document2

2
Tajuk : Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Masalah disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme, kekemasan diri, buli dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah tersebut. Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diberi perhatian yang serius. Institusi keluarga merupakan faktor penting dalam pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ahli keluarga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kasih sayang yang mereka peroleh akan menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh menangani masalah disiplin pelajar dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar yang lain. Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan sekolah selain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin. Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani masalah disiplin para pelajar.

Upload: jumardi-muhlis

Post on 24-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ff

TRANSCRIPT

Page 1: Document2

Tajuk : Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meningkat.

Masalah disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar

peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering

dilakukan oleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme, kekemasan

diri, buli dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk

mengurangkan masalah tersebut.

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan,

malah perlu diberi perhatian yang serius. Institusi keluarga merupakan faktor penting

dalam pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh

sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ahli keluarga merupakan

orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Kasih sayang yang mereka peroleh akan menimbulkan kesedaran dan

tanggungjawab sebagai anak dan pelajar.

Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh menangani masalah disiplin pelajar

dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukuman

yang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar

yang lain. Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan

peraturan sekolah selain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin. Persatuan

ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani

masalah disiplin para pelajar.

Selain itu, media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalah disiplin

pelajar. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalu mementingkan

keuntungan, sebaliknya harus berperanan membentuk. Mendidik, dan menanamkan

kesedaran kepada penonton. Program-program yang bercirikan keganasan dan

seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan

kesan negatif kepada pelajar-pelajar.

Mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem

pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik

pelajar. Pendidikan agama yang kuat akan dapat mengelakkan pelajar daripada

melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral akan diperoleh pelajar

Page 2: Document2

melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini membantu pelajar

membentuk peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan nilai moral

diri, keluarga dan masyarakat.

Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan

sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah

bersama-sama menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan , keadaan yang

sedia ada boleh mengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di negara

ini. Keperihatinan masyarakat bermaksud memberi kerjasama sepernuhnya kepada

pihak berkuasa, khususnya pihak polis dalam menyampaikan maklumat serta

membantu melaksanakan peraturan sedia ada.