252223104 meningkatkan profesionalisme guru

5
Meningkatkan Profesionalisme Guru Peranan guru menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang banyak diperkatakan sekarang.Tanggungjawab guru kini bukan terhad seperti dulu malah semakin bertambah.Ia merupakan satu cabaran baru kepada guru bagi menentukan bahawa dalam zaman ledakan maklumat, murid lebih pandai daripada guru. Justeru itu, guru perlu menimba lebih banyak ilmu pengetahuan melalui penggunaan teknologi maklumat dan kaedah pengajaran terkini. Antara cara-cara untuk meningkatkan profesionalnya ialah seseorang guru itu perlu memahami dan melaksanakan etika perguruan dengan mencintai profesion perguruan itu sendiri, yakni bukan bekerja untuk dapat gaji pada hujung bulan semata- mata. Martabat profesion perguruan harus dilihat bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi juga dari peranan dan sumbangannya.Oleh itu, guru perlu mengambil tahu mengenai arus perubahan semasa supaya dapat memahami pelajar mereka.Guru juga perlu sedar tentang ancaman dan kebarangkalian yang terjadi akibat ledakan maklumat. Guru perlu sentiasa memperbaiki dirinya dan tidak putus asa dalam kerjayanya. Sebagai contoh, jika seseorang guru tidak mempunyai facebook sedangkan murid-muridnya ramai yang berhubung melalui laman web tersebut, pastilah guru tersebut tidak dapat memahami apa yang dilalui oleh murid-muridnya. Guru harus mempunyai sikap ingin belajar sepanjang hayat kerana ia amat penting untuk guru itu sendiri. Ini adalah kerana dengan mengikuti latihan ikhtisas selama beberapa tahun sahaja, tidak boleh menjamin bahawa seseorang guru itu sudah terlatih untuk selama- lamanya. Sebaliknya, jika guru tidak mempunyai sikap untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan selepas dilatih, guru itu akan ketinggalan dan profesion keguruan mungkin akan kehilangan martabatnya. Terdapat pelbagai cara untuk seseorang guru untuk belajar iaitu dari kursus- kursus dalaman, latihan dalam perkhidmatan, refresher course (kursus

Upload: ernesto-cruz

Post on 20-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Meningkatkan Profesionalisme Guru

Peranan guru menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang banyak diperkatakan sekarang.Tanggungjawab guru kini bukan terhad seperti dulu malah semakin bertambah.Ia merupakan satu cabaran baru kepada guru bagi menentukan bahawa dalam zaman ledakan maklumat, murid lebih pandai daripada guru. Justeru itu, guru perlu menimba lebih banyak ilmu pengetahuan melalui penggunaan teknologi maklumat dan kaedah pengajaran terkini.

Antara cara-cara untuk meningkatkan profesionalnya ialah seseorang guru itu perlu memahami dan melaksanakan etika perguruandengan mencintai profesion perguruan itu sendiri, yakni bukan bekerja untuk dapat gaji pada hujung bulan semata-mata.Martabat profesion perguruan harus dilihat bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi juga dari peranan dan sumbangannya.Oleh itu, guru perlu mengambil tahu mengenai arus perubahan semasa supaya dapat memahami pelajar mereka.Guru juga perlu sedar tentang ancaman dan kebarangkalian yang terjadi akibat ledakan maklumat. Guru perlu sentiasa memperbaiki dirinya dan tidak putus asa dalam kerjayanya. Sebagai contoh, jika seseorang guru tidak mempunyai facebook sedangkan murid-muridnya ramai yang berhubung melalui laman web tersebut, pastilah guru tersebut tidak dapat memahami apa yang dilalui oleh murid-muridnya.

Guru harus mempunyai sikap ingin belajar sepanjang hayat kerana ia amat penting untuk guru itu sendiri. Ini adalah kerana dengan mengikuti latihan ikhtisas selama beberapa tahun sahaja, tidak boleh menjamin bahawa seseorang guru itu sudah terlatih untuk selama-lamanya. Sebaliknya, jika guru tidak mempunyai sikap untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan selepas dilatih, guru itu akan ketinggalan dan profesion keguruan mungkin akan kehilangan martabatnya. Terdapat pelbagai cara untuk seseorang guru untuk belajar iaitu dari kursus-kursus dalaman, latihan dalam perkhidmatan, refresher course (kursus pengulangan teknik PdP), tambah opsyen, kursus-kursus untuk menerima informasi baru (seperti KSSR, teknik PdP yang terbaru dan sebagainya), bengkel-bengkel ICT yang melibatkan pembelajaran maya dan pembinaan bahan serta pelbagai lagi. Kursus-kursus seperti ini boleh membantu menambahkan pengetahuan guru disamping memberi peluang untuk bertukar-tukar ilmu dan pendapat dengan guru-guru lain. Oleh itu, guru tersebut akan merasa lebih bertenaga dan mempunya idea yang banyak untuk memberikan yang terbaik kepada murid-murid apabila kembali ke sekolah. Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan membuat penyelidikan tindakan.Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme guru tersebut.Hanya dengan ilmu pengetahuan dapat menjadikan manusia bertaqwa dan mengagumi Tuhannya (Tajul Ariffin & Noraini, 2002).Malahan, dengan ilmu jugalah manusia mampu memikul tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini.Dunia sekarang semakin maju dan teknologinya juga cepat berkembang.Kemajuan dalam bidang internet memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat.Bukan itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapatsampai ke negara kita dengan cepat.

Guru juga perlu mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang berkualiti. Salah satu cara guru boleh meningkatkan martabat profesion keguruan ialah melalui kecemerlangan keputusan peperiksaan awam di mana masyarakat setempat membuat penilaian kepada pengajaran guru. Justeru itu, guru perlu memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid.Program perkembangan staf juga memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan dan kepakaran staf, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. (2008), adalah mustahil untuk meningkatkan keberkesanan sekolah atau menggerakkan profesionalisme guru tanpa program perkembangan staf. Malah, banyak kajian tentang perkembangan staf telah membuktikan bahawa penglibatan melalui aktiviti kerjasama dalam pasukan akan mencetuskan pemikiran dan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program dimana guru berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran (Dalton, 1991).

Iajugadilihatsebagaisatustrategiyangsangatbaikuntukmeningkatkanprofesionalseorang guru kerana melalui strategi ini guru dapat mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan pencapaian pelajar (Joyce et al., 1996). Diantara peranan program ini ialah ia dapat merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang berkesan dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna kemahiran bimbingan dan akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau profesional. Pihak sekolah dicadangkan membudayakan kerja berkumpulan di sekolah masing-masing. Satu kumpulan terdiri daripada 2 hingga 5 orang guru bekerja bersama untuk merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti pembelajaran untuk sekumpulan pelajar yang sama. Guru dalam satu kumpulan itu sebaiknya berbeza dari segi subjek yang diajar, minat, perspektif dan tahap pembelajaran. Ini akan memberi kekuatan pada kumpulan dan perkembangan setiap ahli. Kelebihan cara ini ialah dapat meningkatkan prestasi pelajar dari sudut bertambahnya tanggungjawab terhadap pembelajaran. Pendedahan kepada skil dan pandangan dari lebih daripada seorang guru boleh membina kefahaman yang lebih matang. Pembelajaran jugaakan menjadi lebih aktif. Ini boleh membawa pelajar mengarah kepada kerja berpasukan.Kajian mendapati bahawa pelajar telah menilai yang kerja berkumpulan benar-benar berkesan dalam pembelajaran mereka (Quinn et al., 1984).

Guru perlu mengambil peluang untuk meningkatkan diri dengan menerima lebih banyak pendedahan kepada perkembangan terkini dalam bidang pendidikan melalui latihan supaya maklumat yang diperolehi boleh disampaikan kepada lebih ramai guru yang lain. Ini adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang guru adalah kompleks, iaitu guru bukan sahaja perlu mempertingkatkan pencapaian akademik murid tetapi juga perlu menaikkan martabat profesion perguruan. Di antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma seorang guru dalam membangunkan modal insan mereka termasuklah aktiviti pementoran, melibatkan diri dalam latihan dalam perkhidmatan, kursus dan seminar, amalan refleksi, amalan penyelidikan tindakan, latihan profesional berterusan, perkembangan profesional online dan penglibatan dalam aktiviti Pusat Kegiatan Guru. Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistem pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang lebih berpengalaman bertindak sebagai 'role model', penasihat dan pembimbing kepada guru lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan, memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang lebih berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan profesional guru dibawahnya, malah sepatutnyapeningkatan keseluruhan perkembangan guru tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor untuk membimbingnya.

Strategi-strategi lain yang boleh digunakan juga dalam meningkatkan profesionalisme guruialah dengan menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru yang boleh dilantik sebagai guru cemerlang dan memastikan guru lebih komited kepada matlamat dan nilai organisasi masing-masing.Pelbagai ganjaran yang disediakan juga boleh menarik motivasi guru untuk meningkat profesionalisme masing-masing supaya semua pihak mendapat manfaatnya dari segi keluarga, sekolah, guru itu sendiri, murid dan sebagainya. Guru yang berdedikasi merupakan aset yang tidak ternilai.RUJUKAN

Abdullah Md Zain. (2007). Ulul Albab: Pendekatan Islam Hadhari kearah melahirkan modal insan terbilang. Kertas Kerja Seminar Ulul Albab. Anjuran JAKIM. Kuala Terengganu, 21September 2006.