12 ciri-ciri guru berkesan - …srikemuningindah.orgfree.com/2 ciri gbt.pdf · 1. ianya mudah untuk...

Download 12 CIRI-CIRI GURU BERKESAN - …srikemuningindah.orgfree.com/2 ciri gbt.pdf · 1. Ianya mudah untuk belajar dalam kelas mereka kerana mereka sudah bersedia untuk hari tersebut. 2

If you can't read please download the document

Upload: lamthien

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 12 CIRI-CIRI GURU BERKESAN (Siri Mari Berkongsi)

    Bersedia. Guru-guru yang berkesan datang ke kelas setiap hari bersedia untuk mengajar.

    1. Ianya mudah untuk belajar dalam kelas mereka kerana mereka sudah bersedia untuk

    hari tersebut.

    2. Mereka tidak membuang masa pengajaran. Mereka memulakan kelas tepat pada

    masanya. Mereka mengajar untuk tempoh masa keseluruhan kelas.

    3. Masa berjalan tidak disedari dalam kelas mereka kerana pelajar terlibat dalam

    pembelajaran iaitu, tidak bosan, kurang berkemungkinan untuk tidur.

    Positif. Guru-guru yang berkesan mempunyai sikap optimistik (penuh harapan yang baik dalam menghadapi sesuatu) terhadap pengajaran dan murid-murid. Mereka

    1. Melihat gelas di bahagian separuh penuh (lihat di sebelah yang positif disetiap

    keadaan)

    2. Membuatkan diri mereka boleh ditemui oleh murid

    3. Berkomunikasi dengan murid-murid tentang kemajuan mereka

    4. Memberi pujian dan pengiktirafan

    5. Mempunyai strategi untuk membantu murid-murid bertindak secara positif antara satu

    sama lain

    Memiliki Harapan yang Tinggi. Guru-guru yang berkesan tidak menetapkan had kepada murid-murid dan percaya semua orang boleh berjaya. Mereka

    1. Memiliki standard yang tertinggi

    2. Sentiasa mencabar murid-muridnya untuk melakukan yang terbaik

    3. Membina keyakinan dalam diri murid dan mengajar mereka percaya pada diri sendiri

    Kreatif. Guru-guru yang berkesan adalah pintar akal dan berdaya cipta dalam cara mereka mengajar di kelas-kelas mereka. Mereka

    1. Meraikan jika kelas mencapai matlamat akademik

    2. Menggunakan teknologi secara berkesan dalam bilik darjah

    Adil. Guru-guru yang berkesan memperlakukan murid-murid dan memberi gred secara adil. Mereka

    1. Memberi peluang dan keistimewaan yang sama kepada semua murid

    2. Memberitahu keperluan secara jelas kepada kelas

    3. Menyedari bahawa adil tidak semestinya bermakna melayan sama kepada semua

    orang tetapi bermakna memberikan setiap murid peluang untuk berjaya

    4. Memahami bahawa tidak semua murid belajar dengan cara yang sama dan pada

    kadar yang sama

    1

    2

    3

    4

    5

    http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&docid=c99kh-xOmUhjXM&tbnid=XlQ8zI8Jv8BTUM:&ved=0CAUQjRw&url=http://www.med.nyu.edu/skirball-lab/wanglab/extra/KHKuo/KHKuo/Jiao-Liu/JL-16/JiaoLiu-Nov03.htm&ei=bCnjU46HNcOJuATh6YCwAQ&psig=AFQjCNEuWaoqjLMSDXsJkdyydhZ-EGcYrQ&ust=1407482154255500

  • Memaparkan Sentuhan Peribadi. Guru-guru yang berkesan boleh didekati. Mereka

    1. Berhubung dengan murid secara peribadi

    2. Berkongsi pengalaman peribadi dengan kelas mereka

    3. Mengambil minat terhadap murid secara peribadi dan mencari sebanyak mungkin

    tentang mereka

    4. Melawat dunia murid (duduk dengan mereka di kafeteria; menghadiri acara sukan,

    pementasan dan lain-lain acara di luar waktu persekolahan normal)

    Memupuk Semangat Kekitaan. Guru-guru yang berkesan mempunyai cara yang membuatkan murid berasa dialu-alukan dan selesa dalam bilik darjah.

    1. Murid berulang kali menyebut bahawa mereka berasa seolah-olah mereka kepunyaan

    dalam kelas yang diajar oleh guru berkesan

    2. Murid tahu mereka mempunyai seorang guru yang baik yang menyayangi pengajaran

    dan menjadi keutamaan berbanding pekerjaan lain.

    Penuh Belas Kasihan. Guru-guru yang berkesan memberi perhatian terhadap masalah peribadi murid dan boleh berhubung dengan mereka. Cerita-cerita banyak

    diterima bagaimana sensitiviti dan belas kasihan guru-guru yang penyayang mempengaruhi

    mereka dengan cara yang mendalam dan berkekalan.

    Mempunyai Sifat Jenaka. Guru-guru yang berkesan tidak mengambil segala-galanya suatu yang serius dan menjadikan pembelajaran menyeronokkan

    1. Menggunakan jenaka untuk memecahkan ais dalam situasi yang sukar

    2. Membawa unsur humor ke dalam bilik darjah setiap hari

    3. Ketawa bersama-sama di kelas (tetapi tidak menjejaskan mana-mana pelajar tertentu)

    Menghormati Murid. Guru-guru yang berkesan tidak memalukan murid. Guru-guru memberi penghormatan yang tinggi, menerima penghormatan yang tinggi juga.

    Mereka

    1. Menghormati privasi murid ketika memulangkan kertas ujian

    2. Bercakap secara peribadi dengan murid berhubung gred atau kelakuan

    3. Menunjukkan sensitiviti terhadap perasaan dan sentiasa mengelakkan situasi yang

    memalukan murid

    Pemaaf. Guru-guru yang berkesan tidak menyimpan dendam. Mereka 1. Memaafkan murid terhadap tingkahlaku yang tidak sesuai

    2. Biasakan memulakan setiap hari dengan bebas daripada menghentam, mengkritik

    3. Memahami bahawa sikap yang pemaaf adalah penting untuk menghadapi pelajar

    cerewet, sukar atau susah

    4. Memahami bahawa tingkah laku yang boleh mengganggu atau antisosial boleh cepat

    menjadikan seorang guru tidak menyukai murid, tetapi yang enggan menyerah pada

    murid-murid yang sukar boleh menghasilkan kejayaan

    Mengaku Sesilapan. Guru-guru yang berkesan akan cepat mengakui kesalahan. Mereka

    1. Minta maaf kepada murid yang tersilap tuduh

    2. Membuat pelarasan apabila menunjukkan kesilapan dalam penggredan murid atau

    bahan ujian yang telah ditugaskan

    6

    7

    8

    9

    10

    11

    12

  • Definisi Istilah

    Berkesan bermaksud guru tertentu yang paling berjaya dalam membantu responden

    untuk belajar.

    Ciri-ciri bermaksud kualiti peribadi khas guru tertentu yang dirasai responden yang

    membolehkan guru berkenaan mencapai kejayaan.

    Berikut adalah 12 ciri-ciri guru berkesan. Setiap ciri diberi skala dari 1 10, dengan 10 adalah

    yang tertinggi dalam skala berkenaan. Selepas membaca penjelasan setiap ciri di atas, fikirkan

    amalan pengajaran anda sendiri dan taksir diri anda sendiri dari skala 1 10. Jika anda

    sekarang tidak mengajar, fikirkan suatu masa di mana anda perlu mengajar seseorang

    melakukan sesuatu yang baru dan berdasarkannya anda respon terhadap situasi berkenaan.

    Tujuan tugasan ini adalah untuk membantu anda menjadi lebih reflektif tentang amalan

    pengajaran. Pengredan tugasan ini tidak berdasarkan sejauh mana tinggi anda memberi skor

    setiap ciri. Sehubungan dengan itu, mohon kejujuran dengan diri anda.

    Sumber: Walker, R.J. (2008). Twelve Characteristics of an Effective Teacher A Longitudinal, Qualitative, Quasi-Research

    Study of In-service and Pre-service Teachers Opinions. NC: Lulu Publishing

    Koleksi

    Abdul Razak bin Alias, Ogos 2014

    [email protected]

    0123456789

    10Bersedia

    Positif

    Harapan yang Tinggi

    Kreatif

    Adil

    Sentuhan Peribadi

    Semangat Kekitaan

    Belas Kasihan

    Bersifat Jenaka

    Menghormati

    Pemaaf

    Mengaku Kesilapan

    mailto:[email protected]