17nilaimurni-131030081533-phpapp02

7
17 Nilai Murni Penekanan terhadap nilai murni selaras dengan hasrat Wawasan 2020 untuk membentuk generasi baharu dengan acuan kita sendiri, iaitu generasi yang sarat dengan nilai murni. Hal ini menjadi asas pertimbangan penyemak kurikulum yang menghasilkan kurikulum semakan pada tahun 2003. Kini, di bawah gagasan Satu Malaysia, penekanan terhadap nilai murni di sekolah rendah menjadi bertambah penting. Apabila kita teliti, nilai murni di sekolah rendah terangkum dalam lapan nilai Satu Malaysia. Di bawah ini disenaraikan 17 nilai murni. 1. Baik Hati sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas yang dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain. 2. Berdikari kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain yang terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri. 3. Hemah Tinggi budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain; terjelma melalui kesopanan, mengakui kesalahan diri, dan ramah mesra. 4. Hormat-menghormati menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberikan layanan yang sopan; antara lain terjelma melalui ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin; dan terjelma juga melalui hormat kepada raja dan negara, patuh kepada undang-undang dan menghargai maruah diri. 5. Kasih Sayang perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu; termasuk sayang/cinta akan nyawa, alam sekitar, negara dan keamanan. 6. Keadilan perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah; termasuk juga saksama.

Upload: cyti-wawa

Post on 13-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

17 Nilai MurniPenekanan terhadap nilai murni selaras dengan hasrat Wawasan 2020 untuk membentuk generasi baharu dengan acuan kita sendiri, iaitu generasi yang sarat dengan nilai murni. Hal ini menjadi asas pertimbangan penyemak kurikulum yang menghasilkan kurikulum semakan pada tahun 2003. Kini, di bawah gagasan Satu Malaysia, penekanan terhadap nilai murni di sekolah rendah menjadi bertambah penting. Apabila kita teliti, nilai murni di sekolah rendah terangkum dalam lapan nilai Satu Malaysia.

Di bawah ini disenaraikan 17 nilai murni.

1.Baik Hati sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas yang dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain.

2.Berdikari kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain yang terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri.

3.Hemah Tinggi budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain; terjelma melalui kesopanan, mengakui kesalahan diri, dan ramah mesra.

4.Hormat-menghormati menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberikan layanan yang sopan; antara lain terjelma melalui ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin; dan terjelma juga melalui hormat kepada raja dan negara, patuh kepada undang-undang dan menghargai maruah diri.5.Kasih Sayang perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu; termasuk sayang/cinta akan nyawa, alam sekitar, negara dan keamanan.

6.Keadilan perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah; termasuk juga saksama.

7.Kebebasan dapat melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk pada peraturan dan undang-undang agama, masyarakat dan negara; terjelma melalui kebebasan di sisi undang-undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.

8.Keberanian kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati; termasuk berani tanpa membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian, dan berani bertanggungjawab.

9.Kebersihan Fizikal dan Mental kebersihan diri dan kebersihan persekitaran; terjelma melalui pertuturan, kelakuan, pemikiran dan amalan kerohanian.

10.Kejujuran sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan; termasuk amanah, bercakap benar, dan ikhlas.

11.Kerajinan usaha secara berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan dan dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara; terjelma melalui kecekalan, daya usaha, dedikasi, gigih dan tekun.

12.Kerjasama usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat; termasuk persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong-royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.

13.Kesederhanaan sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat; secara umum sederhana dalam mempertimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.

14.Kesyukuran perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh; termasuk berterima kasih, mengenang budi, dan menghargai seseorang/sesuatu--fokus utama ialah kesyukuran kepada Tuhan.

15.Patriotisme semangat cinta akan negara, taat setia kepada raja dan sanggup berkorban demi negara.

16.Rasional dapat berfikir dengan berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat melakukan tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan; termasuk mampu membuat pertimbangan, berfikir logik dan bersifat terbuka.

17.Semangat Bermasyarakat kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan semangat kekitaan seperti bermuafakat, kejiranan dan peka tentang isu sosial dan masyarakat.

17 NILAI MURNI YANG UTAMA:1. Baik Hati2. Berdikari3. Hemah Tinggi4. Hormat-menghormati5. Kasih Sayang6. Keadilan7. Kebebasan8. Keberanian9. Kebersihan fizikal dan mental10. Kejujuran11. Kerajinan12. Kerjasama13. Kesederhanaan14. Kesyukuran15. Rasional16. Semangat bermasyarakat17. Patriotisme

Pecahan-pecahan Nilai Murni ini:1. BAIK HATI - Belas Kasihan - Bertimbang rasa - Murah hati - Saling memahami - Saling Memaafkan

2. BERDIKARI: - Berupaya bertindak sendiri - Yakin pada diri sendiri

3. HEMAH TINGGI: - Bersopan-santun - Berbudi bahasa - Mengaku kesalahan sendiri - Ramah mesra

4. HORMAT-MENGHORMATI: - Hormat ibu bapa - Hormat kerajaan dan negara - Patuh kepada undang-undang - Hormat ahli keluarga, guru, rakan, jiran - Hormat kepercayaan dan adat resam pelbagai bangsa - Patuh kepada ketetapan masa

5. KASIH SAYANG; - Menghargai nilai nyawa - Menyayangi alam sekitar - Cinta akan negara6. KEADILAN: - Adil - Saksama - Kebebasan di sisi undang-undang

7. KEBERANIAN: - Berani mencuba - Berani kerana benar

8. KEBERSIHAN MENTAL DAN FIZIKAL: - Kebersihan diri - Kebersihan alam sekitar

9. KEJUJURAN: - Amanah - Bercakap benar - Ikhlas - Bertanggungjawab

10.KERAJINAN: - Daya usaha - Dedikasi

11. KERJASAMA: - Gotong-royong - Bersatu padu - Bertolak ansur

12. KESEDERHANAAN: - Kelakuan - Pertuturan13. KESYUKURAN: - Berterima kasih - Menghargai - Mengenang budi

14.RASIONAL: - Membuat pertimbangan

15. SEMANGAT BERMASYARAKAT: - Bermuafakat - Semangat kejiranan - Prihatin isu masyarakat dan sosial

16. PATRIOTISME: - Taat setia - Menghormati lagu dan bendera - Cinta negara - Berbangga jadi warga negara

17. KEBEBASAN - Kebebasan bersuara - Dan lain-lain

Contoh Frasa dan Pecahan Nilai murni dan Pengajaran: Menolong orang - Bertanggungjawab Menghulurkan bantuan - Prihatin Menderma, menyumbang - Toleransi Memberi hadiah - Penyayang Berkongsi barang dengan adik-beradik - Kasih sayang Memberi hadiah - Pemurah Membantu - Baik hati Berkongsi - Berhemah tinggi Membuat kerja rumah/sekolah - Rajin Membuat jadual belajar - Gigih Mengulang kali - Keazaman Menyiapkan .... - Bersungguh-sungguh Mengembalikan - Jujur Memulangkan - Tulus Menyerahkan - Amanah Memberikan (Tidak meminta balasan) - Ikhlas Meminjamkan - Rela hati Tidak berkira - Bertolak-ansur Tidak mementingkan diri sendiri - Sepakat/Muafakat Mengagihkan tugasan - Adil/saksama Membuat sesuatu keputusan - Bijaksana Bertindak - Bestari Mencari penyelesaian - Rasional Menjadi rujukan - Matang Bertindak demi kebaikan - Berani Basuh baju/ kasut - Berdikari Menghormati lagu Negaraku - Cinta negara Mematuhi undang-undang - Semangat patriotik Membawa bekal ke sekolah - jimat-cermat Menjaga kebersihan diri - Cinta kebersihan Menjaga kebersihan alam sekeliling - Mencintai alam Membantu orang lain - Bekerjasama Mengikut arahan guru - Taat Mematuhi peraturan - Akur Patuh arahan ibu bapa - Berdisiplin Tenang mengahadapi sesuatu keadaan - Cekal Tidak mudah kecewa - Tabah Meneruskan usaha walaupun ...- Sabar Tabah melakukan sesuatu - Tidak mudah berputus asa Bangun awal, bersiap awal - Menepati masa Menyiapkan kerja sekolah - Menghargai masa Siapkan kerja mengikut masa - Menepati janji Semangat inisiatif, inovatif, kreatif - Daya usaha Rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit - Dedikasi Berupaya mencapai sesuatu kejayaan - Jaya diri Hidup berbaik-baik dengan jiran - Semangat kejiranan Sikap, pertimbangan yang tidak keterlaluan -Kesederhanaan Kesenangan yang dikecapi - Kesyukuran Pengiktirafan - Penghargaan Berterima kasih - Menghargai Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri - Persaudaraan