2. kajian semula

Upload: wee-wui

Post on 07-Jul-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 2. Kajian semula

    1/6

    2.0 KAJ IAN SEMULA

    Denif is i

     Asma Bronkiol adalah sejenis penyakit yang bercirikan serangan sesak nafas

    dan bunyi ‘wheezing’ yang berulang, di mana tahap keterukan dan kekerapanserangan adalah berbeza-beza terhadap individu-individu berlainan. Serangan boleh

    berlaku mengikut jam atau hari. Keadaan ini adalah disebabkan oleh inflamasi pada

    trek respiratori, yang meningkatkan responsive dan menyebabkan iritasi ke atas

    salur pernafasan. Dalam serangan, lapisan saluran akan membengkak,

    menyebabkan saluran udara mengecil, kekurangan kemasukan dan pengeluaran

    udara dari paru-paru dan seterusnya menyebabkan individu sesak nafas.

    (WHO, 2015)

     Asma Bronkiol adalah satu keadaan yang bercirikan penyumpitan saluran pernafasan, disebabkan spasma tisu lembut, edema mukosa dan kehadiran mukus

    dalam lumen bronki dan bronkiol. Ia disebabkan oleh pembebasan spasmogen dan

    vasoaktif akibat daripada reaksi alergik.

    Simptom-simptomnya termasuklah dyspnoea, wheezing dan batuk. Serangan

    boleh disebabkan dari alergen bawaan udara (debu, debunga, bulu binatang),

     perangsang yang lain (cuaca sejuk, asap rokok), kegiatan fizikal (senaman yang

    berlebihan), jangkitan trek respiratori, tekanan emosi atau faktor-faktor lain.

    (The American Heritage® Stedman's Medical DictionaryCopyright © 2002, 2001, 1995 by Houghton Mifflin Company.)

    Menurut Dr. Rahmat Awang melalui Dewan Kosmik terbitan Ogos, 1999 pula,

    asma atau lebih dikenali sebagai penyakit lelah atau leput, adalah sejenis penyakit

     paru-paru yang terjadi akibat dari keradangan dan penguncupan salur pernafasan.

    Beliau menambah lagi, penghidap penyakit ini akan menunjukkan beberapa tanda

    atau gejala tertentu. Di antaranya termasuklah bunyi pernafasan seolah-olah orang

    bersiul, terutama sekali apabila pesakit itu menghembus nafasnya. Ia dinamakan

    ‘wiz’ yang kedengaran secara berulang-ulang. walaubagaimanapun, tidak semua

     pesakit akan mengalami ‘wiz’, tetapi akan mengalami tanda seperti batuk terutama pada waktu malam atau selepas melakukan sebarang aktiviti fizikal.

  • 8/19/2019 2. Kajian semula

    2/6

    Kadar ins iden asma  

    Menurut kajian yang telah dijalankan oleh World Health Organisation (WHO),

    dianggarkan sejumlah 100 hingga 150 juta penduduk serata dunia adalah penghidap

    asma, dan jumlah ini dijangka meningkat dari tahun ke tahun. Serata dunia juga,

    anggaran mortaliti akibat dari penyakit ini adalah 180,000 kes setiap tahun. Di

    Negara-negara maju seperti Jerman contohnya, dianggarkan sejumlah 4 juta

     penduduknya menghidap asma. Di Negara Bersekutu (United States), dianggarkan

     penghidap asma meningkat melebihi 60% pada awal 1980-an, dan kadar mortaliti

    dijangka mencecah 5,000 setiap tahun. Walaubagaimanapun, kes asma bukan

    sahaja menyerang di negara-negara maju, malahan juga di negara-negara

    membangun, dan dilaporkan lebih banyak kes berbanding negara-negara maju. Di

    India, contohnya, dianggarkan sebanyak 15-20 juta penduduknya penghidap asma.

    Di Malaysia pula, memetik artikel dari utusan internet, oleh Mariatul Qatiah

    Zakaria, menurut Datuk Dr. Zainudin Md. Zin, jumlah penghidap asma dalam

    kalangan kanak-kanak yang berumur bawah 14 tahun berada pada kadar 4.5

     peratus. Dalam kalangan yang berumur 14 tahun dan ke atas pula adalah dalam

    kadar 4.1 peratus. Beliau juga mengatakan bahawa penyakit ini merupakan salah

    satu penyakit yang merbahaya, di mana hanya seperempat pesakit sahaja yang

    dapat mengawal penyakit ini, manakala selebihnya gagal untuk mengawalnya.

    Beliau menambah lagi dengan adanya pelbagai teknologi dan revolusi hari ini,

     pelbagai jenis penawar dapat dihasilkan pun begitu, merevolusikan rawatan dan

     pengendalian untuk mencapai peratusan lebih tinggi dalam kawalan asma amat

    diperlukan.

  • 8/19/2019 2. Kajian semula

    3/6

    Faktor-faktor peny ebab

    Penulis Rees and Kanabar (2000) menyatakan faktor asma dibahagi

    kepada 2, iaitu faktor ekstrinsik (luaran) dan faktor intrinsik (dalaman). Bagi

    serangan yang disebabkan faktor ekstrinsik, ia dikenali sebagai Asma Atopik di

    mana episod asma boleh terjadi disebabkan reaksi alergi kepada spora, debunga,

    kulat, bulu haiwan dan juga makanan. Reaksi alergi ini akan disertai oleh dermatitis,

    urtikaria atau rinitis. Bagi serangan asma yang disebabkan faktor instrinsik pula

    adalah disebabkan faktor-faktor seperti cuaca sejuk, asap rokok, inhalasi bau kuat

    seperti cat, spray atau gasolin dan infeksi saluran pernafasan.

    Secara amnya, faktor-faktor penyebab asma sendiri adalah idiopatik, pun

    begitu, terdapat faktor-faktor pencetus kepada serangan asma. Salah satu

    daripadanya adalah reaksi tubuh badan terhadap alahan. Menurut WHO, faktor

    utama pencetus serangan asma, terutama kepada kanak-kanak adalah daripada

    faktor allergen dalam rumah, seperti debu dari tilam, karpet atau perabot. Selain

    daripada itu, reaksi alahan juga boleh terjadi akibat daripada bulu-bulu haiwan

     peliharaan.

    Faktor yang ke-dua adalah daripada rangsangan dari udara, termasuklah

    asap rokok, pembakaran kayu atau arang. Perkara ini dinyatakan dalam artikel oleh

     Asthma and Allergy Foundation of America (1995, tambahan 2011), dengan

    menambahkan lagi bahawa bau yang sangat kuat seperti bau pewangi, cat, spray,

    gasoline atau wangian sabun yang terlampau kuat. Walaupun pesakit tidak

    mempunyai sebarang alahan terhadap rangsangan-rangsangan tersebut, namun iaboleh memburukkan lagi keadaan keradangan dan sensitiviti saluran pernafasan.

    Kenyataan ini juga dikuatkan lagi melalui penulisan Longmore (1985), yang

    mengatakan faktor utama serangan penyakit asma adalah termasuklah alahan

    terhadap asap rokok serta inhalasi bau yang terlampau kuat.

    Selain daripada itu, infeksi saluran atas (URTI) juga adalah salah satu

     penyebab berlakunya serangan asma. Menurut Asthma and Allergy Foundation of

     America (1995, tambahan 2011), URTI seperti demam, selsema, sakit tekak atau

     jangkitan pada sinus, merupakan faktor utama pencetus serangan asma dalam

    kalangan kanak-kanak. Levi et. Al (1993) juga ada menyatakan bahawa URTI(samada virus atau bakteria), adalah salah satu daripada faktor pencetus serangan

    asma.

    Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa stress juga boleh mencetus

    kepada serangan asma. Memetik artikel dari WebMD (2005), stress merupakan

    salah satu perkara yang kerap mendatangkan serangan asma. Hal ini kerana

    apabila seseorang stress, beliau akan mengalami nafas yang singkat, resah malah

    akan menjadi panik. Stress akan menyebabkan serangan asma menjadi lebih teruk.

  • 8/19/2019 2. Kajian semula

    4/6

      Menurut WHO, sebab lain pencetus serangan asma adalah oleh aktiviti fizikal

    yang berlebihan, terutama jika akitiviti dilakukan semasa cuaca yang sejuk.

    Symptom-simptom yang disebabkan pencetus ini mungkin tidak akan menunjukkan

    sebarang symptom, tetapi hanya selepas beberapa ketika selepas aktiviti fizikal.

     Apabila simptomnya lebih awal dari yang dinyatakan, pesakit haruslah segeraberjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Aktiviti fizikal yang boleh

    mencetuskan serangan asma bukan hanya aktiviti yang berbentuk senaman,

    malahan seperti ketawa, menangis, menahan nafas atau ‘hiperventilasi’ juga boleh

    mencetus serangan asma.

    Faktor pencetus yang seterusnya adalah faktor genetik, di mana ibu atau

    bapa atau ahli keluarga lain yang penghidap atau pernah mendapatkan rawatan

    sebagai pesakit asma. Memetik artikel dari internet, Medical News Today (2007),

    genetic juga memainkan peranan yang penting sebagai pencetus kepada serangan

    asma, sebagaimana genetik memainkan peranan yang penting dalam sitem imunititubuh badan. Penulis Rees and Price (1997) pernah mengulas mengatakan asma

    boleh diperolehi melalui keturunan iaitu budaya yang mempunyai sejarah penyakit

    asma. Beliau berpendapat, apabila faktor genetik menyebabkan kanak-kanak

    mempunyai potensi menghidap asma bronkiol, ia akan menunjukkan symptom-

    simptom semasa dalam proses tumbesaran.

    Di samping itu, terdapat juga faktor pencetus seperti faktor cuaca, seperti

    angina yang kering, cuaca yang sejuk, atau sebarang perubahan terhadap cuaca

    yang secara tiba-tiba. Memetik artikel dari internet, Medical News Today (2007) ada

    menyatakan bahawa perubahan cuaca juga boleh menyebabkan serangan asmaberlaku. Malahan, terdapat di beberapa tempat, di mana dilaporkan bahawa

    kelembapan udara juga mengundang kepada faktor pencetus serangan asma.

    Terdapat juga kenyataan yang megatakan bahawa faktor obesiti juga

    merupakan salah satu daripada faktor-faktor pencetus serangan asma. Sekali lagi,

    memetik dari artikel Medical News Today (2007), ada menyatakan bahawa dewasa

    yang berlebihan berat badan, yang mempunyai Body Mass Index (BMI) dalam

    anggaran lingkungan 25-30 akan lebih berisiko berbanding dengan dewasa yang

    tidak berlebihan berat badan. Bagi dewasa yang Obesiti, yang mempunyai BMI

    melebihi 30 pula, adalah 2 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit asma.

    Kesimpulannya, pencegahan awal adalah sangat penting bagi mengelakkan

    sebarang kejadian serangan asma bronkiol terutamanya dalam kalangan kanak-

    kanak. Ibu bapa atau penjaga perlu mengetahui serba sedikit tentang tanda-tanda

    dan simptom-simptom serangan asma agar tidak berlaku sebarang komplikasi yang

    lebih teruk berlaku.

  • 8/19/2019 2. Kajian semula

    5/6

    3.0 REKA BENTUK DAN METODOLOGI  

    3.1 REKA BENTUK

    Reka bentuk yang telah dipilih dalam menjalankan kajian ini adalah secara

    Descriptive Study. Kaedah ini dipilih kerana ia adalah satu cara yang paling mudahdalam menjalankan sesuatu penyelidikan. Selain itu, kaedah ini turut memudahkan

     penganalisaan data dijalankan melalui gambaran yang tepat berdasarkan penemuan

    yang diperoleh semasa menjalankan kajian. Dengan kaedah ini juga, masa dapat

    dijimatkan dan kajian dapat ditamatkan dalam tempoh yang singkat.

    3.2 SAMPEL DAN RESPONDEN  

    Pemilihan sampel dalam menjalankan kajian ini dibuat secara Incidential, di

    mana setiap pesakit atau penjaga, tanpa mengira umur, bangsa atau jantina, yang

    datang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Debak, diberi borang soal selidik

    untuk diisi dengan jujur. Seramai 20 orang responden telah dipilih bagi mendapatkan

    maklumat yang mencukupi sebelum analisa dapat dijalankan.

    3.3 INSTRUMEN (BORANG SOAL SELIDIK)

    Borang soal selidik adalah amat bersesuaian untuk memperoleh maklumat

    dalam skala yang terkawal di samping mudah dan menjimatkan masa. Hal ini adalahkerana pesakit sendiri yang akan menjawab borang soal selidik yang telah

    disediakan, mengikut pilihan jawapan yang juga telah disediakan di dalam borang

    tersebut. Bagi pesakit atau ibu bapa yang tidak tahu membaca atau menulis, kaedah

    lisan akan digunakan untuk menjawab soalan dalam borang tersebut. Borang soal

    selidik tersebut dibahagikan kepada lima bahagian.

    Bahagian pertama merupakan demografi pesakit yang meliputi maklumat

     peribadi pesakit seperti umur, bangsa, jantina, pekerjaan dan sejarah keluarga yang

    menghidap penyakit asma. Dalam bahagian ini, latar belakang pesakit dapat

    dikenalpasti di samping sebarang sejarah keluarga pesakit yang menghidap atau pernah menghidap penyakit asma.

    Bahagian kedua adalah untuk menilai tahap pengetahuan responden tentang

    faktor-faktor pencetus serangan asma yang secara amnya. Jawapan untuk soalan-

    soalan adalah berbentuk dwipilihan, dan responden hendaklah memilih salah satu

    daripadanya.

    Bahagian ketiga pula adalah untuk mengenalpasti keadaan persekitaran

    responden, yang boleh mencetus alahan responden dan seterusnya menyebabkan

    serangan asma. Dalam bahagian ini juga, responden dikehendaki memilih hanyasatu jawapan, di antara dua jawapan yang telah disediakan.

  • 8/19/2019 2. Kajian semula

    6/6

      Bahagian keempat terdiri daripada soalan-soalan mengenai aktiviti-aktiviti

    fizikal yang boleh mencetus kepada serangan asma dalam kalangan responden.

    Bahagian ini juga menyentuh kekerapan responden melakukan senaman atau

    aktiviti fizikal yang lain dalam masa seminggu.

    Bahagian kelima atau yang terakhir pula menyentuh sumber-sumber

     pendidikan kesihatan yang diperolehi responden. Bahagian ini adalah bertujuan

    untuk mengetahui sumber-sumber pendidikan kesihatan dan untuk meningkatkan

    tahap pengetahuan pesakit mengenai penyakit yang mereka hidapi.

    3.4 BAHAN-BAHAN RUJUKAN

    Bahan rujukan adalah sumber yang paling penting dalam menjayakan

     penyelidikan ini. Dalam kajian ini, bahan-bahan rujukan yang telah digunakan adalahseperti sumber dari internet, buku-buku rujukan, jounal-journah, risalah, kajian

    terdahulu serta statistik yang telah dikeluarkan oleh organisasi-organisasi kesihatan

    samada di dalam ataupun luar negara.

    3.5 PILOT STUDY  

    Dalam mengenalpasti masalah yang timbul sebelum memberikan borang soal

    selidik kepada responden, terlebih dahulu Pilot Study telah dilakukan. Ini adalah

    untuk menguji pemahaman responden ataupun penjaga tentang soalan-soalan yang

    ingin ditanya. Ini juga untuk menilai keberkesanan borang soal selidik dalam

    memenuhi kehendak-kehendak dalam objektif  –objektif spesifik yang telah

    ditetapkan. Melalui cara ini juga, segala kekurangan atau kelemahan dapat

    dikenalpasti dan diperbaiki sebelum penyerahan borang soal selidik yang sebenar.

    Pilot Sudy ini telah dijalankan dalam masa 2 hari, di mana 5 orang responden telah

    dipilih.

    3.6 PENGUMPULAN MAK LUMAT DAN DATA 

    Setelah mendapatkan kebenaran dari Penolong Pegawai Perubatan yang

    menguasa, pengumpulan data telah pun dijalankan, dan tempat kajian yang telah

    dipilih adalah Klinik Kesihatan Debak. Seramai 20 orang responden dipilih secara

    rawak tanpa mengira umur, jantina dan bangsa, untuk mengisi borang soal selidik.

    Bagi responden yang tidak pandai membaca atau menulis, kaedah verbal digunakan

    ke atas mereka. Segala maklumat dari responden akan dibentangkan dalam bentuk

     jadual, carta pai dan graf, bagi memudahkan data difahami melalui persembahan

    data. Selain itu, data juga akan dibentangkan dalam bentuk teks dan akan

    dibincangkan kemudiannya dalam bahagian perbincangan.