230886357-tugasan-elm3104.pptx

39
PENDIDIKAN MORAL ELM 3104 Nama: Chong Ying Zheng Angka Giliran: 2011292360449 Opsyen: PPG-MT4-SEM 6 Pensyarah: EN M. ASRAR BIN SIDON

Upload: suziliana-sulaiman

Post on 28-Sep-2015

40 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

PENDIDIKAN MORALELM 3104Nama: Chong Ying ZhengAngka Giliran: 2011292360449Opsyen: PPG-MT4-SEM 6Pensyarah: EN M. ASRAR BIN SIDON

TUGASAN 1GANGSTERISME DI SEKOLAHApa MAKSUD GANGSTERISME???

Kamus dewan edisi ke-4, halaman 458Geng ialah kumpulan kerja (penjenayah), gengster ialah ahli atau kumpulan penjenayah atau samseng manakala gengsterisme pula merujuk kepada kegiatan-kegiatan gengster iaitu masalah-masalah yang dilakukan oleh kumpulan samseng secara berkumpulan.

Pusat maklumat rakyat (Mac, 2009)gengsterime ialah kelakuan yang akan memusnah dan merosakkan persekitaran yang dilakukan secara berkumpulan.

Gambar Gengster

Video Klip Kes Buli Gangsterisme SMK Tun Hussein Onn 2013

DULU SEKARANGTujuan:Memelihara kepentingan ahli-ahli demi mempertahankan kedudukan walaupun menjalankan kegiatan yang tidak baik.Tujuan:Sebagai satu tred. Contoh-contoh kegiatan:Ponteng kelasPenagihan dadahKeciciran sekolahRogolMencuriContoh-contoh kegiatan:Penagihan dadahKegiatan alkoholRogol dan membunuh*Bersikap lebih keras dan ganasAhli-ahli:Terdiri daripada budak sekolah menengah ke atas. (kebanyakkan lelaki)Ahli-ahli:Terdiri daripada budak sekolah rendah ke atas. (Termasuk lelaki dan perempuan)GANGSTERISMEMASALAH SEMAKIN SERIUS !!!Masalah Keluargaibu bapa yang gagal memberi bimbingan dan didikanMasyarakat pada hari ini berkejar-kejar ke arah kehidupan yang mewah Jadi, anak-anak mereka telah dibiarkan tanpa diberi perhatian yang secukupnya.

Kesibukan ibu bapa juga menyebabkan mereka tidak ambil tahu kegiatan-kegiatan yang disertai oleh anak-anak mereka.

Anak-anak yang tidak menerima perhatian daripada ibu bapa mereka akan menjadi lebih erat dengan rakan sebaya sehingga mengikut apa sahaja yang disuruh oleh rakan sebaya mereka.

Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yangketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung,tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untukmenjadi bekalan kehidupan dewasa kelak sebagai ahli masyarakat yang lebih aktifdan dinamik. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanyadalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Krisis keluarga seperti penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga bolehmenyebabkan remaja kehilangan arah panduan hidup mereka. Maka, lahirlah personalitiremaja yang tidak sihat dan lemah pencapaian akademiknya dan seterusnya menyumbangkepada pelbagai masalah sosial yang negatif.kekurangan kasih sayang dan perhatian ibubapa terhadap anak mereka. Hal ini kerana kecenderungan ibubapa mengejar kekayaan semata-matanya sehinggalah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anaknya.Keadaan ini telah menyebabkan golongan remaja ini hidup dalam keadaan yang terbiar .Ibubapa tidak mengetahui tentang kegiatan yang dilakukan anaknya semasa di luar rumah. Jadi, terdapat segenlintir remaja melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme misalnya peras ugut supaya menarik perhatian daripada ibu bapa.Terdapat juga remaja menyertai kegiataan gangsterisme disebabkan mengalami tekanan perasaan terutamanya bagi keluarga ibu tunggal.Dengan itu,mereka memilih tindakan yang drastik seperti ,menghisap gum,merokok memberontak, melawan dan akhirnya menjadi samseng yang suka menimbulkan masalah sosioal.terpengaruh daripada rakan sebayaMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4 rakan sebaya bermaksud sahabat yang sama umurnya dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan mempunyai minat yang sama.

Menurut Artwater (1998) rakan sebaya didefinisikan sebagai rakan seumur dan boleh dikategorikan sebagai rakan sepermainan atau rakan seperjuangan.

Rakan sebaya menpunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang individu kerana kesilapan bergaul dengan rakan yang buruk boleh mengakibatkan remaja tersebut juga menjadi jahat . Pada zaman sekarang,golongan remaja dikatakan lebih suka bergaul rapat dengan rakannya dan menganggap mereka sebagai rakan sebenar jika berbanding dengan ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka kepada anaknya.Jadi,tidak hairanlah remaja zaman ini kerap membentuk sekumpulan geng atau samseng yang mempunyai budaya dan peraturan masing masing.Contohnya di sekolah,aktiviti yang lazim dilakukan oleh golongan gangster ialah membuli pelajar yang lemah,mengutip yuran perlindungan daripada kalangan pelajar,peras ugut,ponteng sekolah,merosakkan harta benda sekolah,ketagihan rokok dan lain lain .terpengaruh daripada media massa

-Media massa adalah alat yang digunakan dalam penyampaian pesan-pesan dari sumber kepada khalayak (menerima) dengan menggunakan alat-alat komunikasi mekanis seperti surat kabar, film, radio, TV, iklan. -Media massa adalah faktor lingkungan yang mengubah perilaku khalayak melalui proses pelaziman klasik, pelaziman operan atau proses imitasi. -Dua fungsi dari media massa adalah media massa memenuhi kebutuhan akan fantasi dan informasiApa itu media massa ???-Dalam era globalisasi ini,media massa yang berbentuk bercetak dan eletronik yang bersifat negatif semakin sukar dikawal oleh pihak kerajaaan.

-Tindaklaku remaja senang dipengaruhi dengan filem yang tidak bermoral dan beretika yang dibawa dari negara barat.Contohnya,aksi,tindaklaku,perwatakan yang bersifat negatif,keganasan yang ditayangkan dalam filem akan menjadi ikutan kepada remaja kini sehinggalah ia menjadi role model bagi remaja.

- Pembentukan personaliti,sikap dan sifat seseorang remaja melalui saluran media massa telah menjadi kebiasaan bagi zaman remaja sekarang untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh pelakon dalam filem yang ditontoni.

Movie Yang Mengandungi Unsur Tidak Sihat.

sifat semula jadi pelajarSifat semula jadi pelajar-pelajar iaitu berkaitan dengan sifat yang suka memberontak dan melanggar peraturan-peraturan sekolah. Terutamanya pelajar sekolah menengah.

Ini disebabkan pelajar-pelajar inginkan perhatian daripada orang lain. Apabila mereka menjadi tumpuan orang ramai, mereka akan mempunyai rasa kepuasan dan merasakan diri mereka tidak diasingkan atau diabaikan oleh orang lain

PERSEKITARAN Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos rendah. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gangsterisme. Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka. Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan gangsterisme.DIDIKAN AGAMA -Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. -Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. -Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng ini.Kesan-kesan Masalah Gangsterisme:

Membawa kesan negatif kepada pihak sekolahSekiranya ahli kumpulan ini dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang kuat di sekolah ia akan menganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah.Menggangu proses pengajaran dan pembelajaranKumpulan - kumpulan ini akan mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan menganggu proses P&P di sekolah.Mewujudkan budaya takut bagi masyarakat untuk melakukan aktiviti harianKehadiran gengster ini akan menyebabkan orang ramai berasa takut untuk melakukan aktiviti harian. Contohnya mereka akan dipaksa memberi wang, diperas ugut dan dipukul jika tidak mengikut kemahuan mereka.

Kesan-kesan Masalah Gangsterisme:

4. Sekolah menjadi pusat gengSekolah dijadikan pusat aktiviti geng yang penting untuk pengambilan ahlli-ahli baru dan untuk tujuan sosial yang lain. Mereka akan berkumpul di sekolah untuk membincangkan aktiviti mereka. Kumpulan kongsi gelap akan memberikan perlindungan kepada ahlinya dan menakut-nakutkan pelajar lain menyertai kumpulan mereka sebagai ahli baru.5. Memburukkan imej keluargaAhli keluarga akan dikritik , dikutuk dan dipandang serong oleh masyarakat.Ini akan menjejaskan hubungan baik keluarga.Selain itu,perbuatan jahat remaja juga akan meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam kepada ahli keluarga.6. Mencemarkan nama baik negara kitaPada masa kini, pihak sekolah bukan sahaja menjaga keselamatan pelajar di dalam kawasan sekolah, namun pihak sekolah juga perlu memantau persekitaran di luar pagar sekolah demi memastikan keselamatan pelajar. Bagaimanapun, Kementerian Pelajaran memberi amaran bahawa tindakan tegas, termasuk boleh dibuang sekolah akan diambil terhadap pelajar yang terbabit anasir jahat seperti kegiatan kongsi gelap.Tanggungjawab pihak sekolahperaturan-peraturan sekolahPihak sekolah boleh memastikan tiada pelajar melepak semasa waktu persekolahan supaya mengurangkan pendedahan pelajar kepada pengaruh yang tidak sihat.

Merekod individu pelajar dan rekod pelanggaran disiplin. Apabila mendapati pelajar melanggari peraturan, pihak sekolah perlulah memberi hukuman yang sewajarnya

peraturan-peraturan sekolahPihak sekolah boleh menambah atau mengubahsuai peraturan-peraturan sekolah sedia ada. Selain itu, juga boleh mengetatkan peraturan dan juga cara denda.

Guru besar, GPK Hem, Guru disiplin serta murid-murid seperti pengawas, ketua darjah perlu bekerjasama memastikan segala aktiviti sekolah dan murid mengikuti peraturan-peraturan sekolah.

sistem pengurusan sekolah juga perlulah mengadakan satu sistem untuk mengawal ahli-ahli kumpulan gengster daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa.

Hukuman akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang cuba mengambil peluang untuk memaksa pelajar lain menyertai kegiatan gengsterisme.Sistem pengurusan sekolahGuru Besar perlu bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan untuk menangani masalah gengsterisme di sekolah. ( Contoh : Pihak Polis, PIBG, JPS Jemaah Pengurus Sekolah )Pihak sekolah boleh mengadakan beberapa program seperti ceramah, pameran, perkhemahan dan juga aktiviti sukan supaya pelajar tidak terdedah dalam aktiviti gangsterisme. Pihak sekolah mestilah berkerjasama dengan pihak polis, jangan tidak melaporkan kes gangsterisme kepada polis atas sebab bimbang reputasi sekolah akan terjejas teruk.

Sistem pengurusan sekolahKes pihak sekolah tidak ambil tindakanArtikel Dari Surat Khabar Utusan 26 Feb 2011.SIK 26 Feb. - Gejala gangsterisme seperti tindakan meminta wang perlindungan daripada pelajar didakwa semakin menular di sebuah sekolah di daerah Kuala Muda.Ketika mendedahkan perkara itu, Pengerusi Biro Antarabangsa UMNO Bahagian Sik, Datuk Md. Jali Lateh (gambar) berkata, ia cukup membimbangkan sekiranya pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak bersama-sama menyelesaikannya.Menurutnya, kegiatan itu berlaku akibat pengurusan sekolah yang tidak berani melaporkan masalah tersebut kepada pihak polis.Md. Jali mendakwa, ia disebabkan pihak pengurusan sekolah mementingkan kualiti sekolah menyebabkan mereka mengambil keputusan tidak melaporkan perkara itu kerana bimbang reputasi sekolah akan terjejas teruk."Inilah akibatnya apabila pengurusan pihak sekolah mahu menjaga reputasi sehingga kegiatan yang tidak sihat di sekolah terus berlaku," dakwa beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chepir dekat sini hari ini.SAMBUNG SLIDE BAWAHHadir sama isteri beliau, Datin Siti Hajar Othman dan Pengetua SMK Chepir, Zahara Ismail dan Pengerusi PIBG sekolah berkenaan, Abdullah Md. Daud.Md. Jali berkata, kegiatan itu turut menyebabkan anaknya menjadi mangsa.Malah, tambah beliau, kebiasaannya kegiatan itu berlaku pada waktu rehat dan ketika pulang dari sekolah terutama di luar pagar sekolah."Perbuatan mengugut dan mengutip wang perlindungan sebanyak RM5 oleh pihak tertentu terhadap pelajar merupakan perkara serius yang perlu ditangani segera," katanya.Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Mega Group Sdn. Bhd. bimbang sekiranya gejala tidak sihat itu terus dibiarkan, ia akan menyebabkan pelajar merasa takut dan kualiti pelajaran mereka terjejas.Dalam pada itu, Md. Jali turut meminta Kementerian Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) menyiasat dan memastikan supaya pengurusan sekolah tidak menyembunyikan sesuatu kejadian semata-mata kerana takut populariti sekolah akan terjejas.Tambahnya, pengurusan sekolah yang diketuai oleh pengetua perlu bijak menangani masalah seumpama itu, bukan membiarkan ia terus berlaku tanpa ditangani dengan bijaksana.SAMBUNG DARI SLIDE ATAS

Peranan Sebagai Seorang Ketua Panitia Pendidikan Moral.Menubuhkan Persatuan dan Kelab yang berkaitan untuk pelajar. Contoh : Kelab mencegah jenayah, Persatuan Moral.Menubuhkan Ahli Jawatankuasa ( AJK ) untuk mengatasi masalah gangsterisme di sekolah.Mengadakan mesyuarat untuk AJK dan guru-guru yang terlibat. - memastikan semua AJK menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna Contoh : Mengadakan program yang sesuai.Mengagihkan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada AJK guru-guru yang terlibat.

Menyediakan perancangan strategik untuk Program menangani masalah Gangsterisme Sekolah.Contoh : menyediakan : pelan strategik jangka panjang ( 5 tahun ), program jangka pendek ( 3 tahun ), program tahun semasa ( 1 tahun ).Memastikan program dijalankan dengan sempurna.Berkerjasama dengan guru disiplin, guru bimbingan dan kaunseling.Menyebar bahan-bahan bacaan dan maklumat mengenai perkara menanggani gangsterisme sekolah kepada guru dan juga pelajar.

Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat dan sesuai bagi pihak sekolah.Mempertingkatkan mutu disiplin murid.Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf- Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai amalan untuk mewujudkan budaya sekolah yang positif.Menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk memantau kegiatan pelajar-pelajar yang terlibat dengan gangsterisme.

Menekankan sekolah mewujudkan hubungan dengan pelajar, keluarga dan masyarakatContoh : Sekolah perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, PIBG, Jemaah Pengurus Sekolah ( JPS ), masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Mengadakan Program bersepadu antara Unit Bimbingan Kaunseling dengan Badan Disiplin sekolah bersatu dan bekerjasama untuk membendung pelajar-pelajar daripada terlibat dengan masalah gangsterisme.

Video Klip Penutup

KESIMPULAN

Golongan remaja ditakrifkan sebagai aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara yang sedang membangun.Maka pelbagai langkah yang berkesan perlu dilaksanakan supaya membantu mereka menghindari gejala gangsterisme yang membawa impak negatif kepada masyarakat.

Bibliografi & Rujukan : Bahan dari internet :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0228&sec=Utara&pg=wu_02.htm#ixzz2wYlJGL14http://pengurusanbm.blogspot.com/2010/08/gejala-gangsterisme-dalam-era.htmlhttp://jiajiagoodday.blogspot.com/2010/10/gangsterisme.html

Bibliografi & Rujukan : Bahan dari buku : Abdul Aziz Shamsuddin ( 1997 ) Siri Pelangi Fokus Pengetahuan Moral SPM, Penerbit Pelangi Sdn. Bhd. - Modul ELM 3104 Isu-isu dan cabaran penghayatan nilai-nilai murni. Awang Sariyan, Supian Mohd Noor ( 1995 ) Revisi Cepat SPM Karangan (Kertas 1), Sasbadi Sdn. Bhd.

Gambar Buku Rujukan:

Sekian, terima kasih !