2.1 fonetik dan fonologi

3
1) Apakah yang ditakrifkan sebagai fonetik dan fonologi? m/s 87 Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Fonologi ialah kajian tentang bunyi bahasa. - Fonetik ialah kajian tentang sistem bahasa yang berkaitan dengan senarai bunyi bahasa dan cirri-ciri bunyi tersebut. - Fonololgi mengkaji bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik iaitu struktur bunyi bahasa yang diujarkan. - Fonologi mengkaji bentuk-bentuk bunyi yang terdapat dalam sesuatu bahasa. 2) Apakah perbezaan antara fonetik dan fonologi Fonetik Fonologi Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Kajian dilakukan terhadap segala yang berkaitan dengan sistem bahasa seperti pasangan terkecil dan fonotaktik. Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik atrikulasi, dan fonetik auditori. Kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir lekasikal dengan butir-butir lekasikal lain yang membentuk ayat. Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi. Bidang fonologi mengkaji pola-pola intonasi. Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa. Bidang fonologi menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.

Upload: farahanis-mardhiah

Post on 13-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: 2.1 Fonetik Dan Fonologi

1) Apakah yang ditakrifkan sebagai fonetik dan fonologi? m/s 87

      Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

Fonologi ialah kajian tentang bunyi bahasa.

- Fonetik ialah kajian tentang sistem bahasa yang berkaitan dengan senarai bunyi bahasa dan cirri-ciri bunyi tersebut.

- Fonololgi mengkaji bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik iaitu struktur bunyi bahasa yang diujarkan.

- Fonologi mengkaji bentuk-bentuk bunyi yang terdapat dalam sesuatu bahasa.

2) Apakah perbezaan antara fonetik dan fonologi

Fonetik Fonologi

Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Kajian dilakukan terhadap segala yang berkaitan dengan sistem bahasa seperti pasangan terkecil dan fonotaktik.

Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik atrikulasi, dan fonetik auditori.

Kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir lekasikal  dengan butir-butir lekasikal lain yang membentuk ayat.

Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi. Bidang fonologi mengkaji pola-pola intonasi.

Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.

Bidang fonologi menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.

Page 2: 2.1 Fonetik Dan Fonologi

3) Sila namakan gambarajah organ artikulasi dan namakan bahagian-bahagiannya.

1. Bibir Atas2. Bibir Bawah3. Gigi Atas4. Gigi Bawah5. Gusi6. Lelangit Keras7. Lelangit Lembut8. Anak Tekak

9. Hujung Lidah10. Hadapan Lidah11. Tengah Lidah12. Belakang Lidah13. Akar Lidah14. Epiglotis15. Rongga Suara16. Rongga Tekak

17. Rongga Hidung18. Rongga Mulut

19. Rahang20. Tenggorok

4) Namakan fonem-fonem konsonan yang berikuta) [ŋ] : ng b) [ө] : thc) [r] : rd) [c] : ce) [š] : syf) [x] : khg) [Ɣ] : gh

Soalan esei

1. Dalam bahasa Melayu terdapat fonem vokal dan fonem konsonan. Kenal pasti 6 fonem vokal dan 14 fonem konsonan asli dalam bahasa Melayu. Berikan satu contoh perkataan bagi setiap fonem, kemudian tuliskan contoh perkataan tersebut dalam bentuk transkripsi fonemik. (20 markah)

Fonem vokal: /i/, /e/, /a/, /ə/, /u/ dan /o/

Page 3: 2.1 Fonetik Dan Fonologi

Fonem konsonan: /b/ /č/ /d/ /g/ /h/ /ĵ/ /k/ /l/ /m/ /n/ /ŋ/ /p/ /r/ /s/ /t/ /w/ /j/2. Pengetahuan tentang fonetik dan fonologi dalam bahasa Melayu membolehkan

seseorang itu menyebut bunyi-bunyi bahasa dengan betul berdasarkan ejaan bahasa baku. Tuliskan semula ayat-ayat di bawah dalam bentuk transkripsi fonetik dengan menggunakan bahasa Melayu baku. - Rumah besar itu terletak di atas bukit.

Rumah bəsar itu tərləta? di atas bukit- Juruaudit itu memeriksa kira-kira.

Juruaudit itu məməri?sa kira-kira- Buah durian itu sungguh sedap rasanya.

Buah durian itu suŋguh sədap rasaɲa- Saya masakkan masakan ini untuk awak.

Saja masa?kan masakan ini untu? awa?- Orang itu mengeluarkan duit daripada bank

Craŋ itu meŋeluarkan duit daripada ban?

3. Apakah diftong? Nyatakan jenis dan contohnya.

Jawapan: Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat di dalam suku kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Di dalam penghasilannya terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu puncak. 

-ai:  gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai

-au: aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau

-oi: boikot, sekoi, koboi, kaloi