contoh skarap patriotik

Download Contoh Skarap Patriotik

Post on 12-Jun-2015

699 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

this is make by my own hand... hehehe

TRANSCRIPT

Nama kumpulan: 1- Harapan (Kumpulan 4) Moto Kumpulan: Kami Generasi, Harapan Negara

M/s:

Muka depan Kandungan Pendahuluan Pengalan Ahli Isi-isi tentang patriotik Rujukan dan Catatan 12

m/s 1 m/s 2 m/s 3-4 m/s 5 m/s 6-9 m/s 10-

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada penyelaras aktiviti ini iaitu Cikgu Siti Jahara, Guru pembimbing kami yang telah membimbin kami dalam segala hal. Kami membuat buku skrap ini ingin memberitahu isi isi tentang patriotik.

Nama Kumpulan

: 1 Harapan

Moto Kumpulan

: Kami Generasi, Harapan Negara

Guru Pembimbing :

Nama-nama ahli

:

1) Soulement Reuel Jenson (Ketua) 2) Natasya Maslin (Penolong Ketua)

3) Marhain Muhammed (Setiausaha) 4) Adelyn Manuel (Bendahari) 5) Zharif Zakaria 6) Sharil 7) Meldi 8) Farhana 9) Sharifah Suraiha 10) Jamriana 11) Afiq 12) 13) 14)

Menurut Kamus Dewan, patriotik atau patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Saifuddin Abdullah dalam artikel Perspektif: Pendidikan seiring patriotisme pula menjelaskan bahawa makna patriotisme tidak berubah, iaitu cinta yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia. Tetapi, fokus atau bentuk patriotisme mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Jelasnya lagi,perkataan patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermakna rakan senegara dan patrice yang bermakna tanah air atau negara. Ia membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan kepada tanah air. Dalam bahasa Arab, ia diwakili oleh perkataan wataniah. Mengapa Perlu Adanya Semangat Patriotisme Dalam Diri ? Seorang Budayawan Negara, Azah Aziz menyatakan bahawa semangat cintakan negara perlu terus dipupuk dalam kalangan anak-anak muda supaya mereka tidak terus lupa jasa dan pengorbanan pejuang lama yang telah sanggup berkorban segala-galanya demi anak bangsa dan tanah air tercinta untuk kebahagiaan dan keselesaan mereka masa kini. Semangat tidak cintakan budaya sendiri dan tidak yakin dengan kemampuan bangsa menyebabkan mereka mudah terpesong dan mengagungkan budaya asing. Jika semangat patriotisme tidak dipupuk , lambat laun perasaan cintakan negara akan terus lenyap dan mereka suatu hari nanti akan hilang identiti dan sudah tidak tahu siapa sebenarnya diri mereka. (http://www.angelfire.com/) Bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahadir Mohamad ketika berucap di Perhimpunan Patriotisme Alaf Baru anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) pernah menjelaskan bahawa pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan generai muda amat perlu bagi menghadapi ancaman budaya luar. Sebagai pewaris

negara ini, generasi muda juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi serta semangat patriotisme yang kukuh dalam menghadapi cabaran yang mendatang Pada alaf baru ini, amat merunsingkan kerana terdapat unsur-unsur tekanan daripada yang kuat terhadap yang lemah. Sehubungan itu, generasi muda perlu mempunyai semangat cinta kasih yang kekal dan kental kepada negara selain bersemangat setia pada negara. Semangat patriotisme juga meliputi semangat kekitaan dan rasa berbangga menjadi rakyat Malysia. Menurut beliau lagi, semangat patriotisme amat penting untuk membangunkan negara supaya menjadi sebuah negara yang dihormati di dunia. Jika semangat patriotisme tidak dipupuk dalam kalangan generasi muda, negara tidak akan dapat dipertahankan dari serangan budaya luar. Konsep dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan pada alaf baru ini boleh menghakis identiti bangsa dan negara ini. Generasi muda harus sedar mengenai kesan negatif globalisasi dan tidak terus menerimanya secara bulat-bulat.Tidak ada cara yang lebih berkesan untuk menangani daripada segala ancaman yang datang termasuk melalui teknologi maklumat (IT) melainkan dengan memupuk semangat patriotisme. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga pernah menekankan bahawa betapa semangat patriotisme dalam kalangan rakyat perlu terus diperkukuhkan bagi membolehkan negara mengisi kemerdekaan dengan mencipta lebih banyak kemajuan dan kejayaan pada masa akan datang. Semangat patriotime jika tidak dipelihara oleh generasi kini, tidak mustahil akan menyebabkan negara dijajah lagi walaupun dalam kerangka yang berbeza. Unsur-unsur penjajahan itu semakin ketara ketika mana ada kalangan generasi muda bukan sahaja tidak pandai menghormati lagu kebangsaan

malah begitu berani mempermainkan lagu Negaraku. (Utusan Malaysia, Isnin 20 Ogos 2007) Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, semasa berucap semasa acara Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke sepuluh anjuran MAMPU (Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit) pada 28 April 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya menekan pentingnya konsep Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Konsep ini amat bersesuaian dengan kemajmukan rakyat yang ada di Malaysia sebagai sumber kekuatan kemajmukan yang wujud adalah realiti yang harus di terima. Konsep ini tidak sekali-kali lari daripada apa yang telah dimaktub dan dimuafakatkan melalui undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan prinsip prinsip Rukun Negara. Bagaimana memupuk semangat patriotisme? Budayawan Negara iaitu Azah Aziz dalam memperkatakan tentang semangat patriotisme. Beliau menyatakan bahawa untuk mengembalikan semula jati diri generasi ini seharusnya semua pihak menggemblingkan tenaga memberi kesedaran kepada generasi muda ini supaya memupuk kembali rasa bangga kepada tanah air dan bangsa. Pihak tertentu seperti media, ibubapa, sekolah, pusat pengajian tinggi, persekitaran dan kerajaan harus bersama menggandakan usaha yang berterusan ke arah membentuk jati diri yang kental dalam kalangan generasi muda ini. Untuk mencapai semangat dan matlamat semangat patriotisme dalam semua peringkat terutama kalangan warga pelajar adalah perlu mengamalkan rasa cinta kepada negara melalui ciptaan lagu-lagu patriotik, menghormati lagu kebangsaan, mengikuti aktiviti persatuan nasional seperti Rakan Muda dan sebagainya. Menghormati pemimpin-pemimpin negara ini haruslah ada dalam jiwa setiap sanubari rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan kepercayaan agama. Dengan itu negara kita yang tercinta sentiasa terjamin sebagai sebuah negara yang aman damai dan berdaulat serta dihormati oleh negara-negara seluruh dunia.

Halaman Internet: http://www.belia.org.my http://www.angelfire.com/ http://www.wikipedia.com/ (patriotik)