buku panduan peperiksaan ptd m41.pdf

Upload: christy-brown

Post on 03-Apr-2018

333 views

Category:

Documents


66 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    1/23

    PANDUAN PEPERIKSAANMEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN

    PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIKGRED M41

    LEMBAGA PEPERIKSAAN

    SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM,

    MALAYSIA

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    2/23

    KANDUNGAN

    Halaman

    Pendahuluan 1

    Panduan Umum 2

    Sukatan Peperiksaan Khas 3

    Seksyen APengetahuan Am Mengenai 3Malaysia dan Alam Sekeliling

    Seksyen BDaya menyelesaikan masalah 4

    Seksyen C

    Pengertian dan Kefahaman 11Terhadap Esei-esei

    Seksyen DEsei Bahasa Melayu 18

    .Seksyen E

    Esei Bahasa Inggeris 18

    Panduan Menjawab Soalan 19

    Penutup 21

    i

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    3/23

    Peperiksaan Khas ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebole-han calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihanakademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang mendudukipeperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yangdikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

    Matlamat Peperiksaan Khas ini adalah untuk mengukur kematanganpemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorangPegawai Tadbir dan Diplomatik.

    Peperiksaan Khas ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertasadalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspeksahaja. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagikesemua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satuatau dua kertas sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurangmemuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkanbagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu,calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu

    sahaja.

    Kelulusan Peperiksaan Khas ini merupakan satu daripada syarat lantikanke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yangditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuklulus Assessment Centreakan ditemu duga.

    1

    PENDAHULUAN

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    4/23

    PANDUAN UMUM

    1. Pada hari Peperiksaan Khas calon hendaklah membawa:

    (i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan Khas

    (ii) Kad Pengenalan

    (iii) Pensil 2B, pen dan pemadam lembut

    (iv) Peralatan lain yang difikir perlu

    2. Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan lima belas (15) minitsebelum Peperiksaan Khas dimulakan.

    3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.

    4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain . Silaangkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

    5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh

    (30) minit selepas Peperiksaaan Khas dimulakan.

    6. Jawapan hendaklah dibuat dalam

    (i) kertas OMRbagi Seksyen A, B dan C

    (ii) kertas tulis SPAbagi Seksyen D dan E

    7. No. Kad pengenalan pada kertas jawapan hendaklah samaseperti dalam Surat Penggilan Menduduki Peperiksaan.

    8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK dibenarkan.

    9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

    2

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    5/23

    Ujian ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5)seksyen iaitu:

    Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia danAlam Sekeliling

    Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

    Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-

    esei

    Seksyen D - Esei Bahasa Melayu

    Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris

    SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI

    MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

    Masa : 45 minit

    Bilangan Soalan : 60

    Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia /infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan,hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologimaklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya ke-sedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya padaamnya dan Malaysia khasnya.

    3

    SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    6/23

    1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuanmengenaiA. penubuhan ASEAN.

    B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.

    C. pakatan ketenteraan di antara negara-negaraASEAN.

    D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali

    di Asia Tenggara.

    Jawapan: D

    2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri,baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang bolehmendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

    A. beragama Islam.

    B. keturunan Melayu.

    C. pernah menjadi Menteri Kabinet.

    D. menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.

    Jawapan: D

    SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

    Masa : 45 minit

    Bilangan Soalan : 40

    4

    CONTOH SOALAN

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    7/23

    Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalahyang dikemukakan menggunakan

    (i) kemahiran logik

    (ii) kemahiran menginterpretasi data

    (iii) konsep-konsep matematik

    (i) Kemahiran Logik

    Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakansegala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir sertakemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebutuntuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikanmasalah-masalah yang dikemukakan.

    1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai dariindividu-individu berikut:

    Peguambela : Yang dituduh tidak bersalah kerana tidakberada di tempat kejadianjenayah berlaku.

    Jururawat : Jika awak makan ubat ini tiga (3) kalisehari, awak akan sembuh dengan segera.

    Profesor: Keadaan inflasi di Malaysia akan Ekonomiberkurangan dalam masa dua (2) tahun lagimemandangkan perkembangan ekonomidunia sekarang.

    5

    CONTOH SOALAN

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    8/23

    Penggangur : Saya sudah mohon kerja di lima buahtempat, tetapi semua memberi jawapantidak ada kerja kosong.

    A. Jururawat

    B. Penganggur

    C. Peguambela

    D. Peguambela dan Jururawat

    Jawapan: B

    Penjelasan

    Kenyataan Peguambela tidak boleh diterima kerana ia merupakan ken-yataanya sahaja. Ianya juga mungkin tidak berbukti kerana yang memu-tuskan secara muktamat ialah Hakim. Penguambela sudah tentu menye-belahi pihak anak guamnya.

    Kenyataan Jururawat juga tidak boleh diterima kerana beliau tidak dapatmenjamin bahawa sesuatu penyakit boleh sembuh.

    Kenyataan Profesor Ekonomi juga tidak boleh diterima kerana ia

    merupakan satu ramalan sahaja.Hanya kenyataan Penganggur sahaja yang boleh diterima kerana iaadalah kenyataan yang benar berlaku kepadanya.

    2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambilharta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yangmempunyainya.

    Pada suatu hari Y telah pergi ke sebuah kedai dan mengambil sebungkuscoklat dan telah memakannya dengan tidak membayar. Keesokannya Yberperasaan kesal dan telah kembali ke kedai tersebut dan membuatpengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga memohonmaaf dan sanggup membayar harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidakmahu menerima bayaran tersebut tetapi telah membuat laporan polis.

    6

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    9/23

    Dalam keadaan ini, mengikut petikan Undang-undang di atas, Y adalah

    A. tidak bersalah kerana ia sudah meminta maaf

    B. bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa membayar

    C. bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya

    D. tidak bersalah kerana sanggup membayar harga coklat tersebut

    Jawapan: B

    Penjelasan

    Isu utama adalah sama ada perbuatan Y dianggap mencuri atau tidakdisisi undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat lalumemakannya dan dengan itu, melarikan harta daripada yangmempunyainya. oleh itu Y adalah bersalah. Jawapan yang bolehditerima ialah di antara A dan B. Y bersalah bukan kerana tidak di-maafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengam-

    bil coklat itu tanpa bayaran. Isu sama ada tuan kedai memaafkannyaatau tidak, tidak timbul. Jawapan yang tepat ialah B.

    (ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

    Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang meng-gunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untukmenyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaangraf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon

    memberi jawapan.

    7

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    10/23

    Sila gunakan jadual di bawah untuk menjawab soalan-soalan berikut:

    8

    CONTOH SOALAN

    0 - 5,000 2,500 @6% = 150

    + 2,500 @9% = 225

    5,000 - 7,500 5,000 = 375

    + 2,500 12% = 300

    7,500 - 10,000 7,500 = 675

    + 2,500 15% = 375

    10,000 - 15,000 10,000 = 1,050

    + 5,000 20% = 1,000

    15,000 - 20,000 15,000 = 2,050

    + 5,000 25% = 1,250

    20,000 - 25,000 20,000 = 3,300

    + 5,000 30% = 1,500

    25,000 - 35,000 25,000 = 4,800

    + 10,000 35% = 3,500

    35,000 - 50,000 35,000 = 8,300

    + 15,000 40% = 6,000

    50,000 - 75,000 50,000 = 14,300

    + 25,.000 45% = 11,250

    75,000 - 100,000 75,000 = 22,500

    + 25,000 50% = 12,500

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    11/23

    1. Jumlah cukai yang harus dibayar bagi pendapatan bercukaiberjumlah RM8,500 ialah

    A. RM815

    B. RM820

    C. RM825

    D. RM1,050

    Jawapan: C

    2. Pendapatan bercukai tahun ini ialah RM20,000 dan pada tahunhadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyakRM23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus dibayarbagi tahun hadapan?

    A. RM200

    B. RM300.

    C. RM900D. RM1,500

    Jawapan: C

    3. Jika anda membayar cukai RM240 bagi tahun 1996 berapakahpendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?

    A. RM3,000

    B. RM3,500C. RM4,500

    D. RM4,750

    Jawapan: B

    9

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    12/23

    (iii) Konsep-konsep Matematik

    Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dangeometri. Asas-asas matematik tersebut tidak me lebihi SukatanPelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan inidianggap sesuai untuk kesemua calon.

    Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan

    di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakansoalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikankonsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran MenengahAtas (SPM).

    1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuahpertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga

    (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakahjumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingantersebut?

    A. 28

    B. 49

    C. 56

    D. 62

    Jawapan: A

    10

    CONTOH SOALAN

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    13/23

    Teknik menjawab

    8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemuantara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain se-banyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8x7) permainan. Tetapi setiappasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkanpengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah

    8x7 = 28

    2

    2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripadamereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telahlulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

    A. 27

    B. 30

    C. 33

    D. 36

    Jawapan: A

    Teknik Menjawab

    90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang

    3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

    SEKSYEN C - PENGERTIAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP

    ESEI-ESEI

    Masa : 35 minit

    Bilangan Soalan : 20 soalan

    11

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    14/23

    Dalam seksyen ini calon dikemukakan 4 petikan esei yang mengandungiantara 300 hingga 400 perkataan setiap satu; 2 dalam Bahasa Melayudan 2 dalam Bahasa Inggeris. Setiap esei mengemukakan 5 soalan yangmenguji kefahaman dan pengertian calon terhadap esei berkenaan. Bagiesei-esei dalam Bahasa Melayu soalan-soalan adalah dalam BahasaMelayu. Bagi esei-esei Bahasa Inggeris soalan-soalan adalah dalamBahasa Inggeris.

    Soalan-soalan berasaskan kepada esei yang dikemukakan dan bukanpengetahuan atau pengalaman calon. Soalan-soalan tertumpu kepada

    perkara-perkara berikut:

    (i) Perkara penting yang dinyatakan atau tujuan utama esei;

    (ii) Penerangan atau kenyataan yang nyata dan jelas dariesei;

    (iii) Kenyataan ataupun pemikiran yang disindir atau ditempelakdari esei;

    (iv) Aliran pemikiran dan asas-asas perbahasan penulis;

    (v) Perasaan penulis sama ada menyokong atau menolak,memberi pendapat yang bebas suka/duka dan sebagainya

    Esei

    Sejak awal lagi, internet diketahui mempunyai cirri-cirri kebaikandan keburukannya. Kita amat mengharapkan alat ini dapat mencarimaklumat dengan pantas dan digunakan dengan cara yang paling baik.

    Namun demikian, dalam masyarakat yang pelbagai ragam,penyalahgunaan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Cara untukmenyekat perbuatan seperti itu harus difikirkan oleh setiap individu. Olehsebab penggunaan internet dianggap sebagai kebebasan dalam konteksglobalisasi, setiap individu berhak menggunakan Internet.

    12

    CONTOH SOALAN

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    15/23

    Terpulanglah kepada individu itu untuk menentukan tujuan diamenggunakan internet, sama ada untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya.Penggunaan internet dapat mempercepat tugas yang berkaitan dengannya.Hal ini terbukti dengan jelas, khususnya dalam aspek penyaluran danpenyebaran maklumat dan maklum balasnya. Oleh itu, penyebar suratlaying mungkin berpendapat bahawa internet merupakan alat yangterpantas untuk melakukan perbuatan jahat mereka.

    Kita percaya bahawa surat layang melalui internet lebih berbisajika ada pihak yang sanggup memanjangkan surat yang biasanya tidakdikenali penulisnya itu. Surat layang seperti ini dapat disebarkan dari satualamat yang lain melalui internet atau dicetak dan disebarkan kepada

    mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet. Kerja ini juga dapatdilakukan menerusi ruang khas homepage yang begitu popular pada hariini. Mungkin surat layang ini dapat dijawab menerusi cara yang sama, tetapidengan berbuat demikian, kita seolah-olah mengundang penyebaran suratlayang yang baru oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

    Masalah timbul apabila teknologi gagal dikaitkan dengan matlamatuntuk mencari maklumat secara positif. Selain itu, pengguna hanya meng-gunakan internent untuk berkomunikasi secara negatif. Internet harusdigunakan sebagai keperluan untuk berkomunikasi sesama manusiadengan bercirikan semangat untuk mewujudkan struktur sosial yang baik

    dan berkesan. Internet tidak harus digunakan untuk menyebar fitnah. Kitabimbang jika fitnah ini dibuat untuk memburuk-burukkan kepimpinannegara, hal ini akan menjadi gejala yang tidak sihat. Sebagaimana yang kitatahu, penyebaran surat layang menerusi internet bukan terbatas kepadalingkungan dalam negara. Penyebarannya mudah merebak hingga kemerata dunia. Kesempatan ini dapat digunakan oleh pihak asing untukmemburuk-burukkan keadaan di sesebuah negara.

    Di negara membangun, teknologi komunikasi sepatutnya dianggapsebagai penemuan terpenting untuk bersaing dalam bidang perdagangan,pertanian, perbankan, perniagaan dan lain-lain lagi. Hal ini mungkin diakuioleh organisasi tertentu tetapi bagaimana pula dengan individu? Adakahmereka memahami falsafah teknologi komunikasi termoden ini? Jika mahumenyebarkan surat layang melalui internet, nampaknya matlamat untukmewujudkan masyarakat yang celik maklumat tidak akan berhasil. Sesuatuyang mungkin mengecewakan kita ialah ketika kita melihat komunikasi barudan teknologi maklumat sebagai alat penting dunia perindustrian yangbanyak menawarkan keuntungan, ada pihak yang terus leka denganmenyebarkan surat layang menerusi kemudahan yang sama.

    13

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    16/23

    Kita sedar bahawa gelombang teknologi dengan mudah dapatdimanipulasikan. Fakta yang salah mudah disalurkan untukmengelirukan orang lain. Oleh itu kita juga amat sedih kerana ketikateknologi maklumat dan komunikasi digunakan untuk menyediakanprasarana seperti perbankan elektronik, Sistem rangkaian maklumat,persidangan video, pangkalan data dan alat automatik untuk kegunaanpejabat, ada pengguna yang mudah melakukan perkara yang tidakberfaedah.

    Surat layang mampu menimbulkan krisis keyakinan jika tidak di-tangani dengan baik. Kita percaya bahawa jika wujud etika dan nilai yangbaik dalam kalangan pengguna internet, kita dapat mengelakkan diri

    daripada perbuatan yang tidak mendatangkan hasil ini. Oleh itu, setiappengguna seharusnya mempunyai maruah diri dan bukan menjadikanalat itu untuk merosakkan masyarakatnya.

    1. Penyalahgunaan internet sukar diatasi kerana

    A. terdapat pengguna yang tidak bertanggungjawab

    B. pengguna internet yang tidak bertanggungjawab sukardikenali.

    C. pengguna internet dianggap sebagai kebebasan sejagat

    D. adanya keinginan untuk mendapatkan keuntungan dalamjangka pendek

    JAWAPAN : C

    2. Apakah langkah yang paling sesuai untuk menyekat penyebaransurat layang ?

    A. Mengehadkan penggunaan internet dalam sesebuahNegara sahaja

    B. Menyebarluaskan maklumat yang sebenarnya

    C. Menyemai etika dan sistem nilai yang baik dalam kalanganpengguna Internet

    D. Menyedarkan masyarakat tentang kesan buruk suratlayang.

    JAWAPAN : C

    14

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    17/23

    3. Antara berikut, yang manakah kesan penyebaran suratlayang?

    i. Keuntungan sektor perdagangan terjejas

    ii. Kewibawaan seseorang pemimpin terjejas

    iii. Masyarakat celik maklumat sukar dilahirkan

    iv. Masyarakat sejagat meragui keikhlasan sesebuah Negara.

    A. i dan ii B. i dan iiiC. ii dan iv D. iii dan iv

    JAWAPAN : A

    Passage

    Wanted urgently: a national energy policy. An inventory of Malaysias

    resources; both conventional and non-conventional. A projection ofnational energy needs for the century.

    Energy is one of the major issues at the moment and will continue to befor a long time yet particularly for the developing countries, Malaysiaincluded.

    The countrys known oil reserves are estimated at only about a billionbarrels. It is expected, therefore, to become a net oil importer for aboutsix or seven years.

    The fact that a Cabinet Committee on energy exists to deal with policyissues in this area surfaced again recently. In fact, the committee was setup in 1978 but it has operated in such a low key that it is scarcely heard

    of or from.Likewise, the second tier committee of officials, which is charged withmaking recommendations to Ministers and to oversee theimplementation of their decisions, seems to have led an equally shadowyexistence.

    15

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    18/23

    This suggests the status of energy has yet to be raised to that of a majorpolicy concern, even though pronouncements by top leaders such as thePrime Minister fully reflect their awareness of the seriousness of theproblems that loom ahead. Take the Fourth Malaysia Plan for example,after pouring over the 400 odd pages document, the reader will find itdifficult to resist the conclusion that the energy dimension has not beengiven an adequate treatment, although it is obvious that no country intodays circumstances can set out a framework for development withoutit.

    The long discussion on an appropriate economic strategy for the 1980sdoes not refer to energy even in passing, while the chapter under whichenergy has been dumped together with utilities is silent about plansdiversifying the energy base.

    If one is looking for specific details about the four-fuel strategyannounced by the Prime Minister several months ago and reiterated by acabinet minister more recently, one will be disappointed.

    Nothing is said about a master plan for the use of gas in the country,expected to be prepared by World Bank experts, or the prospects forusing local coal for power generation. And what of the progress of thestudies undertaken by West German consultants in Sarawak?

    These were aimed at determining the feasibility of harnessing the vasthydro potential the Pelagus rapids and the Balui River and the feasibilityof a submarine cable system for transmitting power to PeninsularMalaysia 600 or so miles across the South China Sea.

    16

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    19/23

    4. In this passage the author

    A. is pessimistic about Malaysias future energy

    situation

    B. is optimistic that Malaysia can solve its future energyproblem

    C. is pessimistic about the capability of Malaysia tosolve its energy problem

    D. feels that there must be a greater effort by thegovernment to study the future energy supply anddemand.

    Jawapan: D

    5. According to the author, as far as future needs of energy isconcerned, the immediate step to be taken by the government is

    A. to drill more oil

    B. to use oil resources

    C. to use coal resources

    D. to carry out a national energy resources survey

    Jawapan: D

    6. According to the author, if one is interested to know details aboutMalaysias future energy situation

    A. one cannot find details anywhere

    B. one must read Fourth Malaysia Plan

    C. one has to see the Annual Economic Report

    D. one has to see the Cabinet Committee Report

    Jawapan: A

    17

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    20/23

    SEKSYEN D - ESEI BAHASA MELAYU

    Masa : 1 jam

    Bilangan Soalan : 3 jawab 1

    Panjang Esei : 300 hingga 500 perkataan

    Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemputpandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: Cara-cara untukmenyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur.

    Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusundengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untukmengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaanbahasa Melayu.

    SEKSYEN E - ESEI BAHASA INGGERIS

    Masa : 1 jam

    Bilangan Soalan : 3 jawab 1

    Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

    Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemputpandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: ElectronicGovernment in Malaysia.

    Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusundengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untukmengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan

    bahasa Inggeris.

    18

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    21/23

    Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalamPeperiksaan Khas ini.

    Soalan Objektif

    (Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)

    (a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang mendudukiPeperiksaan Khas ini adalah dari pelbagai bidang akademik.Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidangakademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yangberkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab keranaberada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut,walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yangberpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapatsoalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidakmembuang masa dan terus menjawab soalan-s o a l a n y a n gberikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan

    tersebut.

    (b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana 5 opsyenjawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yangdikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat.Apabila membaca dan mengkaji kelima-lima opsyen yangdikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang palingtepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkansalah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantudalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

    19

    PANDUAN MENJAWAB SOALAN

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    22/23

    (c) Untuk merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akandiproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calonmenggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan,jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapatmemprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contohdan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yangdibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

    Soalan Esei

    (Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

    (a) Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua seksyen iaitu Seksyen D(esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris).Bagi setiap seksyen calon perlu memilih sebuah tajuk dari tigayang dikemukakan.

    (b) Masa 1 jam bagi menjawab setiap esei adalah panjang keranakebiasaannya calon diberi selama 30 atau 45 minit sahaja. Tujuan

    calon diberi masa panjang adalah untuk menggalakkan penulisanesei yang bernas, teratur, teknik persembahan serta s u s u n a nperkataan yang terbaik. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkanmenyusun perenggan menggunakan tajuk-tajuk kecil (j ika perlu)dan mengemukakan hujah-hujah dengan teratur dan mengikutlogik. Oleh yang demikian calon dinasihatkan untukmenggunakan sekurang-kurangnya 10 minit untuk merancang,membuat nota, rangka dan sebagainya sebelum esei ditulis.

    20

  • 7/28/2019 Buku Panduan Peperiksaan PTD M41.pdf

    23/23

    Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yangterbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga.Ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan PTD adalahlebih baik.

    Selamat Maju Jaya

    Bahagian PeperiksaanSuruhanjaya Perkhidmatan AwamMalaysia

    21

    PENUTUP