1.8 model peralihan demografi
TRANSCRIPT
7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi
http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 1/11
TEMA 1 PENDUDUK
MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
Ciri Demografi Penduduk
Ciri demografi penduduk ialah ciri kependudukan /gambaran
kependudukan sesebuah negara yang ditunjukkan melalui graf
piramid penduduk . Ciri demografi meliputi ciri kadar kelahiran, kadar
kematian, nisbah jantina, kumpulan umur penduduk, nisbah
tanggungan penduduk dan jangka hayat penduduk . Ciri demografi /
piramid penduduk dapat menggambarkan tahap pembangunan penduduk
dan juga tahap kesihatan dan pemodenan sesebuah negara. Kadar
kelahiran dan kadar kematian dipengaruhi oleh taraf kesihatan, program
perancangan keluarga, dasar kerajaan dan faktor sosial. Berdasarkan ciri
kependudukan, dasar dan perancangan sosioekonomi dapat dikenalpasti dan
laksanakan.
Peralihan Demografi
Peralihan demografi adalah transisi atau perubahan kependudukan yang
dialami oleh sesebuah negara dari dahulu hingga kini dan mungkin boleh
diramalkan pada masa akan datang. Peralihan demografi boleh menggambarkan
sejarah kependudukan yang telah sedang dan akan dialami oleh sesebuah
negara itu. Ada tiga komponen penting yang terkandung dalam model peralihan
demografi iaitu komponen kadar kelahiran, komponen kadar kematian dan
juga komponen kadar pertumbuhan penduduk semula jadi.
Ciri Bagi Setiap Peringkat Peralihan Demografi.
7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi
http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 2/11
TEMA 1 PENDUDUK
MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
1. Peringkat 1/tahap awal/masyarakat pertanian
− Kadar kelahiran tinggi. Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh
ketiadaan perancangan keluarga, keperluan kepada buruh manusia untuk
sektor pertanian.
− Kadar kematian tinggi. Manakala kadar kematian tinggi disebabkan
oleh taraf kesihatan yang rendah, ancaman wabak penyakit, kebuluran
serta masalah peperangan
− Pertumbuhan semula jadi penduduk rendah. Berlaku naik-turun
dalam pertumbuhan semula jadi penduduk sejajar dengan kenaikan dan
penurunan dalam kadar kelahiran serta kadar kematian.
−
Negara berada di tahap yang mundur. Masyarakat pertanian danketiadaan teknologi moden
2. Peringkat 2/tahap pertengahan/masyarakat industri
− Kadar kelahiran masih lagi tinggi tetapi semakin menurun.
Kegagalan perancangan keluarga dan keperluan kepada tenaga buruh
manusia masih lagi tinggi
− Kadar kematian semakin menurun. penurunan dalam kadar kematian
pula berpunca daripada taraf kesihatan dan perubatan yang semakin baik, bekalan makanan yang mencukupi, keadaan politik yang stabil daripada
peperangan
− Pertumbuhan semulajadi menurun. pertumbuhan semulajadi mulai
menurun ekoran daripada penurunan dalam kadar kelahiran
perkembangan industri dan teknologi yang pesat maka kebergantungan
kepada buruh manusia semakin berkurangan, masyarakat lebih moden
dan berpendidikan lebih tinggi , mula mementingkan kerjaya, kos hidup
meningkat, amalan perancangan keluarga mulai berkesan, perkahwinanlewat dan lain-lain.
− Negara membangun/pembangunan pesat.
3. Peringkat akhir/tahap 3/masayrakat perindustrian penuh.
− Kadar kelahiran rendah. Kejayaan sepenuhnya program kawalan
penduduk atau perancangan keluarga yang dilaksanakan berikutan
daripada masyarakatnya yang berpendidikan tinggi, berkerjaya,
7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi
http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 3/11
TEMA 1 PENDUDUK
MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
mementingkan status quo, peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup dan
lain-lain
− Kadar kematian rendah. Taraf kesihatan dan perubatan moden
bertambah maju serta berupaya meningkatkan jangka hayat penduduk.
Pelbagai penyakit merbahaya berjaya dikawal dengan penemuan ubat
dan vaksin baru.
− Pertumbuhan semulajadi penduduk menurun/ sifar / stabil /
mantap. Kadar kematian bayi di peringkat awal juga di kawal kelahiran
dan kadar kematian terus menurun hingga ke paras yang rendah
− Negara maju. Pembangunan ekonomi yang mantap dan berkembang
maju. Sektor industri dan perkhidmatan mendominasi sepenuhnya
pembangunan ekonomi negara. Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk yang tinggi, kadar pengganguran rendah. Pembangunan
sumber alam secara optimun atau dijana sepenuhnya dengan adanya
tahap teknologi yang tinggi
Rajah 1 di bawah menunjukkan Model Peralihan Demografi.
Berdasarkan model demografi di atas,
Kenalpasti sebuah negara masa kini yang berada di tahap 1, 2, 3 dan 4.
1. Tahap 1 : Negara mundur: Kenya, Ethopia (Sudan), Angola, Swaziland,
Afghannistan.
7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi
http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 4/11
TEMA 1 PENDUDUK
MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
2. Tahap 2 : Negara sedang membangun : Malaysia, Vietnam, Thailand,
Kemboja, Filipina, Indonesia, Berunai, Brazil, Argentina, Uruguay,
Paraguay dll
3. Tahap 3 : Negara perindustrian baru (NIC): Korea, Taiwan, Singapura,
China, Australia, New Zealand dll
4. Tahap 4 : Negara maju: Jepun, Jerman, Perancis, USA, Kanada, Itali dan
England.
Huraikan ciri kependudukan bagi setiap tahap dalam model peralihan
demografi berkenaan.
Peringkat 1: (Tahap awal: Negara Mundur )
− Peringkat ini menunjukkan Kadar Kelahiran dan Kadar Kematian
adalah tinggi yang menyebabkan kadar pertumbuhan semulajadi
penduduk adalah rendah.
− Berlaku naik-turun dalam pertumbuhan semula jadi penduduk sejajar
dengan kenaikan dan penurunan dalam kadar kelahiran serta kadar
kematian.
− Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh ketiadaan perancangan keluarga,
keperluan kepada buruh manusia untuk sektor pertanian.
− Manakala kadar kematian tinggi disebabkan oleh taraf kesihatan yang
rendah, ancaman wabak penyakit, kebuluran serta masalah peperangan.
− Pada tempoh tersebut sesebuah negara itu berada di tahap yang
mundur. Contoh Negara seperti Kenya, Ethopia (Sudan), Angola, dan
Swaziland.
2) Peringkat 2: (Tahap Pertengahan — Negara Sedang Membangun)− Kadar kelahiran masih lagi tinggi manakala kadar kematian
menurun dengan cepat. Ini menyebabkan peningkatan dalam kadar
pertumbuhan semulajadi penduduk.
− Kadar kelahiran masih lagi tinggi disebabkan oleh kegagalan
perancangan keluarga, amalan perkahwinan pada usia muda dan juga
keperluan kepada tenaga buruh manusia masih lagi tinggi khususnya
dalam sektor pertanian dan industri berintensif buruh.
7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi
http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 5/11
TEMA 1 PENDUDUK
MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
− Manakala penurunan dalam kadar kematian pulaberpunca daripada
taraf kesihatan dan perubatan yang semakin baik, bekalan makanan
yang mencukupi, keadaan politik yang stabil daripada peperangan dll.
− Contoh Negara Sedang Membangun seperti India, Pakistan,
Bangladesh, Vietnam, Thailand, Kemboja, Filipina, Indonesia, Brazil,
Argentina, Uruguay, Paraguay dll
3. Peringkat 3: Fasa Akhir Pertengahan (Negara Industri Baru/NIC)
− Pada peringkat ini kadar kelahiran dan kadar kematian merosot dengan
ketara.− Kadar kelahiran menurun disebabkan oleh perkembangan industri dan
teknologi yang pesat maka kebergantungan kepada buruh manusia semakin
berkurangan, masyarakat lebih moden dan berpendidikan lebih tinggi,
mula mementingkan kerjaya, kos hidup meningkat, amalan
perancangan keluarga mulai berkesan, perkahwinan lewat dan lain- lain.
− Manakala kadar kematian merosot disebabkan oleh peningkatan
tinggi dalam tahap kesihatan penduduk.
−Kelompok negara membangun di peringkat ini ialah NegaraPerindustrian Baru seperti Korea, Taiwan, Singapura, China, Australia,
New Zealand dll
Peringkat 4 : Fasa Akhir (Negara Maju)
− Di peringkat ini kadar kelahiran dan kadar kematian terus menurun
hingga ke paras yang rendah dan kekal stabil
− Ini menyebabkan pertumbuhan semula jadi penduduk juga terus
menurun menuju ke sifar (Zero population growth) atau mungkin
pertumbuhan penduduk menjadi stabil dan mantap.
− Keadan ini disebabkan oleh taraf kesihatan dan perubatan moden
bertambah maju serta berupaya meningkatkan jangka hayat
penduduk. Pelbagai penyakit merbahaya yang boleh membawa
kematian berjaya dikawal dengan penemuan ubat dan vaksin barn.
− Kadar kematian bayi di peringkat awal juga di kawal. Di samping itu
kejayaan sepenuhnya program kawalan penduduk atau perancangan
keluarga yang dilaksanakan berikutan daripada masyarakatnya yang
7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi
http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 6/11
TEMA 1 PENDUDUK
MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
berpendidikan tinggi, berkerjaya, mementingkan status quo,
peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup dan lain-lain.
− Peringkat ini dicerminkan oleh negara-negara maju seperti Jepun,
Sweden, Britain dan lain-lain lagi yang mencapai tahap penduduk optima.
Jelaskan kaitan antara pertumbuhan penduduk dengan pembangunan
sosio - ekonomi di sesebuah negara dalam konteks model peralihan
demografi .
Peringkat 1 (Kadar Kelahiran dan Kadar Kematian Tinggi)
− Tahap ini pembangunan Sosio-ekonomi negara adalah mundur, bergantung
sepenuhnya kepada sektor pertanian berintensif buruh (masyarakat agraria)
− Pergantungan kepada teknologi tradisional sahaja, pembangunan sumber alam dan
sumber manusia amat perlahan atau sumber alam tersimpan sebagai stok sumber sahaja.
− Dibelenggu dengan masalah kekurangan makanan/kebuluran, taraf kesihatan rendah,
taraf pendidikan rendah atau kadar buta huruf tinggi di samping Masalah
ketidakstabilan politik dan seringkali diancam perang saudara/pergolakan politik
tempatan.
Peringkat 2 : Kadar kelahiran masih lagi tinggi manakala kadar
kemat ia n menurun dengan cepat.
− Pembangunan sektor ekonomi moden khususnya industri dan perkhidmatan
mula berkembang maju dan tidak lagi semata-mata bergantung kepada sektor
pertanian.
− Sumber - sumber alam dimajukan, kepelbagaian ekonomi dan peluang pekerjaan
bertambah, pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk meningkat.
−Pembangunan sosial meningkat seperti taraf kesihatan penduduk bertambah baik,
jangka hayat bertambah, kadar kematian menurun. Tahap pendidikan juga
meningkat atau kadar buta huruf menurun di samping kepesatan pembangunan fizikal
(kemudahan asas).
Peringkat 3 : Kadar kelahiran dan kadar kematian merosot dengan ketara.
− Negara sedang membangun menuju ke arah ciri-ciri negara industri yang maju.
− Struktur ekonomi jelas berubah dan sebahagian besarnya bergantung kepada
sektor perindustrian dan perkhidmatan.
7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi
http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 7/11
TEMA 1 PENDUDUK
MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
− Produk eksport menguasai pasaran global Pembangunan teknologi yang pesat.
− Ekonomi kuarterner dan kuiner berkembang pesat dan pada masa kini negara-
negara ini diwakili oleh negara - negara perindustrian baru (NIC) seperti Korea
Selatan, Taiwan, China dan Singapura.
Peringkat 4: Kadar kelahiran dan kadar kematian terus menurun hingga
ke paras yang rendah dan kekal stabil.
− Pembangunan ekonomi negara yang mantap dan berkembang maju.
− Sektor industri dan perkhidmatan mendominasi sepenuhnya di samping produk sektor
kuarterner dan kuiner. Negara maju menguasai pasaran global.
− Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk yang sangat tinggi, dengan
adanya tahap teknologi yang tinggi.− Tahap pembangunan sosial juga tinggi dan masyarakat berilmu serta bermaklumat
khususnya menguasai ilmu teknologi maklumat ( Information Technology
Communication/ICT)
− Gaya hidup masyarakat Kosmopolitan – mementingkan gaya, mutu dan keunggulan
Faktor Yang Mempengaruhi Peralihan Demografi Sesebuah Negara
1. Kadar kelahiran sesebuah negara. Jika kadar kelahiran tinggi dan kadar
kematian rendah maka pertubuhan penduduk tinggi, Jika kadar kelahiran
rendah dan kematian tinggi, maka pertumbuhan adalah rendah. Ditentukan
oleh perancangan keluarga dan taraf kesihatan penduduk.
2. Tahap kesihatan dan kemajuan perubatan. Bidang perubatan akan
mempengaruhi kadar kelahiran, kematian dan perancangan keluarga. Taraf
kesihatan akan mempengaruhi jangka hayat, kelahiran, kematian dan pertumbuhan penduduk.
3. Tingkat teknologi. Teknologi moden akan mempengaruhi tingkat
kemajuan ekonomi negara. Teknologi tinggi akan mempercepatkan
perubahan kegiatan ekonomi dan sosial penduduk. Masyarakat cepat maju.
4. Tahap pendidikan. Pendidikan tinggi akan mempengaruhi corak demografi
sesebuah negara.Pendidikan akan mempengaruhi corak kelahiran, jangkahayat, pertumbuhan penduduk sesebuah negara.
7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi
http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 8/11
TEMA 1 PENDUDUK
MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
5. Dasar kependudukan kerajaan. Dasar kerajaan sama ada mengawal dan
menambah bilangan penduduk akan mempengaruhi corak demografi.
Sebagai contoh, dasar saiz kerluarga kecil akan memperlahankan kelahiran.
6. Dasar pembangunan kerajaan. Dasar ekonomi sesebuah negara akan
meningkatkan pendapatan perkapita, mengurangkan kemiskinan dan
berupaya meningkatkan status hidup masyarakat. Masyarakat maju
mengalami pemodenan yang cepat dalam bidang sosial.
Ciri demografi penduduk negara sedang membangun
1. Keseluruhannya piramid progresif adalah berbentuk kon, iaitu
puncaknya yang tajam/tirus dan dasar atau tapaknya yang lebar sertakeadaan cerunnya yang cekung
2. Bilangan penduduk muda yang ramai hasil daripada kadar kelahiran yang
tinggi dan kadar kematian yang rendah.
3. Jangka hayat penduduk yang masih rendah. Keadaan ini dibayangkan
oleh puncak piramid yang tirus.
4. Nisbah tanggungan yang tinggi. Ciri ini ditunjukkan oleh cerunnya yang
cekung. Bilangan golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi
adalah sedikit berbanding dengan golongan muda yang terpaksa ditanggung
5. Saiz keluarga juga adalah besar yang menyebabkan taraf hidup sesebuah
keluarga masih rendah
Masalah sosio ekonomi yang dihadapi oleh negara membangun akibat ciri
demografi sedemikian.
1. Pembangunan ekonomi masih lemah/mundur. Ekoran daripada
ketidakseimbangan antara golongan dewasa yang produktif daripada segi
ekonomi yang sedikit berbanding golongan muda yang tidak produktif yang
ramai (nisbah tanggungan tinggi). Misalnya di Brazil mempunyai lebih
daripada 60% penduduknya yang terpaksa ditanggung, di Pakistan pula
7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi
http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 9/11
TEMA 1 PENDUDUK
MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
hanya 35% sahaja penduduknya terdiri daripada golongan dewasa yang aktif
daripada segi ekonomi.
2. Penduduk masih terbelenggu dengan kemiskinan yang tinggi . Sektor
ekonomi moden khususnya perindustrian dan perkhidmatan sukar berkembang dengan pesat. Lebih daripada 60% ekonomi negara sedang
membangun masih dikuasai oleh sektor pertanian yang berintensif buruh.
3. Pendapatan perkapita penduduk yang rendah. Pendapatan kecil terpaksa
dibahagikan dengan saiz keluarga yang besar (nisbah tanggungan tinggi).
Ini akan merendahkan taraf hidup penduduk.
4. Pasaran domestik yang lemah. Pasaran domestik yang lemah akibat
kuasa beli penduduk yang rendah.
5. Perbelanjaan untuk keperluan asas menjadi besar. Penyediaan
kemudahan kesihatan, pendidikan, kemudahan perumahan, perhubungan,
pengangkutan dan sebagainya bagai menampung keperluan asasi penduduk
muda yang ramai sedangkan kemampuan kewangan negara sedang
membangun adalah terhad.
6. Kadar pengganguran tinggi. Peluang pekerjaan dalam sektor pertanian
agak terhad. Sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatanmasih lemah perkembangannya.
7. Masalah sosial. Kadar buta huruf yang tinggi, taraf kesihatan yang rendah
yang menyebabkan mudah merebaknya penyakit berbahaya seperti taun,
denggi, malaria, AIDS, SARS dan lain-lain yang boleh membawa maut.
Selain itu masalah peningkatan gejala sosial seperti jenayah,
penyalahgunaan dadah dan lain-lain juga adalah tinggi.
Ciri Demografi Penduduk Malaysia Pada Tahun 2000
1. Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah. Dibuktikan dengan
saiz tapak piramid yang lebar. Kelompok 0 – 9 tahun paling ramai.
Dikaitkan dengan taraf kesihatan yang bertambah baik – mengawal penyakit
di kalangan bayi dan ibu yang mengandung. Kemudahan kesihatan/bilangan
doktor dan perubatan yang baik. Kadar mortaliti rendah dan kelahiran hidup
tinggi. Amalan pemakanan berzat dan penjagaan bayi yang teratur.
7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi
http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 10/11
TEMA 1 PENDUDUK
MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
2. Nisbah jantina antara lelaki dan perempuan berbeza mengikut
peringkat umur. Kumpulan umur muda dan dewasa (0 – 59) tahun lelaki
lebih ramai berbanding wanita tetapi kumpulan umur tua (60 tahun dan ke
atas wanita lebih ramai berbanding lelaki). Kadar kematian lelaki lebih
tinggi apabila mencecah umur tua. Ini disebabkan oleh kesedaran penjagaan
kesihatan dikalanganpenduduk lelaki lebih rendah berbanding wanita.
Namun secara keseluruhannya nisbah jantina lelaki dan perempuan hampir
seimbang.
3. Nisbah tanggungan masih tinggi tetapi tidak ketara . Kumpulan umur di
bawah tanggungan (0 – 19 tahun masih lagi tinggi) berbanding dengan
kumpulan umur dewasa yang produktif (20 hingga 59 tahun). Kumpulan
umur di bawah tanggungan sebahagian besarnya berada di alam persekolahan. Namun begitu nisbah tanggungan ini tidaklah terlalu besar
dan masih boleh ditanggung oleh kumpulan dewasa. Ini disebabkan oleh
peningkatan kualiti hidup penduduk khususnya daripada segi pendapatan
perkapita.
4. Jangka hayat meningkat. Puncak piramid semakin melebar berbanding
tahun-tahun sebelumnya. Ini menunjukkan berlakunya proses penuaan
penduduk (ageing population). Warga emas bertambah. Akibat peningkatan
kualiti hidup penduduk Malaysia seperti penjagaan kesihatan dikalangan
warga tua, kemudahan rawatan golongan tua bertambah, amalan pemakanan
seimbang dll yang meningkatkan jangka hayat. Tetapi jangka hayat
perempuan lebih tinggi berbanding lelaki kerana kesedaran kesihatan yang
berbeza.
Merujuk Kepada Model Peralihan Demografi Di Atas, Jelaskan Corak
Pertumbuhan Penduduk Bagi Setiap Peringkat.
1. Peringkat 1 Pertumbuhan penduduk adalah rendah - kadar lahir adalah
tinggi, manakala kadar mati juga tinggi disebabkan oleh tiada amalan
prancangan keluarga.kahwin awal dan taraf kesihatan rendah
2. Peringkat 2 Pertumbuhan penduduk meningkat tinggi pada tahap awal dan
pertengahan, kemudian mula menurun pada tahap akhir - kadar lahir masih
tinggi, manakala kadar kematian mulai menurun. Amalan perancangan
keluarga sudahdipraktikkan tetapi masih kurang berjaya kerana faktor
7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi
http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 11/11
TEMA 1 PENDUDUK
MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
agama, pendidikan dan adat. Menurun pada tahap akhir kerana hampir
memasuki peringkat negara maju.
3. Peringkat 3 - Pertumbuhan penduduk adalah menurun hingga hampir sifar
kadar lahir adalah rendah, manakala kadar kematian terus menurun dengandrastik. Amalan perancangan keluarga yang berjaya masyarakat moden
yang mahukan –saiz keluarga yang kecii kerana kos hidup tinggi.
Ciri Penduduk Sebuah Negara Dalam Konteks Model Peralihan Demografi
Negara Sedang Membangun
1. Kadar pertumbuhan meningkat – kadar kelahiran semula jadi
tinggi/meningkat – kadar kematian semula jadi rendah /menurun, migrasi
2. Kadar kelahiran – bilangan kanak-kanak meningkat kerana peningkatan
perubatan, pemakanan seimbang, taraf sosioekonomi meningkat turut
menyebabakan taraf kesihatan penduduk bertambah baik, halangan adat dan
agama, kegagalan amalan perancangan keluarga
3. Kadar kematian menurun kerana teknologi perubatan meningkat, kawala
penyakit berjangkit, kematian semasa bersalin berkurang, pertambahan
sumber makanan
4. Jangka hayat semakin meningkat – bilangan golongan tua semakin
meningkat – kematian berkurangan disebabkan teknik perubatan moden dan
peningkatan dalam penjagaan kesihatan.