10. tajuk 5 pemikiran

Download 10. Tajuk 5 Pemikiran

If you can't read please download the document

Upload: pdb1623

Post on 05-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PEMIKIRAN

TRANSCRIPT

Tajuk 5

Tajuk 5PEMIKIRAN

Sinopsis Tajuk ini bertujuan untuk memberi satu kefahaman menyeluruh mengenai konsep dan jenis-jenis pemikiran. Kemahiran berfikir merupakan asas kepada dan kemahiran belajar yang berkesan. Guru-guru yang menguasai dan melengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran berfikir juga turut dapat membantu murid-muridnya dalam menghasilkan kerja yang optimum dan berkualiti. Fokus perbincangan dalam topik ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran anda menggunakan kepelbagaian cara untuk merangsang pemikiran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1.Menghuraikan konsep dan jenis-jenis pemikiran

2.Mengenal pasti ciri-ciri jenis pemikiran utama;

3.Mengenalpasti cara-cara merangsang kepelbagaian pemikiran murid

Kerangka konsep tajuk ini5.1Konsep Pemikiran

Telitikan beberapa definisi tentang konsep pemikiran menurut beberapa ahli psikologi berdasarkan Rajah 5.1. Berdasarkan maklumat tersebut, apakah kesimpulan anda tentang konsep pemikiran?

Membuat Nota

Kesimpulan saya tentang konsep pemikiran.

AKTIVITI BERFIKIR

Asahkan pemikiran anda dengan menjawab soalan-soalan di bawah. Fikirkan semasa anda respon kepada setiap soalan, apakah jenis pemikiran yang anda amalkan?

Soalan 1

Sebelum Gunung Everest ditemui, apakah gunung yang tertinggi di dunia?

Soalan 2

Bulan-bulan tertentu dalam sesuatu tahun mempunyai 31 hari. Hanya bulan Februari mempunyai 28 hari (tahun lompat). Berapa bulan dalam sesuatu tahun mempunyai 30 hari?

Soalan 3

Semua nombor dalam baris, lajur dan diagonal petak magis ini berjumlah 15.

4

3

8

9

5

1

2

7

6

Isikan nombor-nombor yang sesuai dalam petak magis di bawah supaya berjumlah 15 juga. Selamat mencuba!

6

2

3

9

3

6

8

Soalan 4

Masukkan sekeping syiling ke dalam botol kaca dan tutupkan mulut botol dengan gabus. Apakah cara untuk mengeluarkan syiling daripada botol tersebut tanpa menarik kabus ataupun memecahkan botol tersebut?

Jawapan terdapat pada akhir tajuk ini.

5.2Jenis-Jenis Pemikiran

Jenis-jenis pemikiran yang kita akan meneliti adalah

Pemikiran Kritis dan KreatifPemikiran Divergen dan Konvergen

Pemikiran Reflektif

(1)Kemahiran Berfikir Kritis

Kemahiran berfikir secara kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea berdasarkan maklumat dan bukti, membuat pertimbangan yang wajar untuk membuat kesimpulan. Ia menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan yang salah.

Kita guna pemikiran kritis untuk:

menilai ketepatan pemerhatian

menilai kebolehpercayaan maklumat

membuat inferens

membuat ramalan

membuat deduksi

membuat generalisasi

Ciri-ciri pemikiran kritis:

Proaktif

Menilai

Meneliti kemungkinan berdasarkan idea/fakta yang telah diketahui

(2)Kemahiran Berfikir Kreatif

Kebolehan menjana dan menghasilkan idea asli, pelbagai, baru, luar biasa, provokatif, mencabar dan dapat dipertimbangkan untuk menjadi ciptaan yang lebih luas dan terbuka. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Apabila kita menggalakan imaginasi dan idea-idea yang mencabar logik.

Kita guna kemahiran berfikir secara kreatif untuk:

menjana idea baru

kepelbagaian idea

pertambahan idea

memperincikan idea

mencipta analogi

mencipta metafora

Ciri-ciri Kreativiti

keaslian

kelancaran

perincian

divergen

keluwesan

Berfikir merupakan kemahiran yang boleh dipelajari, dikembangkan dan dipertingkatkan. Dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kita dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.

REHAT

Berdasarkan kepada AKTIVITI BERFIKIR di mukasurat 60, dapatkah anda kenal pasti soalan-soalan manakah yang memerlukan anda berfikir secara kritis dan manakah yang memerlukan anda berfikir secara kreatif?

(3)Pemikiran Konvergen

Pemikiran konvergen merujuk kepada keupayaan menumpukan pemikiran ke satu arah untuk mencari satu jawapan yang betul berdasarkan data sedia ada. Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi sesuatu masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tetap.

(4)Pemikiran Divergen

Pemikiran divergen merupakan keupayaan untuk melihat sesuatu masalah dari berbagai sudut, mempertimbangkan pelbagai kemungkinan dan membolehkan seseorang menerima lebih daripada satu jawapan yang dianggap betul. Dalam pemikiran divergen, pengetahuan atau pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin. Maka, jenis pemikiran seperti ini menuju ke arah daya cipta, keaslian, inovatif dan kreatif. De Bono (1970) menyifatkan jenis pemikiran sedemikian sebagai pemikiran lateral, meliputi proses-proses berfikir di luar kotak dan menerokai sudut-sudut baru. Pemikiran lateral melatih minda ke arah pemikiran kreatif apabila idea baru dijanakan.

KonvergenDivergen

Pemikiran yang berfokus/ menumpuKebolehan menghasilkan pelbagai jenis idea atau generatif

Perlukan jawapan tepat atau betul sahaja. (Sering diuji dalam kebanyakan ujian kecerdasan dan pencapaian). Pentingkan idea asli, menarik dan unik

Gunakan kemahiran analitikal, logikal, sekuen, sistematik, dan sebagainya.Gunakan imaginasi, intuisi, dan kreativiti.

Jadual 5.2: Perbandingan Ciri-ciri Pemikiran Konvergen dan Divergen

AKTIVITI BERFIKIR

Soalan: Apakah penggunaan sebatang pensel?

Fikir secara konvergen dan tuliskan jawapan di sini.

_________________________________________

_________________________________________

Fikir secara divergen dan tuliskan jawapan di sini

__________________________________________

__________________________________________

REHAT DAN REFLEK

Berhenti sejenak dan buat refleksi. Antara pemikiran konvergen dan divergen, manakah yang kerap anda gunakan?

(5)Pemikiran reflektif

Schon (1983) menjelaskan pemikiran reflektif sebagai proses minda membentuk kerangka pemikiran, membentuk semula kerangka tersebut, kemudiannya merancang tindakan yang baharu untuk meningkatkan tindakan penyelesaian masalah. Schon (1983) membezakan proses pemikiran dua:

Refleksi semasa tindakan (reflection-in-action) di mana seseorang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan

Refleksi ke atas tindakan (reflection-on-action) di mana seseorang merenung kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan.

Pemikiran reflektif melibatkan proses menyoal, penyoalan kendiri, penilaian kendiri, pertimbangan terhadap pengalaman, pertimbangan terhadap tindakan-tindakan alternatif dan merancang agenda untuk tindakan dan peristiwa yang dijangkakan.

Amalan refleksi amat penting untuk guru mengimbas kembali tindakannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran, menilai kesan tindakannya dan seterusnya merancang semula untuk memperbaiki tindakan tersebut. Proses refleksi boleh dikembangkan dengan penggunaan grid refleksi, penulisan jurnal, diari dan buku log.

5.3Teknik Merangsang Kepelbagaian Pemikiran Murid

Guru boleh melaksanakan strategi pengajaran yang melibatkan sumbang saran, simulasi, inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.

Jenis-jenis aktiviti yang boleh diguna termasuk : banding beza, klasifikasi; analisis dan membuat penilaian.

Masalah yang dikemukakan kepada murid haruslah searas dengan kebolehan murid supaya mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut. Ini akan meningkatkan motivasi murid untuk melibatkan diri dalam lebih banyak penyelesaian masalah.

Murid harus diberi peluang untuk menyoal, membuat analisis dan penilaian serta mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari.

Guru harus menggalakkan percambahan fikiran supaya setiap murid meluahkan pendapat mereka sendiri secara bebas. Mereka diberi peluang untuk mengutarakan pendapat dan guru perlu menerimanya secara terbuka. Guru tidak boleh bersifat autokratik tetapi mesti membina suasana yang harmonis untuk pengaliran idea yang bebas.

Guru dapat menggalakkan tingkah laku dan pemikiran dengan ganjaran dan peneguhan jika pelajar dapat mencadangkan idea asli atau melakukan aktiviti dengan inisiatif sendiri.

JAWAPAN

Kesimpulannya, pemikiran merupakan :

Satu proses mental yang menyeluruh

Manipulasi ke atas pengetahuan / pengalaman yang sedang dialami / dalam ingatan

Penyusunan idea-idea dengan sistematik

1. Gunung Everest. Walaupun ia belum ditemui ia MASIH merupakan gunung tertinggi. (kritis)

2. Sebelas bulan, Januari hingga Disember, kecuali Februari. (kritis)

3.

6

7

2

5

5

5

4

3

8

2

9

4

7

5

3

6

1

8

4. Tolakkan kabus tersebut ke dalam botol kemudian goncangkan botol sehingga syiling tersebut keluar. (lateral)

Soalan Panduan RefleksiCatatan Refleksi

Apa yang saya buat?

Apakah langkah pengajaran yang telah saya laksanakan?

Apakah hasilnya?

Sejauh manakah objektif pengajaran telah dicapai?

Mengapa menjadi demikian?

Apakah faktor-faktor yang membantu/ menghalang pencapaian objektif?

Apakah perasaan saya?

Apakah perasaan saya tentang pengajaran yang baru lepas?

Apakah yang saya belajar?

Apakah tindakan saya selepas ini?

Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk memperbaiki p-p?

PEMIKIRAN

Konsep Pemikiran

Jenis-jenis & Ciri-ciri Pemikiran

Cara-cara menggalakkan pemikiran murid

EMBED \* MERGEFORMAT

EMBED \* MERGEFORMAT

TUTORIAL

GRID REFLEKSI Sila rekodkan pemikiran anda berpandukan soalan-soalan di bawah sebaik sahaja sesi pengajaran anda tamat. Kongsi catatan refleksi ini dalam kumpulan tutorial anda.

RUJUKAN

De Bono, E. (1976). Teaching thinking. London: Pelican Books.

Dewey, J. (1938). Experience and education. New York: Macmillan

Khuan, W. B. & Omar Abdull Kareem. (2005). Pemikiran dan kreativiti. Selangor: Aras Mega Sdn. Bhd.

Ruggiero, V. R. (1984). Beyond feelings: A guide to critical thinking (2nd ed.). Mountain View, CA: Mayfield.

Schn, D. A. (1983). The reflective practitioner: How professionals think in action. London: Temple Smith.

LAMAN WEB

HYPERLINK "http://psychology.about.com/od/cognitivepsychology/a/left-brain-right-brain.htm" http://psychology.about.com/od/cognitivepsychology/a/left-brain-right-brain.htm

HYPERLINK "http://www.squidoo.com/braintest" http://www.squidoo.com/braintest

HYPERLINK "http://www.mindtools.com/pages/article/newCT_00.htm" http://www.mindtools.com/pages/article/newCT_00.htm

http://www.squidoo.com/braintest

70