document2

3
2. Peranan Pengetua Di Sekolah Berkesan Nilai-nilai keperibadian Kata Mao tze Tung,seorang pemimpin yang berkesan adalah”jinak seperti kucing dan garang seperti harimau.’ Dalam konteks ini, pengetua atau guru besar yang berkesan adalah mereka yang mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Ada masanya pengetua memerlukan ciri-ciri watak dan perwatakan yang lembut dan mesra social dan ada kalanya dia memerlukan personality yang tegas dan garang. Merangka Matlamat-matlamat dan sekolah memperjelaskan matlamat-matlamat sekolah Dirujuk kepada peranan guru besar dalam menentukan penumpuan pencapaian matlamat-matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber yang ada di sekolahnya.Sekolah berkesan biasanya mempunyai matlamat dan misi yang jelas dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik pelajar. Tenaga staf dan sumber-sumber yang lain di sekolah digemblengkan dan dijana bagi mencapai sasaran matlamat yang ditetapkan. Menyelia dan dan menilai pengajaran Tugas utama guru besar di sekolah berkesan bertanggunjawab untuk memastikan matlamat-matlamat sekolah diterjemahkan kepada amalan pengajaran di bilik darjah oleh guru-guru. Ia dilakukan dengan memberi sokongan dan melalui penyeliaan secara tidak rasmi pengajaran guru-guru di bilik darjah. (Lipham,1981;Levine,1982) Pemantauan Kemajuan Akademik Pelajar Guru besar boleh memastikan kaedah yang berkesan dalam melaporkan kemajuan pelajar,menggunakan markah ujian untuk membuat keputusan tentang penyelesaian masalah pelajar di sekolah.Guru besar juga boleh menganalisis dan mentafsir data keputusan peperiksaan secara terperinci dengan guru-guru mata pelajaran dalam bentuk yang ringkas dan padat. Mengawal dan melindungi Eaktu Pengajaran Guru besar perlu mengadakan dan menguatkuasakan polisi mengawal dan melindungi waktu pengajaran di sekolah dari sebarang gangguan .- Selalu menjaga kesihatan di kawasan sekolah dengan memperuntukkan masa untuk membuat rondaan di bilik darjah. Intensif kepada guru Guru besar seharusnya memberi intensif atau pujian serta penghargaan kepada guru yang berhak menerimanya.

Upload: nuralya09

Post on 17-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

,b ,

TRANSCRIPT

2. Peranan Pengetua Di Sekolah Berkesan Nilai-nilai keperibadian Kata Mao tze Tung,seorang pemimpin yang berkesan adalahjinak seperti kucing dan garang seperti harimau. Dalam konteks ini, pengetua atau guru besar yang berkesan adalah mereka yang mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Ada masanya pengetua memerlukan ciri-ciri watak dan perwatakan yang lembut dan mesra social dan ada kalanya dia memerlukan personality yang tegas dan garang. Merangka Matlamat-matlamat dan sekolah memperjelaskan matlamat-matlamat sekolah Dirujuk kepada peranan guru besar dalam menentukan penumpuan pencapaian matlamat-matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber yang ada di sekolahnya.Sekolah berkesan biasanya mempunyai matlamat dan misi yang jelas dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik pelajar. Tenaga staf dan sumber-sumber yang lain di sekolah digemblengkan dan dijana bagi mencapai sasaran matlamat yang ditetapkan. Menyelia dan dan menilai pengajaran Tugas utama guru besar di sekolah berkesan bertanggunjawab untuk memastikan matlamat-matlamat sekolah diterjemahkan kepada amalan pengajaran di bilik darjah oleh guru-guru. Ia dilakukan dengan memberi sokongan dan melalui penyeliaan secara tidak rasmi pengajaran guru-guru di bilik darjah.(Lipham,1981;Levine,1982) Pemantauan Kemajuan Akademik Pelajar Guru besar boleh memastikan kaedah yang berkesan dalam melaporkan kemajuan pelajar,menggunakan markah ujian untuk membuat keputusan tentang penyelesaian masalah pelajar di sekolah.Guru besar juga boleh menganalisis dan mentafsir data keputusan peperiksaan secara terperinci dengan guru-guru mata pelajaran dalam bentuk yang ringkas dan padat. Mengawal dan melindungi Eaktu Pengajaran Guru besar perlu mengadakan dan menguatkuasakan polisi mengawal dan melindungi waktu pengajaran di sekolah dari sebarang gangguan .- Selalu menjaga kesihatan di kawasan sekolah dengan memperuntukkan masa untuk membuat rondaan di bilik darjah. Intensif kepada guru Guru besar seharusnya memberi intensif atau pujian serta penghargaan kepada guru yang berhak menerimanya. Menyediakan ganjaran untuk pelajar Guru besar bertanggunjawab dalam kepimpinan pengajaran adalah untuk memajukan dan meningkatkan pembelajaran melalui pemberian ganjaran kepada pelajar dan memberangsangkan pelajar untuk lebih berusaha memajukan pencapaian akademik mereka..Guru besar berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah dan pencapaian akademik dihargai dan dipentingkan. Peranan Guru Guru sentiasa menambahkan ilmu, mengikutui perkembangan senasa dan menjadi medel yang terbaik kepada guru.sentiasa menyampaikan ilmu bersedia merancangkan unit-unit pengajaran, memotivasikan dan menilai murid dari semasa ke semasa. Guru harulha membimbing dan menyelesaikan masalah murid secra individu sebagai seorang kawan, ibu bapa. Guru menjadi pentadibir dan mengurus kelas untuk kemudahan pengajaran supaya pelajar menjadi disiplin.Guru juga menjadi fasilitaor supaya dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memotivasikan pelajar . Memberi peneguhan dan ganjaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru di sekolah berkesan perlu membuat penilaian yang berterusan ,baik yang berkaitan dengan akademik mahupun bukan akademik. Peranan Pelajar Pelajar sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah kearah mencapai pencapaian akademik yang baik. Pelajar-pelajar di sekolah berkesan mempunyai tahap disiplin yang tinggi kerana kejayaan akademik memerlukan sikap-sikap positif seperti bertanggungjawab dan rajin berusaha. Pelajar di sekolah sentiasa menyokong cita-cita sekolah khasnya memajukan perkembangan budaya sekolah baik dari segi fizikal mahupun social. Peranan Ibu Bapa Dan Masyarakat Ibu bapa di sekolah berkesan juga memiliki nilai-nilai yang seperti berikut dalam menyumbangkan ke arah pendidikan yang cemerlang. Ibu bapa bekerjasama dan selalu mengmbil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di sekoalah. Ibu bapa selalu mengawasi perkembangan anak-anak dengan berhubung dengan guru dan pihak sekolah. Ibu bapa juga sentiasa menyarankan pelbagai idea kepada pihak sekolah sekiranya ada perjumpaan rasmi dan tidak rasmi. PIBG di sekolha berkesan bergiat aktif dan menyelesaikan masalah salah laku pelajar dan membantu mencari sumber kewangan bagi pihak sekolah. Persekitaran sekolah Kawasan sekolah yang cantik ,bersih dan menarik.Keceriaan merupakan salah satu aspek terpenting dalam sekolah berkesan. Selain bilik darjah juga amat memberangsangkan belajar dan mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kesimpulan Sekolah berkesan mempunyai ideology yang jelas dan murni yang membandingkan organisasinya dari tekanan-tekanan luar yang kuat dan tidak dapat dipastikan. Sekolah Berkesan adalah tanggungjawab semua pihak. Pendekatam yang bersepadu dan bersinergi adalah kritikal untuk menghasilkan kecemerlangan yang diharapkan. Sekolah berkesan akan mewujudkan rentetan positif yang akan memberi manfaat kepada semua pihak. Justeru itu, semua sekolah mestilah berusaha dan istiqamah untuk melahirkan sekolah-sekolah berkesan.