201505191105 panduan pelaksanaan kursus hbef2503 hbef3603 hbef4303 pelajar

12

Click here to load reader

Upload: bery-jo

Post on 16-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Panduan Pelaksanaan Kursus

TRANSCRIPT

  • Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 1

    FASA 1: HBEF2503 (Kaedah Penyelidikan dalam

    Pendidikan)

    FASA 2: HBEF3603 (Amalan Profesional)

    FASA 3: HBEF4303 (Projek Kajian Tindakan)

  • Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 2

    RASIONAL PERLAKSANAAN KURSUS ATAS TALIAN Education Portal for Internet Courses (EPiC)

    Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (atau Kementerian Pelajaran Malaysia, ketika itu) telah menyediakan satu Standard Program Pensiswazahan Guru semasa program ini dimulakan dalam tahun 2011.

    Termaktub dalam Standard ini adalah reka bentuk kurikulum yang WAJIB dipatuhi oleh semua pembekal latihan termasuk OUM. Reka bentuk kurikulum MESTI merangkumi kursus-kursus seperti:

    Kursus wajib merangkumi elemen Dasar Negara, Hubungan Etnik, LINUS, MBMMMI, TITAS,PENDIDIKAN INKLUSIF;

    Kursus Pengajian Profesional/Ilmu Pendidikan seperti Falsafah Pendidikan dan Perkembangan Pendidikan, Psikologi Pendidikan, Sosiologi Pendidikan, Pedagogi Pendidikan,PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU BERTERUSAN (BINA INSAN GURU);

    Kursus major

    Kursus minor atau elektif mata pelajaran sekolah

    AMALAN PROFESIONAL

    Sukan dan KOKURIKULUM sekolah

    OUM telahpun merangka kursus tambahan berasaskan experiental learning dan atas talian melalui portal EpiC untuk memenuhi syarat Standard iaitu:

    1. HBEF2703 Kokurikulum 2. HBEF3503 Pendidikan Inklusif 3. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan ( Bina Insan Guru) 4. HBEF3603 Amalan Profesional (Praktikum)

    BPG juga telah menyediakan Standard Bina Insan Guru (HBEF2803) yang mewajibkan semua guru menjalani tiga siri aktiviti yang berlainan seperti perkhemahan, ceramah, seminar, bengkel, lawatan, tugasan, kolokium, kerja lapangan, khidmat masyarakat dan lain-lain. OUM telah menyediakan tugasan dan seminar untuk para pelajar.

    BPG juga telah menyediakan Standard Amalan Profesional dimana setiap pelajar PPG WAJIB menjalani praktikum (HBEF3603) mengikut syarat-syarat dalam Standard. Mengambilkira pengalaman guru, maka OUM telah merangka kursus Amalan Profesional yang digabungkan dengan kursus HBEF2503 dan HBEF4303.

    Harap semua pelajar PPG mengambil maklum tentang kursus-kursus mengikut kehendak Standard Program Pensiswazahan Guru.

  • Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 3

    CARTA ALIR PELAKSANAAN KURSUS

    HBEF2503, HBEF3603 dan HBEF4303

    FASA 1 - HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Penyediaan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan:

    Cadangan strategi/teknik PdP baru untuk satu topik dalam major yang diikuti di OUM.

    Rujuk panduan kursus HBEF2503 untuk penyediaan cadangan (proposal) kajian tindakan.

    FASA 2 - HBEF3603 Amalan Profesional Terdapat 2 tugas :

    Tugas 1:

    (a) Melaksanakan PdP seperti yang dicadangkan dalam HBEF2503 (b) Melengkapkan kesemua aktiviti (A1-A4) dalam HBEF3603

    Tugas 2: (a) Kumpul data untuk penyediaan laporan kajian tindakan di Fasa 3 (HBEF4303)

    mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF2503 Contoh : guna soalselidik, temubual untuk mendapatkan pandangan responden yang telah diajar mengikut strategi PdP dalam HBEF3603 tentang strategi baru ini.

    Nota: Pelajar WAJIB mengemaskini maklumat Guru Pembimbing yang telah dipilih ke dalam e-portfolio: dengan tepat dan terkini bagi tujuan rekod pihak OUM-BPG-KPM.

    Rujuk panduan kursus HBEF3603 untuk pelaksanaan PdP.

    FASA 3 - HBEF4303 Projek Kajian Tindakan

    Penulisan Laporan Kajian Tindakan:

    Analisis data yang dikumpul daripada praktikum Amalan Professional HBEF3603).

    Penyediaan laporan berdasarkan format panduan penulisan yang diberikan.

    Rujuk panduan kursus HBEF4303 untuk penyediaan laporan kajian tindakan.

  • Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 4

    FASA 1

    PANDUAN KURSUS HBEF2503 (KAEDAH

    PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)

    A. TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA

    (a) Membimbing pelajar untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan.

    (b) Mencadangkan kepada pelajar sumber-sumber untuk memperolehi bahan bacaan

    yang berkaitan dengan kajian yang dibuat.

    (c) Memeriksa cadangan (proposal) kajian tindakan mengikut skema markah yang

    disediakan.

    (d) WAJIB mengatur perjumpaan/perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya

    DUA (2) kali; 2 jam / pertemuan.

    (e) Tarikh dan masa perjumpaan adalah mengikut perbincangan di antara tutor

    penyelia dengan pelajar masing-masing.

    (f) Laporan Kemajuan Penyeliaan (Lampiran A HBEF2503_01) perlu diisi pada

    setiap kali perjumpaan diadakan.

    (g) Mengisi Borang Pemarkahan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan (Lampiran A -

    HBEF2503_02) dan memasukkan markah berkenaan ke skrin Project Supervisor

    dalam Online Marks Entry System (OMES) mengikut tarikh akhir yang telah

    ditetapkan.

    (h) Perlu menyimpan salinan cadangan (proposal) kajian tindakan supaya dapat terus

    menyelia pelajar bagi kursus Amalan Profesional (HBEF3603) dan Projek Kajian

    Tindakan (HBEF4303).

    B. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

    (a) Pelajar perlu menghadiri tutorial bersemuka yang dikendali oleh tutor bersemuka

    yang dilantik.

    (b) Pelajar dikehendaki menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan yang

    bercirikan inovasi dan kreativiti dalam PdP.

    (c) Peperiksaan akhir adalah berdasarkan modul HBEF2503 yang dibekalkan.

    (d) Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya DUA (2) kali; 2

    jam/pertemuan;

    (e) Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut persetujuan di antara tutor

    penyelia dengan pelajar.

  • Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 5

    C. KEPERLUAN KURSUS

    Kursus ini memerlukan pelajar untuk:

    (i) Menghadiri tutorial bersemuka

    (ii) Menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan

    (iii) Berjumpa tutor penyelia

    (iv) Menduduki peperiksaan akhir

    1. Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

    (a) Sediakan satu cadangan (proposal) kajian tindakan berkaitan dengan Pengajaran dan

    Pembelajaran (PdP) dalam kelas/sekolah sendiri.

    (b) Untuk mendapatkan tajuk/permasalahan yang hendak dikaji, pelajar perlu menilai

    situasi PdP yang sedang/telah dibuat di bilik darjah sendiri.

    (c) Tajuk/permasalahan penyelidikan yang dikenalpasti mestilah berkaitan dengan inovasi

    dan kreativiti dalam PdP dimana pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi

    selama belajar di OUM akan diaplikasikan.

    (d) Inovasi dalam PdP merangkumi pedagogi baru/terkini; kaedah baru; strategi dan/atau

    teknik baru dalam mengajar sesuatu topik/sub topik dalam bidang pelajar. Inovasi

    dalam PdP ini akan dilaksanakan melalui kursus HBEF3603.

    (e) Contoh cadangan (proposal) kajian tindakan pelajar yang berunsurkan inovatif dan

    kreatif boleh dirujuk di (Lampiran A - HBEF2503_04).

    (f) Kriteria untuk memilih topik/permasalahan kajian:

    i. Topik/sub topik bagi opsyen major yang sedang diikuti di OUM; BUKAN opsyen

    mengajar di sekolah (jika berlainan). Misalnya: Pelajar mengajar Matematik di

    sekolah tetapi opsyen di OUM adalah Bahasa Inggeris, maka pelajar perlu

    cadangkan inovasi dalam mengajar satu topik/sub topik Bahasa Inggeris.

    ii. Bagi pelajar yang bukan guru seperti pegawai JPN/PPD, pelajar perlu juga

    mencadangkan satu inovasi PdP mengikut opsyen di OUM.

    iii. Untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan, pelajar akan

    dibimbing oleh seorang tutor penyelia yang dilantik. Tajuk kajian yang dipilih

    dan diterima oleh tutor penyelia akan digunakan dalam Fasa 2(HBEF3603) dan

    Fasa 3 (HBEF4303).

  • Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 6

    2. Format Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

    Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan pelajar hendaklah mengikuti format yang

    disediakan seperti berikut:

    NO PERKARA MARKAH

    o Lebih kurang 21 24 halaman (tidak termasuk muka surat

    tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran)

    o 1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12 poin

    o comb binding dengan kulit nipis (soft cover) warna bebas.

    i Muka surat Tajuk (Title Page)

    ii Abstrak (Abstract)

    1. PENDAHULUAN 5

    Refleksi Pengalaman Yang Lalu/Refleksi sorotan Literatur

    2. ISU / FOKUS KAJIAN 4

    3. OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN 3

    4. KUMPULAN SASARAN 2

    5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

    5.1 Perancangan Tindakan 3

    5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data 3

    5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 3

    5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian 5

    Jadual Pelaksanaan

    Kos Kajian

    6. BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 2

    Rujuk panduan penulisan cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503) (Lampiran A

    - HBEF2503_05)

    Nota:

    MAJOR BAHASA PENGANTAR

    BI BM

    Bahasa Inggeris X

    Sains / Matematik

    Lain-lain Major X

    3. Penilaian Kursus

    PENILAIAN %

    Individu yang

    Bertanggungjawab

    Kerja Kursus:

    Cadangan Penyelidikan 30% Tutor Penyelia

    Laporan Kemajuan Penyeliaan

    (Berdasarkan Dua (2) Kali Perjumpaan) 10%

    Tutor Penyelia

    Peperiksaan Akhir 60% OUM

    JUMLAH KESELURUHAN 100%

    ATAU

  • Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 7

    FASA 2

    PANDUAN KURSUS HBEF3603 (AMALAN

    PROFESIONAL)

    Bagi melengkapkan kursus ini, pelajar perlu melakukan kesemua aktiviti (Aktiviti 1 - 4)

    mengikut keperluan/kehendak tugasan seperti yang diterangkan. Baca dengan teliti dan

    fahamkan kehendak tugasan sebelum melakukannya. Sekiranya pelajar kurang memahami

    kehendak tugasan tersebut, gunakan FORUM untuk perbincangan dengan EOS. Tutor

    penyelia akan dilantik sebagai EOS kecuali keadaan tidak membenarkan.

    A. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

    (a) Pelajar perlu aktif dalam forum bersama EOS.

    (b) Pelajar WAJIB melaksanakan PdP yang dicadangkan dalam HBEF2503.

    (c) Semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua (2) waktu subjek major dalam

    seminggu disamping tugas hakiki sepanjang tempoh praktikum (6 8 minggu).

    (d) Pelajar (guru) hanya perlu memilih 2 WAKTU untuk tujuan penilaian oleh guru

    pembimbing.

    (e) Pelajar perlu merakam video sesi praktikum selama 20 minit yang bercirikan

    strategi/teknik inovasi dan kreativiti PdP yang dicadangkan.

    (f) Segala perbelanjaan sepanjang menjalankan latihan mengajar adalah dibawah

    tanggungan pelajar.

    (g) SYARAT WAJIB: Pelajar (guru) mesti membuat latihan inovasi PdP bagi satu

    topik/sub topik dalam bidang/opsyen major yang diikuti di OUM.

    (h) Pelajar (guru) PERLU mengumpul data sewaktu melaksanakan PdP untuk

    penyediaan laporan akhir kajian di Fasa 3 (HBEF4303) mengikut kaedah/metodologi

    yang dicadangkan dalam HBEF2503.

    B. KATEGORI PELAJAR

    Terdapat 4 kategori pelajar (guru) yang terlibat dalam menjalankan latihan Amalan

    Profesional iaitu:

    (a) Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang sama dengan opsyen major di OUM.

    (b) Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang tidak sama dengan opsyen major di OUM;

    tetapi major tersebut ada di ajarkan di sekolah. Mereka perlu menguruskan dengan

    pihak sekolah memohon untuk mengajar subjek mengikut opsyen major di OUM.

    (c) Pelajar (guru) yang mengajar di sekolah yang tidak menawarkan subjek sama dengan

    opsyen major di OUM; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai

    kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

  • Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 8

    (d) Pelajar yang tidak mengajar sebagai contoh pegawai di JPN, PPD atau PKG; perlu

    mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan

    praktikum.

    C. PEMILIHAN RESPONDEN

    Sebagai contoh: Dalam cadangan HBEF2503, pelajar telah memilih responden murid Tahun

    3. Tetapi pada 2014, murid-murid Tahun 3 yang dipilih telah naik ke Tahun 4, maka pelajar

    boleh memilih responden baru iaitu murid-murid Tahun 3 sekarang ataupun jika

    strategi/teknik PdP yang dipilih sesuai digunakan kepada murid-murid Tahun 4 sekarang

    maka boleh guna murid-murid Tahun 4 ini. Malah pelajar dibenarkan memilih responden

    daripada mana-mana tahun sama ada Tahun 1 ATAU Tahun 2 ATAU Tahun 3 ATAU Tahun 4

    ATAU Tahun 5. Murid Tahun 6 TIDAK BOLEH digunakan sebagai responden.

    D. SYARAT PEMILIHAN GURU PEMBIMBING

    (a) Guru pembimbing yang dipilih mestilah dalam kalangan guru besar/guru panitia/ketua

    bidang, atau

    (b) Guru sekolah yang mempunyai kelulusan minimum sekurang-kurangnya peringkat

    ijazah, atau

    (c) Guru besar/ guru panitia/ ketua bidang yang tidak mempunyai ijazah tetapi

    mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun, atau

    (d) Guru sekolah (yang berlainan bidang / bidang yang sama) yang tidak mempunyai ijazah

    tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun.

    E. PENILAIAN KURSUS

    Bagi memenuhi kursus HBEF3603, pelajar dikehendaki melaksanakan kesemua aktiviti

    tersebut. Pemberatan markah adalah seperti berikut:

    Aktiviti 1 (T1A1) Laporan Pemantauan Guru Pembimbing 20 Markah

    Aktiviti 2 (T1A2) Rakaman Video Sesi Praktikum 20 Markah

    Aktiviti 3 (T1A3) Pelaporan Praktikum 30 Markah

    Aktiviti 4 (T1A4) Reflektif Jurnal 20 Markah

    Forum Penglibatan atas talian 10 Markah

    JUMLAH KESELURUHAN 100 Markah

    Aktiviti 1 (T1A1) Praktikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing

    Pelajar akan melaksanakan inovasi PdP seperti mana yang dicadangkan dalam HBEF2503.

    Sesi ini akan dipantau/selia oleh Guru Pembimbing. Guru pembimbing dikehendaki

    melengkapkan Borang Pemantauan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01) seperti format

    (template) yang disediakan.*

  • Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 9

    *Sila dapatkan lampiran 'Borang Pemantauaan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01)' pada

    bahagian Assignment (T1A1)

    Peringatan:

    Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) (Lampiran B - HBEF3603_01) mengikut

    tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A1.

    Aktiviti 2 (T1A2) - Rakaman Video Sesi Praktikum

    Semasa menjalani sesi praktikum, pelajar dikehendaki merakam video yang menunjukkan

    aplikasi PdP dicadangkan (HBEF2503) yang bercirikan inovasi dan kreatif. Format video

    rakaman mestilah dalam youtube (Rujuk panduan dalam portal EPiC).

    Peringatan:

    Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan

    fail tersebut sebagai T1A2.

    Nota:

    Pelajar yang menjalankan latihan mengajar yang menggunakan selain dari Bahasa Melayu

    dan Bahasa Inggeris DIKEHENDAKI menyediakan transcribe untuk rakaman video tersebut.

    Aktiviti 3 (T1A3) Pelaporan Praktikum

    Pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi PdP yang dijalankan seperti

    format dibawah:

    BIL PERKARA

    1. Refleksi PdP lalu

    Pelajar perlu mengaitkan pengalaman PdP lepas dengan 4 perkara utama PdP:

    o Guru

    o Murid

    o Isi kandungan pelajaran

    o Persekitaran

    Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara di atas, pelajar boleh merujuk bahan-

    bahan seperti markah ujian, buku latihan, bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan.

    2. Isu / Fokus Kajian

    Tentukan tema / isu keprihatinan kajian / masalah.

    Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdP lalu yang dibuat.

    3 Kumpulan sasaran

    Nyatakan dengan terperinci bilangan murid yang dikaji

    Terangkan secara ringkas latarbelakang pendidikan murid yang dikaji

    4. Perlaksanaan inovasi PdP

    Pelajar perlu menyediakan PdP yang berteraskan inovasi sebagai contoh:

    TEKNIK COMIL : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI SUBTOPIK SIFAT KIMIA SEBATIAN KARBON

  • Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 10

    Jelaskan mengenai perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti yang terlibat

    5. Laporan perlaksanaan inovasi PdP berpandukan perkara-perkara berikut:

    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

    Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP yang dijalankan.

    Laporkan kaedah yang digunakan yang digunakan untuk menilai inovasi PdP yang telah

    dijalankan. (Tidak perlu lapor analisis data, hanya kaedah yang digunakan sahaja.

    Contohnya: guna soal selidik, temubual pelajar, pre-test dan post-test

    Data yang diperolehi daripada kaedah yang digunakan perlu dilaporkan dalam HBEF4303.

    6. Lampiran

    Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan

    Bukti penilaian selepas dan sebelum PdP

    Laporan ini:

    Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan langkau baris 1.5

    Terhad kepada 10 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran)

    Peringatan:

    Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan

    fail tersebut sebagai T1A3.

    Aktiviti 4 (T1A4) Jurnal Reflektif

    Sebagai penamat kepada kursus ini, anda perlu membuat aktiviti terakhir iaitu menulis

    Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran

    anda semasa membuat aktiviti 1 hingga 3. Penulisan Jurnal Reflektif anda haruslah dalam

    bentuk karangan esei. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat

    sahaja.(Font 12, Times New Roman, TIADA langkau baris).

    Peringatan:

    Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan

    fail tersebut sebagai T1A4.

  • Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 11

    FASA 3

    PANDUAN KURSUS HBEF4303 (PROJEK KAJIAN

    TINDAKAN)

    A. TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA

    (a) Membimbing pelajar semasa analisis data dan penulisan laporan kajian tindakan

    mengikut perancangan dalam cadangan (proposal) (HBEF2503).

    (b) WAJIB Mengadakan perjumpaan/ perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya

    EMPAT (4) KALI; 2 jam/pertemuan di sepanjang tempoh pelaksanaan kajian,

    penganalisisan data dan penulisan laporan kajian tindakan.

    (c) Laporan Kemajuan Penyeliaan (Lampiran C HBEF4303_01) perlu diisi pada

    setiap kali perjumpaan diadakan.

    (d) Memeriksa laporan kajian tindakan berdasarkan Borang Pemarkahan (Lampiran C -

    HBEF4303_02) yang disediakan.

    (e) Memasukkan markah ke dalam skrin Project Supervisor dalam Online Marks Entry

    System (OMES) mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan.

    B. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

    (a) Pelajar akan didaftarkan kursus HBEF4303 selepas selesai menjalani kursus

    HBEF2503 dan HBEF3603.

    (b) Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya EMPAT (4)

    KALI; 2 jam / pertemuan.

    (c) Pelajar akan menganalisis data dan melaporkan hasil analisis seperti yang telah

    dirancang dalam cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503).

    (d) Pelajar perlu menghasilkan laporan kajian tindakan yang memenuhi piawaian yang

    ditetapkan oleh pihak Universiti.

    (e) Pelajar dikehendaki mengisi Borang Pengesahan Penerimaan (Lampiran C

    HBEF4303_04) untuk penyerahan Laporan Kajian Tindakan kepada tutor penyelia

    dan pihak fakulti dalam bentuk:

    i. Softcopy (CD) (untuk simpanan fakulti)

    ii. Hardcopy (untuk simpanan tutor penyelia)

  • Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 12

    C. PENILAIAN KURSUS

    PENILAIAN % Individu yang Bertanggungjawab

    Laporan Kemajuan Penyeliaan

    (Berdasarkan Empat Kali Perjumpaan)

    20

    Tutor Penyelia

    Laporan Kajian Tindakan

    (Jumlah markah akan ditukar kepada 80%) 80 Tutor Penyelia

    JUMLAH KESELURUHAN 100%

    D. KEPERLUAN KURSUS

    Format Laporan Kajian Tindakan

    Laporan Kajian Tindakan hendaklah mengikuti format seperti berikut:

    NO PERKARA MARKAH

    i Isi Kandungan

    ii Penghargaan

    iii Abstrak (Abstract)

    1. PENDAHULUAN 5

    Refleksi PdP Yang Lalu / Refleksi Sorotan Literatur

    2. ISU / FOKUS KAJIAN 20

    3. OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 10

    4. KUMPULAN SASARAN 5

    5.

    PERLAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan Yang Dijalankan 5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian 5.5 Refleksi Kajian

    5 5 5 5 5

    6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 5

    7. PENGOLAHAN / KEJELASAN PENULISAN 20

    8. BIBLIOGRAFI 5

    9. LAMPIRAN 5

    Rujuk panduan penulisan kajian tindakan (HBEF4303) (Lampiran C HBEF4303_05)

    - TAMAT -