document2

14
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Tuhan telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Sebagai manusia di sekeliling kita untuk air, udara, makanan, tenaga, tempat tinggal, kesihatan dan hamper semua yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Perhubungan atau hubungan antara manusia dengan alam sekitar ini mestilah merupakan satu perhubungan yang berpanjangan. Masalah persekitaran akan wujud sekiranya hubungan ini diganggu. Misalnya, penggunaan tenaga dan teknologi serta keinginan materialistic tanpa batasan boleh menyebabkan masalah persekitaran secara tempatan, wilayah, dan juga global. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung- gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan.

Upload: jas-priya

Post on 22-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

க்ஜ்;

TRANSCRIPT

Page 1: Document2

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan

kehidupan. Manusia bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini.

Tuhan telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Sebagai

manusia di sekeliling kita untuk air, udara, makanan, tenaga, tempat tinggal, kesihatan

dan hamper semua yang berkaitan dengan kehidupan manusia.

Perhubungan atau hubungan antara manusia dengan alam sekitar ini mestilah

merupakan satu perhubungan yang berpanjangan. Masalah persekitaran akan wujud

sekiranya hubungan ini diganggu. Misalnya, penggunaan tenaga dan teknologi serta

keinginan materialistic tanpa batasan boleh menyebabkan masalah persekitaran secara

tempatan, wilayah, dan juga global.

Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai

pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada

kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam

sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan.

Alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan

menjamin keseimbangan ekosistem. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora

dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi

dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti

yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna

daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu

daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi.

Page 2: Document2

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara

yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.

Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.

Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita

mendapat bekalan oksigen secukupnya. Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan

segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada

gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan

suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan

cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh

melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan

perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan

bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari

semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana

persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu

persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan

pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global

dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan

sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai

masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga

menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Page 3: Document2

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang

mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat,

nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia

seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan

kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah

keracunan makanan dapat dielakkan.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan

manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh

hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita

mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan

mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia

malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut

memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di

muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia,

masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air

terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat

mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-

tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia.

Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat

haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai

contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber

makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia.

Page 4: Document2

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi

negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan

dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam

negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat

memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga

dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan

peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat

ditingkatkan.

Negara kita, Malaysia begitu pesat membangun. Banyak kemajuan yang dapat

kita lihat hasil daripada pembangunan tersebut. Kini, kita mempunyai kereta buatan

sendiri, bangunan-bangunan pencakar langit, kilang-kilang berteknologi tinggi dan

sebagainya. Tetapi tahukah anda kesan di sebalik rancangan pembangunan tersebut?

Disebabkan oleh keghairahan mengejar kemajuan, kita seolah-olah telah lupa untuk

menjaga keindahan flora dan fauna. Hal ini dianggap demikian berdasarkan laporan

oleh Sahabat Alam Malaysia(SAM) yang mengatakan bahawa pencemaran yang

berlaku sudah sampai ke tahap yang membimbangkan. Sebahagian besar daripada

sungai utama di Negara kita telah dicemari dengan sisa-sisa pembuangan toksik dan

sampah sarap. Hutan-hutan semula jadi dan hidupan liar musnah kesan daripada

aktiviti pembalakan. Masalah pencemaran belaku di lapisan atmosfera. Asap daripada

kenderaan dan kilang perindustrian menebabkan atmosfera dipenuhi unsur serta

sebatian kimia yang berlebihan. Selain itu masalah hakisan tanah semakin meruncing

akibat projek pembangunan seperti pembinaan kawasan perumahan dan padang golf.

Page 5: Document2

Sekarang kita perlu meneliti masalah-masalah tersebut lebih mendalam.

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan

Pengguna, jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia

dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialan

punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%),

pembakaran bahan api industry (9.4%), pemprosesan industry (3.9%) dan pembakaran

terbuka (4.9%). Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam

kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan,

binatang dan harta benda. Bendasing ini adalah dalam bentuk asap, habuk, wap dan

gas atau ap-apa campuran bahan-bahan ini.

Selanjutnya, pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi

kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan

terhadap manusia apabila digunkan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi

biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu

gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat

berair. Antara punca-punca pencemaran air ialah pembuangan bahan-bahan buangan

seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan

penyumbang ke arah pencemaran air. Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid

yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan

ini dianggap mudah kerana tidak mermerlukan kos pelupusan.

Pencemaran tanah pula bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu

kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran

jni disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan

Page 6: Document2

pencemar pula terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik. Antara punca-punca

berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang,

pembuangan sampah merata-rata, dan penggunaan racun seranggan secara berlebih-

lebihan. Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-niali maksum yang terdapat di

kawasan menarik dan indah. Pembalakan yang bertujuan untuk menggerakkan industry

hiliran bagi mambangunkan ekonomi juga mengubah rupa bumi di kawasan berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberikan kesan ke atas aktivit harian manusia. Jika hampir

kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat

keindahan alam ini.

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju

dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak

menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.

Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran

udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan

pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan

mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan

pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,

kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia

yang tidak mempunyai nilai-nilai moral. Oleh yang demikian nilai-nilai moral seperti

peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.sayang pada alam sekitar, patuh

kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka

manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini. Sekarang, kita akan melihat

Page 7: Document2

tentang nilai-nilai moral yang dapat mengekalkan keindahan flora dan fauna serta alam

sekitar daripada terpupus.

Nilai moral yang pertama yang masyarakat perlu patuhi untuk mengekalkan

keindahan flora dan fauna ialah menyayangi dan menghargai alam sekitar. Masyarakat

Malaysia haruslah sedar tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekeliling untuk

megekalkan keseimbangan ekosistem kerana alam sekitar serta flora dan fauna

merupakan warisan kita. Keseimbangan alam sekitar juga menjamin kesejahteraan

semua hidupan seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Kita juga

harus menyayangi dan menjaga keindahan flora dan fauna supaya anak cucu dan

generasi yang akan datang masih dapat melihat kehijauan dan kepelbagaian alam.

Di samping itu, nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar juga patut

dipatuhi oleh rakyat Malaysia bagi menjaga keindahan flora dan fauna. Ini kerana

keadaan saling memerlukan hubungan yang hormonis antara manusia dengan alam

sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara. Perkara ini

akan membantu manusia untuk memelihara oersekitaran yang bersih dan selesa serta

mewujudkan suasana yang harmonis. Masyarakat juga akan bertanggungajawab

menjaga persekitaran untuk keselesaan hidup seperti rumah, sekolah dan tempat-

tempat awam. Nilai ini juga akan menolong untuk memperbaiki mutu flora dan fauna

supaya sentiasa di tahap yang baik.

Selanjutnya, nilai kemapanan alam sekitarjuga perlu diamalkan olh setiap

masyarakat Malaysia bagi mengatasi pelbagai pencemaran alam skitar untuk

mengekalkan keindahan dan kesegaran flora dan fauna. Pada masa yang sama,

Page 8: Document2

pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk

kesejahteraan hidup. Rakyat perlu melibatkan diri dalam sebarang kempen misalnya,

melalui kempen ‘Hijaukan Bumi Kita’ dan sebagainya. Ini akan meningkatkan

kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga flora dan fauna.

Seterusnya, nilai yang masyarakat patut mengamalkan untuk mengekalkan

keindahan flora dan fauna ialah peka terhadap isu-isu alam sekitar. Masyarakat yang

bertaggungjawab harus prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam

sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan

ataupun langkah-langkah yang efektif serta segnfikan bagi mengelakkan dengan

daripada pelbagai pencemaran. Sehubungan itu, dengan mengekalkan keindahan flora

dan fauna kita juga dapat mengalakkan pelancong berkunjung ke Negara ini. alam

sekitar yang bersih serta flora dan fauna yang bahagia dan bumi yag hijau dengan

pokok-pokok yag hidup subur sesuai untuk beristirehat dan menenangkan fikiran.

Selain itu, masyarakat perlu mematuhi nilai bertaggungjawab. Rakyat Malaysia

patut mempunyai tanggungjawab terhadap penjagaan flora dan fauna di Negara kita. Ini

akan membantu untuk menjaga keceriaan nnegara kita. Kita juga harus memastikan

agar hutan di Negara kita tidak diteroka sewenang-wenangnya kerana hutan

memainkan peranan penting dalam mengekalkan kehijauan alam sekitar. Pada masa

yang sama, kita harus menggiatkan usaha menanam pohon-pohon hijau atau pokok-

pokok bunga di kawasan Bandar. Ini dilakukan untuk memastikan keindahan flora dan

fauna terpelihara dan dapat memberikan pemandangan yang indah.

Page 9: Document2

Pada masa yang sama, masyarakat harus mengamalkan nilai rasional untuk

mengekalkan keindahan flora dan fauna. Rakyat hendaklah berfikir berdasarkan alasan

dan buki yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang

wajar. Rakyat harus berikir rasional tehadap flora dan fauna yang sangat penting dan

berfaedah kepada kehidupan manusia. Sebagai rakyat Malaysia yang percaya kepada

Tuhan(rukun Negara yang pertama), kita boleh merujuk kepada cara hidup masing-

masing untuk berurusan dengan flora dan fauna.

Sekarang, kita akan lihat beberapa cara hidup dan tanggungjawab penganutnya

terhadap flora dan fauna melalui kepercayaan agama masing-masing. Islam

menyatakan ‘manusia dicipta untuk menjadi Khalifah Allah(viceroy of God) di muka

bumi ini. ia juga menyatakan peranan manusia adalah untuk menguruskan alam ini

mengikut cara yang telah diamanahkan oleh penciptanya iaitu Tuhan’. Tao pula

mengalakkan kehidupan yang tenang dengan aktiviti sederhana. Ini menekankan

hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam semula jadi. Ia juga menyatakan

masalah akan timbul apabila manusia cuba melawan arus in. Agama hindu pula

percaya kepada kuasa dalaman yang tidak terlihat oleh mata kasar menguasai dunia

yang sebenarnya. Oleh itu, semua perkara dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

perkara yang nyata dan tidak nyata. Kebanyakan amalan agama ini adalah untuk

menyatukan kedua-dua perkara ini. apabila ini tecapai manusia akan memperoleh

kebebasan dari roda kehidupan. Menurut Buddha kehidupan yang baik adalah

kehidupan yang sederhana dan kurang penggunaan(reduced consumption). Cara hidup

ini tidak akan memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.

Page 10: Document2

Konklusinya, keindahan flora dan fauna perlu diutamakan dalam kehidupan

setiap insan. Kebersihan alam sekitar sememangya menjadi tanggungjawab kita

bersama untuk menjaga dan memastikan agar bumi sentiasa bersih daripada sebarang

pencemaran. Oleh itu, saya menyeru segenap lapisan masyarakat agar sama-sama

berusaha menjaga keindahan flora dan fauna ini dengan mewujudkan suasana alam

sekitar yang bersih, kehidupan yang selesa, lebih sempurna dan lebih bermakna.