2012 dua mei - ogos

24
2012 MEI - OGOS DUA X CONSAL BALI …………………………….7 X JELAJAH PENANDAARASAN SIRI 2…………...…………….…9 X MAJLIS BERBUKA PUASA - BK1MC……….………...…13 Sambungan ke m/s 2 Aktiviti Sempena Cuti Sekolah anjuran Jawatankuasa Induk BK1MC dengan kerjasama InfoLib telah diadakan dengan jayanya pada 7 Jun, 2012 yang lepas, bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti yang diadakan sempena ulang tahun Bernama ke-44 bertemakan Happy Birthday Bernama, disambut dengan sangat meriah oleh anggota BK1MC bersama ibubapa. Aktiviti ini juga berjaya mencatatkan 120 buah buku dipinjam yang disertakan dengan door gift. Pelbagai aktiviti menarik seperti yang biasa diadakan semasa sambutan Hari Jadi, dimulakan dengan Senaman Pagi, Mewarna (4 & 5 tahun dan 6 & 7 tahun), Poison Pillow (4 – 7 tahun), Poison Box (8 – 11 tahun), Mereka Kad Ucapan Hari Jadi (8 – 11 tahun), BK1MC Explorace (12 – 17 tahun) dan DIY Hiasan Hari Jadi. Anggota BK1MC berumur 8 – 11 tahun telah dibawa ke Perpustakaan Negara Malaysia pada pukul 10.30 pagi – 12.30 tengah hari untuk belajar membuat hiasan kotak hadiah dan hasil kreativiti mereka itu kemudian dipertandingkan.

Upload: others

Post on 22-Nov-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2012 DUA MEI - OGOS

2012 MEI - OGOS DUA

CONSAL BALI …………………………….7

JELAJAH PENANDAARASAN SIRI 2…………...…………….…9

MAJLIS BERBUKA PUASA - BK1MC……….………...…13

Sambungan ke m/s 2

Aktiviti Sempena Cuti Sekolah anjuran Jawatankuasa Induk BK1MC dengan kerjasama InfoLib telah diadakan dengan jayanya pada 7 Jun, 2012 yang lepas, bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Aktiviti yang diadakan sempena ulang tahun Bernama ke-44 bertemakan Happy Birthday Bernama, disambut dengan sangat meriah oleh anggota BK1MC bersama ibubapa. Aktiviti ini juga berjaya mencatatkan 120 buah buku dipinjam yang disertakan dengan door gift. Pelbagai aktiviti menarik seperti yang biasa diadakan semasa sambutan Hari Jadi, dimulakan dengan Senaman Pagi, Mewarna (4 & 5 tahun dan 6 & 7 tahun), Poison Pillow (4 – 7 tahun), Poison Box (8 – 11 tahun), Mereka Kad Ucapan Hari Jadi (8 – 11 tahun), BK1MC Explorace (12 – 17 tahun) dan DIY Hiasan Hari Jadi. Anggota BK1MC berumur 8 – 11 tahun telah dibawa ke Perpustakaan Negara Malaysia pada pukul 10.30 pagi – 12.30 tengah hari untuk belajar membuat hiasan kotak hadiah dan hasil kreativiti mereka itu kemudian dipertandingkan.

Page 2: 2012 DUA MEI - OGOS

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Ekonomi, Datuk Zakaria Abd Wahab; Pengurus Kanan Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran, En. S. Visvakumar; dan Pengurus Maklumat dan Perpustakaan, Puan Hasnita Hj. Ibrahim.

Sebagai simbolik penutup sambutan ulangtahun Bernama ke 44, acara memotong kek dan lagu Selamat Hari Jadi dinyanyikan beramai-ramai bersama anggota BK1MC.

Bengkel Powerpoint bagi penyediaan Portfolio juga diadakan pada hari yang sama dengan kerjasama Benita dan Pusat Kecemerlangan bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang yang dihadiri oleh 21 anggota BK1MC yang berumur 12 hingga 17 tahun. Bengkel diadakan di Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan dan di kendalikan oleh tenaga pengajar Puan Norhayati Jantan.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti ini dan tidak lupa kepada pihak pengurusan kerana memberi sokongan. Semoga anggota BK1MC lebih mengenali organisasi tempat ibubapa mereka bekerja di samping berkenalan di antara satu sama lain. Tahniah juga kepada semua pemenang dan semoga pelbagai aktiviti dapat dianjurkan lagi dengan adanya

sokongan daripada petugas BERNAMA dan anggota BK1MC.

Page 3: 2012 DUA MEI - OGOS

Laman Kreatif

- Poison Box -

> Nurdini Sajidah

> Muhammad Sirajuddin

> Sneha Raghavan

> Aliff Zaqwan

> Marsya Insyirah

> Wan Aina Najwa

Laman Kreatif

- Mereka Kad Ucapan -

> Raudhatul Aishyah

> Ainal Nur Mellisya

> Nur Azalea Sophia

Laman Kreatif

- Kotak Hadiah -

> Wan Nur Amira Syuhada

> Muhamad Rushaidi

> Mohd Firdaus

Laman Kreatif - Mewarna

( 4 & 5 Tahun)

> Azwa Shafrin

> Nur Qistina Aliah

> Muhd Danial Hakim

Laman Kreatif

- Poison Pillow -

> Khaleef Johari

> Marsya Insyirah

> Wan Aina Najwa

Laman Kreatif

- BK1MC Explorace -

> Husna Fadzil & Huda Fadzil

> Mohd Aliul Adzim & Mohd Naim

> Nursyadiana Auni & Nur Alysha

Laman Kreatif - Mewarna

( 6 & 7 Tahun)

Page 4: 2012 DUA MEI - OGOS
Page 5: 2012 DUA MEI - OGOS

Pada 2 Mei 2012, InfoLib menganjurkan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC dari 27 April - 6 Mei 2012. Lawatan ini bertujuan mend-edahkan para petugas BERNAMA kepada pelbagai buku terkini yang terdapat di pasaran di samping membolehkan mereka memilih dan membeli bahan bacaan yang sesuai untuk mereka.

Lawatan yang melibatkan seramai 20 petugas BERNAMA diadakan dari pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Selain daripada jualan buku oleh pelbagai penerbit dari dalam dan luar negara, PTS Media Group juga mengadakan aktiviti ‘Hebah dan Menang’ yang bertemakan seronok, berinformasi dan berkualiti. Aktiviti ini memerlukan peserta membeli buku keluaran PTS dengan menggunakan kupon dis-kaun yang diberikan. Terdapat juga penampilan istimewa penulis ‘bestseller PTS’ yang berkongsi pengalaman mereka bersama para pengunjung.

Diharap lawatan ini dapat memberi manfaat dan kesedaran terhadap kepentingan membaca kepada semua. InfoLib juga mengambil kesempatan lawatan itu untuk membuat pemilihan buku bagi koleksi InfoLib.

Dalam jam mekanik, punca kuasa berupa beban yang tergantung dari tali pintal yang membalut takal, atau spring pilin yang dipanggil pegas utama. Dalam jam elektrik, punca kuasa berupa bateri atau talian kuasa arus ulang-alik. Memandangkan jam mesti berjalan tanpa henti, wujudnya punsa kuasa kedua untuk meneruskan perjalanan jam sekiranya bekalan kuasa sesalur terganggu. Di dalam jam mekanik lama, spring kuasa pengekal memastikan jam sentiasa bergerak apabila pegas utama dikunci. Jam kuartza yang menggunakan kuasa arus ulang-alik selalunya disertakan bateri sandar untuk meneruskan jam apabila palamnya dicabut buat sementara. Dalam setiap jam moden ada unsure rakaman masa iaitu

pengayun, sejenis objek bergetar atau berayun berulang kali pada frekuensi malar. Sumber: Estidotmy (keluaran edisi 114)

Page 6: 2012 DUA MEI - OGOS

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bagi tahun 2011/2012 telah diadakan pada 7 Mei 2012 bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur. Seramai 200 anggota hadir dan mesyuarat agung tahunan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Yong Soo Heong. Y.Bhg. Datuk Yong dijemput bagi mendekatkan anggota persatuan dengan pihak media bagi mempromosi dan memperkenal peranan perpustakaan kepada umum. Antara perkara penting yang dibincangkan ialah aktiviti persatuan. Sejurus selesai perbincangan mesyuarat agung, Datuk Yong telah menyempurnakan acara penyampaian Anugerah Perpustakan Cemerlang kepada Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia dan Perbadanan Awam Pulau Pinang. Tahniah kepada para pemenang dan barisan anggota majlis PPM yang baru. Diharap aktiviti persatuan akan mengekalkan kecemerlangan persatuan di samping memenuhi keperluan ahli persatuan.

Page 7: 2012 DUA MEI - OGOS

TOPICS:1. National Library as the Center of National Heritage.2. Preservation and Conservation in the Library.3. Implementation of Legal Deposit Act.4. Library Education in Empowering Human Resources.5. Resource Sharing & Networking.6. Managing Digital Library and Digital Publications (Information Technology Application).7. The Role of Library Associations in National Development.8. Community Libraries and Information Literacy.9. The Role of Libraries in Enhancing Reading Habit.10. The Role of Corporate Social Responsibility (CSR) in Library Development

15th CONSAL Meeting and General Conference  

Tuan rumah CONSAL (Congress of Southeast Asian Librarians) ke 15 kali ini ialah Perpustakaan Negara Republik Indonesia. Mesyuarat yang dihadiri oleh wakil Persatuan Perpustakaan Kebangsaan dan Perpustakaan Negara di Asia Tenggara dan Persidangan telah diadakan di Discovery Kartika Plaza Hotel, Kuta, Bali Indonesia pada 29 hingga 31 Mei 2012. Pihak Persatuan Pustakawan Malaysia telah mengadakan pakej ke Bali dan seramai 20 peserta dari Malaysia menyertai pakej tersebut.

Page 8: 2012 DUA MEI - OGOS

Kuta, Bali (29/05) - The conference was held for three days from 29 to 31 May 2012 in Discovery Kartika Plaza Hotel with the theme of “National Heritage: Preservation and Dissemination”. In his speech, the Minister explained the importance of preserving the national culture as the nation’s pride to be inherited to the next generation. The advancement of information technology must be utilized in efforts to preserve the culture. He also expressed his appreciation for the appointment of Indonesia as the host for the event. “I hope that the Congress will come up with positive resolutions for the process of national culture preservation”, he said.

Meanwhile, National Library of Indonesia’s Director Sri Sularsih in her speech welcomed all delegation of national library directors, library association presidents and secretary generals from the member countries and invitations. CONSAL holds a general conference every three years in random host from member countries. The conference theme has been agreed by all members of Executive Board (EB) before. Everyone has been aware that library, especially national library, is a place for storing all works created by the people as invaluable heritage. “It is obligation of libraries and librarians to preserve and disseminate information for present and next generations’, she said. Beside the general conference, there were also two major events namely the 3rdmeeting of CONSAL XV Executive Board attended by national library directors, presidents and secretary generals of library associations of the member countries and the 20th Conference of Directors of National Libraries in Asia-Oceania (CDNLAO). In the conference, a number of papers were presented under the topics of national heritage and library. There were 54 presentations consisting of 6 plenary sessions and 48 parallel sessions served to all participants from library practitioners, students, and public. The presenters were not only from CONSAL member countries but also from other countries such as Australia, India, USA and Netherlands.

The conference were participated by 697 participants and 40 accompanying participants attended the conference from 21 countries. The foreign delegates was leaded by Vietnam with 85 delegates followed by Malaysia 41 delegates, Thailand 31 delegates, Singapore 27 delegates, Philippines 26 delegates, Brunei Darussalam 8 delegates and others less than 5 delegates while the local delegates was 448. The conference was held with other activities such as the CONSAL XV exhibition participated by 33 local and international exhibitors.

Dipetik dari : http://www.consal.org Last Updated ( Tuesday, 04 September 2012 11:09 )

Written by Aristianto Hakim | Monday, 02 July 2012 11:17

Page 9: 2012 DUA MEI - OGOS

Bangunan kaca yang sangat moden dan terkini digelar Sasana Kijang merupakan destinasi pertama Jelajah Penandaarasan Siri 2, Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus, Persatuan Pustakawan Malaysia dengan dibantu oleh InfoLib pada 16 Jun 2012. Seramai tiga petugas InfoLib menyertai lawatan ini.

Foto dan maklumat dipetik dari http://www.sasanakijang.bnm.gov.my “Konsep seni bina Sasana Kijang berkonsepkan bentuk siput gerus, bentuk mata wang yang popu-lar di Semenanjung Malaysia sejak abad ketiga. Reka bentuk muka bangunan yang unik memperli-hatkan corak geometri motif songket tradisi Malaysia. Songket, sejenis kain tenunan tangan, terkenal kerana kehalusan rekaan dan sulaman benang emas dan perak yang menjalin ikatan yang kukuh, menjamin keanggunan dan ketahanan kain songket. Seperti songket, komuniti bank pusat dihubungkan menerusi matlamat yang sama dan dijalin menerusi kerjasama, pakatan strategik dan perkongsian ilmu. Pusat Pengurusan Pengetahuan (KMC) Bank terletak di dalam bangunan Sasana Kijang direkayasa oleh Bank untuk menjadi pemangkin yang akan menggalakkan pengetahuan dalam perbankan pusat ke suatu tahap yang lebih tinggi. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia menawarkan pengalaman yang menarik dan dinamik, mencetus sifat ingin tahu dalam kalangan pengunjung dan meningkatkan pemahaman mereka mengenai warisan numismatik dan khazanah seni Malaysia yang kaya dan perkembangan ekonomi dan kewangan. Menerusi koleksi, pameran dan program pembelajaran dan penyelidikannya, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia menjanjikan pengalaman unik kepada semua pengunjung - untuk menimba pengetahuan.”

Secanggih bangunan luarannya, KMC (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia juga adalah satu daripada contoh perpustakaan yang terhasil daripada kepercayaan pihak atasan yang diterajui oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti sendiri yang sangat berminat dengan budaya ilmu.

Rombongan turut berbangga kerana di Malaysia terdapat sebuah Perpustakaan Khusus empat tingkat yang sangat luas, lobinya bertaraf 5 bintang dan terdapat kafetaria ala hotel di dalam KMC. Ia dibuka kepada orang ramai serta dilengkapi dengan perkhidmatan penyelidikan atas talian dan kemudahan fizikal yang terkini. Buat masa ini Portal KMC hanya boleh diakses di sekitar KMC sahaja. Petugas Bernama juga disyorkan untuk berkunjung ke KMC.

Ditubuhkan pada tahun 1962, bermula dari sebuah unit perpustakaan yang kecil, KMC telah berkembang menjadi sebuah Knowledge Management Centre.

Koleksi utamanya ialah Perbankan Pusat dan Perkhidmatan Kewangan. Terdapat lebih 40,000 koleksi buku dan 103 judul sumber atas talian. Antara kemudahan yang boleh dilakukan sendiri adalah self-

check kiosks, wall mounted Book dan Mobile Book Drop yang kebiasaannya didapati di perpustakaan akademik.

Page 10: 2012 DUA MEI - OGOS

Antara perkhidmatan yang tersedia di sini ialah Learning & Knowledge Acquisition, Content Management & Archives, Current Awareness Services, Environment Scanning, Information & Knowledge Profiling, KM Advisory and Information Analysis & Repackaging. Perkhidmatan ini boleh diakses/berinteraksi melalui Portal, Facebook dan Twitter.

Jelajah penandarasan kali ini mendapat sambutan seramai 33 peserta dari Perpustakaan Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd, Yayasan Kepimpinan Perdana, Astro Media Library, Unisel, UIA, International Medical University, Mardi, UPM, PNM, Technology Park Malaysia, Pustaka Negeri Sarawak, USIM, Petronas, UM, UiTM, MPC dan Bernama.

Taklimat di kawasan yang berbentuk bulatan seakan – akan separa bujur telur yang dikenali sebagai “ KMC Theatrette” oleh Puan Masyitah, Pengurus KMC Services, Jabatan Perkhidmatan Korporat. Peserta rombongan turut disambut oleh Encik Ghazali yang merupakan Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Modal Insan.

Apabila pengurusan atasan mempunyai kepercayaan terhadap perpustakaan maka lebih mudah peruntukan dan kemudahan diperolehi malah pembelian bahan dapat ditambah setiap tahun.

Sokongan daripada bahagian lain juga adalah penting untuk memajukan KMC. Kerja ber-pasukan, komitmen dan sikap ingin berubah serta terus maju adalah antara faktor kejayaan KMC.

Dari segi fizikal KMC yang luas dan rekabentuk yang terkini bukan sahaja selesa kepada petugas malah pengunjung atau pengguna luar. Cabaran KMC adalah dari segi pengisian samada content dan aktiviti agar ia terus relevan.

Rombongan turut berpeluang melawat kemudahan eksklusif sekitar Mini Theater, Bilik Seminar, Bilik Perbincangan Khas. Mereka juga berpeluang melawat Muzium dan Galeri Seni yang mempamerkan koleksi seni lukisan, mata wang dahulu sehingga kini, mata wang asing yang mewakili setiap Negara di dunia. Encik Reza juga memberi penerangan mengenai bahan yang digunakan dalam penghasilan Mata Wang Malaysia.

Pihak PPM ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada KMC kerana sudi menerima kehadiran rombongan dan berkongsi pengalaman. Sangat teruja dengan fizikal dan kemudahan serta perkhidmatan di KMC dan rombongan pulang dengan impian untuk mempunyai perpustakaan bertaraf hotel 5 bintang.

Page 11: 2012 DUA MEI - OGOS

Sepanjang suku tahun kedua 2012, InfoLib telah menerima lawatan daripada Kelab Fotografi SMK Cheras Perdana, kakitangan Pejabat SUK Selangor dan pihak media dari Brunei. Rombongan diberi penerangan mengenai perkhidmatan dan aktiviti InfoLib di samping berkongsi pengalaman agar mereka boleh mengaplikasi pengalaman / pengetahuan itu dalam tugasan seharian. Namun, ada dalam kalangan mereka tidak menyangka perpustakaan kecil sebegini boleh menjadi sebegitu menarik dalam penganjuran pelbagai aktiviti. Rombongan pelawat juga tertarik untuk mengetahui dengan lebih dekat BLIS yang kemudian akan memudahkan mereka untuk membantu pengguna membuat pencarian, lebih berpengetahuan dan berkemahiran serta dapat meningkatkan lagi promosi penggunaan BLIS. Lawatan ini diharap dapat mencapai matlamat di samping terus membina jaringan di antara golongan pelajar, petugas pentadbiran mahupun pihak media asing.

Page 12: 2012 DUA MEI - OGOS
Page 13: 2012 DUA MEI - OGOS

Aktiviti yang julung kalinya diadakan oleh BK1MC, telah berjaya dianjurkan pada 28 Julai 2012 pada pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam di Tingkat 9, Wisma Bernama.

Majlis Berbuka Puasa yang diadakan bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia adalah bagi meraikan anak yatim dan melahirkan rasa keinsafan serta kesyukuran dalam kalangan anggota BK1MC.

Penyertan seramai 129 orang terdiri daripada 44 anggota BK1MC, 38 dewasa, 12 jemputan, 10 media (foto/AV/GNS) dan 25 orang anak yatim. Walaupun diadakan pada hari Sabtu, ibubapa dan anggota BK1MC tetap komited untuk datang menjayakan program ini.

Pihak Jawatankuasa Induk BK1MC telah menjemput anak yatim dari Asrama Baitul Ummah bertempat di No 33 Jalan 3D/6, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Penganjur telah berkunjung ke asrama tersebut untuk membuat rakaman tayangan video mengenai kehidupan harian mereka.

Terdapat seramai 50 orang Anak Yatim, Anak Fakir Miskin dan Muallaf berumur 9 hingga 15 tahun ditempatkan di rumah yang disewa.

Ada kalangan anak yatim ini dihantar ke Sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan dan selebihnya belajar tahfiz Al-Quran. Rumah Maahad Tahfiz Baitul Ummah telah ditubuhkan pada 15 Januari, 2010.

Ustaz Rahman Rahmani adalah pengasas Rumah tersebut dan beliau juga merupakan aktivis masyarakat yang aktif dalam membela nasib golongan kurang bernasib baik terutama anak yatim di Malaysia.

Rumah ini mendapat pembiayaan wang hasil sumbangan orang ramai bagi menjalankan urusan pengurusan dan pentadbiran.

Mereka yang berminat untuk menyumbang, boleh bank-in kepada "Asrama Baitul Ummah" di bank akaun Maybank 512400003429. Telefon: 03-40243304 hp: 019-2254908 / 016-3077926.

Seawal 4.00 petang En Azha Marzuki dan Puan Jamaliah beserta 3 buah van telah menjemput anak yatim tersebut. Setelah selesai menunaikan solat Asar, pendaftaran telah dimulakan.

Page 14: 2012 DUA MEI - OGOS

Majlis dimulakan dengan taklimat Slot Tabung Haji oleh Ustaz Haji Ahmad Haji Muhammad dengan tajuk Fadhilat Ramadan yang bertepatan dengan bulan Ramadan yang dimuliakan.

Bagi menambah nilai kepada aktiviti ini slot motivasi untuk anak yatim dan anggota BK1MC serta ibubapa yang hadir telah dimakmurkan oleh Ustaz Hariyanto Rizal dengan topik Fadhilat Berpuasa Puasa. Slot beliau bermanfaat dan berjaya menarik hati tetamu sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Selesai sesi ceramah dan motivasi, Pengerusi BK1MC, Y.Bhg. Datuk Zulkefli Salleh telah menyampaikan kata-kata aluan. Rakaman video Asrama Baitul Ummah, yang telah dirakam dengan bantuan Bahagian Komunikasi Korporat, Radio24 dan Bernama TV, telah ditayangkan kepada hadirin.

Azan Maghrib yang dilaungkan secara terus oleh anggota kumpulan Wali Band menandakan waktu berbuka puasa dan tetamu berjemaah menjamu selera.

Upacara penyampaian sumbangan kepada Wakil Asrama Baitul Ummah diadakan selepas solat Maghrib. Sumbangan adalah hasil kutipan wang daripada warga Bernama yang bermurah hati untuk kegunaan operasi harian. Setiap anak yatim juga gembira apabila menerima RM50.00 duit raya.

Turut diedarkan 120 kotak ayam sumbangan KFC Holding kepada jemputan dan mereka yang hadir.

Persembahan Rem telah memeriahkan suasana dan mengembirakan tetamu terutama anak yatim. Setelah majlis selesai diadakan Solat Isyak dan Solat Tarawih berjemaah. Majlis diakhiri dengan Moreh. Pukul 11.00 malam, 3 buah van Bernama menyusuri Jalan Tun Razak yang telah lengang menuju ke Taman Setapak Indah.

Jawatankuasa Induk BK1MC mengucapkan penghargaan kepada penaja iaitu Lembaga Tabung Haji, KFC Holdings Berhad, Bernama dan penyumbang wang dalam kalangan petugas Bernama. Terima kasih juga kepada Bernama TV, Radio24, Meja PBDN, KKB, Benita, Jawatankuasa Surau serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Terima kasih kepada anggota BK1MC, ibu bapa dan warga Bernama yang sudi hadir memeriahkan serta menjayakan aktiviti di samping menimba ilmu. Semoga aktiviti seumpama ini yang melibatkan anak warga Bernama dan tetamu jemputan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Page 15: 2012 DUA MEI - OGOS

BERNAMA BERI SUMBANGAN KEPADA RUMAH ANAK YATIM BAITUL UMMAHDate: 28‐07‐2012 Author: / PNAR NAK SBB 

BERNAMA‐SUMBANGAN KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) – Warga PertubuhanBerita Nasional Malaysia (Bernama) malam ini memberi sumbangan wang tunai kepadaRumah Anak Yatim Baitul Ummah, Setapak Indah. Timbalan Ketua PengarangPerkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama Datuk Zulkefli Salleh menyerahkansumbangan itu kepada wakil rumah anak yatim tersebut pada majlis berbuka puasabersama anak‐anak yatim di Wisma Bernama. Dalam ucapannya, Zulkefli berkatasumbangan itu bertujuan meringankan beban pengurusan rumah anak yatim tersebutselain membawa keceriaan kepada mereka pada bulan mulia ini. Pada majlis anjuranBernama Kids' 1Malaysia Club (BK1MC) itu, Bernama turut menyampaikan duit rayakepada kira‐kira 50 anak yatim yang hadir. Lembaga Tabung Haji dan KFC HoldingsBerhad turut menyampaikan sumbangan masing‐masing. Majlis turut diserikan denganceramah pakar motivasi Ustaz Hariyanto Rizal dan persembahan nyanyian oleh Rem.Mereka turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah. ‐‐

BERNAMAPNAR NAK SBB

Page 16: 2012 DUA MEI - OGOS

31 Julai 2012 adalah ulang tahun penubuhan BK1MC ke 2.

Jawatankuasa Induk BK1MC (Bernama Kids’ 1Malaysia Club) mengucapkan terima kasih kepada Ibu bapa anggota BK1MC serta anggota BK1MC dan pihak pengurusan Bernama atas sokongan dan penglibatan dalam menjayakan aktiviti yang telah diadakan sepanjang dua (2) tahun penubuhannya.

Semoga objektif penubuhannya iaitu mendekatkan keluarga petugas dengan Bernama melalui aktiviti yang berteraskan pendidikan, kenali Bernama serta kasih sayang sesama insan; dan memupuk minat anak-anak petugas Bernama membaca, menimba ilmu serta menambah pengetahuan mencapai matlamatnya. Antara aktiviti yang telah dianjurkan :

1. Pelancaran BK1MC pada 31 Julai 2010. 2. Lawatan ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary pada 9 April 2011. 3. Program Anak Cemerlang pada 7 Jun 2011. 4. Bengkel Asas Fotografi pada 23 Julai 2011. 5. Lawatan ke Beryl’s Chocolate Wonderland pada 8 Disember 2011. 6. Aktiviti galakan Penggunaan InfoLib & BK1MC pada 15 Disember 2011. 7. Lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pada 28 Disember 2011. 8. Mewarna Mickey Mouse pada Mei 2012. 9. Aktiviti Sempena Cuti Sekolah bertemakan Selamat Hari Jadi Bernama ke 44 pada 7 Jun

2012. 10. Laman Kreatif bersama PNM di Perpustakaan Negara Malaysia 7 Jun 2012. 11. Bengkel Power Point pada pada 7 Jun 2012. 12. Majlis Berbuka Puasa BK1MC bersama anak yatim dari Asrama Baitul Ummah, Setapak

Indah pada 28 Julai 2012. 13. Pinjaman Buku Kanak-kanak.

Untuk menjadi anggota BK1MC hubungi samb. 202 @ 03 - 26962202.

Page 17: 2012 DUA MEI - OGOS
Page 18: 2012 DUA MEI - OGOS

PORTAL INFOLIBLATIHAN BLIS

Page 19: 2012 DUA MEI - OGOS

Bina laman web yang benar -benar dapat menarik perhatian ramai pembaca dan cari jalan mempopularkan laman web anda.

Ribuan orang di seluruh dunia telah berjaya memperoleh ganjaran daripada kegemaran

menulis di blog. Apabila memperoleh trafik yang memberangsangkan maka anda hanya perlu menanti keuntungan.

Jika anda memiliki kemahiran menulis serta profesion anda sekarang menarik untuk

dikongsi bersama umum, apa salahnya mencuba menulis eBooks. Perisiannya percuma. Hasilkan sebuah buku dan muat naik sinopsisnya untuk menarik minat pembaca mendapatkan eBook sepenuhnya daripada anda, berbayar.

Hasilkan artikel yang berkualiti dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan cari

platform yang menawarkan sagu hati jika karya anda disiarkan. Banyak syarikat e-buku dan e-majalah yang menawarkan perkara ini.

Bagi yang mempunyai kemahiran, cuba bina video tutorial yang memanfaatkan semua orang dan jualnya kepada yang berminat. Apa yang berlaku sekarang ramai yang hanya mengedarkannya secara percuma sedangkan ribuan orang telah melihatnya. Langkah demi langkah goreng ikan pun masih boleh buat duit.

Apabila anda mendapat peluang dengan syarikat penerbitan media cetak atau pun

elektronik yang inginkan penterjemah bagi setiap karya-karya yang akan diterbitkan, ambil peluang itu dan cabar diri anda lakukan yang terbaik.

Minat anda mengambil gambar patut dibayar dengan menjual koleksi anda secara digital. Muat naik di Flickr, letakkan Watermark dan promosikan. Tunggu, kerana akan ada individu atau syarikat menghubungi anda jika gambar anda benar - benar menarik.

Sesuatu yang cuba-cuba juga boleh menjadi bisnes menguntungkan. Cara ini sangat popular dan ternyata ramai yang berjaya. Selain dapat memperoleh keuntungan anda juga dapat membina rangkaian.

Susunan gambar memahat memori dalam bentuk album merupakan trend yang sekarang terutamanya untuk majlis-majlis perkahwinan. Jadi individu yang menawarkan servis ini, untuk pelanggan menyiarkan album gambar digital dalam blog mereka. Tidak susah, Lulu.com ada aplikasi ini.

Sertailah pertandingan menulis dan cuba nasib anda. Tetapi jadikan ia lebih berpotensi untuk menang dengan kajian-kajian dan fakta-fakta berkaitan bagi memastikan artikel anda berkualiti yang anda Google.

Suntingan daripada Majalah PC

Page 20: 2012 DUA MEI - OGOS
Page 21: 2012 DUA MEI - OGOS

THEMES TEMA NATIONAL DAY HARI KEBANGSAAN

National Day themes, since their inception in 1970, have always been simple but symbolic phrases.

2009 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan (1Malaysia, People first, Results oriented)

2010 1Malaysia Menjana Tranformasi (1Malaysia Transforming The Nation)

2011

1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. (1 Malaysia : Successful Transformation, the People Prosper)

2012 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati (55 Years of Independence, Promises Fulfilled)

THEMES TEMA MALAYSIA DAY HARI MALAYSIA

Malaysia Day was celeberated for the first time at national level on September 16, 2010. Hari Malaysia disambut buat pertama kali di peringkat kebangsaan pada 16 September 2010.

2010 Menjana Transformasi (Generating Trans-formation)

2011 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera (1 Malaysia : Successful Transformation, the People Prosper)

2012 Janji Ditepati Rakyat Sejahtera (Promises Fulfilled, People Prosper)

THEMES TEMA

MAAL HIJRAH

1996 A Noble Culture the Foundation of Success (Budaya Murni Teras Kecapaian)

1997 Noble Character Ensures Wellbeing of the Ummah 1998 Country's Well-being, Our Responsibility 1999 Unity Among the Ummah Brings Success 2000 Gratitude reflects the strength of faith

(Bersyukur Tanda Keteguhan Iman ).

National Day Theme / (Tema Hari Kebangsaan)

Malaysia Day Theme / (Tema Hari Malaysia)

Maal Hijrah Theme / (Tema Maal Hijrah)

You are here: >> Databank >> Themes (Tema)

DATABANKCORNER

Page 22: 2012 DUA MEI - OGOS

LayariModulWho’s Who dihttp://blis.bernama.com

Latar Belakang WHO’S WHOCORNER

6/8/1949 : Diisytiharkan sebagai Raja Muda Kedah

9/3/1957 - 3/7/1957 : Pemangku Sultan Kedah sewaktu Almarhum Sultan Badlishah berangkat ke luar negara pada 12 Mac hingga 3 Julai 1957

20/2/1959 : Ditabalkan sebagai Sultan Kedah yang ke-27

23/7/1970 : Dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima

26/1/2010 : Tuanku menjalankan tugas sebagai pemangku Yang di-Pertuan Agong selama sebulan kerana Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menjalani rawatan fisioterapi di Jerman

14/10/2011 : Dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13/12/2011 untuk Tempoh lima tahun dan menjadi satu-satunya pemerintah Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua

11/4/2012 : Ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14

Kerjaya

NAMA : K.D.Y.M.M. Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah (DK ,DKH ,DKM ,DMN ,DUK ,DMK ,DK (Kelantan), DK(Pahang), DK (Selangor), DK(Perlis), DK(Johor), DK(Negeri Sembilan), DK (Terengganu), DK (Perak), DK(Brunei), DK(Sarawak), DUNM, SMDK, SHMS, SGMK, SPMK,SSDK,DHMS,DGMK, Grand Cordon of The Order Of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra GELARAN RASMI : Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah JAWATAN TERKINI : Yang di-Pertuan Agong ke-14 TARIKH LAHIR : 28/11/1927 TEMPAT LAHIR : Anak Bukit, Alor Setar, Kedah Darul Aman BANGSA : Melayu AGAMA : Islam NAMA ISTERI : K.D.Y.M.M. Tuanku Sultanah Hajah Haminah Binti Hamidun

DKH,DK(Kedah)

SEKOLAH RENDAH : Sekolah Melayu Titi Gajah Alor Setar, Kedah Darul Aman

SEKOLAH MENENGAH : 1948– Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar, Kedah Darul Aman

PENDIDIKAN TINGGI : 1952-1955 Ijazah Dalam Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam, Wadham College Oxford London, United Kingdom

IJAZAH KEHORMAT : Honorary Degree Doctor of Political Science Thammasat University, Thailand 6/11/2008 - Awarded Honorary Degree Doctor Philosophy (Development Management), Universiti Utara Malaysia.

Pendidikan

Page 23: 2012 DUA MEI - OGOS
Page 24: 2012 DUA MEI - OGOS

420 432 172 171 171 203 175 587 205 439 271 185 589 588 379 169 167 206

Pengurus Maklumat Hasnita Hj. Ibrahim Pustakawan Masfaliza Masmuda Unit Teknologi Maklumat Jizni Azrin Juhari Mohd Tadzman Mohd Fikri Ahmad Unit Rujukan & Maklumat Mohamod Nik Rohana Mohd Noor Mohd Wahid Md. Som Baharudin Jalil Norlizawati Yahya Unit Pangkalan Data Tokoh Rozlen Mustapa Arif Shamsuddin Radzak Ahmad Jenah Baba Unit Pangkalan Data Berperkara Lalitha A/P Nadarajah Abdul Halim Ariffin Siti Nur Azahani Raghavan A/L Krishnan

H U B U N G I K A M I @

Sidang Pengarang

Penasihat & Editor Hasnita Ibrahim (InfoLib) Cik Rashidah Abd Ghani

(Jab. Pengarang)

Penyumbang Artikel Hasnita Ibrahim

Jizni Azrin Juhari

Pereka Grafik Jizni Azrin Juhari

Mohd Tadzman

Edaran Mohd Fikri Ahmad Norlizawati Yahya

BLIS TRAINING

KHAMIS 10.00 PAGI — 1 PTG

BUKU-BUKU TERBARU

INFOLIB Tingkat 8,

Wisma BERNAMA 28, Jalan 1/65A,

Off Jalan Tun Razak 50700, Kuala Lumpur

Hotline: 603-26962202

Faks: 603-26944203

LE TOUR DE INFOLIB

KHAMIS 11 PAGI — 4 PTG

INFOLIB CAFE