125723603 teks ucapan pengerusi big 5

Upload: chong-way-lim

Post on 10-Jan-2016

280 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN PENGERUSIPROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5 IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHATSEMPERNA LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)21 Ogos 2015, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEPARAP

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Terima kasih Saudara Pengacara Majlis,

Yang Berhormat Puan Saodah binti Ahmad Guru Besar SK Seri Separap

Yang Berusaha Tn Haji Jamhari bin HarunPenolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha Encik Zahari bin Abu BakarPenolong Kanan HEM

Yang Berusaha Ustaz Fathi bin MisanPenolong Kanan Ko-kurikulum

Yang dihormati En Mohd Razali bin HashimPenolong Penyelaras Program BIG FASA 5 IPG Kampus Tun Hussein Onn

Encik Awang Musa bin Awang BesarTutor OPSYEN Rbt SEM 5 GSTT AMBILAN JUN 2013

Guru-guru SK SERI SEPARAP, para peserta BIG fasa 5Hadirin yang saya hormati sekalian.

1. Bersuyukur kepada Tuhan kerana dengan izin limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Berhimpun BIG fasa 5 Lawatan Penanda Aras.

2. Sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya selaku Pengerusi Jawatankuasa BIG fasa 5 IPG Kampus Tun Hussein Onn ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak SK SERI SEPARAP dalam menjayakan program kami ini. Secara peribadinya, saya amat terharu dengan sinergi yang diberikan oleh pihak sekolah kerana memberi sambutan yang meriah kepada semua peserta BIG fasa 5 ini malah menerima kami dengan tangan yang terbuka. Sekolah ini dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang dalam semua bidang seperti kurikulum, kokurikulum,disiplin dan sahsiah terpuji dikalangan semua ahli warga SK SERI SEPARAP. SK SERI SEPARAP merupakan sebuah sekolah yang berpotensi untuk melahirkan adiwangsa yang mampu mengharumkan nama sekolah dan negara di mata dunia kelak.

3. Penganjuran lawatan ini secara khususnya adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada guru pelatih dengan situasi sebenar apabila bertugas di sekolah kelak. Melalui perkongsian bersama warga sekolah daripada Guru Besar hinggalah kepada para pekerja awam. Diharapkan para guru pelatih telah dapat menimba pengalaman dan ilmu baharu berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah secara menyeluruh. Dalam usaha untuk menghasilkan golongan pendidikan yang bukan sahaja cemerlang juga syumul serta mahir dalam pelbagai bidang serta membawa kepada penghasilan modul yang berkesan. Lawatan ini dibuat ke sekolah yang telah mendapat pengiktirafan Sekolah Bestari Luar Bandar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, sedikit sebanyak kejayaan yang diperoleh dapat dikongsikan dan dinilai agar menjadi panduan untuk kejayaan bidang pendidikan di Malaysia. Semoga program sebegini akan menjadi wadah pencetus semangat inovasi agar perjuangan pendidikan akan sentiasa berlaku sepanjang hayat.

4. Hasil daripada penanda aras ini semua peserta telah dapat memenuhi semua objektif yang ditetapkan. Program ini telah membantu guru-guru pelatih bagi mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kursus ini. Program ini juga telah dapat memangkin serta menyemarakkan semangat untuk menjadi pendidik yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam kalangan guru pelatih dan akhirnya akan memberi impak positif yang membanggakan. Kesan akhir yang kita inginkan adalah untuk melihat sistem pendidikan kita mencapai taraf unggul dan setanding di peringkat global. Semua ini bermula dengan pemupukan semangat dan daya usaha yang tinggi dalam kalangan bakal-bakal guru agar mereka ini berupaya menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada sistem pendidikan negara kita. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada warga SK Seri Separap yang sanggup berkongsi segala maklumat dengan kami. Segala info yang diperolehi umpamakan sebutir belian yang sangat berharga kerana ia tidak boleh diperolehi dimana-mana sahaja melainkan daripada pengalaman dan usaha gigih bersama. Selain itu, segala urusan bersama warga SK Seri Separap sangat efisien dan ini telah memudahkan kami bagi melaksanakan tugasan yang diberikan. Kerjasama dan komitmen sepenuhnya dari semua pihak adalah amat dihargai bagi memastikan kejayaan program ini. Akhir sekali, saya mewakili semua peserta program mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas layanan yang diberikan oleh semua warga SK Seri Separap. Kami juga turut mendoakan agar SK Seri Separap menjadi sebuah sekolah yang terkenal dijagatraya sebagai sekolah bertaraf dunia. Harap kita dapat bertemu lagi dalam program yang lain kelak.Sekian, Terima Kasih !