1.1 kemahiran set induksi

5
1.1 KEMAHIRAN SET INDUKSI 1.11 Pengenalan Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya bermakna wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera. Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajar – pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Bagaimanapun,oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina aliran fikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu pelajaran. 1.12 Prinsip-prinsip Panduan Kemahiran Set Induksi Untuk mencapai tujuan set induksi ini, guru harus memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut : 1

Upload: nslia

Post on 27-Jun-2015

2.798 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.1 Kemahiran Set Induksi

1.1 KEMAHIRAN SET INDUKSI

1.11 Pengenalan

Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh

setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan

untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya guru

tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya bermakna wujud

pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di dalam

kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil

tindakan segera.

Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah untuk membina aliran fikiran

serta menimbulkan minat pelajar – pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian

terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan.

Bagaimanapun,oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina

aliran fikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang

hendak disampaikan, masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah

ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu pelajaran.

1.12 Prinsip-prinsip Panduan Kemahiran Set Induksi

Untuk mencapai tujuan set induksi ini, guru harus memahami dan mematuhi beberapa

prinsip berikut :

a. Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman,kebolehan dan

umur murid.

b. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak

disampaikan.

c. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan juga dengan pengetahuan yang

sedia ada.

d. Aktiviti set induksi hendaklah dapat menarik minat dan perhatian murid.

1

Page 2: 1.1 Kemahiran Set Induksi

e. Aktiviti set induksi hendaklah disampaikan dengan cara berkesan, demi

mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat.

1.13 Objektif-objektif Set Induksi

Penggunaan set induksi dalam proses pengajaran mempunyai beberapa objektif

berikut:

a. Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan

dijalankan.

b. Membina aliran fikiran muris supaya mereka bersedia mempelajari

sesuatu yang berkaitan.

c. Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar.

d. Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman dengan isi pelajaran baru

yang hendak disampaikan.

e. Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas atau

projek.

f. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran

murid.

g. Membantu murid mengikut pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna

1.14 Kesan Kemahiran Set Induksi Ke Atas Pengajaran – Pembelajaran

Jika objektif-objektif set induksi berjaya dicapai, kesan penggunaan

kemahirannya dapat diperhatikan seperti berikut :

a. Motivasi murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan adalah tinggi.

Mereka akan menunjukkan tanda persediaan untuk mengikuti pengajaran

guru selanjutnya.

b. Semua murid akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang

disampaikan. Kesan ini membolehkan guru menjalankan aktiviti pelajaran

dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini.

2

Page 3: 1.1 Kemahiran Set Induksi

c. Murid boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep

yang baru dengan lebih mudah dan bermakna.

d. Murid akan bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan

tugas dan aktiviti yang diberikan oleh guru.

e. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditimbulkan dengan suasana

yang aktif dan seronok.

f. Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana aktitivi set induksi dapat menarik

minat pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pengajaran dan

pembelajaran yang selanjutnya.

1.15 Komponen-komponen Kemahiran Set Induksi

Kemahiran set induksi lazimnya, dibahagikan kepada empat jenis komponen,

iaitu :

I. Menarik perhatian

II. Mewujudkan motivasi

III. Membuat perkaitan; dan

IV. Menstruktur

I. Menarik Perhatian merangkumi perkara berikut :

mewujudkan nada suara yang sesuai.

menggunakan ABM/BBM yang menarik.

menggunakan gerakan, kontek mata, isyarat.

menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.

II. Mewujudkan Motivasi merangkumi perkara berikut :

membangkitkan rasa ingin tahu.

menggunakan teknik bercerita.

menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.

menggunakan soalan yang mencabar.

3

Page 4: 1.1 Kemahiran Set Induksi

Membuat Perkaitan merangkumi perkara berikut :

mengaitkan pengetahuan lepas murid.

mengaitkan isi pelajaran baru.

mengaitkan peristiwa semasa.

mengaitkan minat dan pengalaman murid.

Menstruktur merangkumi perkara berikut :

menyatakan had tugas yang akan dijalankan.

menggunakan satu siri soalan yang berkaitan.

menyatakan cara-cara melaksanakan tugas.

menyatakan aktiviti, tugasan atau projek.

4