209631891 amalan kebersihan sekolah

27
AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH Pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan kehidupan manusia dan sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia.Bermula di tahap kanak-kanak pertengahan, individu diberikan didikan formal di sekolah dengan pelbagai nama.Tujuan utama kanak-kanak ditempatkan di institusi formal ini ialah untuk memastikan perhubungan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak berkembang selaras dengan nilai dan norma masyarakat yang dianggotainya.Persekitaran sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak.Proses pembelajaran formal yang berterusan bermula tahap pertengahan kanak-kanak hinggalah ke tahap akhir remaja akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap pencapaian,bentuk aspirasi dan lain- lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang diperlukan dalam kehidupan individu.Persekitaran sekolah juga boleh menimbulkan pelbagai bentuk personaliti tidak sihat dikalangan kanak-kanak dan kumpulan remaja apabila kewujudannya disalahgunakan. OBJEKTIF Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang

Upload: ejan-yan-gp

Post on 27-Dec-2015

125 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

Pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan kehidupan

manusia dan sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak

mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia.Bermula di tahap kanak-

kanak pertengahan, individu diberikan didikan formal di sekolah dengan pelbagai

nama.Tujuan utama kanak-kanak ditempatkan di institusi formal ini ialah untuk

memastikan perhubungan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak berkembang selaras

dengan nilai dan norma masyarakat yang dianggotainya.Persekitaran sekolah

memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak.Proses

pembelajaran formal yang berterusan bermula tahap pertengahan kanak-kanak

hinggalah ke tahap akhir remaja akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap

pencapaian,bentuk aspirasi dan lain-lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang

diperlukan dalam kehidupan individu.Persekitaran sekolah juga boleh menimbulkan

pelbagai bentuk personaliti tidak sihat dikalangan kanak-kanak dan kumpulan remaja

apabila kewujudannya disalahgunakan.

OBJEKTIF

Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam

menjalani kehidupan seharian.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah

terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang

disediakan.Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai

satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.Melaksanakan

aktiviti amalan kebersihan sekolah.Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai

institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.

KONSEP & RASIONAL

Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. la bertujuan

untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. Alam

sekitar sedemikian sudah tentu mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses

pembelajaran. Konsep ini berteraskan kepada lima komponen asas, bagi memastikan

wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu Polisi Kesihatan

Sekolah,Persekitaran Sekolah yang Sihat dan Selamat, Penglibatan Keluarga dan

Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. 

PIAWAIAN YANG DIKEHENDAKI

Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu

bersih malah mesti berfungsi dan selamat.Persekolahan yang sihat dan selamat adalah

salah satu nilai-nilai kesihatan yang perlu diserapkan ialah kebersihan dan keselamatan

makanan.Peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan dan sekolah perlu

ditingkatkan.Ciri-ciri kebersihan dan keselamatan makanan hendaklah diserapkan di

sekolah-sekolah, terutama di kantin dan dapur asrama sekolah.Kegagalan

mengamalkan kebersihan dan keselamatan makanan, menyebabkan pencemaran oleh

kuman, bahan kimia dan bendasing dalam makanan.

Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan

selamat ialah:

   (a)    Kebersihan bahan mentah.

   (b)    Pengendalian makanan yang bersih.

   (c)     Kebersihan diri pengendali makanan.

   (d)    Keperluan kemudahan asas yang mencukupi

   (e)     Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.

   (f)      Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.

   (g)    Penyediaan makanan yang betul.

Ciri-ciri Kebersihan Bahan Mentah

Bahan mentah mesti daripada sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak rosak,

dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak dan perlu dibuat di tempat yang

bersih.Bagi makanan di dalam tin, tin  tidak kemek dan tidak berkarat.Bilik penyimpanan

bahan mentah mesti bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Bahan

mentah yang mudah rosak perlu disimpan dalam peti sejuk.Pengambilan makanan

dengan tangan perlu dielakkan bagi menjamin mutu kebersihan makanan.Gunakan

penyepit atau sudu/garpu untuk mengambil makanan. Lindungi makanan dari lalat,

tikus, habuk dan bahan beracun.Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan

mangkuk.Semasa menghidang, jangan menyentuh makanan atau permukaan dalam

pinggan mangkuk. Pastikan tidak menggunakan bekas yang telah retak atau sumbing

untuk menghidang makanan.Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya

makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk. Pastikan makanan mentah di simpan

di tempat yang sama untuk menghindarkan pencemaran silang.Pinggan mangkuk dan

peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Bahan bukan

makanan hendaklah disimpan berasingan dari makanan.

Ciri-ciri Kebersihan Diri yang Baik 

Membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan

sebelum menyedia atau menghidang makanan.Kuku pendek dan bersih. Mandi dengan

sabun sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan pastikan diri pengendali bersih dan kemas.

berpakaian bersih, memakai apron dan tudung kepala yang bersih dengan betul.Jangan

meludah, bercakap, bersin atau batuk ke arah makanan, jangan menghisap rokok

semasa menyediakan makanan dan jangan mengorek hidung atau telinga ketika

menyediakan makanan.Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur. Tong

sampah bertudung, bersih dan sampah dibuang setiap hari atau mengikut jadual.Sistem

pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai serta tidak bertakung untuk

mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat.Tandas yang sempurna, mencukupi dan

bersih perlu disediakan di premis makanan serta kemudahan membasuh tangan yang

mencukupi serta lengkap dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering

tangan bagi pelanggan dan pekerja.

Ciri-ciri Reka Bentuk Premis Makanan yang Sesuai 

Mempunyai ruang yang cukup dan berasingan bagi penyediaan, mempamer dan

menyimpan makanan serta ruang untuk pelanggan yang selesa.Almari/rak menyimpan

makanan ditutup rapi supaya lalat dan lipas tidak dapat masuk.Lantai mestilah mudah

dicuci, tidak mudah rosak dan tidak menakung air. Siling dan dinding mestilah bersih,

mudah dicuci dan bercat terang.Tempat membasuh peralatan sesuai dan mencukupi.

Tempat penyediaan makanan mestilah dari jenis yang mudah dicuci dan kalis air.Peti

sejuk perlu disediakan untuk menyimpan makanan yang mudah rosak dan

berfungsi.Pencahayaan dan pengudaraan dalam premis makanan hendaklah

mencukupi.Peralatan yang digunakan hendaklah yang bersesuaian dengan fungsinya

dan sentiasa dibersihkan dan kerosakan segera diperbaiki.Pihak pengurusan sentiasa

mengawasi amalan kebersihan pekerja-pekerjanya.Kerjasama yang rapat di antara

pekerja dan pengurus penting untuk memastikan amalan dan keperluan kebersihan

dijamin. 

Tanggungjawab Seorang Pengusaha Premis Makanan 

Pastikan semua aspek kebersihan dipatuhi dan pekerja membuat pemeriksaan

kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.Pekerja yang sakit

perlu mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan sihat.Melatih

pekerja tentang kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke semasa.

Tanggungjawab Pekerja di Premis Makanan 

Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Lapor kepada majikan apabila sakit dan

dapatkan rawatan segera.Elakkan dari perbuatan kotor (korek hidung/sentuh makanan

rosak dengan tangan kotor).Belajar dan amalkan tabiat yang baik bagi tingkatkan

kebersihan diri, amalan pengendalian makanan yang baik dan kebersihan kawasan

tempat kerja.

Pemeriksaan Kantin

Pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan pemeriksaan fizikal (ukuran suhu

memasak/suhu penyimpanan/suhu penyajian) diutamakan.

PENGURUSAN & PELAKSANAAN

1. Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan

kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga

sekolah adalah sangat penting. 

2. Penglibatan masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada dengan memberi

sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau pun bahan-bahan yang boleh

digunakan oleh pihak sekolah dorongan dan sokongan moral kepada murid serta

menjadi role-model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. 

3. Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti

yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka

dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah. 

4. Amalan Kesihatan :

            (a)       Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai

                        dan ahli PIBG di setiap sekolah.

            (b)       Menubuhkan Kelab Kesihatan di kalangan pelajar di setiap sekolah.

            (c)        Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah.

            (d)       Mengamalkan Cara Hidup Sihat

POLISI KESIHATAN SEKOLAH

1. Satu penyataan jelas yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi

mempromosikan kesihatan.

2. Sebagai ‘piagam pelanggan’ bagi memberi panduan kepada warga sekolah dan

masyarakat luar.

3. Polisi yang dipilih hendaklah dipamerkan agar semua warga sekolah serta

pelawat tahu tentangnya.

4. Pihak sekolah hendaklah menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan

polisi yang dipilih.

5. Setiap polisi yang dilaksanakan seharusnya diikuti dengan indikator pengukuran

keberkesanannya.

6. Sekolah boleh memilih satu atau lebih polisi untuk dilaksanakan menurut

kemampuan mereka. 

7. Polisi-polisi ini juga boleh bertukar-ganti mengikut tahap pencapaiannya.

PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

1. Keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa

bersih, ceria, selamat dan sihat. 

2. Pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas/fizikal di sekolah

seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama,

parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih,

berfungsi bagi kegunaan murid-murid sekolah. 

3. Selain dari itu persekitaran sekolah juga seharusnya bebas dari risiko jangkitan

penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain.

PERSEKITARAN SOSIAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

1. Persekitaran sekolah yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah

membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran.

2. Pihak sekolah seharusnya berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih

kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan di

kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk

perkembangan murid yang seimbang dari segi JERI.

3. Contohnya dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling, mengadakan

program membina ketahanan mental, keyakinan diri, aktiviti mengurangkan

tekanan seperti PRS, rekreasi, punching bag, sudut pidato, papan conteng,

mengadakan kursus-kursus singkat seperti kursus kepimpinan, kem ibadat dan

lain-lain.

PENGLIBATAN KOMUNITI

1. Satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi kerajaan dan

NGO serta masyarakat lain bagi tingkatkan tahap kesihatan warga sekolah

seperti memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau bahan yang

boleh digunakan oleh pihak sekolah.

1. Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-

model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah.

2. Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti

yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka

dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah.

KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI

1. Satu usaha bagi membentuk sikap yang positif di kalangan warga sekolah ke

arah pengamalan cara hidup yang sihat di kalangan warga sekolah.

2. Dijalankan dalam bentuk pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak

formal.

3. Penekanan kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta

memupuk kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan warga sekolah.

4. Murid diajar mengenai kebersihan diri dan dipupuk supaya bertanggungjawab ke

atas kebersihan diri sendiri.

5. Sekolah seharusnya memastikan supaya aktiviti penjagaan kebersihan mulut

diajar dan diamalkan.

6. Penekanan juga diberikan kepada aspek senaman dan kecerdasan, makan

secara sihat, pertolongan cemas, perkembangan mental, sosial serta anatomi

dan fisiologi tubuh badan. 

PERANAN PENGETUA/GURU BESAR DAN PENTADBIR SEKOLAH

1. Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan amalan

kebersihan di sekolah.

2. Menubuhkan Jawatankuasa kebersihan dengan dianggotai oleh guru-guru,

agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga

badan-badan bukan kerajaan.

3. Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga

sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan

persekitaran yang selamat.

4. Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk

menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan.

5. Kemahiran kesihatan,kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab

terhadap masyarakat.

6. Kesedaran murid-murid, pelajar pentingnya kemahiran kesihatan serta

mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.

7. Sumber-sumber yang sedia ada mengikut kemampuan sekolah.

8. Penglibatan badan bukan kerajaan.

PERANAN GURU

1. Memahami komponen-komponen.

2. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti HPS yang

dirancang oleh Jawatankuasa.

3. Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada

jawatankuasa.

4. Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan Gaya

Hidup Sihat.

5. Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan

aktif.

6. Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan.

PERANAN MURID/PELAJAR

1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti/program BPS yang dirancang.

2. Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri.

3. Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai

aktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah 

PERANAN IBU BAPA

1. Libatkan diri secara aktif dan sokong aktiviti/program HPS.

2. Beri bantuan kepakaran, kewangan, barangan dan sokongan moral.

3. Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai aktiviti HPS.

PERKHIDMATAN DI SEKOLAH

Program-program tersebut adalah seperti berikut:

a) Pendidikan Kesihatan

b) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

c)  Program Kesihatan Pergigian Sekolah

d)  Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

e) Program Susu Sekolah

f) Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah

(Program 3K)

g) Pendidikan Pencegahan AIDS Di Sekolah

h) Program Anti Denggi Di Sekolah

i) Program Sekolah Bebas Daripada Asap Rokok

j) Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja), dan

sebagainya.

Program-program Adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program Anti

Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH

1. PK tidak lagi wujud sebagai satu mata pelajaran tersendiri. Ia telah bersepadu dengan

disiplin PJ dan dinamakan sebagai mata pelajaran PJK.

2. Walau bagaimanapun, nilai-nilai kesihatan dan beberapa aspek kesihatan masih

terdapat di dalam pelbagai mata pelajaran lain seperti Sains,Pendidikan Moral,

Pendidikan Agama Islam dan sebagainya. Ini bermakna nilai-nilai kesihatan telah

diterapkan merentasi kurikulum yang sedia ada.

3. Di samping usaha-usaha formal, pendidikan tidak formal juga dilaksanakan  di sekolah-

sekolah. Ini biasanya dilakukan melalui beberapa aktiviti seperti Kuiz, ceramah,

pameran dan kempen.

4. Selain usaha-usaha sekolah, Jabatan Kesihatan juga sering menganjurkan pelbagai

usaha pendidikan kesihatan tidak formal seperti ceramah, kempen dan pameran.

PERKHIDMATAN KANTIN SEKOLAH

Bagi mengelakkan keracunan makanan, beberapa langkah yang boleh diambil adalah

seperti berikut:

Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri

setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang

makanan.

Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan

mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih.

Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan

menghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas.

Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang baik

seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih dan

kemas 

PERANAN SEKOLAH

Pihak sekolah juga diminta untuk:

Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan memasak

makanan di dalam kawasan sekolah.

Memastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga

semalaman, terutama penyediaan makanan-makanan menggunakan santan.

Menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi menyelia dan

mengadakan pemeriksaan harian.

Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan

premis makanan.

Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan

penggalakan kebersihan dan kesihatan. 

Sekiranya sekolah mengesyaki pelajar-pelajar mengalami masalah keracunan

makanan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh sekolah:

Laporkan dan bawa murid-murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang berhampiran.

Laporkan ke PPD/JPN.

 Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa murid-murid yang terlibat.

Menyediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke

JPN dan Kementerian Pendidikan.

Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar. 

PROGRAM KEBERSIHAN TANDAS

Usaha sekolah dalam mewujudkan kamar Selesa (tandas selesa).

Tandas sentiasa dijaga bersih dan dalam keadaan baik. Terdapat  tong khas

sanitari ditandas pelajar perempuan dan tandas guru perempuan/ pengetua

untuk membuang tuala wanita.

Sinki  dan mangkuk tandas sentiasa dijaga bersih dan tidak tersumbat .

Melukis  mural  serta meletakkan bunga-bunga hiasan yang bersesuaian 

disetiap kamar selesa.

Menampal arahan-arahan serta kata-kata nasihat termasuk bacaan doa masuk

dan keluar tandas.

Menyediakan jadual tugasan pembersihan yang perlu dilaksanakan sebanyak

tiga kali sehari .

Pewangi tandas diletakkan bagi memastikan kamar selesa khususnya

tandas  berbau segar.

Bagi mengekalkan kebersihan kamar selesa, pihak sekolah  mewajibkan pelajar

menggunakan selipar khas untuk memasuki tandas.

Pihak sekolah juga telah menyediakan bekas tissue dan sabun disetiap kamar

selesa.

Jawatan kuasa keceriaan tandas sentiasa Memastikan tiada unsur-unsur

vandalism dalam kamar selesa.

    

Program kesedaran yang dilaksanakan oleh sekolah bersama pelajar.

Mendisiplinkan pelajar peri pentingnya menjaga kebersihan tandas dengan motto

“Tandas Bersih, pakaian bersih, solat sah”.

Penerangan dan peringatan dari masa kesemasa setiap kali perhimpunan.

Pelajar mengadakan gotong royong bersama guru.

Menghafaz doa masuk dan keluar tandas. Melaksanakan adab sebelum, sedang

dan selepas qada’ hajat.

CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.  Lantarannya alam sekitar

kawasan sekolah  yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan

menelaah pelajaran. Sebagai  pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan

keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya

bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh

itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan  untuk menceriakan

kawasan sekolah.

Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah

mengadakan program bergotong-royong.  Aktiviti bergotong royong harus diadakan

berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga

sekolah.  Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat

bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan

dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama

dengan dijinjing.  Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-

royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan

longkang.

Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program

Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam  pokok-pokok bunga dan

tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran

sekolah lebih nyaman dan berudara segar.  Dalam situasi ini,  pelajar-pelajar juga boleh

membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap

sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok

atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut

ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.  Mengecat bangunan

boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke

sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”

Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat

dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah

sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah.  Kelab atau

persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh

melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam

konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu.  Melalui

aktiviti ini,  setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan

kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan

meja dan kerusi.  Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas

setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan

mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan.  Sebaliknya kelas terkotor

perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas

dan kantin.  Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga 

kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program  3K. Program 3K bermaksud

mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak

sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan

selamat. Hal ini demikian  kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan

dan penyeliaan  dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran

akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut.  Hal ini akan  memangkinkan

semangat pihak sekolah  untuk memastikan program berjaya diadakan.  Sebagai

impaknya,  program 3K perlu diadakan di sekolah.

Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah.

Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama

menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

Pelan Tindakan Jangka Panjang Program Pembangunan 3K

PELAN TINDAKAN JANGKA PANJANG 5 TAHUN ( 2009 - 2013 )

PROGRAM PEMBUDAYAAN 3K ( KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN )

BIDANG PROGRAM SASARAN OBJEKTIF AktivitiPETUJUK

PENCAPAIANKEBERSIHAN

(A) Kebersihan Bilik Kelas

Murid-murid sekolah dapat di bilik kelas yang bersih dan ceria

1. Memastikan bilik kelas sentiasa bersih dan ceria bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

Kerja Pembersihan Bilik Kelas

- Pelajar membersihkan dan mengemaskan bilik darjah masing-masing mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

- Guru bertugas harian memeriksa kebersihan semua bilik darjah setiap hari persekolahan.

- Kebersihan bilik kelas digredkan mengikut markah yang tertinggi.

- Kebersihan kelas dipertandingakn. Sijil dan hadiah galakan diberi kepada para pemenang pada akhir tahun.

1. Jadual pembersihan kelas disediakan di setiap kelas.

2. Pemantauan oleh guru bertugas harian dijalankan.

3. Pengredan kebersihan setiap kelas dijalankan.

(B) Kebersihan Bilik Guru , Pejabat Am dan Bilik- Bilik Khas

Guru-guru dan kakitangan sekolah dapat menjalankan tugas dalam keadaan serta suasana yang bersih dan ceria.

1. Memastikan bilik-bilik khas, bilik guru dan pejabat am dalam keadaan bersih dan ceria..

Kerja Pembersihan Bilik Guru, Pejabat Am dan Bilik-Bilik Khas

- Pekerja-pekerja am yang dikontrak menjalankan kerja-kerja pembersihan di bilik-bilik tersebut

1. Jadual bertugas pembersihan disediakan.

mengikut jadual bertugas.

(C) Kebersihan Tandas Staf dan Tandas Pelajar

Kebersihan tandas sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.

1. Memastikan tandas staf dan tandas pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada bau-bau yang tidak menyenangkan.

Kerja Pembersihan Tandas Sekolah

- Pekerja-pekerja Am yang dikontrak menjalankan tugas pembersihan setiap hari ( dua kali sehari ).

- Jadual pembersihan dipamerkan. - Panduan Penggunaan tandas dipamerkan.

- Pemantauan dijalankan dari semasa ke

1. Jadual bertugas pembersihan disediakan.

2. Kerja pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.

(D) Kebersihan Kawasan Sekolah

Sekolah berada dalam keadaan bersih.

1. Memastikan kawasan persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih dan sifar sampah.

Kerja Pembersihan Kawasan Sekolah

- Guru-guru Bertugas Harian dan murid-murid menjalankan kerja pembersihan harian mengikut lokasi yang ditetapkan.

- Menjalankan tugas kerja pembersihan mengikut jadual bertugas yang disediakan.

1. Jadual bertugas pembersihan disediakan.

2. Kerja pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.

- Pekerja-pekerja am yang dikontrak menjalankan tugas membersih longkang- longkang, pintu-pintu dan tingkap mengikut jadual yang ditetapkan.

- Pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.

(E) Kebersihan Kawasan Pembuangan Sampah

Kawasan pembuangan sampah bersih serta pengurusan pembuangan sampah terutus

1. Memastikan kawasan pembuangan sampah diurus dengan sistematik.

Kerja Pengurusan Kawasan Pembuangan Sampah

- Guru-guru Bertugas Harian dan murid-murid menjalankan kerja pembersihan kawasan pembuangan sampah mengikut jadual bertugas yang disediakan.

- Pekerja-pekerja am yang dikontrak menjalankan tugas membersih kawasan pembuangan sampah pada sebelah petang.

- Mengutip sampah-sampah di kawasan sekolah.

- Pemantauan

1. Jadual bertugas pembersihan disediakan.

2. Kerja pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.

dijalankan dari semasa ke semasa.

(E) Kebersihan di Kantin

Kawasan kantin berada dalam keadaan bersih dan bebas LILATI ( Lipas, lalat, tikus )

1. Memastikan kawasan di kantin bersih dan bebas LILATI ( lipas, lalat, tikus )

Kerja Penjagaan Kebersihan Kantin

- Pihak pengusaha kantin menjaga kebersihan kantin dan mematuhi peraturan / polisi pengurusan kantin yang ditetapkan.

- Pihak pengusaha kantin menjalankan langkah- langkah pencegahan LILATI (lipas, lalat dan tikus ) dengan alatan pencegahan.

- Pemantauan dijalankan dari semasa ke

1. Kawasan kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas LILATI 2

. Kerja pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.