18323853-wang

20
EKONOMI ASAS EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 TINGKATAN 5 6.1 WANG Disediakan Oleh NOR EAIZAN BIN MOHD NOOR NOR EAIZAN BIN MOHD NOOR Ketua Panitia Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas SMK Jelai [Felda] http ://ekonomiasas.wordpress.com

Upload: mohd-razif-aziz

Post on 25-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

wang

TRANSCRIPT

Page 1: 18323853-Wang

EKONOMI ASASEKONOMI ASASTINGKATAN 5TINGKATAN 5

6.1WANG

Disediakan Oleh

NOR EAIZAN BIN MOHD NOORNOR EAIZAN BIN MOHD NOORKetua Panitia

Prinsip Perakaunan dan Ekonomi AsasSMK Jelai [Felda]

http ://ekonomiasas.wordpress.com

Page 2: 18323853-Wang

PENGERTIAN WANGPENGERTIAN WANG

Sebarang benda (komoditi) yang boleh diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan.

Page 3: 18323853-Wang

EVOLUSI WANGEVOLUSI WANG

Page 4: 18323853-Wang

CIRI-CIRI WANGCIRI-CIRI WANG

Penawaran terhadBenda yang hendak dijadikan wang mestilah kuantitinya tidak terlalu banyak sehingga menjejaskan nilainya ; tidak terlalu kurang hingga menjejaskan aktiviti ekonomi.

Diterima UmumBenda yang hendak dijadikan wang mestilah diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang/perkhidmatan.

Kestabilan NilaiBenda yang hendak dijadikan wang mestilah nilainya tidak mudah berubah dalam jangka masa pendek atau panjang.

Page 5: 18323853-Wang

CIRI-CIRI WANGCIRI-CIRI WANG

Mudah dibawaBenda yang hendak dijadikan wang mestilah bersaiz kecil dan ringan supaya mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecilBenda yang hendak dijadikan wang mestilah boleh dibahagikan kepada unit-unit nilai yang lebih kecil bagi membolehkan urus niaga dapat dijalankan dengan mudah dan tepat.

Tahan lamaBenda yang hendak dijadikan wang mestilah tahan lama dan tidak mudah rosak supaya boleh digunakan untuk suatu jangka masa yang panjang.

Page 6: 18323853-Wang
Page 7: 18323853-Wang

JENIS-JENIS WANGJENIS-JENIS WANG

Duit syiling1.Memudahkan aktiviti urus niaga yang melibatkan nilai muka yang kecil2.Mempunyai nilai muka yang kecil seperti 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang diperbuat daripada campuran logam.3.Merupakan wang tanda iaitu mempunyai nilai muka yang lebih tinggi berbanding nilai sebenar bahan untuk membuatnya.4.Merupakan wang sah iaitu wang yang mesti diterima untuk sebarang pembayaran dalam negara pengeluar wang tersebut [ wang yang dikeluarkan oleh kerajaan negara tersebut].

Page 8: 18323853-Wang

JENIS-JENIS WANGJENIS-JENIS WANG

Wang kertas

1.Digunakan dalam urus niaga yang lebih besar nilainya.2.Mempunyai nilai muka RM1, RM5, RM10, RM50, RM1003.Mesti disandarkan kepada rizab antarabangsa dalam bentuk emas dan pertukaran asing bagi menjamin nilainya dan mengelakkan inflasi.4.Merupakan wang tanda dan wang sah.

Page 9: 18323853-Wang

JENIS-JENIS WANGJENIS-JENIS WANG

Deposit Semasa1.Kemudahan yang ditawarkan oleh bank perdagangan sahaja.2.Pemegang akaun deposit semasa diberi buku cek dan boleh membuat pembayaran dengan menggunakan cek. 3.Penerima cek berkenaan akan menunaikannya di bank perdagangan dan apabila ditunaikan jumlah deposit semasa pemegang akaun tersebut akan berkurang.4.Kelebihan deposit semasa – boleh membuat pembayaran bila-bila masa, mudah dibawa (tidak perlu membawa wang tunai dengan banyak), dan selamat dikendalikan.5.Bukan wang sah – oleh itu pembayaran menggunakan cek boleh ditolak!!

Page 10: 18323853-Wang

Contoh cek [deposit semasa]Contoh cek [deposit semasa]

Page 11: 18323853-Wang
Page 12: 18323853-Wang

FUNGSI WANGFUNGSI WANG

Perantaraan Pertukaran

Memudahkan urus niaga dijalankan kerana hanya perlu membayar sejumlah wang tertentu untuk melakukan urus niaga.

Wang tersebut mestilah mempunyai ciri diterima umum untuk menjadikannya sebagai alat perantaraan pertukaran.

Page 13: 18323853-Wang

FUNGSI WANGFUNGSI WANG

Unit Ukuran Nilai

Mengukur/menilai sesuatu barangan dalam bentuk harga.

Memudahkan perbandingan nilai antara satu barang dengan barang yang lain.

Wang tersebut mestilah mempunyai ciri boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil bagi membolehkannya berfungsi sebagai unit ukuran nilai.

Page 14: 18323853-Wang

FUNGSI WANGFUNGSI WANG

Simpanan Nilai

Wang dapat berfungsi sebagai alat simpanan nilai kerana mempunyai ciri kestabilan nilai dan tahan lama.

Disamping itu, wang yang disimpan di institusi kewangan akan memperoleh faedah atau dividen. Ini menggalakkan orang ramai membuat tabungan/pelaburan.

Page 15: 18323853-Wang

FUNGSI WANGFUNGSI WANG

Bayaran Tertunda

Wang membolehkan sesuatu pembayaran dilakukan secara ansuran kerana mempunyai ciri kestabilan nilai.

Penjual sanggup menerima bayaran ansuran kerana yakin bahawa wang mempunyai nilai yang stabil untuk satu jangka masa yang lama.

Page 16: 18323853-Wang
Page 17: 18323853-Wang

PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTERBARTER

SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER

Dapat berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran yang baik.

Perantaraan

Pertukaran

Tidak dapat berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran yang baik.

Tidak memerlukan kehendak serentak.

Kehendak serentak amat diperlukan dalam pertukaran

Individu boleh menjalankan pengkhususan

Pertukaran hanya boleh dilakukan antara dua individu

Page 18: 18323853-Wang

PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTERBARTER

SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER

Barangan diukur berasaskan mata wang Ukuran

Nilai

Sukar mengukur nilai sesuatu barang

Contoh :Sepasang kasut berharga RM25.

Contoh :Seekor lembu perlu ditukar dengan berapa ekor ayam?

Page 19: 18323853-Wang

PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTERBARTER

SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTERWang yang bersifat tahan lama dan tidak mudah rosak menjadikan wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai yang baik.

Simpanan Nilai

Kebanyakan barang yang digunakan dalam proses pertukaran tidak tahan lama.

Wang yang disimpan di insitusi kewangan akan dibayar faedah/dividen.

Mengalami susut nilai dan tidak boleh disimpan untuk tempoh yang lama.

Page 20: 18323853-Wang

PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTERBARTER

SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER

Dapat berfungsi sebagai alat bayaran tertunda Bayaran

Tertunda

Sesetengah barang tidak tahan untuk suatu tempoh yang lama.

Boleh membeli pada masa sekarang dan membayar pada masa hadapan

Nilai sesuatu barangan tidak stabil untuk dijadikan pertukaran pada masa hadapan.