106899534 amalan pentaksiran dalam matematik

Upload: azlan-shah-luckman

Post on 03-Apr-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 106899534 Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

    1/12

    KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

    PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)MATEMATIK , AMBILAN NOV. 2008

    SEMESTER 7

    MTE 3112

    AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK.

    NAMA PELAJAR : AHMAD BIN JASMAN

    ANGKA GILIRAN : 2008212360051

    TARIKH SERAHAN : MEI 2012

    NAMA PENSYARAH :PN. NOOR KHALIZA BTE.

    MOHD. KHAIRUDDIN.

  • 7/29/2019 106899534 Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

    2/12

    1

    Nama : Ahmad Bin Jasman.Pengkhususan : PGSR Matematik.

    Kod Kursus : MTE 3112.

    Tajuk Kursus : Amalan Pentaksiran dalam Matematik.

    Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran.

    (A). Teknologi maklumat dalam pentaksiran.

    1. Pendahuluan:Pentaksiran merupakan sebahagian dalam dunia pendidikan matematik.

    Apabila ianya dilaksanakan dengan sempurna dan baik, ianya mampumenjanakan informasi yang hebat.

    1.1 Pada Guru:Dapatan pentaksiran menyediakan maklumat kepada pendidik tentangkeberkesanan pendekatan, strategi atau teknik pengajaran yangdigunakan, justeru memberi suntikan kepada proses pencarian keadahmengajar yang lebih efisien.

    1.2 Pada murid:Bagi seorang murid, hasil pentaksiran merupakan satu indikator ataupetunjuk kepada apa yang telah mereka pelajari, apa yang masih perludipelajari dan bagaimana cara terbaik untuk mempelajarinya.

    1.3 Pada ibubapa/penjaga:Memberi panduan tenang bagaimana cara yang terbaik untuk memberisokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka.

    2. Maksud pentaksiran.2.1 Pentaksiran ialah proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu

    peraturan atau piawaian. (Popham,2000)

    2.2 Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yangmerangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, membuat skor danmenterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagisesuatu tujuan tertentu. (Lembaga Peperiksaan Malaysia,2000)

    2.3 Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran bolehdidefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai.

  • 7/29/2019 106899534 Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

    3/12

    2

    2.4 Dalam pendidikan dapatlah dirumuskan bahawa pentaksiran ialah satuproses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentangproduk sesuatu proses pendidikan.

    2.5 Tujuan pentaksiran:

    a). Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalampembelajaran.b). Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.c). Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan

    pembelajaran memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.d). Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan

    sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.e). Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.f). Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

    3. Teknologi Maklumat3.1 Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih darisatu takrifan :a). Pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses

    untuk menyelesaikan masalah manusia.b). Perkataan technology berasal dari perkataan Greek iaitu

    technologia .Techne bermaksud seni, kemahiran, rekaan. Dan logiapula bermaksud pembelajaran, kajian.

    c). Teknologi selalunya berkait rapat dengan menggunakan prinsipsains dan proses terkini.

    d). Dalam bidang ekonomi teknologi ialah tahap pengetahuan semasadalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yangdikehendaki. Teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikalberubah.

    e). Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuansains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalahmanusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

    3.2 Teknologi Maklumata). Satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan

    maklumat menggunakan perantaraan teknologi.b). Boleh ditakrifkan sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah,

    menyebar dan memaparkan maklumat.c). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: teknologi berkait dengan

    pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaranmaklumat melalui teknologi komputer dan tele-komunikasi.

  • 7/29/2019 106899534 Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

    4/12

    3

    4. Teknologi maklumat dalam pentaksiran.

    4.1 Pengertian:

    Pentaksiran berasaskan web merupakan satu istilah umum yangmerangkumi penggunaan komputer dan internet dalam prosespentaksiran. Istilah pentaksiran berasaskan web ini adalah meluas,merangkumi pelbagai kegiatan yang mana teknolgi digital digunakandalam semua kegiatan meliputi perancangan dan penghantaranpentaksiran, penandaan dalam komputer dan alat-alat atas talian, dansemua proses pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yangberkaitan dengan pentaksiran di peringkat sekolah

    JISC/QCA (2007) mendefinisikan pentaksiran berasaskan web inisebagai proses pentaksiran secara elektronik yang mana Teknologi

    Maklumat Komunikasi (TMK) telah digunakan untuk persembahan aktivitipentaksiran dan mendapatkan maklum balas. Menurut mereka lagi,kaedah pentaksiran berasaskan web ini adalah berbeza denganpentaksiran berasaskan komputer (CBA) yang merujuk kepadapentaksiran dilaksanakan dan ditandakan/periksa dengan komputer, danpentaksiran berbantukan komputer (CAA) adalah merujuk kepadaamalan yang bergantung kepada penggunaan komputer:: Contohnyapenggunaan atas talian bagi tujuan forum perbincangan, maklum balaskerja kumpulan, penyelesaian dan penyerahan tugasan secara elektronikatau e-portfolio.

    Sehubungan dengan itu sistem pentaksiran pendidikankebangsaan mencadangkan supaya penggunaan teknologi diperluaskandalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah. (Marzita Abdullah, 2009).Pada tahun 2001, Lembaga Peperiksaan Malaysia menyediakan sistempentaksiran bestari, selaras dengan konsep Sekolah Bestari.

    Dengan mengambil contoh sistem pengkalan data peperiksaan(Sispa) dan Headcount yang digunakan bagi penilaian dan peperiksaan disekolah, maklumat mengenai pencapaian setiap murid dalam peperiksaandisimpan, diproses dan dianalisis di dalam sistem pengkalan data. Datapentaksiran boleh diakses dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senaraidan jadual-jadual statistik yang mudah. Ini dapat membantu pentadbiransekolah serta para guru untuk mengesan kekuatan dan kelemahan yangada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan danproram susulan yang sesuai dan releven disamping memudahkan urusandokumentasi dan penyimpanan data.

  • 7/29/2019 106899534 Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

    5/12

    4

    Pentaksiran dalam talian terhad kepada sekolah yangmempunyai infrastruktur yang mencukupi, iaitu komputer yangdirangkaikan (network) dan aplikasi sistem pengurusan pentaksiran.Capaian kepada aplikasi ini boleh dibuat dari mana-mana komputer yang

    mempunyai sambungan ke internet.

    Pentaksiran dalam talian akan menggunakan item yang disimpandalam bank item berkomputer dan boleh diakses oleh pengguna menerusirangkaian (network). Dengan menggunakan bank item dan rangkaian,guru danmurid boleh menjalankan aktiviti pentaksiran apabila merekatelah bersedia dan memerlukannya.

    Pentaksiran berasaskan web adalah cara terbaik bagimengenalpasti keperluan murid dan dapat menanam keinginan untukmaju jika guru berupaya mengaitkan murid kepada sumber rujukan yang

    baik dan tepat serta memberikan maklum balas serta merta. Pentaksiranini berpotensi mengembangkan pemahaman murid terhadappembelajaran guru dan merupakan satu kaedah latihan dan penilaianyang berkesan. Penggunaan teknologi yang mantap, dapat menyumbangkepada pentaksiran yang berkesan (JISC/QCA, 2007)

    Antara kebaikan penggunaan teknologi ini adalah penjimatanmasa, memudahkan menanda dan penjimatan ruang menyimpan. Denganmenggunakan komputer, guru akan mempunyai lebih masa untuk prosespengajaran dan pembelajaran. (Fabilah Baharom dan Zaidatun Tahir,2005)

    Pentaksiran berasaskan web ini lebih bersifat peribadi. Murid bolehmelaksanakan pentaksiran pada bila-bila masa di mana sahaja mengikutkesesuaian masa. (Bull, 1999) telah mendapati bahawa murid lebihmenyukai pentaksiran menggunakan komputer kerana dapat memberimaklum balas serta mambuat analisis statistik dengan cepat dan tepatberikutan dari penandaan yang lebih cekap dan berkesan (Bennett, 2000)Menurut Vendlinski dan Stevens (2002) pula, teknologi menawarkankeadah pengukuran baru bagi menarik minat murid seterusnya dapatmentaksir pembelajaran yang berupaya memberi maklum balas sertamerta prestasi pencapaian murid.

  • 7/29/2019 106899534 Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

    6/12

    5

    4.2 Aplikasi pengurusan ujian dan aplikasi pengurusan tugasan dalamsistem pengurusan menggunakan teknologi maklumat.

    Sub modul berikut terdapat di dalam Aplikasi Pengurusan Ujian danAplikasi Pengurusan (Guided Mode)

    a). Penyelenggaraan Bank Soalan.- Menambah soalan ke dalam bank soalan.- Menukar soalan-soalan yang sedia ada di dalam bank

    soalan.b). Penyediaan Ujian.

    - Menyediakan ujian.- Menggunakan soalan-soalan dari bank soalan untuk ujian

    dalam talian.c). Jadual Ujian dan calon.

    - Membuat jadual peperiksaan dengan menggunakan ujian

    yang telah disediakan.- Mengagihkan calon untuk setiap peperiksaan.d). Pelaksanaan ujian.

    - Murid melaksanakan ujian dalam talian.e). Penyelenggaraan keputusan ujian.

    - Memasukkan keputusan ujian luar talian.- Keputusan ujian dalam talian akan masuk secara

    outomatik.f). Kemajuan pelajar.

    - Memaparkan kemajuan pelajar.

    Pelaksanaan Sistem Pengurusan Peperiksaan SecaraOnline ini adalah merupakan sebahagian dari program dalamProjek Jangka Panjang Lembaga Peperiksaan Malaysia untuktahun 2001 hingga 2010 dan ianya adalah selaras dengan ProgramRancangan Rangka Jangka Panjang ke (3) Kementerian PelajaranMalaysia dalam usaha untuk mengintegrasikan sistem pentaksiranke dalam sekolah bestari.

  • 7/29/2019 106899534 Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

    7/12

    6

    4.3 Contoh perisian yang berkaitan dengan pentaksiran.

    4.3.1 Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(SPPBS)

    - Dibangunkan bagi kemasukan prestasi muridberlandaskan pelaksanaan kurikulum Standard SekolahRendah (KSSR) Sistem ini dibangunkan secara atastalian.

    4.3.2 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

    - Dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan danmenganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolahdi seluruh negara.

    - Merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talianyang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM.JPN, PPD dan sekolah. Analisis yang dilakukan melaluisistem ini adalah selaras, berdasarkan skala gredkebangsaan.

    - Data yang disimpan melaluinya boleh digunapakai olehsemua pihak terutamanya PPD , JPN dan KPM untukmembuat sebarang analisis.

  • 7/29/2019 106899534 Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

    8/12

    7

    4.3.3 EDUWEBTV

    - Dilaksanakan bagi merapatkan jurang pendidikan diantara bandar, luar bandar dan pendalaman.

    - Membolehkan guru mengolah dan memprebiu rancanganserta menggunakannya dalam bilik darjah tanpa terikatpada masa siaran dan tempat tayangan.

    4.3.4 Perisian Hot Potatoes

    - Ia adalah sebuah perisian percuma yang digunakanuntuk membina soalan dalam pelbagai bentuk.

    - Antaranya ialah kuiz, mengisi tempat kosong, soalanobjekif, soalan padanan dan juga teka silangkata.

    - Boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran danpembelajaran dan juga ujian.

    - Dilaksanakan secara soalan bercetak atau secara online.- Perisian ini amat menyeronokkan.

  • 7/29/2019 106899534 Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

    9/12

    8

    Contoh

    soalan objektif

  • 7/29/2019 106899534 Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

    10/12

    9

    4.3.5 Program Excel

    Fungsi-fungsi worksheet adalah tool-tool khusus yangmelakukan perhitungan kompleks dengan cepat dan mudah.Mereka seperti tombol kunci khusus pada kalkulator canggihyang menghitung akar pangkat dua, logaritma dan evaluasistatistik.Microsoft Excel memiliki lebih dari 300 fungsi built-in yangmelakukan berbagai macam perhitungan. Beberapa fungsi,seperti SUM, setara dengan formula matematika panjangyang bisa Anda lakukan dengan manual. Fungsi-fungsi lain,seperti IF dan VLOOKUP, tidak dapat ditiru olah formula

  • 7/29/2019 106899534 Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

    11/12

    10

    5. Kelebihan teknologi maklumat (Komputer) dalam pentaksiran.a). Melaksanakan kiraan matematik dengan cepat dan tepat.b). Memaparkan visual statik dan dinamik.c). Memainkan bunyi, suara dan muzik pada masa dan tempoh yang

    diperlukan.d). Mengenalpasti pengguna yang sah dan tidak sah melalui kata laluan.e). Memproses keputusan dengan tepat dan cepat.f ). Memaparkan pelbagai format keputusan seperti teks, graf, suara dan

    jadual.g). Memilih dan memaparkan soalan secara rawak.h). Menyimpan keputusan penilaian dan boleh dicapai semula dengan

    mudah.i). Tidak prejudis dalam memberi markah.

    j). Mengemukakan maklumat analisis penilaian untuk panduan membuatkeputusan.

    k). Mudah menyampaikan ujian kepada ramai pengguna dalam masayang singkat.l). Menggurangkan kos tadbir ujian dengan menggunakan keadah ujian

    dalam talian.m).Meningkatkan penerimaan dan kepuasan calon.n). Memenuhi keperluan keadah ujian dan penilaian masa hadapan.

    6. Kekangan menggunakan teknologi maklumat dalam pentaksiran.a). Perlu alatan yang mencukupi, komputer, internet, perisian.b). Perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT.c). Memiliki pengetahuan dan kemahiran memprogramkan komputer-

    pengguna boleh berinteraksi dengan berkesan.d). Laporan keputusan sukar dijadikan bukti pencapaian sebenar murid.

  • 7/29/2019 106899534 Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

    12/12

    11

    BIBLIOGRAFI

    1) Al Gahmudi, Y.A. S (1987). The Effectiveness of Using Microcomputers in

    Learning Algebraic Precedence Conventions. Doctoral Dissertation, Florida State

    University.

    2) Cockroft, W.H. (1986). Mathematics Count. London. HMSO

    3) Funkhouser, C. (1993). The Influence of Problem Solving Software in

    Students' Attitude about Mathematics. Journal of Research on Computing in

    Education. 23(3), 339-346.

    4) Ibrahim Saad, (1990). Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran.DBP, Kuala Lumpur.

    5) Sue Brown & Bette Bush, (1992). Multimedia Math. The Computer Teacher,

    20(3), 57-58

    6) Wan Mohd. Zahid Wan Mohd Nordin, (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia,

    Hala Tuju Ke Masa Depan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia

    7) http://www.oocities.org/gardner02_8/ilmiah2.htm

    8) apps.moe.gov.my/sppbs/

    9) saps.moe.gov.my/

    10) www.eduwebtv.com/

    11) www.halfbakedsoftware.com/hot_pot.php

    12) www.baycongroup.com/el0.htm

    13)mujahid.tripod.com/kurimath_bestari.html

    http://www.halfbakedsoftware.com/hot_pot.phphttp://www.halfbakedsoftware.com/hot_pot.phphttp://www.halfbakedsoftware.com/hot_pot.phphttp://www.halfbakedsoftware.com/hot_pot.phphttp://www.baycongroup.com/el0.htmhttp://www.baycongroup.com/el0.htmhttp://www.baycongroup.com/el0.htmhttp://www.halfbakedsoftware.com/hot_pot.php