persepsi pelajar asrama terhadap sistem · pdf fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja...

25
PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM PERKHIDMATAN MAKANAN DI DEWAN MAKAN ASRAMA NUR FARHANA BINTI AZEMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dodat

Post on 04-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM PERKHIDMATAN

MAKANAN DI DEWAN MAKAN ASRAMA

NUR FARHANA BINTI AZEMI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya NUR FARHANA BINTI AZEMI

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Tarikh: 11 Mei 2011 Tarikh: 11 Mei 2011

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM

PERKHIDMATAN MAKANAN DI DEWAN MAKAN ASRAMA

(HURUF BESAR)

PN. NORNAZIRA BT SUHAIROM

(NAMA PENYELIA) LOT 2609 KG PENGKALAN

KUBUR TEMBILA, 22200

BESUT, TERENGGANU.

Page 3: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini.

Pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ………………………………………..

Penyelia : PN. NORNAZIRA BT SUHAIROM

Tarikh : 11 Mei 2011

Page 4: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

i

PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM PERKHIDMATAN

MAKANAN DI DEWAN MAKAN ASRAMA

NUR FARHANA BINTI AZEMI

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Iijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………......

Nama Penulis : NUR FARHANA BINTI AZEMI

Tarikh : 11 Mei 2011

Page 6: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

iii

DEDIKASI

Ku abadikan insan-insan istimewa dalam hidupku…

Buat abah dan ma yang kusayangi dan kucintai

Azemi bin Abdullah dan

Zainab binti Jenal

Tiada apa yang dapat kuucapkan hanya restu kalian berdua mengiringi setiap detik

perjalanan hidupku ini

Doa, jasa dan pengorbanan kalian mengiringi kehidupan anakandamu ini.

Buat adik-adikku yang tersayang

Nadia Izzati Binti Azemi

Nur Hafizah Binti Azemi

Nur Amirah Binti Azemi

Muhammad Hanis Bin Azemi

Muhammad Aiman Bin Azemi

Nur Najihah Binti Azemi

Muhammad Faris Najmi Bin Azemi

Dan Muhammad Hafizuddin Bin Azemi

Kasih sayang kalian menjadi ispirasi dalam hidupku.

Hanya Allah S.W.T yang manya mengetahui dan berhak membalasnya.

Buat penyelia yang dihormati lagi disegani

Pn Nornazira Bt Suhairom

Segala tunjuk butir kata serta tunjuk ajar akan kekal sepanjang hayatku

Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas segala kesabaranmu membimbingku.

Buat sahabat handai, rakan seperjuanganku

Segala dorongan, panduan dan nasihat sepanjang perjuangan ini

Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas dengan seadilnya atas budi baik

kalian.

Semoga diberkati dan dirahmati Allah S.W.T hendaknya.

Wassalam.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam

ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat

dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah

mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Pn. Nornazira

Bte Suhairom selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberi

tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta

kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima

kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah Johor Bharu, Jabatan Teknik Dan

Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu yang sudi memberi

kerjasama yang sangat memberangsangkan.

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang

telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan berbentuk deskriptif untuk mengenalpasti

persepsi pelajar asrama terhadap sistem perkhidmatan makanan di dewan makan

asrama. Data bagi kajian ini diperolehi melalui satu soal selidik yang diedarkan

kepada pelajar-pelajar yang tinggal di sekolah berasrama di daerah Johor Bharu.

Seramai 341 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) 15.0 Windows

yang dikemukakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, nilai min dan sisihan piawai.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi responden dari aspek kebersihan,

kualiti makanan, layanan pekerja serta penggunaan dan persediaan peralatan dan

kelengkapan adalah berada pada tahap yang sederhana. Kajian mendapati bahawa

pekerja-pekerja dewan makan kurang mengamalkan amalan kebersihan dalam

mengendalikan makanan. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bagi mencadangkan dan

membantu pihak-pihak yang terlibat agar sistem perkhidmatan makanan di dewan

makan asrama dapat dipertingkatkan.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

vi

ABSTRACT

This study is a descriptive survey to identify the perceptions of hostel

students towards the food service system in the hostel dining hall. Data for this study

were collected through a questionnaire distributed to students who live in boarding

school in Johor Bharu. 341 students had been selected to participate in this study.

Data were analyzed by using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 15.0

Windows are presented in terms of frequency, percentage, mean and standard

deviation. The results showed that respondents perceived in terms of cleanliness,

food quality, service workers and the use and supply of equipment and completeness

are located at the moderate level. The study found that the dining hall workers were

not practicing hygiene practices in food handling. Thus, the study was carry out to

recommend and assist the involved parties to improve food service system in hostel;s

dining hall.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Sekolah 9

1.6.2 Pelajar 9

1.6.3 Pengusaha Dewan Makan 9

1.7 Definisi Istilah 10

1.7.1 Persepsi

1.7.2 Makanan 10

1.7.3 Perkhidmatan Makanan 11

1.7.4 Pengusaha 11

Page 11: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

viii

1.7.5 Menu 12

1.7.6 Asrama 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Perkhidmatan Makanan Di Sekolah 13

2.3 Kebersihan Dalam Penyediaan Makanan 15

2.4 Kebersihan Makanan 15

2.5 Kebersihan Anggota Badan 17

2.6 Kebersihan Premis 18

2.7 Kebersihan Alatan 20

2.8 Amalan Kebersihan Dan Perilaku

Pengendali Makanan 21

2.9 Kualiti Makanan 23

2.10 Perkhidmatan Pelanggan 25

2.11 Perkhidmatan Kaunter 26

2.12 Amalan Khidmat Pelanggan

Yang Cemerlang 27

2.13 Peralatan dan kelngkapan 28

2.14 Kesimpulan 29

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Tempat Kajian 31

3.4 Kerangka Operasi 32

3.5 Instrumen Kajian 33

3.5.1 Struktur Instrument Kajian 34

3.6 Populasi Dan Persampelan 36

3.7 Tatacara Kajian 38

3.8 Kajian Rintis 39

3.9 Kaedah Analisis Data 41

3.10 Rumusan 43

Page 12: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

ix

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 44

4.2 Maklumat Balas Soal Selidik 45

4.3 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 45

4.4 Profil Demografi Responden (Bahagian A) 47

4.4.1 Jantina 47

4.4.2 Bangsa 48

4.4.3 Pendapatan Keluarga 48

4.4.4 Tempat Tinggal 49

4.5 Maklumat Bahagian B Soal Selidik 49

4.5.1 Persepsi Pelajar Asrama Terhadap

Sistem Perkhidmatan Makanan

Di Dewan Makan Asrama

Dari Aspek Kebersihan. 50

4.5.2 Persepsi Pelajar Asrama Terhadap

Sistem Perkhidmatan Makanan

Di Dewan Makan Asrama

Dari Aspek Kualiti Makanan 52

4.5.3 Persepsi Pelajar Asrama Terhadap

Sistem Perkhidmatan Makanan

Di Dewan Makan Asrama

Dari Layanan Pekerja Kepada Pelajar 54

4.5.4 Persepsi Pelajar Asrama Terhadap

Sistem Perkhidmatan Makanan

Di Dewan MakanAsrama

Dari Aspek Penggunaan Dan Persediaan

Peralatan Dan Kelengkapan 56

4.6 Ringkasan Dapatan Kajian 58

4.7 Kesimpulan 59

Page 13: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

x

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan 61

5.3 Perbincangan 63

5.3.1 Demografi Responden 63

5.3.2 Mengenalpasti Persepsi Pelajar Asrama

Terhadap Sistem Perkhidmatan Makanan

Di Dewan Makan Asrama

Dari Aspek Kebersihan 64

5.3.3 Mengenalpasti Persepsi Pelajar Asrama

Terhadap Sistem Perkhidmatan

Di Dewan Makan Asrama

Dari Aspek Kualiti Makanan 66

5.3.4 Mengenalpasti Persepsi Pelajar Asrama

Terhadap Sistem Perkhidmatan Makanan

Di Dewan Makan Asrama

Dari Pekerja Layanan Pekerja

Kepada Pelajar 68

5.3.5 Mengenal Pasti Persepsi Pelajar Asrama

Terhadap Sistem Perkhdmatan Makanan

Di Dewan Makan Asrama

Dari Aspek Penggunaan Dan

Persediaan Peralatan Dan Kelengkapan 70

5.4. Cadangan 71

5.4.1 Pihak Sekolah 71

5.4.2 Warden Asrama 72

5.4.3 Pekerja-Pekerja Dewan Makan 72

5.4.4 Tender Asrama 73

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73

5.6 Kesimpulan Dan Penutup 74

BIBLIOGRAFI 75

LAMPIRAN

Page 14: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan Sekolah Mengikut Jenis Di

Daerah Johor Bharu 31

3.2 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Latar

Belakang Responden 34

3.3 Pengkelasan Skala Pemerikatan Likert 35

3.4 Bilangan Responden Yang Dipilih 37

3.5 Nilai Kolerasi Dan Dan Interprestasi 40

3.6 Nilai Alpha Cronbach Kajian Rintis 41

3.7 Tafsiran Nilai Julat Min 43

3.8 Penentuan Tahap Peratusan 43

4.0 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronboch

Kajian Sebenar 46

4.1 Taburan Jantina Responden 47

4.2 Taburan Bangsa Responden 48

4.3 Taburan Pendapatan Keluarga Responden 49

4.4 Taburan Tempat Tinggal Responden 49

4.5 Taburan Persepsi Pelajar Asrama Terhadap Sistem

Perkhidmatan Makanan Di Dewan Makan Asrama

Dari Aspek Kebersihan 51

4.6 Taburan Persepsi Pelajar Asrama Terhadap Sistem

Perkhidmatan Makanan Di Dewan Makan Asrama

Dari Aspek Kualiti Makanan 53

4.7 Taburan Persepsi Pelajar Asrama Terhadap Sistem

Perkhidmatan Makanan Di Dewan Makan Asrama

Dari Aspek Layanan Pekerja Kepada Pelajar 55

Page 15: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

xii

4.8 Taburan Persepsi Pelajar Asrama Terhadap Sistem

Perkhidmatan Makanan Di Dewan Makan Asrama

Dari Aspek Penggunaan Peralatan

Dan Kelengkapan 57

4.9 Tahap Sistem Perkhidmatan Makanan

Di Dewan Makan Asrama 58

Page 16: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Kerangka Operasi 32

Page 17: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

xiv

SENARAI SINGKATAN

α - Alpha Cronbach

ƒ - Kekerapan

% - Peratus

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia

KS - Kurang Setuju

ST - Sangat Setuju

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SPSS - Statiscal package for the Social Science

N - Responden

Page 18: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Makanan merupakan salah satu daripada kepentingan untuk kemandirian

manusia selepas udara dan air. Makanan manusia datangnya daripada pelbagai sumber.

Sumber makanan haruslah bebas daripada kuman dan bendasing. Makanan juga

merupakan satu keperluan asasi yang penting untuk menjamin kesihatan di samping

memberi tenaga kepada manusia untuk melakukan kerja untuk tumbesaran, membiak

dan melaksanakan segala proses kelangsungan hayat. Pengambilan makanan yang

seimbang dan terjamin kebersihannya menjamin kesihatan individu. Makanan dapat

membekalkan nutrien kepada badan kita dan kekurangan nutrien boleh mengubah

kelakuan dan pencapaian akademik seseorang pelajar.

Menurut Zainab (2001), amalan pemakanan yang sihat mengandungi semua zat

makanan (nutrien) yang penting dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan dan

kelebihan zat makanan serta menjamin kesihatan. Makanan adalah amat penting kerana

boleh memberi nutrien kepada tubuh badan. Ianya penting untuk kesuburan fikiran dan

membolehkan manusia menjalankan aktiviti harian dengan lebih semangat.

Page 19: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

2

Pemakanan yang baik juga merupakan keperluan asas untuk kesihatan tubuh

badan. Makanan dapat membantu dalam memberi tenaga. Dalam kehidupan manusia

peringkat remaja dan belia berada pada puncak pertumbuhan fizikal. Pemakanan yang

baik meningkatkan ketahanan badan untuk melakukan pelbagai aktiviti seharian.

Apabila anak-anak remaja dapat meneruskan pelajaran mereka di sekolah

menengah berasrama, mereka semestinya tinggal di asrama dan ada juga sebilangan

sekolah harian biasa yang tinggal di asrama disebabkan oleh faktor jarak tempat tinggal

yang agak jauh dari sekolah. Bagi pelajar ini dewan makan asrama merupakan tempat

bagi mereka mendapat makanan seharian-harian. Pengusaha dewan makan asrama

bertanggungjawab membekalkan makanan yang akan diambil oleh mereka yang akan

menentukan corak pemakanan pelajar tersebut. Para pengusaha dewan makan asrama

memainkan peranan yang penting untuk menawarkan perkhidmatan makanan yang

terbaik kepada pelajar.

Dewan makan asrama merupakan sumber utama di mana pelajar-pelajar

memperoleh makanan sepanjang mereka tinggal di asrama. Dengan itu secara tidak

langsung dewan makan ini memainkan penanan yang sangat penting dalam

menyediakan makanan kepada pelajar asrama setiap waktu, lazimnya untuk makan

sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam.

Dewan makan ini juga memikul tanggungjawab untuk menyediakan pelbagai jenis

makanan mengikut menu yang telah ditetapkan setiap hari dan kemudahan untuk

keperluan fizikal dan emosi pelajar. Oleh itu, adalah sangat penting perkhidmatan

makanan yang disediakan oleh pengusaha dewan makan sentiasa berada dalam keadaan

baik dari pelbagai segi.

Menurut Haysom & Sharp (2005), membersihkan dapur dengan segera selepas

memasak adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan pembiakan

bakteria di kawasan permukaan kerja. Ini jelas membuktikan selain kebersihan diri,

peralatan tempat penyediaan makanan (dapur) perlu dititik beratkan kebersihannya.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

3

Terdapat satu Akta Makanan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bertujuan untuk

melindungi orang ramai atau pengguna daripada tindakan yang membahayakan

kesihatan dan penipuan di dalam penyediaan, jualan, penggunaan makanan dan juga

yang berkaitan dengannya. Menurut Hamdan (1990) akta ini meliputi semua negeri di

Malaysia. Dengan adanya akta seperti ini, pengguna yang menggunakan perkhidmatan

kantin dan dewan makan boleh membuat aduan sekiranya perkhidmatan makanan

tersebut tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Untuk menjamin keberkesanan

perkhidmatan makanan, pengusaha perlu mempunyai kesediaan dan kesanggupan dalam

menghadapi cabaran-cabaran dalam bidang ini.

Kesihatan individu harus dititikberatkan agar generasi muda ini bertubuh sihat

dan seharusnya memiliki otak yang cergas. Oleh itu, makanan dan pemakanan di dewan

makan asrama perlu dititik beratkan oleh semua pihak yang berkenaan. Kementerian

Pendidikan Malaysia umpamanya telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk

memastikan pelajar mendapat makanan dan pemakanan yang sihat melalui Program

Susu Sekolah dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Program pemakanan sekolah merupakan satu program yang telah lama

dilaksanakan. Kebanyakkan program yang dijalankan adalah dengan usahasama antara

pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Di antara program yang secara

rutin dijalankan dibawah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) termasuklah

Program Susu Sekolah, Rancangan Makanan Tambahan dan Kuiz Kesihatan. (Laporan

Tahunan dan Aktiviti Cawangan Pemakanan,2005)

Page 21: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Dewan makan asrama merupakan sumber utama di mana pelajar yang tinggal di

asrama memperoleh makanan sepanjang tempoh mereka tinggal di asrama. Makanan

dan minuman akan diuruskan oleh pihak pengusaha dewan makan apabila mereka

tinggal di asrama. Pemilihan makanan pelajar ditentukan oleh menu yang disediakan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, pengusaha dewan makan asrama

perlulah memainkan peranan untuk menawarkan perkhidmatan makanan yang terbaik

kepada pelajar.

Kebersihan di dewan makan memainkan peranan yang sangat penting dalam

kehidupan harian. Penekanan terhadap amalan kebersihan dan keselamatan makanan,

premis makanan dan juga peralatan yang digunakan bagi penyediaan dan penyajian

makanan di dewan makan perlu diberi perhatian. Mengamalkan amalan kebersihan akan

dapat menghindarkan diri dari berlakunya masalah keracunan makanan yang berpunca

daripada pencemaran mikroorganisma dan racun daripada sumber bahan kimia ataupun

bendasing. Tambahan pula, mengamalkan amalan kebersihan dapat menentukan tahap

kebersihan dalam proses penyediaan dan penyajian makanan di dewan makan asrama.

Oleh itu amalan kebersihan perlu diambil perhatian serius oleh pengendali-pengendali

makanan.

Pengendali makanan bertanggujawab mengamalkan dan menpraktikkan amalan

kebersihan dalam menjalankan aktiviti yang meliputi aspek kebersihan diri, kebersihan

peralatan memasak dan menghidang serta kebersihan tempat-tempat penyediaan

makanan yang selamat. Penyediaan makanan dan minuman untuk pelajar di asrama

menjadi tanggungjawab pengusaha dan pekerja dewan makan untuk memberikan

perkhidmatan terbaik dalam semua aspek bagi keselamatan para pelajar sekolah

(Awang, 2008). Makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari pencemaran.

Penyediaan makanan yang selamat adalah penting untuk mencegah keracunan makanan

(Portal My Health, 2008).

Page 22: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

5

Masalah keracunan makanan, memberi gambaran bahawa masih lagi terdapat

pengendali atau pekerja dewan makan asrama yang kurang mengamalkan aspek-aspek

kebersihan semasa proses mengendalikan makanan. Keadaa ini ditunjukkan melalui

satu kes telah berlaku pada 14 Mei 2010 Alor Setar, seramai 137 pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Bahiyah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah

kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati ikan kembung rebus bersama

air asam dan sambal tumis udang ketika makan malam di dewan makan asrama sekolah

itu. Semua pelajar perempuan Tingkatan Satu hingga Lima yang tinggal di asrama

sekolah itu mengadu cirit-birit, muntah dan demam selepas makan malam di dewan

makan asrama tersebut. (Berita Harian, 14 Mei 2010).

Oleh itu, pengendali makanan memainkan peranan yang sangat penting dalam

mencengah berlakunya keracunan makanan semasa penyediaan dan penyajian makanan.

Pengendali makanan sekolah perlu mengaplikasikan semua aspek kebersihan mengikut

garis panduan yang ditetapkan (Mohammad Hanif, 2007). Ini kerana risiko keracunan

makanan lebih mudah dihadapi oleh pelajar berbanding dengan orang dewasa dan sangat

penting bagi mengurangkan kes keracunan makanan.

Keberkesanan sistem perkhidmatan makanan sangat penting bagi proses

pendidikan. Hal ini kerana dapat memberikan persekitaran belajar yang sihat melalui

pemakanan yang disediakan di dewan makan asrama. Persekitaran belajar yang baik

dapat membantu pelajar untuk menumpu kepada pembelajaran dengan lebih sempurna.

Selain itu, sistem perkhidmatan yang baik dapat mencerminkan imej sesebuah institusi

itu. Sistem perkhidmatan makanan yang baik ini juga dapat memberikan keselesaan

kepada pelajar.

Menurut Jaksoa Kivela, Mei Ling Lam & Robert Inbakaran (2002), pengusaha

makanan di dewan makan asrama perlu mengawal keselamatan makanan dengan lebih

rapi. Ini kerana risiko keracunan makanan lebih mudah dihadapi oleh kanak-kanak atau

pelajar berbanding golongan dewasa. Tanda-tanda seseorang itu keracunan makanan

Page 23: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

6

selalunya dapat dikesan bermula antara satu hingga 36 jam selepas pengambilan

makanan yang tercemar. Pihak sekolah perlu prihatin terhadap semua pelajar pada waktu

pagi terutamanya selepas sarapan pagi dan selepas waktu rehat. Pelajar yang disyaki

mengalami keracunan makanan perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Kualiti kebersihan makanan amat sukar dikenalpasti. Menurut Dertharage

(1975), kualiti kebersihan makanan yang rendah boleh mengakibatkan serangan

penyakit. Memandangkan pengambilan makanan yang tidak bersih masih berlaku,

masyarakat umum amat memerlukan pendedahan yang meluas tentang maklumat dan

pengetahuan pemakanan yang maksimum. Kaedah atau cara penyediaan makanan yang

bersih bagi menjamin kesihatan perlu didtitikberatkan.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk

mengenalpasti persepsi pelajar terhadap sistem perkhidmatan makanan di dewan makan

sekolah-sekolah berasrama di daerah Johor Bharu. Pengkaji ingin mengenal pasti

tentang persepsi pelajar asrama terhadap sistem perkhidmatan makanan dari aspek

kebersihan, kualiti makanan, layanan pekerja dan pernggunaan peralatan dan

kelengkapan kepada pelajar asrama di dewan makan asrama.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

7

1.4 Objektif Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik mengariskan beberapa objektif yang mampu

dijadikan landasan dan panduan semasa menjalankan kajian ini. Objektif kajian

adalah:

1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar asrama terhadap sistem perkhidmatan makanan di

dewan makan asrama dari aspek kebersihan.

1.4.2 Mengenalpasti persepsi pelajar asrama terhadap sistem perkhidmatan makanan di

dewan makan asrama dari aspek kualiti makanan.

1.4.3 Mengenalpasti persepsi pelajar asrama terhadap sistem perkhidmatan makanan di

dewan makan asrama dari aspek layanan pekerja kepada pelajar.

1.4.4 Mengenalpasti persepsi pelajar asrama terhadap sistem perkhidmatan makanan di

dewan makan asrama dari aspek penggunaan dan persediaan peralatan dan

kelengkapan di dewan makan asrama.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR ASRAMA TERHADAP SISTEM · PDF fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan ... kasih kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah ... 1.6.3 Pengusaha

8

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, penyelidik telah membentuk beberapa persoalan

kajian. Persoalan kajian tersebut ialah:

1.5.1 Apakah persepsi pelajar asrama terhadap sistem perkhidmatan makanan di

dewan makan asrama dari aspek kebersihan?

1.5.2 Apakah persepsi pelajar asrama terhadap sistem perkhidmatan makanan di

dewan makan asrama dari aspek kualiti makanan?

1.5.3 Apakah persepsi pelajar asrama terhadap sistem perkhidmatan makanan di

dewan makan asrama dari aspek layanan pekerja kepada pelajar?

1.4.4 Apakah persepsi pelajar asrama terhadap sistem perkhidmatan makanan di

dewan makan asrama dari aspek penggunaan dan persediaan peralatan dan

kelengkapan di dewan makan asrama?