document13

4
Jenis Kecacatan Fizikal pembentukan koordinasi tangan dan jari yang tidak sempurna, sukar mengangkat objek-objek kecil, sukar melukis atau menulis pergerakan motor besar: kerap tersandung dan terjatuh, sukar berjalan, berlari, melompat atau memanjat, sukar mengimbang badan sukar melantun, menangkap atau membaling bola mungkin tidak upaya melepaskan sesuatu objek Sediakan perabot dan peralatan yang berat dan stabil, yang tidak mudah dijatuhkan. Elakkan kawasan berkarpet. Susun perabot dan peralatan supaya terdapat ruang yang luas untuk berjalan. Sediakan alat-alat daripada tekstur yang berlainan seperti tanah liat, fabrik, reben, kadbod dan kertas pasir untuk menstimulasikan deria sentuh mereka. Rancang aktiviti yang boleh menggalakkan senaman dan pergerakan kesemua bahagian badan. Bekerjasama dengan ibu bapa dan pakar untuk menyediakan senaman khas bagi kanak- kanak itu bergantung kepada keperluan mereka. Kecacatan Penglihata Kebanyakannya mempunyai mata juling, mempunyai mata yang tidak Letakkan objek yang berbunyi (jam, loceng angin, radio) di bahagian berlainan di dalam 13: Dapatkan maklumat melalui internet tiga kajian kes mengenai kanak-kanak berkeperluan khas kategori ini (bermasalah kecacatan fizikal, bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran,

Upload: ng-xin-yi

Post on 16-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

13.

TRANSCRIPT

13: Dapatkan maklumat melalui internet tiga kajian kes mengenai kanak-kanak berkeperluan khas kategori ini (bermasalah kecacatan fizikal, bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, bermasalah pertuturan)Jenis Ciri-ciriCara membantu

Kecacatan Fizikalpergerakan motor kecil:pembentukan koordinasi tangan dan jari yang tidak sempurna, sukar mengangkat objek-objek kecil, sukar melukis atau menulis

pergerakan motor besar:kerap tersandung dan terjatuh, sukar berjalan, berlari, melompat atau memanjat, sukar mengimbang badansukar melantun, menangkap atau membaling bolamungkin tidak upaya melepaskan sesuatu objek

Sediakan perabot dan peralatan yang berat dan stabil, yang tidak mudah dijatuhkan. Elakkan kawasan berkarpet. Susun perabot dan peralatan supaya terdapat ruang yang luas untuk berjalan. Sediakan alat-alat daripada tekstur yang berlainan seperti tanah liat, fabrik, reben, kadbod dan kertas pasir untuk menstimulasikan deria sentuh mereka. Rancang aktiviti yang boleh menggalakkan senaman dan pergerakan kesemua bahagian badan. Bekerjasama dengan ibu bapa dan pakar untuk menyediakan senaman khas bagi kanak-kanak itu bergantung kepada keperluan mereka.

Kecacatan PenglihatanKebanyakannya mempunyai mata juling, mempunyai mata yang tidak boleh memfokus, mengelak dari cahaya terang, sering mengerdip atau menggosok mata, sering tersandung atau terjatuh dan terlanggar objek kecil, menutup sebelah mata, menundukkan kepala ke tepi atau ke depan, kerap berkerut atau mengecilkan matamengadu sakit kepala, pening atau loya selepas membuat kerja yang perlu penumpuan, tidak dapat mencari dan mengambil objek kecil yang terjatuh

Jika mereka separa buta, mereka mungkin dapat melihat bayang, warna atau gambar yang besar, memegang buku atau objek dekat dengan muka Letakkan objek yang berbunyi (jam, loceng angin, radio) di bahagian berlainan di dalam rumah untuk membantu kanak-kanak mengenalpasti susunan rumah. Galakkan kanak-kanak ini mencari dan merasa tekstur yang berlainan di sekeliling rumah seperti lantai, karpet, kayu, tingkap kaca, dinding berplaster, meja marmar dan sebagainya. Carilah mainan dan buku yang mempunyai nombor, huruf atau rekaan yang timbul yang boleh disentuh dan diterokai oleh kanak-kanak ini. Sediakan aktiviti yang menggunakan deria lain. Kanak-kanak cacat penglihatan belajar melalui pendengaran dan sentuhan. Permainan yang melibatkan pasir dan air, membuat kolaj, tanah liat dan membuat lukisan tangan adalah aktiviti pembelajaran yang baik. Baca dengan kuat cerita-cerita yang mempunyai jalan cerita yang mudah diteka. Anda juga boleh memilih cerita yang mempunyai penerangan yang menarik mengenai sesuatu aksi atau objek. Guntingkan simbol, bentuk, huruf dan nombor daripada kertas pasir atau kadbod. Pandu tangan kanak-kanak mengikut bentuk tersebut dan pada masa yang sama terangkan mengenai bentuk itu. Pastikan bahawa kawasan bermain mempunyai cukup cahaya supaya kanak-kanak yang mempunyai deria lihat yang terhad dapat melihat dengan lebih baik. Sediakan kawasan yang khas bagi aktiviti bermain.

Kecacatan pendengaran dan pertuturanTidak memberikan respon apabila orang bercakap dengan mereka, tidak terkejut dengan bunyi yang kuat, bunyi tidak mengganggu tidur mereka, membuat bunyi seperti bayi lain, tetapi tidak berkembang menjadi perkataan, tidak banyak bercakap atau langsung tidak bercakap, bercakap, tetapi tidak dapat difahami, membuat banyak bunyi apabila bercakap, bercakap dalam suara yang monotoni, tidak berupaya menurut arahan yang diberi secara lisan, sering menyampuk perbualan, tidak sedar bahawa orang lain sedang bercakap, mengangkat kepala supaya sebelah telinga menghadap orang yang sedang bercakap

Pandang mata mereka sebelum anda mula bercakap. Sentuhan lembut di bahu biasanya dapat menarik perhatian kanak-kanak ini. Bercakap dengan suara yang normal. Gunakan pergerakan tangan dan ekspresi muka untuk menerangkan maksud anda. Sediakan fon telinga atau sediakan satu kawasan khas di mana perakam kaset boleh dimainkan dengan kuat. Ajar kanak-kanak di dalam program anda untuk menggunakan pergerakan badan dan bahasa isyarat. Sediakan bantuan visual. Contohnya, labelkan rak dengan gambar mainan untuk mempermudahkan kerja mengemas.