1.docx

19
FALSAFAH BAHASA MELAYU Pendahuluan Berdasarkan ayat di atas, terdapat tiga perkataan yang berbeza tetapi membawa satu makna. Jika setiap perkataan ini diasingkan akan menunjukkan makna yang berbeza. Definisi falsafah berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Terdapat beberapa pandangan yang berbeza mengikut pemahaman sendiri. Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno (philosophia), dan dalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah" berdasarkan (Al-Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa. Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai: "Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate reality, or with the most general causes and principles of things and ideas and human perception and knowledge of them, physical phenomena and ethics" Oleh yang demikian, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran. Namun, ada juga falsafah yang bersifat relatif seperti Liberalisme, Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan banyak lagi. 3

Upload: muel-phine

Post on 29-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: 1.docx

FALSAFAH BAHASA MELAYU

Pendahuluan

Berdasarkan ayat di atas, terdapat tiga perkataan yang berbeza tetapi membawa satu

makna. Jika setiap perkataan ini diasingkan akan menunjukkan makna yang berbeza.

Definisi falsafah berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat ialah pengetahuan tentang

pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu

lain. Terdapat beberapa pandangan yang berbeza mengikut pemahaman sendiri.

Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno (philosophia),

dan dalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah" berdasarkan (Al-

Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta

matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa. Dalam Oxfort

Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:

"Seeking af ter wisdom or knowledge especia l ly that which deals

wi th ultimate reality, or with the most general causes and principles of

things and ideas and human perception and knowledge of them, physical

phenomena and ethics"

Oleh yang demikian, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran.

Namun, ada juga fa lsafah yang bers i fat re lat i f sepert i L iberal isme,

Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme

dan banyak lagi.

Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran

dan As-Sunnah. Perkataan hikmat d isebut beberapa kal i d i dalam Al-

Quran dengan maksud yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Hikmah ada

kalanya bermaksud bijaksana (surah An-Nahli 125). Mengikut Muhammad Nasir (1978)

hikmah di sini bermaksud mengenal golongan. Sheikh Muhammad Abduh pula

berkata bahawa "Hikmah i tu ia lah memahami sesuatu tentang rahsia

dan faedahnya". Menurut Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu

yang benar yang menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang

3

Page 2: 1.docx

berfaedah" Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem". Ia bermaksud

orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan

halus (Muhammad Nasir, 1978). Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu

ilmu yang tinggi martabatnya

Makna Falsafah daripada Perspektif Barat, mengikut Socrates (469-399 s.m.)

pembentukan pengetahuan yang murni amatlah penting untuk mencapai

kebijaksanaan. Beliau juga menyatakan bahawa falsafah berdasarkan dari usaha

melalui penyelidikan sejati untuk mencapai kebaj ikan. Falsafah Socrates

adalah berpusatkan kepada manusia dan tingkah lakunya. Menurut Socrates

“ . . . i l m u p e n g e t a h u a n y a n g m e r a n g k u m i k e b e n a r a n .

T e r k a n d u n g d i d a l a m n y a s e p e r t i m e t a f i z i k , l o g i k , r e t o r i k ,

e t i k a , e k o n o m i , p o l i t i k d a n estetika.”

Plato (427-347 s.m.) pula mengatakan bahawa falsafah ialah usaha

untuk mencar i kear i fan melalu i proses dia lekt ik dan usaha untuk

mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Konsep Plato mengenai falsafah adalah

pelbagai dan dapat diperhatikan dengan jelas dalam karya-karyanya. Konsep Plato

telah mempengaruhi pemikiran Barat amnya dan ahli-ahli pendidik khususnya

semenjak lebih daripada dua ribu tahun dahulu.

Cicero (106-43 sm.) merupakan ahli falsafah Romawi, menyebut falsafah

sebagai ibu dari semua seni. Mengikut beliau falsafah ialah punca dari segala

ilmu pengetahuan yang terluhur. Beliau juga menegaskan f a l s a f a h s e b a g a i

s e n i k e h i d u p a n . K o n s e p C i c e r o i n i b e r k e m b a n g l u a s d i kalangan

orang biasa yang terpelajar pada zaman Renaissance (1450-1600). Thomas Aquinas

(1225-1274) Beliau ialah seorang tokoh falsafah dari abad ke-13 iaitu abad ilmu

pengetahuan. Mengikut beliau falsafah ialah alat untuk menetapkan kebenaran

ketuhanan sekadar yang dapat dicapai oleh akal manusia. Tegasnya lagi

kebenaran teologi (ketuhanan) yang di ter ima oleh kepercayaan melalui

wahyu tidak dapat ditentang oleh suatu kebenaran falsafah yang dicapai dengan

akal manusia.

4

Page 3: 1.docx

Pengertian Falsafah daripada Perspektif Timur . Pertama, Confucius iaitu

seorang tokoh dari China mengatakan bahawa falsafah adalah berkenaan pemupukan

diri dan mengamankan manusia sejagat. Falsafah beliau adalah mengenai pengajian

tentang manusia (Ren Xue).Kedua, menurut Rabindranath Tagore falsafah adalah

berdasarkan perubahan dan membentuk semula pengalaman atau dengan kata lain

ilmu pengetahuan dapat diperoleh melalui cara perhubungan manusia dengan alam

sekitar disamping berpegang kepada prinsip bahawa pembelajaran berpusatkan minat.

Ketiga, mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan (1984),

memberi tafsiran falsafah iaitu, falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian

mengenai pertimbangan terhadap perkara penting.

Keempat, mengikut seorang filasuf Indonesia, Hasbullah Bakry dalam Sains

Falsafah dan Agama (1982) ilmu falsafah adalah ilmu yang menyelidiki segala sesuatu

dengan mendalam mengenai ketuhanan, alam semesta dan manusia sehinga dapat

menghasilkan pengetahuan tentang bagaimana sikap manusia itu sebenarnya setelah

mencapai pengetahuan itu.

Beberapa tokoh telah mengulas tentang makna falsafah. Manakala, definisi bagi

bahasa menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah sistem lambang bunyi suara yang

dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Prof. Dr.

Awang Sariyan, mengatakan bahawa "bahasa ialah pancaran akal budi". Edward Sapir

menjelaskan bahasa ialah suatu sitem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh

manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.

Lutfi Abas (1975: 4 ) mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam

linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi

yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama,

dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok

manusia itu berkomunikasi. Asmah Omar (1983: 376) bahasa hanyalah bunyi yang

dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak

manusiaDisebalik ciri fizikal ini terdapat makna.

5

Page 4: 1.docx

Dr. Anis Farihah (1973:12) juga pernah mengatakan “Bahasa” ialah :

Suatu fenomena psikologi kemasyarakatan, dan kebudayaan, boleh diperolehi

(dipelajari), tidak mempunyai sifat biologi, perlu untuk setiap individu, terbentuk

daripada sekelompok lambang-lambang bunyi bahasa, yang menghasilkan

makna-makna yang tercerap ke dalam minda melalui proses pengujian

(interaksi). Dengan sistem lambang bunyi ini sesebuah masyarakat bahasa

dapat berinteraksi dan saling memahami.

Harimurti Kirdalaksana(1983:17) mentakrif “Bahasa” sebagai :

“Sistem lambang yang aribtrer yang dipergunakan oleh sesuatu masyarakat

untuk bekerja sama, berinteraksi dan mengindentifikasikan diri.

Dalam tajuk Falsafah Bahasa Melayu terdapat tiga subtopik yang akan

dibahaskan iaitu ;

1. Hakikat Bahasa Melayu

2. Bahasa dan Pemikiran Melayu

3. Bahasa dan Budaya Melayu.

6

Page 5: 1.docx

1. Hakikat Bahasa Melayu

Menurut Prof. Dr.Asmah Haji Omar dalam bukunya Bahasa dan Alam Pemikiran

Melayu (1988) membahaskan bahasa terdiri dari sistem perlambangan dan hal ini

menunjukkan kepada hubungan antara tuturan dengan rujukkan. Unit yang dituturkan

sebagai rumah itu bukanlah benda yang konkrit yang mempunyai bumbung, dinding,

lantai, pintu dan tingkap, tetapi adalah apa yang mewakili benda itu. Dengan ciri-ciri

yang disebut boleh mempunyai lambang-lambang yang lain. Contohnya bait (dalam

bahasa Arab), house (dalam bahasa Inggeris) dan walay (dalam bahasa Dusun).

Lambang adalah pengwujudan konsep dan konsep adalah hasil daripada

persepsi. Definisi persepsi menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah gambaran atau

bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi

pancaindera), tanggapan. Menurut Ogden;

“A perceptible entity is every entity the existence of which is made known to

human to human beings by the immediate testimony of their sense, without

reasoning, i.e. without reflection. A perceptible real entity is, in one word, a body”

Persepsi berlaku melalui pancaindera seseorang, tetapi dalam melakukan

persepsi seseorang akan menghayati alam sekeliling dan menimbulkan penggolongan

atau pengkategorian bagi apa yang disaksikan. Penggolongan atau pengkategorian

tidak mungkin diwujudkan ranpa adanya bahasa.

Terdapat dua fikiran berkenaan dengan bahasa dan alam nyata. Pertama,

bahasa mencerminkan alam nyata dan fikiran yang kedua ialah bahasa mewujudkan

pemahaman akan alam nyata. Bahasa merupakan fihrasat atau petunjuk bagi

kebudayaan adalah satu hal yang sudah lama diketahui dan diterima umum. Maknanya

bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, yakni cara hidup dan sekitaran dizikal

dan sosial. Fungsi bahasa bergantung kepada perbendaharaan kata. Hal ini boleh

diumpamakan kehidupan seorang petani. Seorang petani akan kaya dalam bidangnya

jika benihnya dapat diperluaskan. Benihnya dinilai berdasarkan bentuk, warna dan juga

rasanya. Melalui perumpamaan tersebut, benih merupakan perbendaharaan kata yang

boleh diperluaskan.

7

Page 6: 1.docx

Bahasa mencerminkan alam nyata sumber dari tanggapan bahawa bahasa

adalah hasil daripada persepsi manusia terhadap persekitarannya dan juga hasil

pemahamannya akan alam nyata. Melalui persepsi yang dinilai dan dilihat maka

timbullah konseptualisasi. Konseptualisasi ini didefinisikan sebagai pembentukan

konsep tentang sesatu (Kamus Dewan edisi keempat).

Konseptualisasi manusia menggunakan lambang bahasa untuk merakamkan

fikiran dan pengalamannya. Melalui proses ini, persepsi dan konseptualisasi

memainkan peranan penting dalam melahirkan ciri-ciri yang membezakan bahasa

dalam masyarakat tertentu. Oleh yang demikian, sesuatu masyarakat boleh dibezakan

melalui konseptualisasi dan persepsi berdasarkan bahasa yang digunakan.

Kemampuan manusia dalam melakukan persepsi terhadap alam nyata dan meluahkan

apa yang sudah terserap ke dalam bentuk konsep-konsep tertentu merupakan suatu

pandangan atau penglihatan manusia terhadap alam nyata.

Konsep mempunyai sekurang-kurangnya dua kegunaan, iaitu kegunaan ekstensi

(extensional use) dan kegunaan intensi (intensional use). Penggunaan konsep secara

ekstensi bagi ahli masyarakat yang menggunakan bahasa yang sama. Contohnya babi

dalam kegunaan ekstensi adalah sejenis binatang yang berkaki empat. Tetapi dari segi

kegunaan intensinya, perkataan babi menimbulkan reaksi atau persepsi yang berbeza.

Bagi orang Islam, babi merupakan seekor haiwan yang haram, tetapi berbeza dengan

orang bukan Islam, babi merupakan seekor haiwan yang tidak haram.Melalui konsep

pemikiran yang dihuraikan di atas, bahasa ada konsep yang abstrak dan juga konkrit.

8

Page 7: 1.docx

2. Bahasa Dan Pemikiran Melayu

Sains dan teknologi adalah hasil pemikiran manusia. Sains dan teknologi tidak hadir

begitu sahaja melainkan hasil daripada akumulasi ilmu dan ini dapat terjadi dengan

perantaraan bahasa. Ilmu tidak ada jika akan hasil daripada pemikiran seseorang dan

dibahaskan atau dikongsikan dengan perantaraan bahasa.

Teori klasik cuba menerangkan hubungan di antara bahasa dan pemikiran. Yang

pertama iaitu Wilhelm Von Humboldt kemudian Sapir-Whorft yang mengatakan bahawa

struktur bahasa menentukan struktur fikiran. Kedua, iaitu Jean Piaget mengatakan

bahawa struktur fikiran dibentuk oleh aksi atau laku anak-anak dan bukan oleh struktur

bahasa, struktur fikiran mendahului kebolehan yang dipakai kemudian untuk berbahasa.

Teori yang ketiga yang dikemukakan oleh Vygotsky ialah sebelum bahasa dan fikiran

telah mulai berkembang dan sebelum fikiran ini wujud bahasa telah mulai berkembang,

dalam pertumbuhan awal tidak ada saling pengaruh di antara keduanya, tetapi dalam

pertumbuhan selanjutnya kedua-duanya saling mempengaruhi: bahasa mempengaruhi

fikiran dan fikiran mempengaruhi bahasa, dan dalam taraf perkembangan yang lebih

tinggi tatabahasa mempengaruhi logik.

Melalui beberapa teori yang dikemukan di atas, Prof. Dr. Asmah Haji Omar

mengambil contoh pertumbuhan dan perkembangan bahasa kanak-kanak Melayu.

Kanak-kanak mempunyai berbagai-bagai cara untuk menimbulkan hubungan sosial

melalui bahasa dengan orang yang ada di sekelilingnya. Di antara caranya ialah

berceritam bertengkar, bekerjasama, menyatakan keinginan dan lain-lain.

Dari segi pentarikhan pemerolehan bahasa, sebelum umur dua tahun.

Pernyataan bahasa itu belum teratur dari segi susunannya menurut nahu bahasa.

Contoh perkembangan bahasa Melayu kanak-kanak;

YaR, num.

Air, minum

Nak minum air.

9

Page 8: 1.docx

Berdasarkan contoh di atas, pada pendapat saya. Perkembangan bahasa kanak-kanak

sentiasa meningkat menerusi penaklukan atau pemerhatian yang membuahkan fikiran baru

untuk membentuk sesuatu bahasa yang lebih kompleks.

Prof Dr Asmah Haji Omar lebih menumpukan kajiannya terhadap Dialek Kedah.

Bebagai-bagai konsep yang mencerminkan cara penuturan dialek Kedah

mempersepsikan alam nyata di sekeliling mereka. Oleh kerana sebahagian besar dari

orang Kedah adalah petani, maka penglihatan lebih kepada pertanian. Konseptualisasi,

tindakan dan sifat serta penamaan benda memperhitungkan semua perincian yang

boleh dipersepsikan berhubungan dengan waktu, ruang, arah, bentuk, saiz, rasa dan

sebagainya.

Salah satu contoh yang boleh dihuraikan ialah konsep rasa. Terdapat dua belas

perkataan utama untuk menggambarkan rasa dalam dialek Kedan iaitu tawar, lemak,

pahit, kelat, masam, manis, pedas, masin, payau (rasa seperti air sungai), hayai (rasa

antara tawar dan manis), lemak dan pedar (rasa kulit limau). Rasa yang dirujuk oleh

perkataan kelat menggambarkan peleburan dua jenis rasa, iaitu pahit dan masam.

Kata-kata pedas, kelat, hayai dan lain-lain tidak mempunyai kolokasi yang sejajar. Jika

ungakapan ditelitikan dengan satu persatu akan mewujudkan pemikiran yang lain.

Contohnyam kata heber dalam tawar heber yang merujuk kepada maksud sangat

tawar. Tawar heber boleh berdiri sendiri dan merujuk kepada prang yang suka

bercakap tanpa berfikir. Dari itu, dapatlah dibuat simpulan bahawa pada mulanya heber

bermakna perbuatan membuka mulut setiap waktu, dan ini sejajar dengan perbuatan

yang biasa dilakukan oleh seseorang apabila sesuatu yang tawar menyentuh deria

rasanya.

Pemikiran atau proses berfikir dalam Bahasa Melayu memperlihatkan

kepelbagaian makna. Contohnya perkataan fikir;

I. Saya sedang memikirkan perkara itu. (mempertimbangkan)

II. Saya tidak fikir dia akan datang. (berpendapat)

III. Saya fikir dia datang dari arah sana. (rasa, kira)

IV. Saya tidak mahu lagi memikirkan masa lampau. (mengenangkan)

10

Page 9: 1.docx

Melalui contoh proses berfikir di atas, fikiran merupakan kandungan bahasa

dan bahasa sebagai wahana fikiran. Ini bermaksud bahasa sebagai alat untuk

menyampaikan buah fikiran. Oleh itu, dalam proses berfikir, mungkin banyak

menggunakan bahasa, mungkin sedikit menggunakan bahasa atau langsung tidak

menggunakan bahasa. Berikut merupakan beberapa contoh cara berfikir yang

dikeluarkan melalui bahasa ( lihat rajah di bawah).

Proses Huraian Contoh

Berfikir secara

autistik

Proses berfikir seperti kanak-

kanak. Menurut Kamus Dewan

Bahasa edisi keempat

membawa maksud menderitai

autisme. Lebih tertumpu

kepada bahasa egosentrik

(bahasa yang tertumpu pada

diri sendiri).

Bercakap sendirian tanpa

memperdulikan orang di

sekitarnya atau pada orang

yang mendengarnya atau tidak.

Bercakap kepada dirinya

sendiri dan tentang dirinya

sendiri.

Berfikir secara

imaginasi

Imaginasi bermaksud daya

khayal, daya atau kemampuan

menggambarkan dalam angan-

angan atau mencipta sesuatu

secara khayalan.

Kanak-kanak dalam usia tiga

tahun sudah mulai berkhayal.

Khayalnya tertumpu pada

keinginan akan sesuatu,

dengan cara mengambil orang

yang lebih tua sebagai model.

Berfikir secara

memberi perhatian

Perhatian merupakan hasil

memerhatikan sesuatu perkara

dan seterusnya membuahkan

fikiran.

Perhatian kepada perbezaan

kedudukan lelaki dan

kedudukan perempuan dalam

mencari rezeki.

Berfikir sebagai

satu kepercayaan

Kepercayaan yang

dimaksudkan ialah keyakinan

atau akuan akan kebenarannya

(adanya, berlakunya dll)

sesuatu, iman, iktikad.

Setiap kelompok masyarakat

mempunyai kepercayaan

masing-masing seperti agama

Islam, Kristian, Budha, Hindu

dan Penan.

11

Page 10: 1.docx

Berfikir secara

mendalam

Pemikiran tanpa kata yang

boleh diberikan istilah “bahasa

nurani”.

Memikirkan sesuatu atau

menilai sesuatu kebudayaan

tanpa mengeluarkan bunyi-

bunyi bahasa.

Rajah 1

12

Page 11: 1.docx

3. Bahasa Dan Budaya Melayu

Masyarakat Melayu sudah lama terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun dalam

tutur kata mereka. Dengan demikian bahasa Melayu sudah tentu memperlihatkan

kekayaan kesantunan bahasanya. Budi bahasa yang menjadi begitu penting dalam

masyarakat Melayu menyebabkan mereka mencipta banyak peribahasa yang

mencirikan unsur-unsur kesantunan. Contohnya:

Buang air kecil bagi kencing.

Dalam budaya Melayu, tersirat konsep kesantunan dalam tutur kata atau amalan

berbahasa. Kesantunan berbahasa oleh penutur-penutur bahasa Melayu dapat

digambarkan melalui beberapa contoh ayat di bawah:

1. Maafkan saya, bolehkah encik tunjukkan jalan menuju ke Pejabat Am?

2. Pak Ali telah kembali ke rahmatullah malam tadi.

3. Tolong ambilkan tuala itu untuk saya, Ahmand.

4. Selamat pagi. Bolehkan saya bercakap dengan anda sebentar?

Melalui contoh-contoh di atas, jelas kelihatan bahawa penggunaan bahasa yang

halus dan sopan digunakan. Sementara itu, orang yang melafazkan kata-kata kasar

atau kurang sopan dianggap sebagai biadap. Namun pada masa kini, para penutur

bahasa Melayu tidak lagi begitu mengendahkan soal kesopanan dan budi bahasa,

khususnya golongan muda-mudi walaupun masih di bangku sekolah atau yang sudah

bekeja.

Beberapa faktor yang telah dipertimbangan mengapa hal ini terjadi.

1. Pertembungan budaya Melayu dengan budaya Barat menyebabkan para

muda-mudi khususnya mengabaikan dan memandang mudah terhadap

peri mustahaknya kesopanan bahada dalam pertuturan harian.

2. Bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan oleh masyarakat Melayu malah

oleh masyarakat lain seperti Kaum Cina, Indiam Serani dan lain-lain

kerana bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa penggantar.

13

Page 12: 1.docx

Oleh sebab yang demikian, masyarakat Melayu mungkin belum sedar

akan hakikat kesantunan berbahasa.

3. Amalan berbahasa bukan satu aspek tatabahasa yang boleh diajar secara

formal disekolah.

Ahli-ahli sosiolinguistik khususnya telah memberi tumpuan dan perhatian mereka

kepada gejala-gejala sosial yang terdapat dalam bahasa. Antara gejala sosial yang

telah menjadi persoalan termasuklah unsur jantina dalam bahasa. Beberapa persoalan

yang telah dikemukanan untuk membezakan ciri-ciri lelaki dan perempuan menerusi

bahasa. Apakah lelaki dan wanita menggunakan bahasa yang tertentu? Apakah

perbezaan-perbezaan penggunaan bahasa antara lelaki dan wanita? Menerusi

persoalan yang telah ditumbulkan, beberapa ahli sosiolinguistik membuat perspektif

bahawa perbezaan antara lelaki dan wanita dapat dilihat dari segi fizikal, suara dan

kemahiran bertutur. Demikian juga perbezaan bahasa yang digunakan oleh kaum lelaki

dan wanita.

Ramai ahli bahasa mengutarakan bahawa bahasa wanita lebih bersopan dan

lembut manakala pengucapan lelaki lebih tegas dan langsung. Hal ini boleh dilihat

melalui contoh dibawah;

Wanita : Sayang, minum susu ini.

Lelaki : Ani, cepat minum susu ini!

Perbezaan jantina juga dapat dilihat dalam pemilihan kata. Umpamanya, gundik

hanya dirujuk kepada wanita sahaja. Melaui perkataan tersebut, beberapa tanggapan

yang akan dikeluarkan oleh seseorang.

14

Page 13: 1.docx

Rumusan / Kesimpulan

Melalui huraian yang telah dibuat berdasarkan rujukkan yang telah dibuat. Pada pendapat saya,

bahasa merupakan suatu hubungan pusingan antara bahasa, pemikiran manusia dan

alam. Ketika berinteraksi seseorang akan membuat “persepsi” terhadap apa yang

mereka saksikan di sekeliling dan menggolongkannya di bawah “konsep” yang dapat

difahami. Seterusnya pernyataan atau luahan terhadap apakita golongkan itu

memerlukan kepada “lambang” (bahasa).

Bahasa yang telah dihuraikan merupakan salah satu jambatan perhubungan

seseorang terhadap yang lain. Tanpa bahasa, manusia boleh disamakan dengan

haiwan yang tidak mempunyai bahasa. Melalui pengeluaran lambang-lambang, akan

menghasilkan tindak balas. Pada pendapat saya, bahasa tidak akan wujud tanpa tiga

elemen yang penting iaitu interaksi, persepsi dan juga konseptualisasi. Hal ini boleh

disusun seperti di bawah;

Persepsi Konseptualisasi Interaksi

Interaksi bermaksud hubungan atau komunikasi manusia dengan alam dalam

kehidupan seseorang untuk tujuan tertentu yang melibatkan lambang-lambang tertentu.

Persepsi ialah tanggapan atau kesedaran seserang tentang alam melalui

pancaindera. Kefahaman seseorang pada tahap ini masih belum disebut “bahasa”.

Melalui persepsi seseorang membuat penggolongan atau konseptualisasi terhadap apa

yang ada di alam ini. Persepsi adalah suatu proses yang boleh dipengaruhi oleh

faktor-faktor bahasa, kebudayaan, agama, politik dan sebagainya. Bahasa adalah

petunjuk kepada kebudayaan penutur yang meliputi cara hidup, sekitaran fizikal dan

sosial mereka.

Konseptualisasi ialah proses penggolongan maklumat yang diperolehi di bawah

sesuatu pemahaman. Ia lahir daripada gerak balas seseorang terhadap benda-benda

yang seseorang tanggapi yang mempunyai ciri-ciri tertentu.

15

Page 14: 1.docx

Penutup

Falsafah Bahasa Melayu merupakan huraian berkenaan dengan pemikiran dan

kebudayaan bangsa Melayu. Perkara yang telah dihuraikan ialah berkenaan dengan

Hakikat Bahasa Melayu. Definisi hakikat menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah

sesuatu yang tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenarannya, kenyataan. Apa

yang telah dihuraikan merupakan hakikat bahasa Melayu yang merangkumi bahasa,

persepsi dan juga konseptualisasi.

Bahasa dan Pemikiran Melayu juga dihuraikan di atas dengan mengambil contoh

daripada perkembangan bahasa kanak-kanak menerusi pandangan beberapa teori

klastik dan juga penggunaan bahasa daripada dialek Kedah yang telah dihuraikan oleh

Prof Dr Asmah Haji Omar.

Falsafah Bahasa Melayu juga telah menyentuh Bahasa dan Budaya Melayu.

Martabat bangsa Melayu bergantung kepada bahasa yang telah digunakan oleh

kelompok mereka. Bangsa Melayu menekankan aspek kesantunan berbahasa kerana

mencerminkan sikap dan budaya Melayu yang baik dan harmonis.

16