document2

10
2.2.6 PANDANGAN DAN PENDAPAT AHLI FALSAFAH Rajah 15 : Pandangan dan pendapat ahli falsafah 2.2.6.1 ESSENSIALISME Falsafah ini diasaskan oleh William C. Bagley(1938). Antara pendidik yang tergolong dalam mazhab ini ialah : 1. Thomas Briggs. 2. Frederick Breed. 3. Isaac L. Kandel. Menurut falsafah ini, guru merupakan seorang model dan seorang yang berpendidikan dan berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai-nilai tradisional masyarakat. Manakala pendapat Brickman (1958) ahli-ahli essensialisme meletakkan guru di tengah- tengah (pusat) alam pendidikan. Mereka menganggap bahawa inisiatif dalam pendidikan terletak di bahu guru dan bukan di bahu pelajar. Guru juga seharusnya mencerminkan kebaikan sesuatu masyarakat. Guru memainkan peranan utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar mereka berjaya hidup dalam masyarakat terus menerus. (James B. Conant dan Hyman George Rickover) Guru juga harus mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif, membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mahir menggunakan teknik peneguhan atau ganjaran dan denda. 2.2.6.2 PROGRESIVISME

Upload: angel-ling

Post on 21-Oct-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

guru

TRANSCRIPT

Page 1: Document2

2.2.6  PANDANGAN DAN PENDAPAT AHLI FALSAFAH

Rajah 15 : Pandangan dan pendapat ahli falsafah

2.2.6.1  ESSENSIALISME

Falsafah ini diasaskan oleh William C. Bagley(1938). Antara pendidik yang tergolong dalam mazhab ini ialah :

1. Thomas Briggs.

2. Frederick Breed.

3. Isaac L. Kandel.

Menurut falsafah ini, guru merupakan seorang model dan seorang yang berpendidikan dan berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai-nilai tradisional masyarakat. Manakala pendapat Brickman (1958) ahli-ahli essensialisme meletakkan guru di tengah-tengah (pusat) alam pendidikan. Mereka menganggap bahawa inisiatif dalam pendidikan terletak di bahu guru dan bukan di bahu pelajar. Guru juga seharusnya mencerminkan kebaikan sesuatu masyarakat.

Guru memainkan peranan utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar mereka berjaya hidup dalam masyarakat terus menerus. (James B. Conant dan Hyman George Rickover) Guru juga harus mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif, membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mahir menggunakan teknik peneguhan atau ganjaran dan denda.

2.2.6.2  PROGRESIVISME

Page 2: Document2

Falsafah ini diasaskan di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1920-an. Falsafah ini muncul daripada pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk pendidikan oleh John Dewey.

Menurut falsafah ini, guru merupakan pembimbing atau penasihat dalam membantu pelajar-pelajar mengenali masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam persekitaran yang berubah. Hal ini membolehkan murid-murid dapat belajar dengan persekitaran yang baik dan selesa.

2.2.6.3  REKONSTRUKTIVISME

Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi falsafah sendiri. Pelopor utama ialah George S. Counts(1899- 1974) dan Harold O. Rugg(1886- 1960). Kedua-duanya ialah penyokong pragmatisme John Dewey.

            Menurut falsafah ini, peranan guru bukanlah untuk menyampaikan pengetahuan, tetapi berperanan untuk menimbulkan isu-isu sosial yang dianggap penting. Hal ini dapat membentuk kematangan di dalam pelajar dan mereka lebih mengenali diri sendiri. Di samping itu, guru perlu menerang dan mencadangkan kepada para pelajarnya bentuk masyarakat demokrasi yang merupakan suatu persekitaran yang baik di mana manusia digalakkan untuk membentuk bakat yang ada pada diri mereka.

2.2.6.4  EKSISTENSIALISME

Falsafah ini berdasarkan Naturalisme Rousseau dan mazhab Humanis. Dipelopori oleh Carl Rogers(1902- 1987) .

Menurut falsafah ini pula, sebagai manusia yang bebas, guru mestilah berusaha untuk mendedahkan dan memerangi semua kuasa dalam kebudayaan dan masyarakat yang cuba menghilangkan sifat-sifat perikemanusiaan manusia dengan menafikan kebebasannya. Tugas ini adalah sangat berat tetapi sebagai seorang guru, kepercayaan masyarakat hendaklah dibalas dengan kejayaan. Oleh itu, seorang guru hendaklah sabar dan berusaha dengan gigih untuk mengecapi kejayaan yang diingini.

Page 3: Document2

Di samping itu, falsafah ini menekankan guru untuk menghormati kebebasan pelajar seperti mana dia menilai dirinya sendiri. Hal ini memberikan kebaikan kepada guru dan murid-murid kerana saling menghormati antara satu sama lain.

2.2.7  KONSEP KERJAYA GURU SEBAGAI IBADAH ZAMAN YUNANI

Rajah 16 : Ahli fal safah Yunani

Sejarah telah mencatatkan bahawa kebanyakan amalan pendidikan kita sekarang sebenarnya telah wujud sejak beberapa abad yang lalu. Mengikut Noran Fauziah Yaakob dan Mahdzan Ayob (1990) di dalam bukunya yang bertajuk ‘Guru Dan Perguruan’, dalam kehidupan manusia yang terawal, orang-orang Yunani  memang terkenal dengan ahli-ahli falsafahnya yang memberi sumbangan yang besar kepada pendidikan. Falsafah mereka itu telah dipelajari oleh berbagai-bagai bangsa di dunia termasuk orang-orang Arab yang beragama Islam.

Terdapat 3 orang ahli falsafah Yunani yang telah mempengaruhi pemikiran mengenai pendidikan dalam tamadun manusia. Mereka ialah Socrates (469-399 S.M), Plato (427-347 S.M.) dan Aristotle (384-322 S.M.).

2.2.7.1        SOCRATES

Rajah 17 : Peribadi Socrates

 

Rajah 18 : Sumbangan Socrates

Socrates mempercayai bahawa pendidikan dan masyarakat adalah berhubung rapat. Sekiranya pendidikan berjaya dan dapat melahirkan

Page 4: Document2

warganegara yang baik, maka masyarakat akan menjadi kuat serta kukuh. Sebaliknya, pendidikan yang lemah akan mewujudkan masyarakat yang lemah, iaitu masyarakat yang mudah dijatuhkan oleh unsur-unsur negatif yang terdapat dalam sistem pendidikan yang lemah. Beliau telah memperkenalkan kaedah “soal jawab” yang kemudian dipanggil kaedah Socrates. Kaedah ini telah wujud sejak 2500 tahun yang lampau di Kota Athens, Yunani (Greece). Pada masa itu Socrates sering mengadakan sesi soal jawab dengan warga Athens. Beliau sering mengemukakan soalan untuk mencari kebenaran.

            Sebagai pendidik, Socrates mahukan satu masyarakat yang terdiri daripada warganegara yang baik. Mewujudkan masyarakat yang baik menjadi tema utama dalam sesi-sesi perbincangan yang diadakan oleh Socrates. Apa yang disarankan oleh Socrates tidak berbeza dengan apa yang terdapat dalam pelbagai kurikulum di seluruh dunia pada hari ini. Tidak kira sama ada penyampaian ilmu dibuat secara demokratik atau propaganda, tujuan akhir setiap negara ialah untuk mendapatkan warganegara yang setia kepada tanah tumpah darah mereka sendiri.

2.2.7.2        PLATO

Plato adalah salah seorang  daripada murid Socrates yang sudah terpengaruh dengan gurunya. Selepas kematian Socrates yang begitu tragis, Plato meninggalkan bandar Athens untuk pergi belajar di sebuah tempat di luar Athens. Beliau hanya pulang semula ke Athens setelah sekian lama di perantauan untuk mempopularkan idea-idea Socrates dan membentuk prinsip-prinsip negara yang unggul.

            Sebagai anak muda, Plato merupakan seorang yang idealis. Beliau mempercayai bahawa tujuan pendidikan untuk membentuk manusia yang dapat memberi sumbangan kepada negaranya. Sekiranya negara telah dibentuk dengan

sempurna, negara akan menjadi negara yang unggul atau utopia. Falsafah Plato

terkandung dalam bukunya yang bertajuk The Rebublic dan Laws. Plato kemudian membuka sebuah sekolah yang dinamakan Akademia. Pelajar-pelajar  dari seluruh dunia datang belajar dengannya. Menurut Plato, pendidikan

Page 5: Document2

tidak berlaku hanya dalam Akademia sahaja tetapi dalam semua persekitaran yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Oleh kerana Plato melihat pendidikan sebagai memenuhi keperluan negara, maka adalah wajar sekolah diletakkan di bawah kerajaan yang memerintah. Beliau juga mempercayai bahawa semua kanak-kanak hendaklah diberikan pendidikan yang cukup dan perhatian hendaklah diberikan kepada perbezaan individu yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat belajar mengikut kebolehan masing-masing. Kebolehan setiap individu akan dibentuk ke peringkat maksimum supaya apabila tamat persekolahan nanti, para pelajar dapat berkhidmat kepada negara mereka.

Rajah 19 : Plato

2.2.7.3        ARISTOTLE

Aristotle dianggap sebagai seorang guru yang paling penting kepada perkembangan mengenai pendidikan. Aristotle merupakan murid kepada Plato yang telah menghabiskan masa selama 20 tahun belajar dan mengajar di Akademia. Beliau mempunyai dua kepercayaan mengenai dunia pendidikan. Pertama, pendidikan adalah penting bagi mengekalkan masyarakat dan hanya pemerintah mengelola pendidikan warganegaranya. Kedua, beliau mempercayai bahawa setiap orang harus mempelajari satu teras ilmu yang menjadi pendidikan asas  bagi semua orang.

            Selepas kematian Plato, Aristotle diminta oleh Raja Philip II dari Macedonia untuk mendidik anaknya Iskandar Dzulkarnain. Aristotle mengajar anaknya selama tiga tahun. Setelah selesai tugasnya di Mecedonia, Aristotle kembali ke Athens dan menubuhkan sebuah universiti sains bernama Lyceum. Di universiti inilah bermulanya keraja-kerja asas bagi bidang sains yang dikenali ramai pada hari ini iaitu, Boilogi, Zoologi dan Botani. Dengan bantuan Raja Iskandar Dzulkarnain, spesimen dari seluruh dunia diperoleh dan dihantar ke Lyceum untuk dikaji dan dianalisis.

Rajah 20 : Sumbangan dan riwayat hidup Aristotle

Page 6: Document2

2.2.8  PANDANGAN AHLI FALSAFAH ISLAM ZAMAN PERTENGAHAN

Antara tokoh-tokoh Islam yamg terkemuka semasa zaman Islam adalah Ibnu Rush, Al-Ghazzali, Ibn Khaldun. Mereka bukan sahaja terkemuka dalam bidang falsafah tetapi juga dalam bidang telologi, undang-undang Islam dan reformis agama.

2.2.8.1        AL GHAZALI

 

Rajah 21 : Biodata al-Ghazali

Al–Ghazzali berpendapat bahawa proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat- menghormati. Beliau menegaskan pendidikan ialah sifat murni dan harun kongruen dengan versi Al-Quran yang suci. Mengikut beliau pedagogi adalah berkaitan rapat dengan proses manusia yang implikasinya ialah proses pendidikan hanya dapat diamalkan melalui sikap rendah diri, penumpuan perhatian, mendengar dengan teliti dan kolaborasi antara individu. Beliau juga berpendapat pendidikan adalah satu proses logikal, bermula dari aspek hidup yang mudah kepada aspek hidup yang kompleks. Guru harus memainkan peranan sebagai contoh teladan dan menyokong pelajar mereka untuk mengisikan keperluan dan perkembangan potensi mereka secara menyeluruh.

2.2.8.2        IBNU RUSH (1126-1198)

Ibnu Rush ialah ahli falsafah Spanish-Arab , saintis,pakar jurisprudens yang dikenali sebagai Averroes dalam bahasa Latin.

Seperti Al-Ghazali, Ibnu Rush mengkaji falsafah Aristotle dan menggunakan hasil kajiannya menyelesaikan konflik antara pemikiran dengan kepercayaan. Mengikut beliau pemikiran dan kepercayaan adalah sepadan di antara satu sama lain, boleh ditemui m,elaliu logi Aristotle tetapi ai juga boleh didedahkan melalui kiasan yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran.

Page 7: Document2

Sinteksis pemikiran Yunani dan Islam oleh Ibnu Rush banyak mempengaruhi ahli teologi Kristian terutamanya Thomas Aquinasyang juga menggunakan logik Aristotle untuk membukti percayaan agama Kristian. Usaha Ibnu Rush mensintesis agama dengan falsafah adalah difahamkan oleh ramai penganut Katolik Roman sebagai doktrin “ kebenaran bilangan berganda”.

2.2.8.3        IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun juga merupakan ahli falsafah Spanish-Arab , ahli Sejarah, politik dan jurisprudens. Beliau dilahirkan di Tunis. Sumbangan beliau ialah penulisan buku kitab Al-Ibar (sejarah global) yang mengandungi kronologis secara terperinci tentang sejarah kehidupan Arab dan Barbes di Afrika Utara.

Ibnu khaldun menghubungkaitkan kebangkitan masyarakat manusia kepada kesesuaian keadaan geografikal dan iklimnya dan akibatnya mewujudkan kontrak sosial antara kumpulan strata yang sering berkonflik., demi berjanji hidup bersama secara kolaperatif dan kolaborasi.

Mengikut ibnu khaldun, kepaduan sosial adalah kerana kuasa agama dan dikuatkuasakan oleh pemerintah autokratik. Bagaimanapun, beliau berpendapat absolutisme walaupun membawa kemakmuran tetapi akhirnya menjadi kuasa kejam, merosot dan digulingkan. Proses kitaran dinamik ini diteruskan selama tiga generasi yang mana beliau menyifatkan hukum sosial dan fizikal. MOK SONG SANG (2008).

2.2.9     PANDANGAN AHLI FALSAFAH TIMUR

2.2.9.1        MAHATMA GANDHI (1986-1948)

Gandhi merupakan negarawan, pemimpin politik dan rakyat spiritual India. Beliau di gelar nama Mahatma (great soul) dan arkitek Merdeka. Gandhi pula seorang ahli falsafah dan mengamal satyagraha, iaitu tindakan bukan kekejamanyang konstruktif terhadap penindasan.

Asas pemikiran Gandhi adalah diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk kitab Injil, Civil Disobedience Thoureau, dan yang paling penting ialah falsafah

Page 8: Document2

kasih sayang universal dan penentangan pasif terhadap kejahatan yang diutarakan oleh Tolstoy, seorang penulis di Russia yang terkemal dengan bukunya berjudul War and Peace.

Gandhi percayai hidup manusia adalah sebahagian di dalam semesta yang mengandungi satya (kebenaran). Implikasinya ialah setiap insan harus saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Percayaan Gandhi yang utama adalah amalan prinsip ahimsa,iaitu tidak membawa kecederaan serta memberi hormat kepada semua insan termasuk haiwan. Dengan mensintesis kedua-dua falsafah dan kepercayaan, Gandhi merangkumi konsepnya dalamsatyagraha, iaitu kebenaran, tekad dan tabah untuk mencapai swary,iaitu perintah diri di bawah swadeshi,Gandhi menggalakkan rakyat India memakai khadi seperti yang dibuat dan dipakai setiap hari olehnya, dan memulaukan pakaian dari kilang British.

Gandhi mengamal falsafah hidup asetikisme dengan menolak nikmat fizikal dan kebendaan mewah. Beliau berpendapat menyimpan harta persendirian telah melanggar prinsip kesepaduan humaniti. Oleh itu, beliau menggalakkan koperasi dan kehidupan komununal, iaitu sebagai satu keluarga dalam komuniti mereka. Di samping itu, beliau menentang sistem kasta dan mencabarnya dengan memanggil harijan sebagai kanak-kanak Tuhan.

Gandhi berusaha mencegah pepecahan India di antara penganut Hindu dan umat Islam, tetapi tidak berjaya. Selepas India mencapai merdeka pada tahun 1947, dan pada tahun berikutnya Gandhi dibunuh oleh Hindu fanatik yang sangsi Gandhi menggalakkan Islam di India.

2.2.9.2        RABINDRANATH TAGORE (1861-1941)

Merupakan seorang ahli falsafah, penyair dan pelukis dari India, mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan , seperti aspek fizikal, intelek, moral kerohanian, dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi satu proses yang berhidup, dinamik, serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah orang yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga mendukung sikap

Page 9: Document2

nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta perpandangan jauh dengan sikap internasionalisme yang positif.

Jadual berikut direkodkan peristiwa-peristiwa penting dalam riwayat Tagore :

Tahun

Peristiwa penting

1861

Lahir di Calcutta, India

1877

Mengerbitkan koleksi puisi

1878

Belajar di sekolah United Kingdom mengkaji undang di Universiti College, London.

1880

Balik ke India tanpa ijazah

1913

Dianugerahkan hadiah Nobel dalam Sastera

1921

Membina Institude For Rural Construction untuk penduduk luar bandar belajar dengan percuma.

1927

Melawat Asia Tenggara termasuk Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, sambil menulis dan menghasilkan Karya Jetri

1941

Meninggal dunia.

Jadual 1 : Peristiwa-peristiwa penting riwayat Tagore

 

 

 

 

Page 10: Document2