2011 ulangi prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · ketua...

12
Berita LGMPC • Keluaran 13 1 Bilangan I • 2011 Keluaran 13 2011 Ulangi Prestasi 2010 Dengan wajah kepuasan, dan penuh kesyukuran, Tn. Hj. Basri Hj. Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18 Januari 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Ridley LGMPC, menyatakan bahawa prestasi LGMPC secara keseluruhannya pada tahun 2010 adalah sangat memuaskan. Hasil pengeluaran ladang iaitu getah dan kelapa sawit serta hasil kutipan sewa premis-premis komersil yang diperolehi oleh LGMPC meningkat dari tahun 2009. Jumlah pendapatan 2010 juga turut meningkat disebabkan faktor harga komoditi yang lebih baik dan stabil. Tn. Hj. Basri berkata bahawa pencapaian tahun 2010 perlu dijadikan “benchmark” untuk prestasi bagi tahun 2011. Beliau berkata “dengan adanya kakitangan- kakitangan yang baru dilantik terutama Sekiranya semua kakitangan menjadikan kerja sebagai satu ibadah, saya percaya setiap tugas dapat dilaksanakan dengan kualiti dan mutu yang tinggi”. Diakhir ucapan, beliau meminta setiap kaki- tangan sentiasa mengeratkan hubungan sillaturahim dan persaudaraan di antara satu sama lain supaya setiap warga LGMPC dapat bekerja dengan keadaan yang harmoni dan sejahtera. Pengurus Kanan (Perladangan) dan Pengurus Kanan (Hartanah) serta kakitangan sokongan yang lain, saya percaya prestasi tahun 2011 akan dapat mengatasi prestasi tahun 2010”. Beliau menambah “ saya mahu semua kakitangan terlibat secara total dan komited di dalam setiap tugas yang telah diamanahkan serta melaksanakan tugasan dengan penuh keikhlasan dan jujur.

Upload: others

Post on 27-Sep-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2011 Ulangi Prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18

Berita LGMPC • Keluaran 13 1

Bilangan I • 2011Keluaran 13

2011Ulangi Prestasi

2010Dengan wajah kepuasan, dan penuh kesyukuran, Tn. Hj. Basri Hj. Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18 Januari 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Ridley LGMPC, menyatakan bahawa prestasi LGMPC secara keseluruhannya pada tahun 2010 adalah sangat memuaskan. Hasil pengeluaran ladang iaitu getah dan kelapa sawit serta hasil kutipan sewa premis-premis komersil yang diperolehi oleh LGMPC meningkat dari tahun 2009. Jumlah pendapatan 2010 juga turut meningkat disebabkan faktor harga komoditi yang lebih baik dan stabil.

Tn. Hj. Basri berkata bahawa pencapaian tahun 2010 perlu dijadikan “benchmark” untuk prestasi bagi tahun 2011. Beliau berkata “dengan adanya kakitangan-kakitangan yang baru dilantik terutama

Sekiranya semua kakitangan menjadikan kerja sebagai satu ibadah, saya percaya setiap tugas dapat dilaksanakan dengan kualiti dan mutu yang tinggi”.

Diakhir ucapan, beliau meminta setiap kaki-tangan sentiasa mengeratkan hubungan sillaturahim dan persaudaraan di antara satu sama lain supaya setiap warga LGMPC dapat bekerja dengan keadaan yang harmoni dan sejahtera.

Pengurus Kanan (Perladangan) dan Pengurus Kanan (Hartanah) serta kakitangan sokongan yang lain, saya percaya prestasi tahun 2011 akan dapat mengatasi prestasi tahun 2010”.

Beliau menambah “ saya mahu semua kakitangan terlibat secara total dan komited di dalam setiap tugas yang telah diamanahkan serta melaksanakan tugasan dengan penuh keikhlasan dan jujur.

Page 2: 2011 Ulangi Prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18

Berita LGMPC • Keluaran 132

Tahniah dan Selamat Kembali Bertugas

“Sekalung Bunga dan Tahniah” diucapkan kepada Tn. Hj. Basri Hj. Hamzah kerana diberi kepercayaan dan disambung tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC untuk satu tahun lagi sehingga 31 Disember 2011.

Seluruh warga LGMPC amat gembira dengan perlanjutan perkhidmatan Tn. Hj. Basri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kerana, ramai berpendapat, beliau adalah seorang ketua yang berhemah, berintegriti, sentiasa menjaga dan mengambil berat tentang kebajikan kakitangan. Beliau juga sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada kakitangan supaya terus memantapkan LGMPC.

Perlanjutan tempoh perkhidmatan Tn. Hj. Basri juga dianggap sebagai “recognition” dan penghargaan terhadap prestasi baik beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC.

Kakitangan LGMPC berharap dan mendoakan supaya Tn. Hj. Basri Hj. Hamzah akan terus diberi sokongan dan kepercayaan oleh Lembaga Pengarah LGMPC untuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC.

Warga LGMPC mengucapkan “Selamat Datang” kepada En. Roslan Sukeimi yang diamanahkan sebagai Pengurus Kanan (Perladangan) LGMPC serta En. Yahya Azmuddin Ayob sebagai Pengurus Kanan (Hartanah) LGMPC yang baru.

Harapan tinggi diletakkan kepada kedua- dua Pengurus Kanan ini untuk membantu kakitangan dan LGMPC melalui pengetahuan dan pengalaman luas mereka untuk membawa LGMPC terus ke hadapan dalam melaksanakan segala tanggung-jawab dan tugas yang telah diamanahkan.

“Selamat Datang” juga diucapkan kepada semua kakitangan yang baru menyertai keluarga LGMPC. Semoga mereka dapat memberi perkhidmatan dan prestasi kerja yang cemerlang serta memberi sumbangan kepada LGMPC.Sebagaimana kata-kata rangsangan dari Nazura Hamdan (Eksekutif Pentadbiran dan Sumber Manusia) “work doesn’t kill, worries kill “, jadi bergembiralah semasa menjalankan tugas. Semoga Berjaya.

Tn. Hj. Basri Hj. Hamzah

En. Roslan Sukeimi

En. Yahya Azmuddin Ayob

Page 3: 2011 Ulangi Prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18

Berita LGMPC • Keluaran 13 3

Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (PSM) telah menganjurkan satu Kursus Bina Insan bertajuk “Diri Cemerlang, Organisagi Gemilang” pada 13 hingga 15 Januari 2011 di Pantai Morib, Selangor.

Kursus yang dihadiri oleh 30 orang kakitangan LGMPC dari Ibu pejabat dan pejabat-pejabat ladang telah dikendalikan oleh Dato’ Ustaz Zawawi Yusof dari Human Touch Consultancy.

Kursus dua hari ini memberi penekanan terhadap faktor-faktor untuk membina diri sebagai insan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat di samping menjadi kaki- tangan yang yang berjaya.

“Ilmu yang diberikan oleh Ustaz amat berguna bukan sahaja untuk menjadi seorang muslim yang soleh, malah sebagai kakitangan yang berjaya di LGMPC” kata Amran Alias, salah seorang kakitangan yang menyertai kursus tersebut.

Abdul Ghani Talib pula berkara “kursus seperti ini harus diperbanyakkan supaya kakitangan sentiasa diberi ingatan dan pesanan yang berguna supaya hidup lebih berkat”.

Menurut Abdul Rahman Ismail, Pembantu Tadbir II, yang juga salah seorang urusetia kursus, program seperti ini diharap dimanfaatkan sebaiknya oleh kakitangan kerana ia bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri malah juga untuk LGMPC. “Organisasi akan gemilang apabila mempunyai kakitangan yang cemerlang” tambah beliau di akhir perbualan.

Diri Cemerlang, Organisasi GemilangKursus Bina insan :

Page 4: 2011 Ulangi Prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18

Berita LGMPC • Keluaran 134

Surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan I’ktikaf bagi orang Islam, juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat (perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau juga adalah pusat aktiviti umat Islam setempat berinteraksi dan menjalin silaturrahim. SurauLadang LGM Begia ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Basri Hj. Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC pada 10 Februari 2011.

“Warga Ladang LGM Begia rasa bertuah dengan adanya Surau baru ini. Ia amat bermakna kerana dalam bulan Ramadhan nanti dapatlah kami mendirikan solat terawih dan lain-lain aktiviti keagamaan. Terima kasih LGMPC atas keperihatian tuan” demikian kata seorang jemaah surau tersebut.

Pada 22 Jun 2011, bertempat di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur, telah diadakan satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Agihan Zakat 2011.

Pengurus Kanan Hartanah yang mewakili LGMPC, En. Yahya Azmuddin Ayob telah menyampaikan wang zakat korporat berjumlah sebanyak RM69,820.37 kepada YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Hj Jamil Khir Hj Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.

‘Selesa, nyaman dan romantis lagi’, demikian komen salah seorang penghuni baru di kuaters Ladang LGM Begia. Kuaters ini telah didirikan oleh LGMPC mulai dari tahun 2009 dan siap pada tahun 2011.

“Kuarters ini diharap dapat memberi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan kepada kakitangan Ladang LGM Begia ini. Kalau kantong Ladang LGM Begia mantap maka banyak lagi kemudahan akan didirikan. Semoga kaki-tangan Ladang dapat terus memberi sumbangan dengan baik dan terus tekun menyumbang kearah kecermerlangan dan bertekad agar Ladang LGM Begia menjadi ‘the best among the best’ antara ladang-ladang LGM” begitulah kata-kata Pengurus Ladang LGM Begia, Shahriman Abdul Samad.

Perasmian Surau di Ladang LGM Begia

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan

Agihan Zakat 2011

Kakitangan mula masuk kuarters – Ladang LGM Begia

Page 5: 2011 Ulangi Prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18

Berita LGMPC • Keluaran 13 5

Projek penanaman semula getah di Ladang LGM Pahang Tenggara berjalan dengan lancar. Sehingga akhir Mei 2011, seluas 172.77 hektar bagi Fasa 1/3B telah siap ditanam sepenuhnya. Menurut Mohd Amin Deraman, Penolong Pengurus Ladang LGM Pahang Tenggara, sebanyak 4 jenis klon telah ditanam iaitu klon RRIM 2025, RRIM 3001, PB 350 dan PB 260. “Ini adalah antara klon-klon yang telah dikenalpasti oleh pihak LGM yang berpotensi untuk memberi pengeluaran yang baik” katanya yakin.

Di samping itu, di kawasan 1/3C seluas 160.66 hektar juga sedang giat dalam proses penanaman semula. Ia dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2012.

Di Ladang LGM Begia juga, seluas 50 hektar kawasan lereng bukit juga telah dibersih dan ditanam dengan getah. “Ini merupakan ilham dari CEO dan Pengurus Kanan supaya kawasan lereng bukit yang tidak diteroka sebelum ini ditanam dengan getah supaya

mendapat hasil” kata Mohd Zosri Che Ibrahim, Penyelia Ladang.

Tambah beliau, “walaupun kerja-kerja permulaan agak rumit kerana keadaan lereng bukit yang curam, namun ia dapat dilaksanakan dengan lancar hasil usaha gigih kakitangan dan pihak kontraktor”.

Ini merupakan salah satu usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan Ladang LGMPC supaya penggunaan tanah digunakan sepenuhnya dan peningkatan hasil dapat diperolehi.

Setiap kakitangan LGMPC telah dibekalkan dengan Baju seragam baru iaitu warna putih dan coklat. Warna coklat berdasarkan pada Logo iaitu melambangkan pengurusan hartanah dan ladang. Rata-rata semua kakitangan LGMPC gembira dengan baju seragam baru. Saiful Rizal Pembantu Pejabat dari Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia berkata Baju seragam baru ini menaikkan semangat bekerja .

Baju seragam yang baru ini menggantikan baju seragam yang lama Oren Kelabu yang di telah digunakan sebelum ini. Manakala baju seragam putih biru dipakai pada hari isnin masih berkuatkuasa.

Projek Penanaman Semula GetahBerjalan Lancar

PAKAIAN SERAGAM BARU

Page 6: 2011 Ulangi Prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18

Berita LGMPC • Keluaran 136

Pejabat Ladang LGM Pahang Tenggara, Muadzam Shah, Pahang berasa bangga dan berbesar hati apabila dipilih sebagai tuan rumah untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah LGMPC kali yang ke 27. Ia telah diadakan pada 7 April 2011.

Sebelum mesyuarat diadakan, satu Majlis Makan Malam Lembaga Pengarah LGMPC juga telah diadakan yang turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, kakitangan Pengurusan LGMPC serta beberapa tetamu jemputan dari LGM.

Satu lawatan ke ladang turut diadakan bagi membolehkan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah (ALP) melihat sendiri keadaan kawasan ladang yang telah dijaga dengan baik. ALP telah dibawa melawat kawasan tanaman semula getah, kawasan integrasi dan juga tapak semaian yang diusahakan. ALP telah dijamu dengan buah durian dan kelapa muda yang terdapat di kawasan ladang.

“Saya amat berpuas hati dengan keadaan ladang yang dijaga dengan baik serta program tanaman semula getah yang telah dilaksanakan dengan sempurna sekali” kata En. Low Yew Eng sekalu ALP dan wakil KPPK.

Dato’ Suki Mee, Pengerusi LGMPC pula berkata “saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak LGMPC terutama pihak Pengurusan Ladang yang telah membuktikan bahawa pengurusan Ladang LGM Pahang Tenggara telah dilakukan dengan begitu baik sekali. Program tanaman semula getah juga telah dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini sebagai program jangka panjang yang akan memberi pulangan yang tinggi kepada LGMPC di masa akan datang”.

“Terus dan tingkatkan usaha dalam meningkatkan pengeluaran dan hasil dari ladang sebagai punca utama pendapatan LGMPC” tambah beliau dihujung perbualan.

Seorang kakitangan Ladang LGM Pahang Tenggara, Azizul Md Sallah berkata bahawa lawatan dan kunjungan oleh Lembaga Pengarah LGMPC itu adalah sesuatu yang sangat berharga dan sebagai satu penghormatan kepada kakitangan dan Ladang LGM Pahang Tenggara. “Lawatan ini adalah pembakar semangat kepada kami untuk terus memberikan yang terbaik kepada LGMPC” katanya ringkas.

Mesyuarat dan LawatanLembaga Pengarah LGMPCdi Ladang LGM Pahang Tenggara

Page 7: 2011 Ulangi Prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18

Berita LGMPC • Keluaran 13 7

Page 8: 2011 Ulangi Prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18

Berita LGMPC • Keluaran 138

Projek Integrasi Lembudi Ladang LGM Panti

kian berkembang

Sukan TahunanPekerja Ladang

Projek ternakan lembu mula dijalankan di Ladang LGM Panti pada awal tahun 2010, dengan tujuan utama untuk mengurangkan kos meracun rumpai. Ianya sebahagian dari inisiatif LGMPC untuk menyokong usaha kerajaan dalam mengurangkan jumlah daging import di pasaran tempatan. Kebanyakan lembu yang diternak adalah dari kacukan KK (Kedah Kelantan). Sehingga bulan Disember 2010, jumlah lembu yang terdapat di Ladang LGM Panti adalah 76 ekor. Projek perintis ini telah menunjukkan potensi menggalakkan. Ianya kian berkembang dan berkemungkinan akan menggandakan bilangan ternakan pada masa terdekat.

Pada 1 Mei setiap tahun adalah cuti umum bagi meraikan Hari Pekerja yang disambut di seluruh negara. Sempena Hari Pekerja ini,pihak pengurusan ladang LGMPC juga tidak terlepas dari meraikannya dengan kakitangan dan pekerja-pekerja ladang.

Sukan Tahunan Pekerja Ladang di Ladang LGM Pahang Tenggara telah diadakan pada 1 Mei 2011 manakala di Ladang LGM Begia pada 15 Mei 2011 Sukan Tahunan Pekerja Ladang di Ladang LGM Penawar/Panti pula diadakan pada 24 Julai 2011.

“Selain kakitangan, pekerja-pekerja ladang dari Indonesia dan Bangladesh juga turut serta memeriahkan acara” kata Nurazreen Abdul Ghafar, Pembantu Tadbir di Ladang LGM Begia. “Acara sukan ini sangat bagus diadakan setiap tahun supaya hubungan kakitangan dan pekerja ladang dapat dier-atkan dan ini dapat menambahkan seman-gat persahabatan yang seterusnya mening-katkan kerjasama dan kualiti kerja” tambah beliau.

Page 9: 2011 Ulangi Prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18

Berita LGMPC • Keluaran 13 9

Se lam at B e r sa r a

Majlis Meraikan Pelajar UTMtamat latihan Praktikal

En. Dollah Mamat, Pembantu Pejabat telah menamatkan perkhidmatan beliau di LGMPC pada 28 Februari 2011 yang lalu. Beliau telah berkhidmat di LGMPC sejak 2002 sebagai Pengawal Keselamatan. Ketiadaan En. Dollah amat dirasai memandangkan beliau seorang yang ramah dan senang berkawan.

LGMPC juga kehilangan seorang kakitangan yang sangat berpengalaman di dalam sektor perladangan iaitu En. Iasahak Sai yang tamat tempoh perkhidmatannya di LGMPC pada 30 Jun 2011. Sepanjang perkhidmatan beliau di LGMPC sejak tahun 2005, beliau telah berkhidmat di Ladang LGM Penawar/Panti, Ladang LGM Begia dan Ladang LGM Pahang Tenggara.

“Kami berasa kehilangan dengan persaraan En. Iasahak kerana beliau seorang kaki-tangan yang sangat berpengalaman dan banyak membantu kakitangan baru dalam selok belok perladangan” kata Mohd Farid Omar, Penyelia Ladang di Ladang LGM Pahang Tenggara.

Selama berada di LGMPC mereka telah mempelajari prosedur dalam pengurusan hartanah termasuk perjanjian penyewaan, penyelenggaraan hartanah dan mengemaskini Inventori bagi Lot-lot Banglow yang disewa-kan. Mereka juga turut mempelajari prosedur bagi Projek JV dalam penjualan Borang TOR. “Pengalaman menjalani latihan praktikal di LGMPC ini takkan dilupakan” kata Nurul Ismat binti Jaya pada Majlis Jamuan tersebut. Menurut Pengurus Kanan Hartanah Yahya Azmuddin Ayob kedua-dua pelajar ini banyak membantu dari segi kerja-kerja di Pengurusan Hartanah semasa menjalani latihan di LGMPC.

Satu majlis jamuan telah diadakan pada 13 Mei 2011 bertempat di Bilik Ridley bagi meraikan tamatnya tempoh latihan praktikal bagi 2 pelajar Jurusan Pengurusan Harta Tanah dari UTM, Skudai Johor. Mereka ialah Nurul Aismat bt Jaya dan Siti Amnah bt Kasim, yang telah memulakan latihan praktikal di Bahagian Pengurusan Hartanah sejak 3 Januari 2011.

Sempena persaraan beliau, satu majlis telah diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan terhadap perkhidmatan yang En. Iasahak telah curahkan kepada LGMPC. Semua warga LGMPC mendoakan supaya beliau dan keluarga sentiasa dalam keadaan yang sejahtera.

En. Dollah Mamat menerima cenderahati daripadaKetua Pegawai Eksekutif LGMPC

Iasahak Sai bersama kakitangan LGMPC diraikan pada majlis perpisahan

Page 10: 2011 Ulangi Prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18

Berita LGMPC • Keluaran 1310

Buat julung-julung kalinya satu Kursus Pertolongan Cemas bertajuk “Effective First Aid & CPR Technique” anjuran Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia diadakan di LGMPC bertempat di Dewan Banquet , Tingkat 2 , Bangunan Getah Asli pada 25 Julai 2011. Seramai 24 kakitangan dari Ladang dan Ibu pejabat telah mengikuti kursus ini.

Kursus pertolongan cemas dikendalikan oleh Global Infoskills Sdn Bhd dan sampaikan oleh penceramah Subramaniam Varatharaju selaku Pengurus Latihan dari Yayasan Jantung Negara.

Sesi ini menerangkan mengenai jenis-jenis pertolongan cemas yang boleh diberikan dan cara-cara pertolongan cemas.

Jika kursus dihadiri lebih ramai kakitangan, ia dapat memberi menafaat kepada semua LGMPC bila berlaku kecemasan, kata salah seorang kakitangan Ladang LGM Begia.

Sesi Kursus Dalaman“ Effective First Aid & CPR Technique”

Page 11: 2011 Ulangi Prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18

Berita LGMPC • Keluaran 13 11

HILANGKAN STRESS

SelamatHari Jadi

“Kadangkala kita rasa tertekan. Timbunan kerja dan ditambah masaalah peribadi membuat urat saraf terasa tegang. Hal tersebut membuat kita tidak mampu berfikir panjang dan emosi terus naik”. Ilustrasi sebegini dapat menghampiri siapa saja. Ada beberapa trick agar anda dapat menghindar dari stress. Mau tahu? Ketawa. Murah, malah anda tidak perlu membayar untuk ketawa. Ketawa mampu melepaskan efek antiadrenalin. Saya tidak menyarankan anda ketawa sendirian. Carilah teman untuk berbual dan membuat kelakar atau tontonlah drama komidi. Sekali sekala anda harus rileks dan santai. Gunung Everest tak boleh didaki dalam sehari. Untuk hilangkan penat dan jemu senyum dan ketawalah dan kerunsingan akan mengalir hilang bersamanya. Kita mulai dengan teka-teki ini:- Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?Pembohong...

Binatang ape yang seluruh anggota tubuh-nya kat kepala?Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?Neneknye si katak

Kenapa lelaki jarang kene penyakit anjing gila?Sbb lelaki ni kan ‘buaya’

Ape beza sekretari baik dengan sekretari kurang baik?Sekretari baik..................’Selamat pagi tuan’Sekretari kurang baik...........’Dah pagi ni tuan’

Ape persamaan Michael Jordan ngan Mi-chael Jackson?Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bila dah dapat buang, apa bendanya?Tahi hidung

Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ boleh diang-kat...

Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga LGMPC mengucapkan selamat menyambut harijadi kepada kakitangan berikut:

1. Abdul Kamar Pa Kamis 14 Julai2. Nor Mas Hayati 14 Julai3. Samsudin Abd Samat 15 Julai4. R.Thiagarajan 23 Julai5. Ab Rahim Ibrahim 27 Julai6. Foo Li Li 04 Ogos7. Mohd Farid Omar 04 Ogos8. Mohd Zosri 12 Ogos9. K. Jeevaraj 19 Ogos

10. Khairulniza Mohd Khair 23 Ogos11. Haslinda Abdul Kirom 26 Ogos12. Mohd Azizul Md Salah 30 Ogos13. Norbaiti Abdullah 1 Sept14. Mohd Tajudin 10 Sept15. Mohd Syafiq 12 Sept16. Nazura Hamdan 18 Sept17. Rashidi Abdul Majid 18 Sept

Page 12: 2011 Ulangi Prestasi 2010 - lgmpc.com.mylgmpc.com.my/images/berita/edisi-1-2011.pdf · Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC di dalam ucapannya di Jamuan Sambutan Tahun Baru 2011 pada 18

Berita LGMPC • Keluaran 1312

PenasihatHj Basri Hj Hamzah

Jawatankuasa EditorialZulkurnain Saaiddin

Wan Sharifudzillah Wan Abdul MalikHj Iskandar Zulkarnain Hussin

SIDANG PENGARANG BERITA LGMPC

Penyumbang BeritaMohd Amin Deraman

Shahriman Abdul SamadAbdul Rahman Ismail

JurugambarNor Azli Mat PayronSaiful Rizal Ghazali

Untuk mendalami motivasi kerja dalam Islam, kita perlu memahami terlebih dahulu fungsi dan kedudukan bekerja. Mencari nafkah dalam Islam adalah sebuah kewajipan. Islam adalah agama fitrah, yang sesuai dengan keperluan manusia, diantaranya keperluan fizikal. Dan, salah satu cara memenuhi keperluan itu ialah dengan bekerja.

Motivasi berkerja dalam Islam itu adalah untuk mencari nafkah yang merupakan sebahagian dari ibadah. Motivasi kerja dalam Islam bukanlah untuk mengejar kehidupan yang popular, bukan juga untuk status, apa lagi untuk mengejar kekayaan dengan segala cara. Tetapi untuk beribadah. Bekerja untuk mencari nafkah adalah perkara yang istimewa dalam pandangan Islam.

“Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang berkarya dan tampil (professional atau ahli). Barangsiapa bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah Azza wajalla. (HR. Ahmad)”

“Barangsiapa pada malam hari merasakan kelelahan dari usaha kedua tangannya pada siang hari maka pada malam itu dia diampuni oleh Allah. (HR. Ahmad)”

Hukumnya Wajib

Mencari rezeki yang halal dalam agama Islam hukumnya wajib. Ini menandakan betapa pentingnya mencari rezeki yang halal. Dengan demikian, motivasi kerja dalam Islam, bukan hanya memenuhi nafkah semata tetapi sebagai kewajipan beribadah kepada Allah setelah ibadah fardu lainnya.

“Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti solat, puasa, dll). (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)”

Perlu diperhatikan dalam hadis di atas, ada kata sesudah. Ertinya hukumnya wajib sesudah ibadah lain yang fardhu. Jangan sampai kerana merasa sudah bekerja, tidak perlu ibadah-ibadah lainnya. Meskipun kita bekerja, kita tetap wajib melakukan ibadah fardhu seperti solat, puasa, ibadah haji, zakat, jihad, dan dakwah. Jangan sampai kita terlena dengan bekerja tetapi lupa dengan kewajipan lainnya.

Jadi, tidak ada kata malas atau tidak serius bagi seorang Muslim dalam bekerja. Motivasi kerja dalam Islam bukan semata mencari wang semata, tetapi serupa dengan seorang mujahid, diampuni dosanya oleh Allah SWT, dan tentu saja ini adalah sebuah kewajipan seorang hamba kepada Allah SWT.

Semoga pekerjaan kita diredhai oleh Allah SWT

Moti vasi Ber ker ja Dalam Islam