18-24 pemasaran produk melalui media sosial

7
Bil. 43/2014 18 kualiti produk, peletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya. Justeru, koperasi mesti memikirkan kaedah yang lebih tepat dan berkesan bagi memastikan maklumat berkenaan produk sampai kepada sasaran pengguna. Kemunculan perkhidmatan yang disediakan Internet telah memberi kesan yang amat besar kepada ahli perniagaan dalam menghargai kepentingan dan nilai kepada pelanggan-pelanggan mereka. Hal ini kerana, cetusan revolusi Internet yang bermula sekitar tahun 1990-an telah berjaya mengubah landskap sosioekonomi dunia yang telah merubah cara kita bekerja, berkomunikasi, bersosial, malah berhibur. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Internet membolehkan pengurus pemasaran mempelajari dan menjejaki pelanggan, mencipta dan mereka bentuk produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan, mengagih produk dengan lebih cekap dan efektif serta berkomunikasi dengan pelanggan sama ada dalam kumpulan yang besar atau perseorangan. Kini, Internet telah berkembang dengan pembangunan World Wide Web yang mesra pengguna. World Wide Web telah membolehkan syarikat menghubungkan jutaan pelanggan baru dengan kos yang hanya suku daripada kos pengiklanan yang menggunakan media cetak dan televisyen. Justeru, koperasi seharusnya mengambil kesempatan ke atas kelebihan yang ditawarkan oleh bidang teknologi maklumat dan komunikasi ini. Pemasaran Produk Melalui Media Sosial Najmah Nawawi Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pengenalan Koperasi merupakan sebuah organisasi yang dapat membantu anggotanya meningkatkan sosioekonomi mereka dengan menjalankan aktiviti perniagaan. Koperasi boleh menawarkan produk koperasi dalam bentuk perkhidmatan atau fizikal kepada anggota dan bukan anggota. Kini, koperasi perlu berfikir dengan lebih baik atau di luar kotak untuk memasarkan produk mereka kepada anggota dan bukan anggota yang berada jauh daripada lokasi koperasi dengan lebih cekap dan berkesan. Oleh itu, koperasi perlu mengambil peluang menggunakan teknologi komputer yang dapat menghubungkan koperasi dan pelanggan tanpa halangan tempat dan masa. Hal ini kerana, zaman teknologi Internet membuka ruang kepada koperasi untuk memasarkan produk dengan pelbagai saluran pemasaran selain secara bersemuka, menerusi telefon dan kini melalui dalam talian (online). Definisi Pemasaran Perkataan pemasaran sering diperkatakan jika anda terlibat dengan dunia perniagaan. Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran. Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

Upload: martini-hasan

Post on 18-Nov-2015

58 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

media

TRANSCRIPT

  • Bil. 43/201418

    kualiti produk, peletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya. Justeru, koperasi mesti memikirkan kaedah yang lebih tepat dan berkesan bagi memastikan maklumat berkenaan produk sampai kepada sasaran pengguna.

    Kemunculan perkhidmatan yang disediakan Internet telah memberi kesan yang amat besar kepada ahli perniagaan dalam menghargai kepentingan dan nilai kepada pelanggan-pelanggan mereka. Hal ini kerana, cetusan revolusi Internet yang bermula sekitar tahun 1990-an telah berjaya mengubah landskap sosioekonomi dunia yang telah merubah cara kita bekerja, berkomunikasi, bersosial, malah berhibur. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Internet membolehkan pengurus pemasaran mem pelajari dan menjejaki pelanggan, mencipta dan mereka bentuk produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan, mengagih produk dengan lebih cekap dan efektif serta berkomunikasi dengan pelanggan sama ada dalam kumpulan yang besar atau perseorangan. Kini, Internet telah berkembang dengan pembangunan World Wide Web yang mesra pengguna. World Wide Web telah membolehkan syarikat menghubungkan jutaan pelanggan baru dengan kos yang hanya suku daripada kos pengiklanan yang menggunakan media cetak dan televisyen. Justeru, koperasi seharusnya mengambil kesempatan ke atas kelebihan yang ditawarkan oleh bidang teknologi maklumat dan komunikasi ini.

    Pemasaran Produk Melalui Media Sosial

    Najmah NawawiPusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Pengenalan

    Koperasi merupakan sebuah organisasi yang dapat membantu anggotanya meningkatkan sosioekonomi mereka dengan menjalankan aktiviti perniagaan. Koperasi boleh menawarkan produk koperasi dalam bentuk perkhidmatan atau fizikal kepada anggota dan bukan anggota. Kini, koperasi perlu berfikir dengan lebih baik atau di luar kotak untuk memasarkan produk mereka kepada anggota dan bukan anggota yang berada jauh daripada lokasi koperasi dengan lebih cekap dan berkesan. Oleh itu, koperasi perlu mengambil peluang menggunakan teknologi komputer yang dapat menghubungkan koperasi dan pelanggan tanpa halangan tempat dan masa. Hal ini kerana, zaman teknologi Internet membuka ruang kepada koperasi untuk memasarkan produk dengan pelbagai saluran pemasaran selain secara bersemuka, menerusi telefon dan kini melalui dalam talian (online).

    Definisi Pemasaran

    Perkataan pemasaran sering diperkatakan jika anda terlibat dengan dunia perniagaan. Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran. Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk,

    MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

  • Bil. 43/2014 19

    Pemasaran Internet / Online (Internet / Online Marketing)

    Perkembangan teknologi Internet membolehkan ahli perniagaan berhijrah pemasaran produk secara tradisional kepada pemasaran online untuk membantu mereka meningkatkan penjualan produk. Dan, pemasaran secara online lebih mudah dan lebih murah dibandingkan dengan cara lama. Internet marketing bermaksud pemasaran melalui Internet. Pemasaran Internet ini juga secara umum meliputi kegiatan pembuatan reka bentuk web (web design), periklanan dengan menggunakan sepanduk (banner), promosi melalui enjin carian (Google, Yahoo, Bing, MSN), mel elektronik (e-mail), periklanan melalui e-mel (e-mail marketing), pemasaran afiliasi (affiliate marketing). Pemasaran online dapat membantu syarikat meminimumkan kerugian dan ketidakstabilan perniagaan. Oleh itu, pemasaran online memainkan peranan penting dalam menghubungi perniagaan dan pelanggan akhir dengan cara yang paling efektif.

    Sebelum koperasi mengambil keputusan untuk membuat pemasaran melalui Internet, perkara berikut perlu dipertimbangkan terlebih dahulu seperti: (i) Produk apakah yang akan dipasarkan di Internet? (ii) Siapa sasaran produk tersebut? (iii) Cara pembayaran - Pindahan wang di bank, Paypal

    atau kad kredit? (iv) Cara penghantaran produk?

    Seterusnya, koperasi perlu memastikan bahawa laman web yang dibangunkan bagi tujuan pemasaran di layari oleh pelanggan menduduki tempat pertama pencarian oleh pelanggan dan mudah untuk melayari laman web tersebut.

    Pemilihan menggunakan pemasaran online oleh ahli perniagaan masa kini amat tepat masanya kerana masyarakat atau pengguna Internet di Malaysia bertambah setiap tahun. Statistik pada 2012 menunjukkan 17.5 juta rakyat Malaysia merupakan pengguna Internet dan 87.9 peratus mereka mempunyai akaun Facebook. Kini Malaysia mempunyai 13.3 juta pengguna Facebook (Julai 2013) yang berusia antara 18 dan 24 tahun (34.5%), diikuti yang berumur antara 25-34 tahun (29.5%) dan antara umur 13-17 tahun (16.3%). Malaysia juga mempunyai 34 juta orang mendaftar secara mudah alih (mobile) dengan penembusan mudah alih (mobile penetration) lebih 100 peratus. Maka, koperasi perlu melihat sasaran produk yang sesuai berpandukan pengguna yang sering berada di Internet atau Facebook. Menjelang tahun 2016, diramal 21 juta penduduk Malaysia merupakan pengguna Internet. Malah, kedai-kedai makan juga

    menyediakan capaian Internet tanpa wayar (wireless) secara percuma bagi membolehkan pelanggannya terus berhubung dengan dunia Internet.

    Terdapat beberapa cara koperasi boleh mengiklankan dan mempromosi produk mereka secara online seperti pengiklan membayar hanya jika pengguna laman web tersebut mengklik pada iklan mereka; pengiklan mengirimkan e-mel kepada pengguna; memastikan laman web pengiklan berada tangga teratas dalam atau termasuk dalam halaman utama pencarian enjin carian (i.e - Google, Internet Explorer, Mozzila); dan mengiklankan laman media sosial (i-e - Facebook, Twitter, YouTube, Google Plus dll).

    Pemasaran produk secara online sangat banyak dilakukan sekarang oleh ahli perniagaan malah lain-lain sektor seperti kerajaan. Misalnya, institusi pendidikan menggunakan social media marketing untuk mempromosi kursus yang mereka tawarkan. Berpengetahuan dalam pemasaran online atau Internet sangat membantu koperasi dalam memasarkan sebuah perniagaan sehingga boleh berkembang dengan lebih cepat lagi.

    Apa itu Media Sosial?

    Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai sebuah kelompok aplikasi berasaskan Internet yang membangun di atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0. Apa itu media? Media merupakan salah satu alat komunikasi. Oleh itu, media sosial bermaksud instrumen/alat sosial dalam berkomunikasi. Media sosial merupakan sebuah media online. Penggunanya dengan mudah boleh berkomunikasi melalui blog-blog, wiki, forum dan jejaring sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan banyak lagi. Rangkaian sosial (social network) pula adalah kaedah yang sering digunakan oleh masyarakat di dunia. Laman rangkaian sosial merupakan laman yang dapat membantu seseorang untuk membuat sebuah profil dan kemudian dapat menghubungkannya dengan pengguna lain. Rangkaian sosial kebiasaannya satu kumpulan pengguna online yang memiliki persamaan dari segi aktiviti, kawasan, hubungan, meliputi bidang atau latar belakang tertentu.

    Media biasa seperti surat khabar atau televisyen hanya bertindak sebagai saluran komunikasi satu hala dan para pengguna sukar untuk memberi pendapat atau pandangan bebas terhadap sesuatu perkara yang disiarkan. Akan tetapi, dengan adanya media sosial, para pengguna dengan mudah dapat memberi pendapat masing-masing dan dapat berkomunikasi ke seluruh dunia tanpa halangan.

  • Bil. 43/201420

    MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

    Aplikasi Media Sosial: Facebook

    Facebook

    Facebook merupakan perkhidmatan rangkaian sosial online. Facebook membenarkan mereka yang berumur 13 tahun ke atas mendaftar sebagai pengguna laman ini. Pengguna akan membina profil diri, menambah pengguna lain sebagai kawan, bertukar-tukar mesej, dan menerima notifikasi apabila mereka mengemas kini profil atau laman Facebook. Pengguna Facebook boleh mencipta kumpulan tertentu seperti kumpulan untuk keluarga, rakan sekerja atau kawan rapat. Ini bermaksud, sebarang perkongsian gambar, fail, mesej dan sebagainya hanya boleh dilihat oleh ahli kumpulan tersebut sahaja. Pada September 2012, Facebook mempunyai 1.26 bilion pengguna yang aktif (Jun 2013). Di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 10 juta pengguna. Ia merupakan sebuah platform yang viral dan amat berguna untuk berkomunikasi.

    Media Sosial: Facebook

    Susulan daripada kemunculan Internet ke dalam kehidupan kita, kini tercetus pula fenomena media sosial dalam kalangan pengguna Internet. Dalam tempoh kurang tiga tahun kewujudannya, aktiviti bersosial secara maya berjaya menjadi aktiviti paling popular di Internet. Serentak dengan itu, entiti perniagaan mula menular melalui aplikasi Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada tahun 2004. Semenjak itu, Facebook terus popular dan menjadi antara perkhidmatan rangkaian sosial yang paling tinggi capaian di Internet. Pengguna menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan, mencari maklumat semasa dan mempromosikan barangan atau perkhidmatan. Kini, sudah melebihi 400 juta pengguna berdaftar dengan Facebook di seluruh dunia, menandingi aplikasi lain seperti MySpace, Friendster dan LinkedIn.

    Daripada pasar raya besar (hypermarket) seperti TESCO, hinggalah ke peniaga kecil, semuanya berlumba-lumba untuk menambah bilangan likes setiap hari. Satu perkara yang pasti ialah media sosial menjadi jambatan yang menghubungkan pengeluar terus kepada prospek atau pelanggan.

    Beberapa kajian menunjukkan pemasaran melalui Facebook berjaya menaikkan jumlah jualan produk atau perkhidmatan. Pengguna Facebook merangkumi bukan sahaja golongan remaja dan belia, malahan statistik pada Februari 2009 menunjukkan bahawa media sosial ini juga digemari oleh pelbagai golongan berumur. Selain pengguna berinteraksi sesama mereka, Facebook juga menawarkan platform pengiklanan percuma bagi mereka yang bijak menggunakannya. Fungsi fan page, group, event dan sebagainya sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Namun, bagi mereka yang ingin mengiklankan produk mereka dalam Facebook, mereka dikenakan bayaran berdasarkan bilangan perklik bagi setiap iklan tersebut.

    Tip Pemasaran dan Pengiklanan Melalui Facebook (FB)

    Kebanyakan produk yang diiklankan di dalam kaca televisyen masa kini kebanyakan tertera perkataan find us on Facebook atau temui kami di Facebook. Ini membolehkan koperasi menjalankan pemasaran online dengan berkesan. Kebanyakan peniaga hari ini memilih media sosial Facebook sebagai medium pemasaran online. Hal ini kerana, Facebook kini menjadi medium pemasaran online yang efektif serta percuma. Semua itu dapat dilakukan jika koperasi memanfaatkannya dengan cara yang betul. Kesilapan menggunakan kaedah yang betul boleh menjatuhkan kredibiliti serta perniagaan yang koperasi sedang usahakan sekian lama.

  • Bil. 43/2014 21

    Berikut merupakan tip-tip atau rahsia yang boleh dijadikan panduan apabila menggunakan aplikasi Facebook sebagai medium pemasaran online:

    1. Jangan syok sendiri: Pastikan pemilihan produk yang hendak diiklankan menjadi kegemaran pelanggan atau orang ramai. Pemilihan produk perlu berdasarkan kajian pasaran. Jangan beranggapan atau mengambil mudah ke atas bilangan pengguna Facebook yang berjumlah melebihi satu bilion orang dan beranggapan tidak mungkin mereka tidak berminat dengan produk yang anda iklankan. Koperasi perlu menjual produk yang mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran semasa.

    2. Facebook tempat bersosial: Koperasi tidak boleh terlalu yakin untuk mendapat ribuan penggemar dalam bulan pertama apabila memasarkan produk melalui Facebook. Koperasi perlu mewujudkan jaringan (networking) terlebih dahulu dengan pelanggan; berkenalan, bersosial, berkomunikasi dan berinteraksi secara berterusan. Ingat bahawa Facebook ialah tempat untuk bersosial. Jadi, koperasi perlu memasarkan produk melalui kaedah bersosial. Teknik ini dipanggil soft selling, iaitu menggunakan ayat yang lebih kepada ingin berkongsi.

    3. Luangkan masa anda: Mendisiplinkan diri (koperasi) untuk mengemas kini maklumat produk serta aktiviti yang dijalankan oleh koperasi sekurang-kurangnya satu jam sehari. Koperasi boleh memasukkan gambar produk dan ayat yang sesuai untuk menarik pengguna untuk terus mencari maklumat berkenaan produk, tagline dan nombor telefon yang boleh dihubungi oleh pelanggan. Tambahan pula, koperasi boleh menambah perkhidmatan kepada pelanggan dengan menawarkan penghantaran produk atau pos secara percuma mengikut syarat-syarat yang dipersetujui bersama. Ini membolehkan koperasi terus kekal berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan dan penggemar/pengikut (like/follower) Facebook koperasi.

    4. Produk dan perkhidmatan perlu jelas: Koperasi perlu memastikan pelanggan jelas dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Jika tidak, pemasaran online koperasi akan tenggelam atau gagal.

    5. Mesej berpengaruh dan memotivasikan pengguna untuk bertindak serta merta: Words have power. Setiap perkataan mempunyai kuasa dan nilai sendiri. Perkataan yang nilainya kecil, tidak akan mendapat respons pengguna. Oleh itu, terdapat kursus yang membantu pengguna untuk

    menghasilkan ayat pengiklanan di laman web yang dapat mempengaruhi dan memotivasikan pengguna untuk membeli produk yang ditawarkan. Dengan mesej yang berpengaruh, secara tidak langsung ia dapat menggalakkan capaian terhadap produk yang ditawarkan. Suatu mesej yang berpengaruh, perlu sesuai dan khas untuk pasaran yang disasarkan (target market). Contoh tiga ayat berikut: (i) Ubat

    kurus berkesan (ii) Ubat kurus berkesan untuk lelaki (iii) Ubat kurus berkesan untuk Eksekutif IT yang selalu bekerja depan komputer. Jika anda seorang Eksekutif IT, dan mengalami masalah berat badan, lalu ternampak ketiga-tiga iklan ini, ayat iklan yang mana satukah yang anda akan pilih?

    6. Cara yang mudah untuk respons atau beli: Pihak koperasi perlu memberi cara yang paling mudah agar pelanggan memberi respons pada iklan anda. Mengikut statistik, 90 peratus daripada pengguna memang sudah berniat nak beli, tetapi berputus asa kerana malas untuk mengikut langkah pembelian yang merumitkan. Maka, mudahkan cara prospek koperasi untuk respons atau membuat pembelian.

  • Bil. 43/201422

    MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

    7. Guna fungsi di Facebook semaksimum mungkin: Di laman sosial, pengguna lebih suka melihat aktiviti yang koperasi lakukan dari semasa ke semasa. Gunakan teknik ayat soft selling + tag rakan, memuat naik foto + tag rakan dan event. Fungsi yang disediakan Facebook seperti tag, photo dan event perlu digunakan semaksimum mungkin. Selain itu, koperasi juga boleh menggunakan fungsi lain seperti memuat naik video dan notes. Jika Facebook koperasi sentiasa memaparkan aktiviti terkini, ia dapat meningkatkan penggemar (like) dan pengikut (follower) Facebook. Jika mempunyai kamera atau webcam, boleh terus rekod video dengan menggunakan fungsi video recorder di Facebook.

    8. Fungsi Chat: Gunakan Fungsi chat (sembang) sebaik mungkin. Fungsi chat membolehkan koperasi untuk berbincang sesuatu perkara bersama pelanggan. Koperasi boleh membahagikan senarai rakan-rakan mengikut group (wanita, lelaki, berkeluarga, bujang) tertentu untuk memudahkan koperasi memasarkan produk yang memenuhi cita rasa group tersebut. Selain daripada fungsi chat di muka depan Facebook, di group juga disediakan chat khas. Ini bermakna, anda boleh berinteraksi dengan semua ahli group dengan lebih mudah.

    9. Sertai Group berdasarkan niche (kekuatan) produk anda: Sertai group (kumpulan) yang berkaitan dan tambah (Add) ahli-ahli di group itu sebagai rakan (Friend) koperasi. Beritahu mereka bahawa koperasi anda juga adalah ahli kepada group tersebut. Ini adalah salah satu cara untuk menambah rakan tanpa membuatkan mereka ragu siapa kita. Jangan terus promosi produk koperasi anda di group tersebut. Mulakan dengan pengenalan serta tip-tip percuma dan kemudian linkkan (hubung) ke produk anda.

    10. Jangan spam: Pengguna Facebook sering menerima spam di e-mel atau inbox mereka. Oleh itu, sekiranya koperasi ingin berkongsi sesuatu dengan pelanggan, tinggalkan mesej tersebut di status Facebook koperasi sahaja.

    11. Berikan maklumat yang bernilai: Koperasi akan menjadi bernilai di mata pengguna Facebook jika maklumat atau informasi yang koperasi berikan bernilai untuk mereka. Di Facebook, lebihkan berkongsi berbanding promosi semata-mata.

    12. Menambah rakan: Salah satu cara lain untuk menambah rakan adalah dengan menyemak e-mel pelanggan kita di Facebook. Jika ada, tambah (Add) mereka dan beritahu mengenai anda. Selepas tambah seseorang, komunikasi pertama adalah amat penting. JANGAN sesekali terus melakukan promosi kepada mereka. Boleh mulakan dengan ucapan terima kasih dan salam perkenalan.

    13. Membina kebolehpercayaan: Kebanyakan orang terlalu takut untuk membeli melalui Internet kerana alasan sukar mempercayai. Oleh itu, kurangkan rasa takut pengguna Facebook seperti berkomunikasi dengan mereka, memuat naik foto dan video. Wujudkan kepercayaan pada diri mereka bahawa koperasi adalah usahawan atau syarikat perniagaan yang boleh dipercayai. Koperasi juga boleh meletakkan testimoni daripada pelanggan tentang produk koperasi di Facebook.

    14. Interaksi dan kredibiliti: Wujudkan hubungan dua hala antara koperasi dan pengguna di Facebook. Koperasi boleh berkomunikasi dengan pengguna Facebook dengan mengucapkan ucapan yang baik-baik. Gunakan bahasa yang sesuai. Elakkan penggunaan bahasa pasar dan SMS. Cuba menjadi yang terawal menjawab soalan mereka kerana dengan ini anda mampu membina kredibiliti koperasi bagi menarik minat mereka untuk menjadi pembeli produk. Koperasi boleh menarik pengguna dengan menawarkan tip-tip melalui e-book percuma yang berkaitan dengan produk yang

  • Bil. 43/2014 23

    ditawarkan. Sekiranya koperasi menjual beg tangan, sertakan juga tip-tip penjagaan menjaga beg tangan supaya tahan lama. Untuk mendapatkan tip-tip tersebut, minta pelanggan masukkan maklumat yang diperlukan seperti nama, e-mel dan nombor telefon bimbit supaya koperasi dapat mewujudkan pangkalan data pelanggan secara percuma.

    15. Fungsi Tag: Gunakan fungsi tagging sebaik-baiknya. Elakkan tag secara melulu kerana ini akan membuatkan pelanggan marah dan berasa ruang Facebook mereka terganggu.16. Buat halaman Fan Page bukan profil: Wujudkan group atau fan page sendiri yang mempunyai beberapa kelebihan berbanding akaun peribadi (personal profile account). Jangan membuat profil

    baru untuk bisnes koperasi tetapi membina halaman fan page untuk bisnes koperasi.

    17. Sapa fans koperasi anda: Kirim ucapan terima kasih dengan pantas setelah seseorang mengklik like pada halaman koperasi tidak lebih daripada 24 Jam. Respons kepada maklum balas atau pertanyaan pelanggan untuk memastikan fan page lebih aktif dan berkembang. Koperasi digalakkan menjawab pertanyaan dan kemudian diikuti dengan pertanyaan semula. Ini membolehkan pelanggan terus berhubung dengan koperasi. Sekiranya pelanggan menunjukkan minat terhadap produk yang ditawarkan, berikan tekanan kepada pembeli dengan mengatakan bahawa produk yang ditawarkan hanya terhad dalam jangka masa yang ditetapkan atau jumlah produk adalah terhad.

    18. Fungsi Event: Banyak perniagaan atau individu berjaya mendapatkan peserta bagi program anjuran mereka melalui Facebook. Caranya adalah dengan menggunakan fungsi "event". Jika sesuai, integrasikan akaun Facebook dengan Twitter dan juga Blog (RSS).

    19. Memperkayakan maklumat dan stail penulisan: Pelbagaikan bentuk penulisan di Facebook. Elakkan terlalu stereotaip atau kaku dengan satu-satu cara sahaja. Masukkan unsur-unsur humor, fakta, statistik, pendapat, berita, link ke artikel yang menarik, persoalan, menggunakan imej di dalam penulisan di nota (Notes), senarai dan pelbagai lagi cara lain yang dirasakan sesuai.

    20. Hormati pelanggan: Koperasi dilarang sama sekali memperlakukan rakan-rakan di Facebook sebagai pelanggan dengan berkonsepkan "kita di atas dan mereka di bawah". Kita perlu melihat mereka seperti seorang rakan (setara/sama aras), dan bukan seorang pelanggan. Maka, laras bahasa yang digunakan dalam ayat atau penulisan pemasaran di Facebook perlulah sesuai tanpa menggunakan ayat-ayat yang terlalu "menjual".

    21. Penggunaan bahasa pemasaran: Gunakan bahasa atau cara penulisan yang boleh difahami oleh semua golongan. Bahasa SMS (shortcut) biasanya difahami oleh orang-orang muda (Generasi Y) sahaja, tetapi tidak untuk orang-orang lama (Generasi X). Begitu juga bahasa pasar, tidak semua bangsa boleh memahaminya. Tanda seseorang itu serius dalam bisnes adalah dengan menjaga cara penulisan dan bahasa mereka sebaik mungkin.

    22. Berkomunikasi secara bermoral: Elakkan menulis sesuatu yang negatif, atau melakukan sesuatu yang kurang elok. Seorang usahawan terutama yang berjaya biasanya digambarkan sebagai seorang yang hebat dan positif. Jika usahawan menulis sesuatu yang menunjukkan seolah-olah lemah, mudah mengeluh, tidak bersabar dan cepat melenting, maka nilai pada pandangan pelanggan akan mula terhakis.

  • Bil. 43/201424

    MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

    Tip-tip dan rahsia pengiklanan pemasaran menerusi Internet atau medium Facebook yang disenaraikan hanya akan berjaya dipraktikkan sekiranya koperasi mengetahui cara menggunakan Facebook dan mempunyai kemudahan Internet di koperasi. Justeru, pendidikan berkaitan komputer amat penting untuk menjalankan pemasaran melalui Internet atau online.

    Rujukan

    Afiffuddin. (2011, Aug 3). Tips memasarkan produk di Facebook (2013). Dicapai dari http://www.afiffuddin.com/ tips-internet/tips-memasarkan-produk-di-facebook.

    Apa itu pemasaran online? Dicapai dari http://u-agus.com/component/content/article/31-general/45-apa-itu-pemasaran-online.html.

    Mohd.Zulfadli.(2010).21 Tip Pemasaran Facebook Untuk Usahawan. Blog Perniagaan Internet & Keusahawanan. Dicapai dari http://blog.smartusaha.com/21-tip-pemasaran-facebook-usahawan.

    Media sosial & jejaring sosial. Dicapai dari http://wibawaadiputra.wordpress.com/2013/01/27/media-sosial-jejaring-sosial-social-media-social-network.

    10 Tips Pemasaran Dengan Facebook untuk Bisnis Skala Kecil.(2013). Dicapai dari http://infopc-yogi.blogspot.com/2013/04/cara-promosi-bisnis-lewat-facebook.html.

    Kesimpulan

    Pemasaran produk koperasi boleh dilakukan secara bersemuka atau online. Bagi membolehkan produk koperasi dipasarkan secara meluas, pemasaran online boleh digunakan tanpa kekangan tempat dan masa. Kini, koperasi perlu mengambil peluang mempelajari cara-cara memasarkan produk dengan menghadiri kursus-kursus komputer yang ditawarkan seperti di Maktab Koperasi Malaysia. Koperasi perlu bijak mengurus aplikasi media sosial supaya koperasi tidak ketinggalan dan mampu meluaskan perniagaan walau di mana saja pada bila-bila masa.

    23. Fungsi link: Jika tiada idea untuk menulis sesuatu di Facebook, gunakan sahaja fungsi ke link dengan memasukkan link (pautan) ke mana-mana artikel di blog, terutama jika koperasi mempunyai sebuah blog yang telah ditulis dengan banyak artikel.

    24. Promosi kupon diskaun: Tawarkan kupon diskaun untuk menarik pembeli. Lakukan secara berkala agar pelanggan tetap akan terus setia dengan bisnes yang ditawarkan oleh koperasi. 25. Tawarkan keahlian: Tawarkan keahlian (membership) dengan memberi pelbagai tawaran menarik kepada pelanggan yang sering berlanggan di tempat anda. Tawaran ini dapat

    mempercepatkan perkembangan bisnes koperasi agar menjadi lebih besar dan berjaya.