11. kesimpulan

2
MTE 3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG 7.0 KESIMPULAN Matlamat pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah perlu dipertingkatkan. Pada masa kini penggunaan matematik dengan luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Kalau dahulu masyarakat hanya berpendapat bahawa matematik adalah untuk pengiraan sahaja, tetapi pada masa kini peranan yang dimainkan oleh matematik meliputi pelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusan dan komunikasi. Bagi memastikan perkembangan menyeluruh dan seimbang, penekanan perlu ditumpukan kepada penguasaan kemahiran asas, penerapan nilai murni dan pemupukan nilai dan bakat. Maka, potensi dan bakat murid-murid perlu diperluaskan dengan memberi peluang kepada mereka untuk berkembang mengikut keupayaan dan minat masing- masing. Hal ini memerlukan pendekatan yang sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Seperti yang sedia maklum bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan memang menuntut supaya potensi individu di kembangkan seiring dengan nilai murni yang dipupuk dalam proses Dengan itu, untuk menentukan murid-murid di sekolah agar berketrampilan bagi menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar, penekanan perlu diberi kepada pemupukan dan peningkatan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif, kemahiran interaksi dan sebagainya. Oleh yang demikian, melalui kerja kursus ini saya sedar bahawa pengajaran yang baik bagi tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus penting bagi murid-murid dalam menghadapi dunia sebenar. Selain daripada itu, kerja kursus ini telah memberikan pengalaman mengajar yang baik bagi tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus kepada diri saya. Hal ini kerana, kerja kursus ini meliputi aspek-aspek seperti perkembangan konsep kanak-kanak, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pembinaan bahan bantu mengajar untuk topik-topik yang dinyatakan. Dalam pada itu, melalui kerja kursus ini saya juga dapat mengetahui bahawa pembelajaran dapat di bentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pengalaman ini dapat diperolhi oleh murid-murid melalui Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan pembelajar. Hal ini kerana pembelajaran yang berkesan dapat dibina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. Oleh yang demikian, apabila murid belajar 42

Upload: naggen-sri-dx

Post on 07-Jul-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hmngfbsdv

TRANSCRIPT

Page 1: 11. KESIMPULAN

MTE 3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG

7.0 KESIMPULAN

Matlamat pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik,

analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan

menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam

kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Untuk

mencapai matlamat pendidikan ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran Matematik

di sekolah perlu dipertingkatkan. Pada masa kini penggunaan matematik dengan luasnya

dalam semua lapisan masyarakat.

Kalau dahulu masyarakat hanya berpendapat bahawa matematik adalah untuk

pengiraan sahaja, tetapi pada masa kini peranan yang dimainkan oleh matematik meliputi

pelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusan dan

komunikasi. Bagi memastikan perkembangan menyeluruh dan seimbang, penekanan perlu

ditumpukan kepada penguasaan kemahiran asas, penerapan nilai murni dan pemupukan

nilai dan bakat. Maka, potensi dan bakat murid-murid perlu diperluaskan dengan memberi

peluang kepada mereka untuk berkembang mengikut keupayaan dan minat masing-masing.

Hal ini memerlukan pendekatan yang sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Seperti

yang sedia maklum bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan memang menuntut supaya

potensi individu di kembangkan seiring dengan nilai murni yang dipupuk dalam proses

Dengan itu, untuk menentukan murid-murid di sekolah agar berketrampilan bagi

menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar, penekanan perlu diberi kepada

pemupukan dan peningkatan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif,

kemahiran interaksi dan sebagainya. Oleh yang demikian, melalui kerja kursus ini saya

sedar bahawa pengajaran yang baik bagi tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus

penting bagi murid-murid dalam menghadapi dunia sebenar.

Selain daripada itu, kerja kursus ini telah memberikan pengalaman mengajar yang

baik bagi tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus kepada diri saya. Hal ini kerana,

kerja kursus ini meliputi aspek-aspek seperti perkembangan konsep kanak-kanak, aktiviti

pengajaran dan pembelajaran serta pembinaan bahan bantu mengajar untuk topik-topik

yang dinyatakan.

        Dalam pada itu, melalui kerja kursus ini saya juga dapat mengetahui

bahawa pembelajaran dapat di bentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan

pengalaman. Pengalaman ini dapat diperolhi oleh murid-murid melalui Bahan bantu

mengajar yang sesuai dengan pembelajar. Hal ini kerana pembelajaran yang berkesan

dapat dibina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.

42

Page 2: 11. KESIMPULAN

MTE 3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG

Oleh yang demikian, apabila murid belajar dan  berinteraksi dengan objek atau bahan bantu

mengajar maka perkara-perkara dalam pembelajaran dapat difahami oleh murid-murid

dengan cepat. Murid-murid juga dapat membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap

masalah yang diberi. 

            Kesimpulannya, tugasan ini telah memberikan pendedahan kepada saya tentang

penggunaan bahan bantu mangajar dalam PdP serta penyediaan Rancangan Pengajaran

Harian (RPH) mengikut format yang betul. Sebagai seorang bakal guru, saya sedar bahawa

penyediaan bahan bantu mengajar dan RPH yang sesuai dan betul sangat penting kerana

seorang guru perlulah sentiasa menyiapkan diri dan bersedia untuk menyampaikan isi

pelajaran kepada murid-murid. Jadi, seorang guru perlu sentiasa berusaha untuk

memberikan pengajaran yang terbaik kepada murid-muridnya.

43