2 krb3053

20
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 UNIT 2 ANALISIS SUKATAN PELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Mengenali sukatan pelajaran Bahasa Malaysia 2. Menghuraikan peranan dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Malaysia 3. Menjelaskan objektif program Bahasa Malaysia 4. Menghuraikan organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia 5. Menjelaskan kemahiran-kemahiran dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia PENGENALAN Sukatan pelajaran adalah satu program pembelajaran yang merupakan sebahagian daripada kurikulum persekolahan. Sukatan pelajaran berperanan sebagai alat penting yang memperuntukkan kandungan ilmu pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai bagi sesuatu mata pelajaran itu. Dalam konteks Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia, ia bertujuan memberi panduan kepada guru-guru melaksanakan program pembelajaran dengan berkesan dan dengan ini membolehkan murid-murid menguasai dan menggunakan bahasa dengan baik untuk tujuan-tujuan berkomunikasi dan kemudahan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.

Upload: safaruddin-abdul-samad

Post on 06-Aug-2015

85 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1

UNIT 2

ANALISIS SUKATAN PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini anda akan dapat :

1. Mengenali sukatan pelajaran Bahasa Malaysia

2. Menghuraikan peranan dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Malaysia

3. Menjelaskan objektif program Bahasa Malaysia

4. Menghuraikan organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia

5. Menjelaskan kemahiran-kemahiran dalam Sukatan Pelajaran Bahasa

Malaysia

PENGENALAN

Sukatan pelajaran adalah satu program pembelajaran yang merupakan

sebahagian daripada kurikulum persekolahan. Sukatan pelajaran berperanan

sebagai alat penting yang memperuntukkan kandungan ilmu pengetahuan serta

kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai bagi sesuatu mata pelajaran itu. Dalam

konteks Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia, ia bertujuan memberi panduan kepada

guru-guru melaksanakan program pembelajaran dengan berkesan dan dengan ini

membolehkan murid-murid menguasai dan menggunakan bahasa dengan baik

untuk tujuan-tujuan berkomunikasi dan kemudahan bagi mendapatkan ilmu

pengetahuan.

Page 2: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2

Sukatan pelajaran mengandungi beberapa perkara penting seperti rasional,

matlamat, objektif, organisasi sukatan pelajaran, kaedah mengajar dan lain-lain

maklumat khusus yang disediakan supaya guru-guru dapat menghayati semangat

dan kehendak sukatan pelajaran itu bagi memastikan tercapainya matlamat yang

telah ditetapkan.

ISI KANDUNGAN

Apakah Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia?

Program Bahasa Malaysia merangkumi asas berbahasa dalam kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang meliputi aspek-aspek mekanis,

penggunaan dan penaakulan. Pada tahap satu, murid-murid dipimpin untuk

mendengar, menyebut, mengenal dan membentuk lambang-lambang huruf dan

perkataan serta menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut dalam penulisan.

Dalam proses penguasaan kemahiran-kemahiran ini pengetahuan dan

konsep-konsep dalam mata pelajaran Alam dan Manusia digunakan sebagai

bahan-bahan mata pelajaran tersebut.

Pada tahap dua, penekanan diberi kepada kemahiran belajar melalui pembacaan,

perbincangan. dan penulisan serta penggunaan bahasa untuk berfikir dan

berkomunikasi. Program ini bertujuan meluaskan pengetahuan dan meningkatkan

kemahiran dan kecekapan murid-murid dalam bidang-bidang tersebut. Kemahiran

berkomunikasi dititikberatkan khusus untuk membolehkan murid-murid berinteraksi

di kalangan masyarakat berbilang kaum di samping dapat menggunakan kemahiran

itu untuk mengumpul ilmu pengetahuan.

Page 3: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3

Bahasa Malaysia dijangka dapat terus memainkan peranannya yang penting

sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perhubungan yang utama dan bahasa

perpaduan. Atas hakikat ini, maka kemahiran berbahasa amat diberi penekanan

dalam kurikulum baru sekolah rendah. Di akhir pembelajaran selama enam tahun itu

nanti, murid-murid diharap dapat mencapai tahap penguasaan yang baik dalam

kemahiran berbahasa dan dapat menggunakan bahasa itu sejajar dengan peringkat

perkembangan umur mereka.

Pelajaran Jawi mula diperkenalkan kepada murid-murid pada tahap dua. Mereka

diajar mengeja, membaca dan menulis dengan huruf Jawi serta digalakkan

membaca bahan-bahan prosa dan puisi yang ditulis dalam tulisan itu.

Apakah Peranan Sukatan Bahasa Malaysia?

Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai beberapa

peranan seperti berikut:

a. Ia menentukan rangka isi dan ruang lingkup kemahiran bahasa yang perlu

dikuasai oleh murid-murid bagi jangka masa enam tahun belajar di sekolah rendah.

Rangka isi dan ruang lingkup kemahiran bahasa ini telah dipilih, dikawal dan disusun

sesuai untuk pendidikan sekolah rendah.

b. la menyenaraikan. rasional, matlamat dan objektif-objektif pengajaran dan

pembelajaran bahasa pada peringkat rendah dengan tujuan untuk menyedarkan

guru-guru akan tujuan dan tanggungjawab mereka yang sebenar. la menjelaskan

hakikat dan tujuan-tujuan program pengajaran. dan pembelajaran.

c. la menyediakan satu organisasi program pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Malaysia peringkat sekolah rendah yang antara lain membantu guru-guru:

Page 4: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4

- menyediakan rancangan kerja tahunan, penggalan, bulanan, mingguan dan harian

pengajaran dan pembelajaran.

- menentukan kandungan, item, kaedah, strategi pengajaran dan. pembelajaran

serta penyediaan alat-alat bantu mengajar untuk pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dan bersistematik.

- memikirkan soalan-soalan peperiksaan atau lain-lain bentuk ujian dan penilaian

yang berdasarkan sukatan pelajaran.

d. la membolehkan pihak Biro Buku Teks dan penerbit-penerbit lain merancang dan

merangka kandungan buku teks yang akan menjadi teks murid-murid pada setiap

peringkat pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

e. la menyediakan item-item yang bukan sahaja dipraktikkan di dalam kelas tetapi

juga dapat dilakukan dalam kehidupan seharian.

f. la menyediakan kandungan item yang padu dan bertenaga yang dapat

mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa murid-murid di samping

menggalakkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik. Ini bertujuan

untuk menyediakan murid-murid untuk menghadapi hidup yang lebih bermakna.

Apakah Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia?

Matlamat sukatan pelajaran bahasa Malaysia adalah berhasrat menjadikan bahasa

itu bahasa yang utama di sekolah dan seterusnya digunakan secara meluas dalam

masyarakat Malaysia. Ini bermakna, bahasa itu akan menjadi bahasa pertuturan di

Page 5: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5

dalam masyarakat negara ini. Secara ringkas, matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa

Malaysia Sekolah Rendah ialah:

a. Bahasa Malaysia menjadi bahasa ilmu atau bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Semua bentuk penyampaian ilmu dan kemahiran mestilah dilakukan dalam bahasa

itu dan ini harus dilakukan sejak di sekolah rendah lagi. Buku-buku rujukan ditulis

dalam bahasa Malaysia sebagai bahan untuk meluaskan dan mendalamkan ilmu

pengetahuan.

b. Bahasa Malaysia menjadi bahasa yang penting dan utama sebagai alat

perhubungan. Masyarakat Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum, dan oleh

kerana itu, bahasa Malaysia digunakan sebagai alat berkomunikasi sesama mereka.

Penggunaan bahasa Malaysia sebagai alat berkomunikasi berbilang kaum ini

mestilah dimulakan dari sejak sekolah rendah lagi.

c. Bahasa Malaysia menjadi alat menyatupadukan rakyat Malaysia. Setiap penduduk

negara ini harus menyedari hakikat ini dan harus dimulakan pengamalannya

terhadap bahasa itu sejak sekolah rendah lagi. Murid-murid dibajai dengan

semangat untuk membangga dan mencintai bahasa Malaysia -sebagai bahasa

penduduk negaranya.

Page 6: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 6

AKTIVITI 2.1

Lengkapkan rajah berikut berkaitan tiga(3) matlamat sukatan pelajaran

Bahasa Malaysia.

MATLAMAT

SUKATAN

BAHASA

MALAYSIA

Page 7: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 7

Objektif Program Bahasa Malaysia

Di akhir program bahasa Malaysia, seseorang murid itu seharusnya boleh mencapai

objektif-objektif berikut:

a. Menghargai dan membanggai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan

negara dan alat perpaduan rakyat sesuai dengan semangat dan prinsip-prinsip

Rukunegara.

b. Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat di dalam

kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah.

c. Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang

sesuai di dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan

rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan

dan lain-lain.

d. Membaca kuat dan senyap untuk memahami isi-isi bacaan yang sesuai dengan

kematangan mereka dan menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan

amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan.

e. Menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya

serta memahami dan boleh mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan

seharian.

f. Menggunakan bahasa Malaysia untuk mempelajari hal-ehwal manusia dan alam

sekelilingnya.

Page 8: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 8

g. Menggunakan bahasa Malaysia sebagai alat untuk meluaskan lagi pengetahuan

dan pengalamannya.

h. Menghargai karangan prosa dan puisi.

Apakah Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia?

Sukatan pelajaran disediakan bagi enam tahun persekolahan rendah dan juga satu

tahun kelas peralihan bagi murid-murid berkenaan. la mengandungi dua perkara

penting - pertama senarai kemahiran bahasa dan kedua aspek-aspek pengajaran

dan pembelajaran tatabahasa.

a. Kemahiran Bahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia

Kemahiran-kemahiran bahasa yang dimaksudkan di sini ialah kemahiran lisan

(mendengar dari bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Semua

kemahiran ini termasuk menulis dalam bentuk tulisan Rumi dan Jawi harus dapat

dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah

menengah. Di antara kemahiran-kemahiran yang ditekankan ialah kemahiran lisan,

kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Dengan merujuk kepada senario yang terdapat dalam masyarakat masa kini, pada

pendapat anda mengapakah tulisan jawi tidak digunakan dengan seluasnya?

Page 9: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 9

KEMAHIRAN LISAN (MENDENGAR DAN BERTUTUR)

Dalam menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan

supaya murid-murid boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan betul dari segi

sebutan dan intonasi serta menggunakan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang

tepat. Berbagai-bagai latihan untuk berbagai-bagai aspek lisan boleh dijalankan

untuk penguasaan bahasa yang baik. Di antaranya ialah:

i. Kemahiran mendengar dan menyebut

Contohnya:

- Mengenal bunyi-bunyi

- Membezakan bunyi-bunyi

- Menamakan bunyi-bunyi yang didengar

- Mengajuk bunyi-bunyi yang diperdengarkan

- Mengecam' bunyi-bunyi menunjukkan arah datangnya

ii. Kemahiran mendengar, melakukan dan memberi arahan dan permintaan

Contohnya:

- Melakukan arahan yang lazim digunakan

- Melakukan sesuatu permintaan mudah dengan tepat

- Menyatakan permintaan dengan menggunakan perkataan bertatasusila

- Menyatakan arahan yang mudah difahami

- Melakukan tindak balas yang betul kepada permintaan dan arahan yang diberi

Page 10: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 10

iii. Kemahiran melafazkan pengucapan bertatasusila

Contohnya:

- Melafazkan pengucapan yang bertatasusila

- Menggunakan bentuk panggilan yang sesuai

- Menyesuaikan pengucapan yang bertatasusila mengikut konteks

- Mematuhi tatatertib yang harus diikuti semasa berbual

iv. Kemahiran bersoal jawab

Contohnya:

- Membina soalan-soalan mudah

- Menyoal untuk mendapatkan maklumat

- Menyoal untuk mengetahui cara menjalankan sesuatu tugas

- Menyoal dalam bentuk temu ramah yang mudah

- Menyoal dengan menggunakan berbagai-bagai rangsangan

- Menjawab dengan spontan

- Menjawab dengan memberikan penerangan yang meluas

v. Kemahiran bercerita

Contohnya:

- Menamakan benda-benda maujud atau gambar

- Menamakan atau mengkelaskan benda atau gambar

- Menerangkan bentuk, warna dan saiz benda maujud

- Bercerita semula mengenai sesuatu perkara dengan penuh ga~ya dan perasaan

Page 11: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 11

- Bercerita berpandukan gambar atau keadaan

vi. Kemahiran menyampaikan berita dan laporan

Contohnya:

- Melaporkan sesuatu yang didengar atau dilihat dengan tepat dan ringkas

- Memahami dan mengulas isi sesuatu laporan

- Menilai sesuatu berita atau laporan

- Menyenaraikan perkataan-perkataan, frasa atau ayat-ayat yang susah dalam

sesuatu laporan atau berita

- Menyenaraikan isi penting sesuatu laporan dan berita

vii. Kemahlran menyampaikan ucapan dan syarahan

Contohnya:

- Menyampaikan ucapan dengan menggunakan bahasa, intonasi, gaya dan suara

yang baik

- Mengajuk contoh-contoh ucapan yang baik

- Menyampaikan syarahan dengan menggunakan bahasa, intonasi gaya dan suara

yang sesuai

viii. Kemahiran berlakon dan berpuisi

Contohnya:

- Mengucapkan kata bual yang direka oleh murid atau guru

- Mengucapkan kata bual sesuatu watak dalam sesuatu cerita Berlakon dengan

penuh perasaan Melafazkan syair Mendeklamasikan sajak

Page 12: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 12

ix. Kemahiran berbincang dan berbahas

Contohnya:

- Menyampaikan pendapat dan buah fikiran yang tepat dalam sesuatu perbincangari

- Mengumpul isi atau bahan-bahan untuk sesuatu perbincangan

- Bercakap mengenai isi atau bahan semasa berbual atau berbincang

- Menegaskan sesuatu idea dengan jelas

- Berhujah ish dengan petah dan lancar

KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca adalah kemahiran yang kedua selepas kemahiran lisan

(mendengar dan bertutur) yang harus dikuasai oleh murid-murid. Pada peringkat ini,

murid-murid harus boleh membaca dengan kepantasan, intonasi dan jeda yang

sesuai serta dapat mengesani isi atau idea-idea penting yang dibacanya. Ada

beberapa kemahiran yang perlu diberi perhatian untuk mencapai tahap keupayaan

membaca yang baik. Di antaranya ialah kemahiran pra bacaan, kemahiran bacaan

mekanis, dan kemahiran membaca dan memaham.

i. Kemahlran prabacaan

Kemahiran pra bacaan mengandungi kemahiran-kemahiran yang akan dapat

menyediakan asas bacaan di kalangan murid-murid. Antara aktiviti yang boleh

dijalankan ialah:

Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama

Memilih yang sama dan yang berbeza warna, corak dan saiz

Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf

Mengkelaskan benda-benda atau gambar-gambar mengikut kumpulan

Page 13: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 13

Menyusun benda atau gambar mengikut urutan yang munasabah

ii. Kemahiran bacaan mekanis

Kemahiran bacaan mekanis ini mengandungi kemahiran-kemahiran mengenal,

membaca dan membunyikan huruf, perkataan dan urutan-urutan perkataan yang

membentuk ayat-ayat. Di antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah:

Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan

ii Membaca perkataan bergambar

Menyusun semula huruf-huruf yang diberi untuk membina perkataan dengan

berpandukan gambar

Membunyikan suku kata yang ditunjukkan

Membatangkan suku kata terbuka dan suka kata tertutup dalam perkataan

Mengeja perkataan, membaca ayat dan sebagainya

iii. Kemahiran membaca dan memaham

Kemahiran membaca dan memaham biasanya dikenali juga sebagai bacaan

penaakulan. Bacaan jenis ini biasanya dilakukan secara senyap. Di antara aktiviti

membaca dan memaham yang boleh dijalankan ialah:

Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-perkataan

yang diberi

Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi

Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan

Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah

Page 14: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 14

Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan

vi Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lukisan

KEMAHIRAN MENULIS

Dalam kemahiran menulis, penekanan harus diberikan kepada tulisan yang

jelas dengan menggunakan tanda-tanda baca serta ejaan yang betul dan tepat. Ada

beberapa kemahiran yang perlu dikuasai dan di antaranya ialah kemahiran pra

tulisan, kemahiran tulisan mekanis dan kemahiran tulisan dan karangan:

i. Kemahiran pra tulisan

Kemahiran pra tulisan mengandungi aktiviti-aktiviti yang akan memberi persediaan

menulis kepada kanak-kanak. Mereka dilatih supaya boleh memegang alat-alat

menulis dan dapat meniru bentuk-bentuk huruf dengan baik. Di antara aktiviti-aktiviti

yang boleh dijalankan ialah.

Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan

Melakukan latihan-latihan pergerakan mata

Melakukan latihan4atihan koordinasi tangan dan mata

Menguasai erak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa

dan sempurna

ii. Kemahiran tulisan mekanis

Kemahiran ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang bersifat mekanis iaitu kemahiran

meniru huruf, menulis huruf dalam bentuk suku kata dan perkataan. Di antara

latihan4atihan yang boleh dijalankan ialah:

Page 15: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 15

Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan

Menulis huruf mengikut urutan yang telah ditetapkan

Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang

bermakna

Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan

Menyalin perkataan dan ayat mudah

iii. Kemahiran tulisan dan karangan

Kemahiran ini dijalankan untuk membolehkan murid-murid menulis dengan

baik. Biasanya aktiviti kemahiran tulisan dan karangan bertujuan memahirkan

murid-murid melahirkan perasaan, bakat dan fikiran mereka secara bertulis. Antara

aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah:

Melakar peta daripada teks yang dibacakan

Mengisi silang kata

Mengisi tempat kosong dalam ayat

Menulis dengan cara dan gaya yang betul

Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan-perkataan yang diberi

Menulis berdasarkan gambar, rajah dan sebagainya

Menulis cerita, berita dan laporan

Page 16: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 16

AKTIVITI 2.2

Page 17: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 17

b. ASPEK TATABAHASA

Penggunaan bahasa berdasarkan tatabahasa yang betul perlu dikuasai oleh

murid-murid. Pada peringkat sekolah rendah, pengajaran tatabahasa hendaklah

menitikberatkan penggunaannya. Oleh itu unsur-unsur tatabahasa ini diajarkan

secara tidak formal. Tujuan pengajaran tatabahasa di sekolah-sekolah rendah ialah

i. untuk membolehkan murid-murid mengesan kelainan erti perkataan Yang

imbuhannya berbeza-beza.

ii. untuk membolehkan murid-murid menggunakan perkataan-perkataan berimbuhan

tepat dan berkesan dalam lisan dan tulisan.

iii. untuk membolehkan murid-murid menggunakan berbagai-bagai jenis kata dalam

berbagai-bagai konteks.

iv. untuk membolehkan murid-murid membina ayat dengan tepat dan jelas.

v. untuk membolehkan murid-murid menggunakan frasa Yang tepat.

vi. untuk membolehkan murid-murid membina berbagai-bagai jenis dan bentuk ayat

dalam berbagai-bagai konteks dengan tepat, indah dan jelas.

Page 18: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 18

Tatabahasa dibahagikan kepada dua bahagian.

(a) Morfologi

(b) Sintaksis

a. MORFOLOGI

Aspek morfologi ialah kajian mengenai kata dan pembentukan kata. Di antara

kajian-kajiannya ialah:

i. Kelas kata: Kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata hubung, kata

depan, kata seru, kata partikel, kata ganda, kata bantu, kata nafi, kata diri dan

penjodoh bilangan.

ii. Imbuhan: Imbuhan ber, me, me .... kan, me .... i, di, ter,

kan, pe, pe .... an, per .... an, ke, ke ... an,

. . . . an, dan penambah pinjaman seperti maha,

pro, tata, juru, . . . . wan ............. wati man.

b. SINTAKSIS

Aspek sintaksis ialah kajian-kajian terhadap frasa dan ayat. Di antara kajian-kajian

yang diperuntukkan ialah:

i. Frasa : Frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa (Rangkai kata) sendi,

frasa bilangan dan frasa adverba.

Page 19: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 19

ii. Ayat: Pola ayat inti, pola ayat terbitan, pola ayat tanya, pola ayat sefuan,

pola ayat kehendak, permintaan dan perintah, pola ayat berkait,

pola

ayat kompleks dan sebagainya.

RUMUSAN

Unit ini membincangkan mengenai sukatan pelajaran Bahasa Melayu serta

menghuraikan organisasi sukatan pelajaran Bahasa Melayu itu. Aktiviti dan latihan

yang berkaitan disediakan untuk membantu pengetahuan dan pemahaman pelajar

tentang sub-topik yang berkaitan. Secara keseluruhnnya semua aspek yang

terdapat dalam sukatan pelajaran penting bagi pelajar-pelajar untuk memahami dan

tahu cara melaksanakannya.

KATA KUNCI

Sukatan Pelajaran : Sukatan Pleajaran ialah dokumen yang menyatakan kandungan

yang perlu diajar bagi sesuatu mata pelajaran tertentu pada tahap tertentu.

Morfologi :Morfologi ialah ilmu bahasa mengkaji struktur bentuk dan

penggolongan kata.

Sintaksis : Sintaksis adalah kajian bagaimana aya-ayat dibentuk bermula dengan

perkataan, klausa dan frasa.

PENILAIAN KENDIRI

1.

menggunakan laras bahasa yang betul

menghargai dan menghayati keindahan bahasa

mengungkapkan peribahasa, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan

Kesemua di atas dapat dicapai melalui salah satu unsur pengisian kurikulum yang

berikut :

Page 20: 2 krb3053

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 20

A. ilmu dan nilai B. peraturan sosiobudaya C. kemahiran bernilai tambah D. patriotisme dan kewarganegaraan

2. Yang berikut ialah tujuan kurikulum Bahasa Melayu digubal

I. menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi

II. menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat III. mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran

yang lain IV. mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. I, II, III, dan IV

3. Pernyataan yang tidak tepat menjelaskan aspek ‘Hasil Pembelajaran’ dalam kurikulum

Bahasa Melayu ialah

A. Pernyataan hasil pembelajaran ditafsirkan daripada matlamat kurikulum bahasa.

B. Hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu

dikuasai oleh murid.

C. Aspek ini membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur

pengajaran yang relevan dan berkesan.

D. Hasil pembelajaran dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran

bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.