177794054 isl m7 kesan guru yang gagal mematuhi etika akauntabiliti dan integriti 3

Upload: miss9191

Post on 16-Mar-2016

62 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

EDU3083

EDU3083ISL2

Kesan Guru Gagal Patuhi Etika Akauntibiliti Dan Integriti

Banyak tertulis didada akhbar, media massa, laman sesawang kes-kes perlanggaran etika yang berlaku kepada insan bergelar guru. Perkara ini sehingga ke hari ini masih berlaku. Banyak impak yang akan berlaku kepada seseorang guru secara khususnya dan profesion keguruan amnya jika perkara ini terus berlaku.

RAJAH 1: Kesan Jika Seseorang Guru Gagal Patuhi Etika Akauntabiliti Dan Integriti

Mewujudkan budaya kerja yang tidak ikhlas dan tidak berkualiti

Hubungan dengan majikan dan rakan sekerja akan merosotMenjatuhkan nama baik dan maruah profesion perguruanKESAN GURU GAGAL PATUHI ETIKA AKAUNTIBILITI DAN INTEGRITI

Tanggapan kepercayaan masyarakat kepada profesion perguruan semakin pudarAkan dibuang dari perkhidmatan atau digantung kerja jika melibatkan kesalahan serius

Hasil pendapatan dari sumber yang tidak mendapat berkat

Kesan Kepada Sesi Pengajaran Didalam Kelas (core bisness)1. Jika guru lewat masuk ke dalam kelasFenomena guru yang lewat masuk ke kelas akan menimbulkan isu penyalahgunaan masa. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku sebarang kemalangan di dalam kelas, guru tersebut harus dipersalahkan. Mencuri masa adalah perbuatan yang tidak wajar bagi seorang guru.2. Guru tidak menggunakan masa yang terluang untuk membuat bahan dan alat bantu mengajar. Bahan bantu mengajar sangat penting dalam menyampaikan ilmu kepada murid terutamanya sekiranya guru ingin mengenalkan sesuatu konsep kepada murid. Jika guru tidak bersedia untuk menarik minat murid dengan membuat alat dan bahan bantu, maka jangan bermimpi untuk murid meminati apa yang guru sampaikan didalam kelas.3. Guru Tidak Kemas Semasa Mengajar Di dalam KelasKepimpinan melalui teladan tidak diaplikasikan. Guru adalah role model kepada murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui teladan. Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah personaliti guru tersebut. Berpakaian lah dengan kemas dan sopan supaya dapat melahirkan generasi yang bijak dan bagus dalam berpakaian.

Kesan Kepada Pengurusan Aktiviti Disekolah1. Guru Tidak Menghadirkan Diri Ke Aktiviti Luar Kelas Atau Kegiatan KokurikulumIni akan melambatkan proses pengendalian aktiviti disesebuah sesekolah. Guru telah diagih dengan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Jika perkara ini timbul, guru guru lain terpaksa menanggung tugas kerana guru tidak mahu terlibat dengan aktiviti sekolah.

2. Lambat Menyiapkan Tugas-Tugas Yang DiamanahkanGuru juga memegang jawatan dalam organisasi disekolah. Banyak tugas seperti, setiausaha sukan, guru data, guru matapelajaran, guru kelas yang perlu dipikul oleh guru. Jika guru melakukan tugas dengan sambil lewa, tugas-tugas tersebut tidak dapat disiapkan mengikut waktu.

Kesan permasalahan yang lebih serius1. Melakukan Kerja SampinganDewasa kini, ada dikalangan guru yang melakukan kerja sampingan seperti berniaga, menawarkan perkhidmatan tertentu didalam waktu atau luar waktu sekolah. Perkara ini sama sekali akan mengganggu produktiviti seseorang guru untuk komited 100% terhadap tugasnya disekolah.2. Terlibat Dengan Kes Pecah Amanah Atau JenayahPerkara ini lebih menyedihkan ada dikalangan guru terlibat dengan kes-kes pecah amanah dan jenayah. Adakah gaji seseorang guru tidak mencukupi? Sama sama kita jadikan ikhtibar diatas perkara-perkara yang berlaku.

Analisa kesan : Jika perkara diatas berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, ini akan mewujudkan budaya kerja yang tidak ikhlas dan tiada kualiti dalam penyampaian sesi pembelajaran. Perkara ini juga membawa kepada, hasil pendapatan dari sumber yang tidak mendapat berkat. Guru yang bermasalah disekolah juga sukar berhubung dengan guru-guru yang lain. Ini kerana kelakuan mencerminkan identiti seseorang. Jika berlakunya masalah lebih serius, ini akan menjatuhkan nama baik dan maruah profesion perguruan itu sendiri. Tanggapan kepercayaan masyarakat kepada profesion perguruan semakin pudar. Permasalahan yang serius ini akan menyebabkan seseorang guru yang terlalu bermasalah dibuang dari perkhidmatan atau digantung kerja.JENNIFER RICKYPISMP PSV AMBILAN JANUARI 2012