi malaysia....

4
1 2nd DIVISIONAL MEETING AND SEMINAR ON GEOGRAPHICAL NAMES UNITED NATIONS GROUP OF EXPERTS ON GEOGRAPHICAL NAMES ASIA SOUTH EAST (UNGEGN ASE) PADA 1-2 APRIL 2014 DI THE GRAND ROYAL PANGHEGAR HOTEL AND CONVENTION, BANDUNG, INDONESIA. U NGEGN telah diwujudkan oleh Setiausaha Agong Pertu- buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan resolusi 715 A (XXVII) bertarikh 23 April 1959 Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC). Pakar-pakar UNGEGN telah dipertanggungjawab- kan untuk bermesyuarat dan membuat cadangan teknikal berke- naan penyeragaman nama-nama geografi di peringkat negara dan antarabangsa. Dalam hubungan ini, Malaysia adalah merupakan ahli tetap UNGEGN, dan pihak JUPEM telah mewakili Malaysia di dalam mesyuarat-mesyuarat UNGEGN yang sebelum ini. Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) merupakan Pengerusi bagi Kum- pulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebang- saan adalah bertanggungjawab dalam pembangunan Pangkalan Data Nama Geografi serta web gazetir kebangsaan. Malaysia juga merupakan Pengerusi dan Urus Setia bagi Ba- hagian Asia South East (ASE) untuk tempoh 2010 hingga 2014 dan jawatan tersebut disandang oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Bahagian Asia South East (ASE) ini dianggotai oleh 12 buah Negara iaitu Bhutan, Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao People's Democratic Republic, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand, Vietnam. Sempena 2nd Divisional Meeting of UNGEGN, ASE, National Team for Standardization of Topographical Names (Republic of Indo- nesia) telah menganjurkan Seminar UNGEGN, ASE yang bertemakan “The Power of Place Names in Economic Development, Disaster Re- sponse and Global Media” pada 1 April 2014. Seminar berkenaan telah dirasmikan oleh Dr. Asep Karsidi, Head of Geospatial Information Agency (Badan Informasi Geospatial) Republic of Indonesia. Seminar berkenaan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tempatan dan antarabangsa mengenai kepentingan nama-nama geografi dalam pembangunan ekonomi, bantuan menyelamat mangsa akibat daripada bencana yang menimpa serta peranannya dalam media. Mesyuarat Kedua UNGEGN Bahagian ASE telah diadakan pada 2 April 2014. Tujuan mesyuarat kali ini diadakan adalah untuk mendengar laporan kamajuan aktiviti penamaan geografi negara- negara ahli serta sebagai persediaan bagi 28th Session of UNGEGN yang akan diadakan di New York pada 28 April – 2 Mei 2014. Mesyuarat ini merupakan forum perbincangan di kalangan negara-negara ang- gota ASE mengenai perkara-perkara yang telah dirangka di bawah program UNGEGN seperti standardisasi nama-nama tempat dan fea- tures, menggalakkan program latihan, mempromosi penggunaan na- ma-nama standard di atas peta sesebuah negara, menerbitkan Gazetir Kebangsaan serta menggalakkan kerjasama antara negara dalam standardisasi nama dan features yang merentasi sempadan an- tarabangsa. Mesyuarat bersetuju supaya Pengerusi bagi UNGEGN Ba- hagian ASE dilantik untuk tempoh empat (4) tahun. Justeru itu, mesyuarat bersetuju untuk melantik Filipina sebagai Pengerusi baru bagi tempoh 2014 – 2018 menggantikan Malaysia. Secara keseluruhannya Mesyuarat Kedua UNGEGN Bahagian ASE ini telah berlangsung dengan jayanya. Penyelarasan serta kepu- tusan-keputusan penting telah dapat dicapai di kalangan negara ang- gota. Pembentangan laporan aktiviti telah memberi faedah kepada semua delegasi untuk saling berkongsi pengalaman. Penggunaan nama tempat yang betul akan memberi kesan dan faedah di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai urusan termasuklah perdagangan, statistik, perancangan pembangunan bandar dan desa, pengurusan alam sekitar, bantuan menyelamat mangsa bencana alam termasuk operasi mencari, penerbitan peta, pelancongan sehinggalah untuk tujuan komunikasi.

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2nd DIVISIONAL MEETING AND SEMINAR ON … Newsletter/Newsletter Issue 1...tan Meteorologi Malaysia. Pemenang seterusnya adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui projek

1

2nd DIVISIONAL MEETING AND SEMINAR ON GEOGRAPHICAL NAMES UNITED NATIONS

GROUP OF EXPERTS ON GEOGRAPHICAL NAMES ASIA SOUTH EAST (UNGEGN ASE) PADA

1-2 APRIL 2014 DI THE GRAND ROYAL PANGHEGAR HOTEL AND CONVENTION, BANDUNG,

INDONESIA.

U NGEGN telah diwujudkan oleh Setiausaha Agong Pertu-

buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan resolusi

715 A (XXVII) bertarikh 23 April 1959 Majlis Ekonomi dan

Sosial (ECOSOC). Pakar-pakar UNGEGN telah dipertanggungjawab-

kan untuk bermesyuarat dan membuat cadangan teknikal berke-

naan penyeragaman nama-nama geografi di peringkat negara dan

antarabangsa. Dalam hubungan ini, Malaysia adalah merupakan ahli

tetap UNGEGN, dan pihak JUPEM telah mewakili Malaysia di dalam

mesyuarat-mesyuarat UNGEGN yang sebelum ini. Pusat Infrastruktur

Data Geospatial Negara (MaCGDI) merupakan Pengerusi bagi Kum-

pulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebang-

saan adalah bertanggungjawab dalam pembangunan Pangkalan

Data Nama Geografi serta web gazetir kebangsaan.

Malaysia juga merupakan Pengerusi dan Urus Setia bagi Ba-

hagian Asia South East (ASE) untuk tempoh 2010 hingga 2014 dan

jawatan tersebut disandang oleh Ketua Pengarah Ukur dan

Pemetaan Malaysia. Bahagian Asia South East (ASE) ini dianggotai

oleh 12 buah Negara iaitu Bhutan, Brunei Darussalam, Cambodia,

Indonesia, Lao People's Democratic Republic, Malaysia, Myanmar,

Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand, Vietnam.

Sempena 2nd Divisional Meeting of UNGEGN, ASE, National

Team for Standardization of Topographical Names (Republic of Indo-

nesia) telah menganjurkan Seminar UNGEGN, ASE yang bertemakan

“The Power of Place Names in Economic Development, Disaster Re-

sponse and Global Media” pada 1 April 2014. Seminar berkenaan

telah dirasmikan oleh Dr. Asep Karsidi, Head of Geospatial Information

Agency (Badan Informasi Geospatial) Republic of Indonesia. Seminar

berkenaan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta

tempatan dan antarabangsa mengenai kepentingan nama-nama

geografi dalam pembangunan ekonomi, bantuan menyelamat

mangsa akibat daripada bencana yang menimpa serta peranannya

dalam media.

Mesyuarat Kedua UNGEGN Bahagian ASE telah diadakan pada

2 April 2014. Tujuan mesyuarat kali ini diadakan adalah untuk

mendengar laporan kamajuan aktiviti penamaan geografi negara-

negara ahli serta sebagai persediaan bagi 28th Session of UNGEGN

yang akan diadakan di New York pada 28 April – 2 Mei 2014. Mesyuarat

ini merupakan forum perbincangan di kalangan negara-negara ang-

gota ASE mengenai perkara-perkara yang telah dirangka di bawah

program UNGEGN seperti standardisasi nama-nama tempat dan fea-

tures, menggalakkan program latihan, mempromosi penggunaan na-

ma-nama standard di atas peta sesebuah negara, menerbitkan Gazetir

Kebangsaan serta menggalakkan kerjasama antara negara dalam

standardisasi nama dan features yang merentasi sempadan an-

tarabangsa. Mesyuarat bersetuju supaya Pengerusi bagi UNGEGN Ba-

hagian ASE dilantik untuk tempoh empat (4) tahun. Justeru itu,

mesyuarat bersetuju untuk melantik Filipina sebagai Pengerusi baru bagi

tempoh 2014 – 2018 menggantikan Malaysia.

Secara keseluruhannya Mesyuarat Kedua UNGEGN Bahagian

ASE ini telah berlangsung dengan jayanya. Penyelarasan serta kepu-

tusan-keputusan penting telah dapat dicapai di kalangan negara ang-

gota. Pembentangan laporan aktiviti telah memberi faedah kepada

semua delegasi untuk saling berkongsi pengalaman.

Penggunaan nama tempat yang betul akan memberi kesan

dan faedah di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa

dalam pelbagai urusan termasuklah perdagangan, statistik,

perancangan pembangunan bandar dan desa, pengurusan alam

sekitar, bantuan menyelamat mangsa bencana alam termasuk operasi

mencari, penerbitan peta, pelancongan sehinggalah untuk tujuan

komunikasi.

Page 2: 2nd DIVISIONAL MEETING AND SEMINAR ON … Newsletter/Newsletter Issue 1...tan Meteorologi Malaysia. Pemenang seterusnya adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui projek

BENGKEL PENYEDIAAN DAN PENERBITAN METADATA BIL 1/2014

M etadata adalah ‘data mengenai data’ atau ‘data

about data’. Ia adalah maklumat yang men-

erangkan mengenai data/maklumat/perkhidmatan sesuatu produk

serta informasi berkaitan geospatial. Melalui program MyGDI,

metadata dikenal pasti sebagai salah satu komponen utama dalam

mempromosikan perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial.

Sehubungan itu, satu profil standard metadata telah dibangunkan

berasaskan MS ISO 19115:2003-Geographic Information-Metadata

dan dinamakan sebagai MyGDI Metadata Standard (MMS).

Justeru, MaCGDI telah mengambil inisiatif menerusi program

MyGDI dengan membangunkan dan menyediakan fasiliti kepada

semua pembekal maklumat geospatial, dalam menyediakan dan

menerbitkan metadata bermula pada tahun 2004. Hasil daripada

inisiatif ini MyGDI Explorer dibangunkan menggunakan GIS Portal

Toolkit (GPT) 9.3.1 yang mana salah satu bahagian penting di da-

lamnya adalah templat pengisian metadata berdasarkan profil MMS.

Profil ini terdiri daripada 17 elemen mandatori dan 19 kategori dataset

berdasarkan MS ISO 19115. Kaedah penulisan XML dokumen metada-

ta adalah berdasarkan skema MS ISO 19139.

Pada tahun 2011, MMS ditambahbaik bagi menyokong web

service, dengan itu profil MMS dibahagikan kepada dua (2) iaitu MMS

(Dataset) dan MMS (Web Service). Dokumen rujukan MMS (dataset)

berasaskan MS ISO 19115, manakala MMS (web service) merujuk pa-

da MS ISO 19119. Pembaharuan ini dilaksanakan sebagai usaha MaC-

GDI dalam mengalakkan pembekal data untuk menyediakan dan

menerbitkan metadata bagi agensi maisng-masing. Pada masa yang

sama, aplikasi penyediaan metadata secara offline yang dikenali

METAFOR telah dibangunkan dan dilaksanakan penggunaannya.

Aplikasi ini merupakan salah satu tool bagi memudahkan dan meng-

galakkan penyediaan metadata bagi setiap agensi di Malaysia, teru-

tamanya bagi agensi yang menggunakan perisian GIS tanpa kemu-

dahan suntingan metadata.

Di samping itu metadata juga berperanan sebagai alat

(tools) bagi memudahkan pembekal data merekod maklumat

mengenai data mereka dan juga bagi memudahkan pengguna

memperoleh data geospatial yang dikehendaki. Berdasarkan elemen

-elemen metadata, keberadaan dan ketersediaan data spatial

dapat diketahui secara meluas. Hal ini sesuai dengan misi MaCGDI

dalam menjamin kesediaan data spatial untuk mendukung pem-

bangunan nasional.

Selaras dengan itu, pihak MaCGDI telah mengadakan satu

siri Bengkel Penyediaan dan Penerbitan Metadata Bil. 1/2014 bersa-

ma Agensi Pembekal Data (APD) di Pulau Langkawi bagi menghar-

gai usahasama daripada agensi persekutuan yang terlibat di dalam

Bengkel Pengemaskinian Metadata Bil. 2/2013 yang telah diadakan

pada 2 Mei 2013 yang lalu. Bengkel ini telah dihadiri oleh 18 peserta

daripada 5 agensi.

Objektif bengkel ini ialah:

Untuk memberi pendedahan kepada APD di dalam menye-

diakan dan menerbitkan metadata bagi produk di agensi mas-

ing-masing.

Membincangan isu-isu permasalahan yang dihadapi oleh APD

serta kesediaan dalam penyediaan dan penerbitan metadata

melalui MyGDI Explorer yang telah dibangunkan oleh pihak

MaCGDI. Hal ini bagi tujuan penambahbaikan ke atas aplikasi

MyGDI Explorer sekiranya perlu.

Antara pengisian lain sepanjang bengkel ini adalah sesi

pembentangan dari pihak MaCGDI berkaitan MyGDI Metadata

Standard (MMS) serta standard yang diguna pakai di dalam pem-

bangunan MMS. Para peserta juga diberi penerangan berkaitan

contoh pengisian metadata kaedah online dan offline.

Hasil daripada bengkel tersebut, sebanyak 502 metadata

telah berjaya diterbitkan di dalam MyGDI Explorer, dimana ianya

melebihi sasaran asal sebanyak 300 metadata. Agensi yang terlibat

di dalam bengkel ini adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

(JUPEM), Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Perhutanan

Semenanjung Malaysia (JPSM), Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan

Perbadanan Putrajaya (PPj). Pihak agensi berpuas hati di atas

bengkel yang dijalankan dan dicadangkan bengkel ini diadakan

berterusan untuk agensi-agensi lain.

Bermula pada tahun 2013 hingga kini, pihak MaCGDI se-

dang bergerak ke arah menyediakan templat metadata bagi data

raster (imagery & Gridded Data) untuk kegunaan semua agensi

yang mempunyai dan mengguna pakai data raster. Penyediaan

templat ini melibatkan beberapa agensi pengeluar dan pengguna

data raster. Dokumen rujukan dalam penyediaan templat ini adalah

MS ISO 19115-2:2011 –Geographic Information-Metadata-Part 2:

Extentions for Imagery and Gridded Data.

2

Page 3: 2nd DIVISIONAL MEETING AND SEMINAR ON … Newsletter/Newsletter Issue 1...tan Meteorologi Malaysia. Pemenang seterusnya adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui projek

Bagi Anugerah Kecemerlangan Geospatial, tiga (3) agensi

terpilih memenangi kategori ini adalah Jabatan Meteorologi Malaysia

melalui projek Fire Danger Rating System (FDRS) dan anugerah telah

diterima oleh Y.Bhg. Dato’ Che Gayah Ismail, Ketua Pengarah Jaba-

tan Meteorologi Malaysia. Pemenang seterusnya adalah Jabatan Ukur

dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui projek e-Kadaster dan anu-

gerah telah diterima oleh Y. Bhg. Datuk Prof. Sr. Dr. Abdul Kadir bin

Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan dan Telekom Malaysia me-

lalui projek SMARTMAP dan anugerah telah diterima oleh Y. Bhg. Dato’

Khairul Annuar Mohamed Zamzam, Executive Vice President Telekom

Malaysia.

Anugerah ini merupakan satu inisiatif bagi mengiktiraf agensi-

agensi yang bergiat aktif dan inovatif dalam bidang geospatial. Anu-

gerah ini diperkenalkan bagi merangsang penggunaan teknologi

geospatial yang seterusnya meningkatkan inovasi dalam bidang geo-

spatial yang menjurus kepada pembangunan negara. Anugerah ini

juga adalah bagi menyuntik kesedaran dan mencetuskan gelombang

perubahan di kalangan organisasi/agensi dalam memperkasa aktiviti-

aktiviti geospatial pada masa kini dan akan datang. Setinggi penghar-

gaan kepada semua agensi yang telah menghantar penyertaan dan

sekalung tahniah kepada para pemenang.

S imposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke-6

dikenali juga sebagai ‘6th National Geospatial Infor-

mation Symposium’ yang bertemakan ‘Geospatial Pemacu Wawasan

Negara’ atau ‘Geospatial Drives National Vision’ telah diadakan pada

17 dan 18 Mac 2014 bertempat di Pusat Antarabangsa Konvensyen

Putrajaya (PICC).

Dalam hubungan ini dan bagi menghargai serta mengiktiraf

agensi-agensi yang bergiat aktif dan inovatif dalam bidang geospatial,

Jawatankuasa Induk Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke-

6 buat julung kalinya telah memperkenalkan Anugerah Geospatial

Kebangsaan (AGK 2014). Anugerah Geospatial Kebangsaan 2014 (AGK

2014) telah diperkenalkan dalam penganjuran NGIS ke-6 ini. AGK 2014

terdiri daripada dua (2) kategori iaitu Anugerah Kecemerlangan Geo-

spatial (Umum) dan Anugerah MyGDI Kebangsaan (Agensi Kerajaan).

Anugerah MyGDI Kebangsaan dibuka kepada agensi-agensi

yang terlibat dalam menjayakan pembangunan Infrastruktur Data Geo-

spatial Negara (MyGDI) dari aspek perkongsian maklumat geospatial,

penggunaan standard dan garis panduan pelaksanaan MyGDI.

Sebanyak 16 pencalonan telah diterima bagi kategori ini. Penerima

Anugerah MyGDI Kebangsaan terdiri daripada tiga agensi iaitu agensi

Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Setiap pemenang

menerima sebuah trofi, wang tunai dan Sijil. Manakala Anugerah

Kecemerlangan Geospatial dibuka kepada semua agensi kerajaan,

swasta dan IPT untuk menghargai inisiatif-inisiatif pembangunan geo-

spatial yang bersifat holistik secara umum. Sebanyak 23 pencalonan

telah diterima bagi kategori ini. Pemenang anugerah terdiri daripada 3

agensi terpilih yang juga menerima sebuah trofi, wang tunai dan Sijil.

Bagi penerima Anugerah MyGDI Kebangsaan, pemenang bagi

kategori Agensi Persekutuan adalah Jabatan Kerja Raya melalui projek

Sistem Pengurusan Cerun Bersepadu dan anugerah telah diterima oleh

Y.Bhg. Dato’ Ir Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh, Pengarah Kanan Ca-

wangan Kejuruteraan Senggara, JKR. Pemenang Anugerah MyGDI

Kebangsaan bagi kategori Agensi Negeri pula adalah Pejabat Se-

tiausaha Kerajaan Pulau Pinang melalui projek Pembangunan dan

Perlaksanaan Program Maklumat Geospatial Negeri Pulau Pinang dan

anugerah telah diterima oleh Y.Berhormat Dato’ Farisan bin Darus, SUK

Pulau Pinang manakala pemenang Anugerah MyGDI Kebangsaan

bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan adalah Perbadanan Putrajaya

melalui projek Perbadanan Putrajaya Geographical Information System

(PutraGeoInfo) dan anugerah telah diterima oleh Y.Bhg. Datuk Mu-

hamad Haitamin bin Ishak, Naib Presiden Kanan PPj.

ANUGERAH GEOSPATIAL KEBANGSAAN (AGK

2014) SEMPENA SIMPOSIUM MAKLUMAT GEO-

SPATIAL KEBANGSAAN KE-6 (NGIS KE-6)

Penerima Anugerah MyGDI Kebangsaan (Agensi Kerajaan)

Jabatan Meteorologi Malaysia

Penerima Anugerah Kecemerlangan Geospatial (Umum)

JKR PPj

Pejabat SUK Pulau Pinang

3

Page 4: 2nd DIVISIONAL MEETING AND SEMINAR ON … Newsletter/Newsletter Issue 1...tan Meteorologi Malaysia. Pemenang seterusnya adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui projek

Bagi menentukan kecekapan dan

keberkesanan dalam pengurusan

infrastruktur ini, penekanan perlu diberi

kepada akauntabiliti agensi pembekal

data dalam memastikan kepentingan

kerajaan terpelihara dan maklumat

peribadi serta kerahsiaan terjamin dan

sentiasa dilindungi. Ini boleh dilakukan

melalui kaedah custodianship. Untuk

tujuan ini, MaCGDI telah mengeluar-

kan Surat Pekeliling Pelaksanaan Infra-

struktur Data Geospatial Negara

(MyGDI) Bilangan 1 Tahun 2008 iaitu

Garis Panduan Custodianship Bagi

Data Geospatial.

Custodianship adalah satu kaedah untuk memastikan akaunt-

abiliti terhadap pengurusan dan penyelenggaraan data geospatial

sektor awam. Custodianship tidak bertujuan untuk memberi maksud

pemilikan mutlak tetapi sebagai sebagai pemegang amanah

mengenai data bagi pihak Kerajaan.

Pembekal utama data geospatial dikenali custodian. Mereka

terdiri daripada agensi-agensi yang dikenal pasti oleh MaCGDI dan

diperakukan oleh Kerajaan berpandukan kriteria tertentu yang

mempunyai tanggungjawab dan hak-hak tertentu.

BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMEN RUJUKAN MyGDI NEGERI PERLIS

Bengkel Pemantapan Dokumen Rujukan MyGDI Negeri Perlis yang telah diadakan pada 9 April 2014 bertempat di Kompleks DUN, Neger i

Perlis. Peserta bengkel adalah seramai 20 orang yang terdiri dari pelbagai agensi di negeri Perlis. Bengkel ini diadakan lanjutan daripada bengkel-

bengkel yang telah diadakan sebelum ini iaitu:

i. Bengkel Penyediaan Dokumen Rujukan MyGDI Bil. 1/2012 bertarikh 26 -28 Jun 2012 bertempat di MyHotel, Kuah,Langkawi.

ii. Bengkel Penyediaan Dokumen Rujukan MyGDI Bil. 1/2013 bertarikh 18 – 19 Jun 2013 bertempat di Hotel Concorde Inn, Sepang, Kuala Lum-

pur.

Tujuan Bengkel ini adalah untuk menyemak draf Dokumen Rujukan MyGDI Negeri Perlis yang telah disediakan meliputi penyelarasan

tanggungjawab berkaitan Pembangunan MyGDI di negeri Perlis iaitu MaCGDI , UPEN, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, JPBD Negeri Perlis

dan agensi – agensi lain yang terlibat dan Penetapan Struktur Data Geospatial Negeri dan Standard Operating Procedure (SOP) pengemaskinian

data geospatial negeri Perlis (SGDC).

Hasil dari perbincangan yang telah diadakan, draf Dokumen Rujukan MyGDI Negeri Perlis yang telah disediakan dan disusun mengikut jilid-

jilid yang telah dicadangkan oleh pihak MaCGDI seperti berikut :

a. Jilid 1 : Maklumat Tadbir Urus MyGDI Negeri Perlis.

b. Jilid 2 : Maklumat Infrastruktur Clearinghouse MyGDI Negeri Perlis.

c. Jilid 3 : Maklumat Data Geospatial Negeri Perlis.

d. Jilid 4 : Maklumat Polisi dan Standard.

Prinsip Custodianship adalah seperti berikut:

Prinsip 1 : Custodian sebagai pemegang amanah bagi pihak

Kerajaan

Prinsip 2 : Custodian bertanggungjawab memastikan data dan

metadata di bawah jagaannya memenuhi standard yang

ditetapkan

Prinsip 3 : Custodian hendaklah merancang dan mengurus data

dengan mengambil kira keperluan MyGDI dalam

pembangunan Pusat Geospatial Data (GDC)

Prinsip 4 : Custodian adalah pembekal data berwibawa

Prinsip 5 : Custodian bertanggunjawab sepenuhnya terhadap

integriti data di bawah jagaan mereka

Prinsip 6 : Custodian hendaklah memastikan capaian yang

berterusan kepada semua pengguna untuk data di

bawah kawalan mereka

* Nashkah Surat Pekeliling ini boleh didapatkan secara percuma di MaCGDI atau layari website

www.mygeoportal.gov.my bagi versi digital

Custodianship

Diterbitkan oleh:

PUSAT INFRASTRUKTUR DATA GEOSPATIAL

NEGARA (MaCGDI)

ARAS 7 & 8, WISMA SUMBER ASLI,

NO. 25 PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,

62574 PUTRAJAYA

NO TEL: 0388861111: NO FAKS: 0388894851

4