27. kata ganda 1 stmi 2

13
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian KATA GANDA 1 1. Penggandaan penuh 2. Penggandaan separa 3. Penggandaan berentak / berirama 4. penggandaan berimbuhan Pilih kata ganda yang sesuai untuk mengisi tempat kosong. 1. Emak membeli ___________ semasa membeli-belah di pusat kraf tangan itu. A. agar-agar C. kisi-kisi B. labu-labu D. api-api 2. Ching Lin menggunakan ________ untuk menjawab soalan-soalan Matematik yang diberikan oleh gurunya. A. dekak-dekak C. berang-berang B. kuda-kuda D. epok-epok 3. Ada ___________ bahawa Faizul akan dilantik sebagai ketua pengawas yang baru di sekolah itu. A. mata-mata C. undang-undang B. ura-ura D. kura-kura 4. Tin-tin kosong yang terdapat di tempat pembuangan sampah itu menjadi tempat pembiakan ___________. A. sumpah-sumpah C. jentik-jentik B. labu-labu D. kelip-kelip 5. Ayah menolak ____________ permintaan kakak untuk menyambung pelajaran ke luar negara. A. masak-masak C. sia-sia B. mentah-mentah D. benar-benar 6. _________itu seronok bermain bola sepak di padang sekolah. A. Gadis-gadis C. Kaum-kaum B. Orang-orang D. Budak-budak 52

Upload: rajes-kanni-raji

Post on 19-Jul-2015

134 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 27. kata ganda  1   stmi 2

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

KATA GANDA 1

1. Penggandaan penuh

2. Penggandaan separa

3. Penggandaan berentak / berirama

4. penggandaan berimbuhan

Pilih kata ganda yang sesuai untuk mengisi tempat kosong.

1. Emak membeli ___________ semasa membeli-belah di pusat kraf tangan itu.

A. agar-agar C. kisi-kisi

B. labu-labu D. api-api

2. Ching Lin menggunakan ________ untuk menjawab soalan-soalan Matematik yang

diberikan oleh gurunya.

A. dekak-dekak C. berang-berang

B. kuda-kuda D. epok-epok

3. Ada ___________ bahawa Faizul akan dilantik sebagai ketua pengawas yang baru

di sekolah itu.

A. mata-mata C. undang-undang

B. ura-ura D. kura-kura

4. Tin-tin kosong yang terdapat di tempat pembuangan sampah itu menjadi tempat

pembiakan ___________.

A. sumpah-sumpah C. jentik-jentik

B. labu-labu D. kelip-kelip

5. Ayah menolak ____________ permintaan kakak untuk menyambung pelajaran ke luar

negara.

A. masak-masak C. sia-sia

B. mentah-mentah D. benar-benar

6. _________itu seronok bermain bola sepak di padang sekolah.

A. Gadis-gadis C. Kaum-kaum

B. Orang-orang D. Budak-budak

52

Page 2: 27. kata ganda  1   stmi 2

7. Kapal terbang itu akan berlepas ke New York pada _______ masa saja.

A. apa-apa C. mana-mana

B. siapa-siapa D. bila-bila

8. Fazil _________ menyesal atas segala kekasaran yang dilakukan terhadap

kawan baiknya itu.

A. bulat-bulat C. hidup-hidup

B. benar-benar D. masak-masak

9. Makanan yang disajikan kepada kami pada majlis perkahwinan itu __________.

A. masak-masak C. enak-enak

B. bulat-bulat D. baik-baik

10. Keadaan di dalam dewan menjadi ___________ apabila penyanyi terkenal itu

memulakan persembahannya.

A. hingar-bingar C. kacau-bilau

B. riuh-rendah D. porak-peranda

11. Keadaan jalan yang ________ boleh mendatangkan bahaya kepada para pengguna

jalan raya.

A. lekak-lekuk C. hingar-bingar

B. riuh-rendah D. lintang-pukang

12. Berkat kesabarannya saya yakin bahawa _________ dia akan mencapai kejayaan

dalam hidupnya.

A. bolak-balik C. lambat-laun

B. pontang-panting D. ulang-alik

13. Rumah tangga Pak Cik Leman menjadi _________ apabila dirinya difitnah.

A. porak-peranda C. riuh-rendah

B. sunyi-sepi D. hingar-bingar

14. Setiap hari Zarul _______ dari rumah ke tempat kerjanya sejauh 20 kilometer.

A. mundar-mandir C. pindah-randah

B. ulang-alik D. lalu-lalang

53

Page 3: 27. kata ganda  1   stmi 2

15. Azri ketawa _______ apabila mendengar kisah lucu sahabatnya itu.

A. tercungap-cungap C. terbahak-bahak

B. terpinga-pinga D. tersedu-sedan

16. Adik Aidil menangis __________ kerana emak memukulnya dengan rotan.

A. terbahak-bahak C. terpinga-pinga

B. tersedu-sedan D. tercungap-cungap

17. Cikgu Mariam __________ sambil memegang sebatang rotan.

A. gundah-gulana C. lalu-lalang

B. mundar-mandir D. kacau-bilau

18. Ramai orang _________ di kaki lima itu.

A. lalu-lalang C. lintang-pukang

B. kecut-perut D. gopoh-gapah

19. Seluruh kampung _____ kerana bekalan elektrik terputus.

A. kacau-bilau C. porak-peranda

B. gilang-gemilang D gelap-gelita

20. Zarina belum membuat keputusan lagi. Hatinya _________ sama ada dia perlu

terima atau tidak tawaran kerja itu.

A. berbelah- bagi C. berhempas-pulas

B. berbolak-balik D. bercampur-aduk

21. _________lagi ibu sudah keluar ke pasar bersama abang.

A. Malam-malam C.Mentah-mentah

B. Gelap-gelap D. Pagi-pagi

22. Razak berlari ________ kerana dikejar anjing liar ketika pulang dari sekolah.

A. kusut-masai C. lintang-pukang

B. tindak-tanduk D. compang-camping

23. Harga _______ yang dijual di Gerai Buah Pak Husin itu amat berpatutan.

A. baju-baju C. kasut-kasut

B. sayur-sayuran D. buah-buahan

54

Page 4: 27. kata ganda  1   stmi 2

24. Puan Aminah memakai sepasang _ ________ berlian di majlis itu.

A., api-api C. rama-rama

B. anting-anting D. mata-mata

25. Dia __________ bercakap dengan bapanya yang sentiasa sibuk bekerja.

A. sungguh-sungguh C. kira-kira

B. jarang-jarang D. malu-malu

26. Proses mengawet dan menyimpan ____________ di dalam bingkai gambar

amat rumit.

A. labi-labi C. jentik-jentik

B. rama-rama D. anai-anai

27. Dalam ______, Tamrin telah mengumpulkan duit untuk membeli sebuah basikal

baru.

A. diam-diam C. malu-malu

B. duduk-duduk D. terang-terang

28. Encik Borhan menyuruh tukang kebunnya membersihkan __________ di

belakang rumahnya.

A. rumput-rampai C. semak-samun

B. bukit-bukau D.gunung-ganang

29. Ramai ibu bapa yang hadir untuk menjayakan aktiviti __________ di sekolah.

A. tawar-menawar C. simpang-siur

B. gotong-royong D. lintang-pukang

30. Adik _______kakinya digigit semut api itu kerana gatal.

A. mengorek-ngorek C. menekan-nekan

B. menggaru-garu D. mencuit-cuit

31. Syafiq dan adiknya sedang menangkap_____________ di taman itu.

A. anai-anai C. ubur-ubur

B. sibur-sibur D. inai-inai

55

Page 5: 27. kata ganda  1   stmi 2

32.Keadaan jalan yang ________ itu menyebabkan abang tidak berani

memandu kereta dengan laju.

A bengkang-bengkok C berputar-putar

B bersimpang-siur D berbelit-belit

33. Puan Asmah menyimpan _______ lama itu ke dalam kotak .

A. meja-meja C. kotak-kotak

B. baju-baju D. beg-beg

34. Kerani itu _________ wang di dalam sampul surat itu.

A. meleleh-leleh C. memanggil-manggil

B. menari-nari D. mengira-ngira

35. Murid-murid _______ apabila pasukan itu menjaringkan gol.

A. bersorak-sorak C. bersama-sama

B. bersurai-surai D. berlompat-lompat

36. Puan Laila mengangkat pakaian di ampaian kerana _______ hitam berarak di langit.

A. awan-gemawan C. gopoh-gapah

B. suku-sakat D. kacau-bilau

37.Datuk _______ bekerja untuk menyara lima orang cucunya yang telah kematian

ibu bapa mereka dalam kemalangan jalan raya.

A. bertungkus-lumus C. bersenang-lenang

B. berpeluh-peluh D. bersungguh-sungguh

38. Rumah setinggan yang ___________itu telah musnah dijilat api petang semalam

A. berderet-deret C. bersusun-susun

B. berlonggok-longgok D. berkumpul-kumpul

39. _________ basikal itu patah setelah terlanggar batu besar di tepi jalan.

A. Kekisi C. Sesiku

B. Jejari D. Pepijat

40. Emak menggubah ________ yang diambil dari halaman rumahnya.

A. bunga-bunga C. pokok-pokok bunga

B. berbunga-berbunga D. pokok bunga- pokok bunga

56

Page 6: 27. kata ganda  1   stmi 2

41. Rumah yang didirikan di kawasan setinggan itu ________ dan tidak mem-

punyai sistem perparitan yang sempurna

A. erat-erat C. ketat-ketat

B. rapat-rapat D. rapi-rapi

42. Mak Inab _______ ingin memiliki sebuah mesin pembancuh kuih bahulu itu.

A. sangat-sangat C. jadi-jadi

B. benar-benar D. betul-betul

43. Nariza berbincang dengan berhati-hati ______akan menggores perasaan nenek

yang membelanya sejak kecil.

A. kalau-kalau C. mana-mana

B. jangan-jangan D. bila-bila

44. Syafik ________ menyiapkan kerja sekolahnya kerana pelajar yang lewat

akan didenda oleh cikgu.

A. pucat-lesi C. bertungkus-lumus

B. serba-serbi D. anak-pinak

45. Majlis kenduri di rumah Pak Raden ______ kerana pengunjung terlalu ramai.

A. sampah-sarap C. hitam-legam

B. hiruk-pikuk D. calar-balar

46. _________ yang dijual di kedai Haji Ikbal sedap belaka.

A. Kuih-muih C. Manis-manis

B. Buah-buahan D. Api-api

47. Lena ___________ pulang ke kampung kerana ibu bapanya sudah lama

meninggal dunia.

A diam-diam C senyap-senyap

B jarang-jarang D kadang-kadang

48. Pengemis itu berpakaian ___________sambil meminta sedekah di pecan itu.

A. compang-camping C. hina-dina

B. gundah-gulana D. teresak-esak

57

Page 7: 27. kata ganda  1   stmi 2

49. Suasana menjadi _________ apabila seekor ular terlepas dari Zoo Negara.

A. lintang-pukang C.kelam-kabut

B. tebal-tebal D. calar-balar

50. Muka Hisham kelihatan ____________apabila dia dikejar seekor anjing di tepi jalan itu.

A. kering-kontang C. lemah-lembut

B. pucat-lesi D. tergopoh-gapah

51. Dalam cahaya yang ___________ itu, mereka ternampak suatu lembaga bergerak ke

arah belakang pintu.

A terang-menderang C kilau-kilauan

B samar-samar D gelap-gelita

52. Sikap penduduk kampung itu yang suka __________ menyebabkan mereka sering

bergaduh.

A pukul-memukul C nasihat-menasihati

B dengki-mendengki D kunjung-mengunjung

53. Bunyi yang terlalu bising boleh menyebabkan kerosakan pada ____ telinga.

A. kekuda C. lelangit

B. bebola D. gegendang

54. Perasaan saya ______sebelum menjejakkan kaki ke dalam dewan peperiksaan.

A. kacau-bilau C. gundah-gulana

B. tunggang-langgang D. riuh-rendah

55. Baju yang dipakai oleh pengemis itu ______ dan berbau busuk.

A. compang-camping C. calar-balar

B. licin-licau D. kusut-masai

56. Mak Cik Rubiah memasukkan ________ikan dan daging dalam masakannya.

A. dedaun C. jejari

B. bebuli D. bebola

57. Emak menyapu _________ kering yang bertaburan di bawah pokok rambután.

A. lelabu C. bebola

B. dedaun D. jejari

58

Page 8: 27. kata ganda  1   stmi 2

58. Roslina memakai ______ sebelum pergi ke majlis perkahwinan kawan baiknya.

A. bau-bauan C. hidup-hidupan

B. bunga-bungaan D. biji-bijian

59. Majlis persandingan kakak Aida diada- kan secara ________ pada malam tahun baru.

A. terang-benderang C. riuh-rendah

B. gilang-gemilang D. hingar-bingar

60. Badan Maria _______ setelah dua bulan terlantar sakit di hospital.

A. pucat-lesi C. licin-licin

B. bulat-bulat D. kurus-kering

61 ___________ buah kereta telah rosak akibat banjir kilat yang melanda di kawasan itu.

A. Puluh-puluh C. Puluh-puluhan

B. Berpuluh-puluh D. Puluhan-puluh

62. Rizal belajar dengan ________ demi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan.

A. berhempas-pulas C. bersungguh-sungguh

B. bertungkus-lumus D. bermati-matian

63. Dalam _________ Rosli ada hati dengan Rina.

A. sunyi-sunyi C. kacau-bilau

B. gelap-gelap D. diam-diam

64. Sikap __________ dalam kalangan penduduk kampung itu patut

kita contohi.

A. menolong-nolong C. tolong-menolong

B. bertolong-tolong D. bertolong-tolongan

65. “ Jangan __________ semasa hendak menaiki bas, “ kata pemandu bas kepada

murid sekolah itu.

A. potong-memotong C. tolak-menolak

B. elak-mengelak D. balas-membalas

59

Page 9: 27. kata ganda  1   stmi 2

66. Mereka _________ dilanggar kereta ketika melintas jalan raya yang sibuk itu.

A. nyaris C. nyaris-nyarisan

B. nyaris-nyaris D. bernyaris-nyaris

67. Lantai rumahnya _________ akibat minyak masak yang tumpah pagi tadi.

A. lekak-lekuk C. panah-ranah

B. licin-licau D. licau-licin

68. Nenek memetik _________ yang tumbuh meliar di kebunnya untuk diberi kepada

anaknya yang berada di bandar.

A. paku-pakis C. rumput-rumpai

B. rampah-ratus D. kusut-masai

69. Katil kayu milik nenek rosak akibat dimakan _____________.

A. gula-gula C. anai-anai

B. labi-labi D. jentik-jentik

70. Kamal ________ anak tatkala pulang dari sekolah.

A. berjalan-jalan C. berlari-lari

B. rama-rama D. berkata-kata

71. Datuk gemar tidur beralaskan tilam ____________ terutama pada waktu malam.

A. kekacang C. kekabu

B. sesiku D. pepejal

72. Majlis perkahwinan Azmi diadakan secara ___________ kerana dia merupakan

anak tunggal.

A. besar-besaran C. kecil-kecilan

B. tawar-menawar D. kecoh-kecoh

73. Julia kerap ______harga sesuatu barang yang hendak dibelinya dari sesebuah kedai.

A. kejar-mengejar C. cabar-mencabar

B. tawar-menawar D. caci-mencaci

60

Page 10: 27. kata ganda  1   stmi 2

74. Budaya _______ semasa musim perayaan di Malaysia masih diamalkan hingga

ke hari ini.

A. kunjung-mengunjung C. bersahut-sahutan

B. bersalam-salaman D. berjalan-jalan

75. Udara di perhentian Genting Sempah agak sejuk kerana dikelilingi oleh _____.

A. bukit-bukau C. gunung-ganang

B. semak-samun D. rumput-rampai

76. Banyak kawasan sawah padi di Kampung Tok Su _________ akibat

musim kemarau.

A. licin-licau C. terang-benderang

B. kering-kontang D. basah-kuyup

77. Pelbagai jenis ________ dimasukkan ke dalam kawah itu untuk menghasilkan

minyak gamat yang bermutu tinggi.

A. rempah-ratus C. kuih-muih

B. sayur-mayur D. jamu-jampi

78. Beberapa ekor kera sedang _________pada dahan pokok itu.

A. berhabis-habis C. bergayut-gayutan

B. berdua-duaan D. berlari-lari

79. Kamil dan adiknya sedang membasuh _________ rumah mereka.

A. tetikus C. sesawang

B. lelabu D. bebalai

80. __________pemuda yang mencurigakan itu sedang diperhatikan oleh polis.

A.Cerai-berai C. Kumat-kamit

B. Gerak-geri D. Keluh-kesah

81. Negara itu _________ kerana rakyatnya memberontak akibat sikap raja yang zalim.

A. desas-desus C. mundar-mandir

B. kacau-bilau D. tunggang-tunggit

61

Page 11: 27. kata ganda  1   stmi 2

82. Beberapa orang pengunjung sedang _________di tepi pantai itu.

A. beras-petas C. pindah-randah

B. hingar-bingar D. mandi-manda

83. Sifat __________ yang dimiliki oleh Faiz menyebabkan dia tidak disukai kawan-

kawannya.

A. lama-kelamaan C. sebaik-baik

B. kehijau-hijauan D. keanak-anakan

84. Kamarul _________ kedatangan kawannya sejak tadi.

A. habis-habisan C. tertunggu-tunggu

B. menyebut-nyebut D. termanggu-manggu

85. “Ahli keluarga Salina _______belaka,”

kata Lina kepada Siti.

A. ulang-alik C. tanah-tanih

B. ramah-tamah D. pucat-lesi

86. Shira __________ untuk menyiapkan buku Skrap Kajian Tempatan yang akan dihantar

kepada Cikgu Ghazali esok.

A. bertungkus-lumus C. berpeluh-peluh

B. bermati-matian D. bercermat-cermat

87. Encik Harun memerlukan __________ RM500 000 untuk menjalani pembedahan

jantung di sebuah pusat perubatan swasta.

A. sekurang-kurangnya C. setidak-tidaknya

B. seboleh-bolehnya D. seelok-eloknya

88. Penduduk kampung turut membantu pasukan penyelamat sewaktu kerja-kerja

menyelamat kerana mereka tahu_________ Hutan Bidara.

A. lalu-lalang C. lekak-lekuk

B. hiruk-pikuk D. selok-belok

89. Keadaan di jalan raya _______ dengan pelbagai kenderaan.

A. huru-hara C. kacau-bilau

B. hiruk-pikuk D. kucar-kacir

62

Page 12: 27. kata ganda  1   stmi 2

90. Petani itu menanam pokok jambu madu dengan pokok dokong ____________

antara satu dengan yang lain.

A. berduyun-duyun C.bertalu-talu

B. bertubi-tubi D. berselang-seli

91. Suasana di jeti pendaratan ikan itu __________ dengan suara nelayan dan

peraih yang tawar-menawar harga ikan.

A. lintang-pukang C. kucar-kacir

B. kacau-bilau D. hiruk-pikuk

92. Pada malam itu , Istana Bukit Cempaka __________ kerana berlangsungnya majlis

santapan diraja sempena Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah.

A. samar-samar C. terang-benderang

B. kilau-kilauan D. gelap-gelita

93. Adik menangis kerana _________ mulutnya tertusuk tulang ikan.

A. gegigi C. lelidah

B. gegusi D. lelangit

94. Tangan ayah ___________ terkena duri pokok semalu.

A. herot-berot C. corat-coret

B. calar-balar D. patah-riuk

95. Suasana di pasar malam itu riuh-rendah dengan ___________ para pembeli dan

peniaga.

A. puji-memuji C. tawar-menawar

B. balas-membalas D. berebut-rebutan

96. Aminah _______ apabila mengetahui guru disiplin ingin berjumpa dengannya di pejabat.

A. terketar-ketar C. terincut-incut

B. terjinjit-jinjit D. berdenyut-denyut

97. Buat baik ________, buat jahat jangan sekali. Pesanan itu tidak pernah dilupai

oleh Mastura.

A. berbaik-baik C. berpada-pada

B. berbudi-budi D. bersama-sama

63

Page 13: 27. kata ganda  1   stmi 2

98. Fazura ________untuk menghabiskan cuti semester di kampong neneknya nanti.

A. berkira-kira C.berteka-teki

B. berfikir-fikir D. berasa-rasa

99. Mak Limah terkejut besar apabila melihat asap _____________ keluar dari dapur

rumahnya.

A. berbondong-bondong C. berputar-putar

B. berkepul-kepul D. berpusing-pusing

100. Murid-murid dari kawasan pedalaman itu _____________ apabila pertama kali

melihat bangunan KLCC.

A. tersipu-sipu C. terfikir-fikir

B. termanggu-manggu D. tercengang-cengang

64