195564714-kritikan-sosial-dalam-filem (1).doc

14
KRITIKAN SOSIAL DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN LAKONAN P.RAMLEE 1.0 Pengenalan P. Ramlee yang meninggal dunia pada tahun 1973 meninggalkan banyak filem Melayu klasik yang kaya dengan pelbagai mesej untuk memberi pengajaran, teladan, sindiran, kritikan dan kesedaran kepada masyarakat. Namun, pada peringkat awalnya masyarakat terlupa mahu mengiktirafnya. Kini, Arkib Negara dengan kerjasama Akademi Perfileman Malaysia dan Perbadanan Filem Nasional (FINAS) berusaha mengkaji filem P. Ramlee. Menyebut filem-filem P. Ramlee, terbayang dalam fikiran kita kelucuan watak dan bicaranya, ketajaman sindiran, keberkesanan pengajaran, kepelbagaian mesej serta keenakan lagu dan suaranya yang peranan utamanya untuk menghibur penonton. Filem-filem arahan P. Ramlee masih diminati ramai oleh segenap lapisan masyarakat yang berbilang bangsa hingga ke hari ini. Malah kanak-kanak boleh menghafal dan melafazkan dialognya dengan baik dan lancar. Filem-filem arahan P. Ramlee

Upload: muhamad-ali

Post on 19-Nov-2015

267 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

KRITIKAN SOSIAL DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN LAKONAN P.RAMLEE1.0 Pengenalan

P. Ramlee yang meninggal dunia pada tahun 1973 meninggalkan banyak filem Melayu klasik yang kaya dengan pelbagai mesej untuk memberi pengajaran, teladan, sindiran, kritikan dan kesedaran kepada masyarakat. Namun, pada peringkat awalnya masyarakat terlupa mahu mengiktirafnya. Kini, Arkib Negara dengan kerjasama Akademi Perfileman Malaysia dan Perbadanan Filem Nasional (FINAS) berusaha mengkaji filem P. Ramlee.

Menyebut filem-filem P. Ramlee, terbayang dalam fikiran kita kelucuan watak dan bicaranya, ketajaman sindiran, keberkesanan pengajaran, kepelbagaian mesej serta keenakan lagu dan suaranya yang peranan utamanya untuk menghibur penonton. Filem-filem arahan P. Ramlee masih diminati ramai oleh segenap lapisan masyarakat yang berbilang bangsa hingga ke hari ini. Malah kanak-kanak boleh menghafal dan melafazkan dialognya dengan baik dan lancar. Filem-filem arahan P. Ramlee ini telah dikategorikan sebagai filem Melayu Klasik dan beberapa kali diulang tayang oleh stesen televisyen tempatan sama ada kerajaan mahupun swasta.

Melihat sejarahnya, penglibatan P. Ramlee dalam dunia seni dan perfileman secara aktif bermula dengan lagu Azizah (1948) yang dinyanyikannya dalam pesta ria di Bukit Mertajam. Lagu ini telah memikat hati B.S. Rajhans seorang pengarah filem dari Singapura. Pada tahun 1948, Rajhans telah menawarkan peranan pemain biola dan penyanyi lagu latar kepada P. Ramlee dalam filem Cinta (1948). Sesudah itu P. Ramlee diberi peranan menyusun lagu-lagu latar dan muncul sebagai pembantu utama kepada filem tersebut.

Bermula sebagai pelakon tambahan dalam beberapa buah filem, akhirnya P. Ramlee diberikan watak hero dalam beberapa buah filem seperti Bakti (1950), Penghidupan (1951), Sejoli (1951), Antara Senyum dan Tangis (1951), Ibu (1953), Hujan Panas (1953), Salah Siapa (1953), Merana (1954) dan beberapa yang lain lagi. Beliau berjaya membawa watak dengan baik dan berkesan. Lakonannya yang hidup telah menanamkan kepercayaan kepada Malay Film Production (MFP) bagi beliau untuk mengarah sambil berlakon dalam beberapa buah filem.

Kemampuan P. Ramlee sebagai pengarah filem mula terserlah pada tahun 1955 apabila filem pertama arahannya, Penarik Beca (1955) telah mendapat sambutan yang hebat dan filem ini telah terpilih sebagai filem terbaik seluruh Tanah Melayu pada tahun 1956. Pada tahun yang sama, P. Ramlee telah mengarah dua filem lagi iaitu Panca Delima (1957) dan Bujang Lapok (1957). Bujang Lapok (1957) adalah filem komedi yang dapat memikat hati penonton dengan telatah tiga watak bujang lapok iaitu S.Shamsudin, Aziz Sattar dan P. Ramlee sendiri. Pada tahun 1959 beliau telah mengarah filem Pendekar Bujang Lapok (1959) iaitu filem yang telah terpilih sebagai filem komedi terbaik dalam Pesta Filem Asia di Kuala Lumpur, di samping filem Nujum Pak Belalang (1959). Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni suara dan perfileman, beliau telah berlakon dalam lebih 100 buah filem termasuk yang diarahkannya sendiri. Menurut Jins Shamsudin (2003 : 12-15) filem-filem arahan P. Ramlee bermula dari tahun 1955 hingga tahun 1972 berjumlah 34 buah yang boleh dikelaskan kepada dua bentuk iaitu purbawara dan moden. Isi ceritanya bersifat melodrama yang tragis dan komedi bermula dengan filem Penarik Beca (1955) dan berakhir dengan Laksamana Do Re Me (1972).

2.0 Permasalahan kajianFilem berperanan sebagai alat untuk mendokumentasikan budaya dan kehidupan masyarakat pada masa tertentu. Filem juga sebagai alat untuk merakamkan peristiwa sejarah terutamanya untuk tujuan penyimpanan dan pengarkiban di samping sebagai alat untuk kajian saintifik. Namun, masih terlalu banyak filem yang hanya tersimpan tidak dikaji. Filem yang pada asalnya menjadi bahan tontonan seharusnya menjadi bahan bacaan dan digunakan sebagai bahan kajian dan penyelidikan di samping menjadi bahan untuk mengajar dan mendidik masyarakat. Apatah lagi filem-filem P. Ramlee hingga kini masih menjadi bahan tontonan umum dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia (Naim Ahmad, 1995 : 24 ).

Anuar Nor Arai (1996 : 46) mengatakan medium filem mampu menyampaikan kebaikan derivative atau kebaikan yang wujud daripada hubungan kompleks sesama manusia dan persekitaran isu dalam masyarakat. Filem juga mampu mencerna kebijaksanaan berfikir untuk menyelesaikan kompleksiti renungan manusia tentang dirinya dan persekitarannya. Manakala Lawrence Quek (1994 : 37) pula menjelaskan filem-filem yang dihasilkan walaupun diilhamkan sebagai wadah hiburan, tetapi dalam mengisi keperluan manusia dan realiti hidup, masih meletakkan manusia pada kedudukan yang sewajarnya, suatu tanggungjawab mendidik dan mengajar khalayak melalui hiburan. Menurutnya lagi, filem sebagai cermin hidup manusia dan pengangkat nilai kehidupan dan kemanusiaan. Filem dianggap sebagai karya kreatif sastera. Ini bererti filem ada peranan dan sumbangannya kepada khalayak sama seperti karya sastera. Jadi filem berperanan menggambarkan sosiobudaya masyarakat penciptanya, sebagai model bahasa, sebagai bahan yang boleh membentuk humanistik dan moral penonton. Sumbangannya kepada penonton yang jelas adalah sebagai hiburan di samping sumber ilmu, alat tinjauan, bahan fikir, memberi pengalaman baru dan sumber menilai keindahan atau estetik. Namun, menurut Naim Haji Ahmad (1995 : 2) daripada beberapa kajian yang pernah dibuat, filem tidak digunakan secara sistematik dan meluas dalam arena pendidikan atau latihan untuk mencapai objektif pendidikan yang tertentu. Filem juga jarang-jarang dibaca untuk difahami aspek-aspek tertentu yang ada padanya sama ada yang tersurat atau tersirat. Malah, filem juga jarang dijadikan bahan untuk kajian saintifik dalam bidang seperti sains kemasyarakatan, kajian bahasa, kajian sastera dan sebagainya. Umumnya, filem hanya ditonton sebagai alat hiburan. Filem P. Ramlee dianggap umum sebagai filem yang baik dan penuh dengan pelbagai pengetahuan sosial dan budaya bangsa terbiar begitu sahaja. Menurut Naim Haji Ahmad lagi (1995 : 24) filem P. Ramlee kaya dengan ilmu dan maklumat untuk dijadikan bahan kajian.

Hamzah Hussein, pengkritik filem, menyatakan antara sebab filem-filem P. Ramlee diminati kerana filemnya memenuhi kehendak masyarakat. P. Ramlee menimba ilham untuk filem-filemnya daripada kehidupan masyarakat. Pendapat ini selari dengan pandangan Wan Hamzah Awang yang mengatakan filem-filem P. Ramlee memaparkan sosial dan budaya atau cara hidup masyarakat zaman kelahiran filem itu secara nyata dengan tujuan untuk mendidik masyarakat. Apakah benar filem-filem P. Ramlee dapat mengajar dan mendidik masyarakat? Mengapa keadaan ini berlaku? Di manakah kekuatan filem-filem arahan P. Ramlee yang dianggap filem klasik? Semua inilah yang hendak dicari jawapannya oleh pengkaji.

Fokus kajian yang dibuat oleh Arkib Negara bersama-sama Akademi Perfileman Malaysia masih terbatas iaitu tertumpu kepada filem cereka yang dilihat dari sudut sejarah perfileman, tema dan mesej, aspek dramatik dan lakonan serta hubungan persoalan dalam filem dengan konteks zamannya. Ini bererti persoalan tentang pemikiran nilai pendidikan tidak disentuh. Filem yang dianggap sebagai alat dokumentasi yang penuh dengan pendidikan terutama berkaitan sosial dan budaya perlu disingkap kebenarannya. Justeru, filem merupakan satu alat yang boleh dijadikan bahan pengajaran dan pendidikan kepada penonton terutamanya dalam kalangan pelajar. Dalam kata yang lain, apakah filem-filem P. Ramlee mengandungi pendidikan yang boleh membantu pelajar dalam proses penyuburan diri dan pembinaan insan (mendidik).

3.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1 Mengesan sejauh mana nilai pendidikan (ilmu dan nilai-nilai murni) yang terdapat dalam filem-filem yang dikaji.

2 Mengkaji adakah filem-filem yang dikaji mempunyai peranan dan dapat memberi sumbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3 Mengesan sejauh mana filem-filem yang dikaji mengandungi kritikan sosial.

4 Mengesan pengajaran (falsafah dan pemikiran) dalam filem-filem P. Ramlee.

5 Melihat sejauh mana filem-filem P. Ramlee boleh dijadikan bahan fikir dalam membantu proses penyuburan diri..

4.0 Soalan Kajian1. Mengesan sejauh mana nilai pendidikan (ilmu dan nilai-nilai murni) yang terdapat dalam filem-filem yang dikaji.

2. Mengkaji adakah filem-filem yang dikaji mempunyai peranan dan dapat memberi sumbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Mengesan sejauh mana filem-filem yang dikaji mengandungi kritikan sosial.

4. Mengesan pengajaran (falsafah dan pemikiran) dalam filem-filem P. Ramlee.

5. Melihat sejauh mana filem-filem P. Ramlee boleh dijadikan bahan fikir dalam membantu proses penyuburan diri.6.0 Tinjauan Literatur

7.0 Kaedah Kajian

8.0 Batasan Kajian9.0 Kepentingan Kajian

Keputusan kajian menjelaskan sejauh mana filem-filem arahan P. Ramlee dari tahun 1955 hingga 1972 berperanan mengajar, mendidik, mengkritik dan menjadi bahan fikir dan bahan rasa. Walaupun ramai yang memperkatakan filem arahan P. Ramlee ini baik dan klasik (serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa, mempunyai ciri-ciri atau sifat yang lazim), namun tidak ada kajian khusus yang dilakukan.2 Diharapkan kajian ini menjadi satu dokumentasi dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat terutamanya kepada pelajar dan pencinta filem seluruhnya. Hasil kajian ini boleh membantu penerbit filem dan pengkarya melihat ruang-ruang kosong dalam konteks pendidikan yang telah dan belum disentuh oleh P. Ramlee sebagai bahan yang boleh dimuatkan dalam filem kini. Bukan itu sahaja, penerbit filem boleh membuat bandingan atau contoh bagaimana pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh P. Ramlee dalam menggambarkan atau melahirkan sesuatu aspek pendidikan atau idea (falsafah dan pemikiran) dalam filemnya.

Kepada pengkaji, pelajar dan pengkritik filem, kajian ini boleh dijadikan bahan rujukan dan perbincangan dalam memperkatakan sesuatu filem sama ada filem P. Ramlee mahupun filem-filem lain. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu penonton terutamanya golongan awal remaja, remaja dan mereka yang telah matang. untuk memahami dan menghayati filem-filem arahan P. Ramlee lantas menyedari bahawa filem bukan sahaja sebagai alat hiburan tetapi juga sebagai bahan untuk mengajar dan mendidik masyarakat.3 Filem tidak diterbitkan dengan kekosongan tetapi penuh dengan idea dan ilmu yang boleh mengasah fikiran dan memperhalus rasa serta menambahkan pengetahuan penonton.6. Kerangka KonseptualKERANGKA PENYELIDIKAN

FILEM SEBAGAI TEKS SASTERA

(31 buah filem)

Tragedi

Jenaka

AnalisisNaratifnya atau bahasa filem.

Tersurat dan tesirat.

Ditafsir dan dinilai.(Sosiobudaya Masyarakat)

Pengkaji Penonton

Penonton

Dapatan KajianKritikan Sosial

Mesej, falsafah dan pemikiran

Ilmu

Bahan fikir

Kritikan

Rajah 4. Kerangka Penyelidikan

7. Kesimpulan