1.0 pengenalanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 pengenalan...

27
1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Ianya juga merupakan idea yang berkait rapat dengan sistem penyampaian perkhidmatan serta sebagai idea baru atau yang diadaptasi untuk digunapakai berdasarkan kesesuaian agensi. Idea-idea ini dapat direalisasikan dari beberapa perubahan dan transformasi amalan sedia ada dalam bentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi. ‘Kreatif’ pula bermaksud keupayaan untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan keupayaan berfikir secara kritikal yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik serta penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian. Selain itu juga ia memerlukan keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi. Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) adalah merujuk kepada sekumpulan kecil kakitangan daripada unit kerja dalam sesebuah jabatan yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk dipertimbangkan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui. Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan. Pada 21 November 2019 Kumpulan KIK Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang iaitu INNO LIB telah ditubuhkan dengan beberapa siri perbincangan antara ahli KIK telah diadakan. Kumpulan ini telah diberi tugas untuk mengenalpasti permasalahan yang wujud di dalam perpustakaan dan memberikan buah fikiran yang berbentuk kreatif dan berinovasi untuk mengatasi masalah dan boleh diaplikasikan di dalam proses kerja dan perkhidmatan perpustakaan.

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

1

1.0 PENGENALAN

‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea

mampan yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan.

Ianya juga merupakan idea yang berkait rapat dengan sistem penyampaian perkhidmatan

serta sebagai idea baru atau yang diadaptasi untuk digunapakai berdasarkan kesesuaian

agensi. Idea-idea ini dapat direalisasikan dari beberapa perubahan dan transformasi amalan

sedia ada dalam bentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi.

‘Kreatif’ pula bermaksud keupayaan untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru

atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan keupayaan berfikir

secara kritikal yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik serta penilaian

secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.

Selain itu juga ia memerlukan keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat

menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) adalah merujuk kepada sekumpulan kecil kakitangan

daripada unit kerja dalam sesebuah jabatan yang bermesyuarat secara tetap untuk

mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan

mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk dipertimbangkan

pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui. Program

KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud

dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK

bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru melalui

kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian

perkhidmatan yang berkesan.

Pada 21 November 2019 Kumpulan KIK Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

iaitu INNO LIB telah ditubuhkan dengan beberapa siri perbincangan antara ahli KIK telah

diadakan. Kumpulan ini telah diberi tugas untuk mengenalpasti permasalahan yang wujud di

dalam perpustakaan dan memberikan buah fikiran yang berbentuk kreatif dan berinovasi

untuk mengatasi masalah dan boleh diaplikasikan di dalam proses kerja dan perkhidmatan

perpustakaan.

Page 2: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

2

2.0 LATAR BELAKANG MAJIKAN

Perlaksanaan projek ini dilaksanakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang,

JKR 2118 Jalan Perpustakaan, Seberang Jaya, 13700 Perai Pulau Pinang.

No. Telefon : 043971058

No. Faks : 04-3970226

2.1 PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG

MISI

Menyelaras Pembangunan Perpustakaan Dan Perkhidmatan Maklumat

Mengurus Kecemerlangan Koleksi Negeri

Memperkukuhkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Dan Perpustakaan Maklumat

Membentuk Masyarakat Berilmu Dan Berbudaya Membaca

Menyebar luas Maklumat Untuk Pembelajaran Sepanjang hayat

Page 3: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

3

VISI

Peneraju Dalam Membina Masyarakat Berilmu Menjelang Tahun 2020

MOTO

" MEMBACA MEMBINA KETAMADUNAN BANGSA "

FUNGSI

PPAPP bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan perpustakaan yang baik, bermutu

tinggi dan menyeluruh untuk semua rakyat di Negeri Pulau Pinang

DASAR KUALITI

PPAPP komited dalam membina koleksi yang terbaik, memberi perkhidmatan perpustakaan

yang komprehensif dan melangkaui jangkaan pengguna serta memastikan penambahbaikan

sistem penyampaian secara berterusan.

OBJEKTIF

• Memastikan 50% daripada koleksi PPAPP dalam bahasa melayu, 30% Bahasa Inggeris

serta 10% Bahasa Cina dan Tamil.

• Memastikan tempoh penggunaan bahan media diselenggara dalam tempoh 10 minit.

• Memastikan setiap pertanyaan yang mudah dan tidak memerlukan penyelidikan lanjut

dapat disiapkan dalam tempoh 15 minit,

manakala pertanyaan yang sukar dan memerlukan penyelidikan lanjut disiapkan dalam

tempoh 1 hari.

• Memastikan pendaftaran keahlian untuk setiap ahli disiapkan dalam tempoh 10 minit.

• Memastikan perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan bacaan untuk setiap ahli

disiapkan dalam tempoh 3 minit.

• Memastikan aktiviti galakan membaca dijalankan dengan penyertaan sekurang-

kurangnya 30 orang peserta.

• Memastikan koleksi PPAPP diproses dalam tempoh masa 14 hari bekerja.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan merupakan komitmen PPAPP dalam menentukan objektif kualiti dicapai

dan dilaksana :

• Memberikan perkhidmatan yang cekap,tepat dan mesra

Page 4: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

4

• Berusaha menyediakan koleksi yang lengkap dan taratur ke arah membentuk satu

pusat kecemerlangan maklumat negeri

• Permohonan Pendaftaran setiap ahli yang lengkap akan disiapkan dalam tempoh 15

minit

• Proses pinjaman bahan bacaan setiap ahli akan mengambil masa 5 minit

• Proses pemulangan bahan setiap ahli akan mengambil masa 5 minit

• Perkhidmatan rujukan sentiasa bersedia membantu anda untuk mengesan bahan

maklumat dalam tempoh 15 minit

• Perkhidmatan perpustakaan bergerak akan berada di tempat anda sekali dalam 2

minggu mengikut jadual lawatan yang ditetapkan

• Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi menggalakkan

minat membaca ke arah melahirkan rakyat negeri

Pulau Pinang yang berbudaya membaca dan bermaklumat

Page 5: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan
Page 6: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

3.0 LATAR BELAKANG KUMPULAN

Perlaksanaan projek ini dilaksanakan oleh Kumpulan Inovasi dan Kreatif, Perbadanan

Perpustakaan Awam Pulau Pinang yang dikenali sebagai Kumpulan INNO LIB.

3.1 Pengenalan

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk

menubuhkan beberapa kumpulan inovasi & kreatif. Kumpulan ini yang terdiri dari

penglibatan kakitangan perpustakaan sendiri telah diberi peranan untuk

merevolusikan perkhidmatan perpustakaan dengan penyelesaian permasalahan

berbentuk inovasi dan kreatif. Beberapa penciptaan inovasi telah dan akan dilakukan

untuk digunapakai secara meluas disamping beberapa penambahbaikan berterusan.

Mengambil kelangsungan kumpulan KIK ini sebagai satu tanggungjawab, Kumpulan

Inovatif dan Kreatif INNO LIB telah memulakan projek baru dengan ahli baru pada

bulan November 2018. Kumpulan ini telah diberi peranan dalam mengenalpasti

permasalahan semasa dan memberikan cadangan berbentuk inovasi yang boleh

diaplikasikan di perpustakaan.

3.2 Kumpulan Inovasi dan Kreatif INNO LIB

Nama Kumpulan : INNO LIB

Kategori : Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

Tarikh Penubuhan : 21 November 2018

Fasilitator : Puan Azizah Binti Zainon

Ketua kumpulan : Encik Muhammad Hanafi Bin Ibrahim

Bilangan ahli : 5 orang

Page 7: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

3.3 Keanggotaan Kumpulan

KIK INNO LIB dianggotai oleh 5 orang staf PPAPP iaitu :

Ketua Kumpulan :

Encik Muhammad Hanafi Bin Ibrahim

Penolong Pustakawan (S29)

Ahli :

1. Azizi Bin Ismail

Pemandu (R11)

2. Mohd Zamri Bin Ibrahim

Pembantu Pustakawan (S19)

3. Amirul Bin Ahmad

Pembantu Pustakawan (S19)

4. Zarimi Bin Kamis

Pembantu Pustakawan (S19)

Page 8: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

Keanggotaan KIK INNO LIB adalah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan untuk

ditubuhkan kumpuan KIK ini.

Surat Penubuhan Ahli Kumpulan seperti di Lampiran .

Page 9: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

3.4 Carta Organisasi Kik INNO LIB

PENASIHAT

PUAN SHARIMAH SALLEH

FASILITATOR

PN. AZIZAH ZAINON

KETUA KUMPULAN

EN. MUHAMMAD HANAFI

BIN IBRAHIM

AHLI

Azizi Bin Ismail

AHLI

Mohd Zamri

Bin Ibrahim

AHLI

Amirul Bin

Ahmad

AHLI

Zarimi Bin

Kamis

Page 10: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

3.5 Logo Kumpulan

Definisi Logo

Orang Ahli Kumpulan yang terdiri daripada lima orang ahli dari pelbagai bahagian /

Unit perkhidmatan

Lampu

Percambahan idea untuk menghasilkan idea kreatif dalam KIK

Moto Kumpulan

”BERILMU, BERMAKLUMAT DAN BERETIKA”

Objektif Kumpulan

Page 11: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

Mengenalpasti permasalahan jabatan dan mencadangkan penyelesaian yang berinovasi

kreatif dan efisen terutama ketika aktiviti bersama pengguna dijalankan

Misi Kumpulan

Kepelbagaian perlaksanaan program gerakan membaca menerusi gerakan literasi maklumat sentiasa dirancang

bagi menimbulkan integrasi minat membaca dalam kalangan penduduk Pulau Pinang bagi menyokong amalan

pembelajaran sepanjang hayat serta Memantau dan membantu organisasi dalam meningkatkan pengurusan

sumber ilmu dan maklumat bagi mewujudkan satu sistem perkhidmatan perpustakaan yang lebih efisen dan

berkualiti.

3.6 Visi Kumpulan

Menjadikan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti dari segi pengurusan maklumat dan

kepuasan pelanggan.

Tanggungjawab Ahli Kumpulan

Didalam merealisasikan penyelesaian permasalahan yang telah ditetapkan, setiap ahli KIK INNO

LIB diberikan tanggungjawab dan peranan khusus untuk dilaksanakan. Ini bagi memastikan segala

pembahagian tugas antara ahli kumpulan dapat dilaksanakan serentak dan berjalan lancar.

4.0 PEMILIHAN MASALAH

Bagi mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin berlaku di dalam sistem perkhidmatan

perpustakaan,beberapa kaedah telah digunakan oleh ahli kumpulan ketika proses pemilihan

masalah. Setiap ahli kumpulan berpeluang mencadangkan masalah-masalah yang mungkin

berlaku menerusi pemerhatian, laporan, aduan daripada pengguna, dan sebagainya.

4.1 Kaedah Percambahan Fikiran (Brain Storming)

Kaedah pertama yang telah dipilih adalah percambahan fikiran atau „Brain Storming‟. Oleh

itu, beberapa masalah ketara yang memerlukan tindakan telah dikenalpasti oleh ahli

Page 12: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

kumpulan seperti berikut:

BIL. CADANGAN PENCADANG

1.

Ruang Perpustakaan Yang Terhad Untuk

Menampung Perkembangan Koleksi Bahan

Perpustakaan

Hanafi

2. Masalah Penyusunan Majalah Di Unit Sirkulasi

PPAPP

Zarimi

3.

Kegagalan Mengesan Buku Yang Tiada Di Rak

Amirul

4.

Proses Penyelenggaraan Komputer Yang

Mengambil Masa Yang Lama

Zamri

5.

Permasalahan pengguna perpustakaan ketika

menjalankan aktiviti Galakan Membaca

Azizi

Page 13: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA JABATAN

Ahli kumpulan mengambil bahagian dengan mengutarakan sebanyak mungkin

masalah berdasarkan pengalaman, penemuan semasa atau cadangan dari staf lain

melalui sesi percambahan fikiran ini, sebanyak 5 masalah telah berjaya dikenalpasti.

Dalam aktiviti ini semua ahli diberi kebebasan untuk mengemukakan permasalahan

tersebut tanpa gangguan samada secara lisan atau bertulis.

Kesimpulan Pemilihan

Berdasarkan analisa yang dijalankan oleh kumpulan, Permasalahan pengguna

perpustakaan ketika menjalankan aktiviti Galakan Membaca menjadi keutamaan untuk

diselesaikan oleh kumpulan. Oleh yang demikian kumpulan dengan sebulat suara

memilih Permasalahan pengguna perpustakaan ketika menjalankan aktiviti Galakan

Membaca untuk diselesaikan dalam projek kali ini.

Perincian Projek

Berdasarkan permasalahan Pengguna Perpustakaan ketika menjalankan aktiviti Galakan

Membaca, Kumpulan KIK INNO LIB telah mewujudkan satu projek iaitu E MOTAB.

Signifikasi pemilihan projek adalah

Projek ini berkait rapat dengan dasar kualiti Jabatan iaitu :

.

PPAPP bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan perpustakaan yang baik, bermutu

tinggi dan menyeluruh untuk semua rakyat di Negeri Pulau Pinang

Page 14: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN STAKEHOLDER

KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL DAN EKOSISTEM SEMASA

Dengan penghasilan “E MOTAB” Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dalam berusaha untuk menjaga imej jabatan dengan menekankan keselesaan pengguna perpustakaan ketika menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan supaya dapat membendung pengguna menggunakan perkhidmatan dalam keadaan tidak merasa selesa yang terutamanya kerusi dan meja di PPAPP sudah penuh diduduki oleh pengguna yang lain, penumpuan dan konsentrasi mereka akan terganggu dan tidak dapat bertahan lebih lama. Secara tidak langsung, jumlah turut terjejas dan menyebabkan aduan yang kerap diterima.

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang merupakan hub bagi pengguna yang datang ke perpustakaan dan menggunakan perkhidmatan. Pengguna seringkali membaca buku, mengulangkaji pelajaran, membuat kerja sekolah, melukis, ,mewarna dan sebagainya. Kadangkala pengguna-pengguna perpustakaan ini menggunakan ruang lantai untuk menjalankan aktiviti tersebut akibat daripada ruang tempat duduk yang terhad mahupun lebih berminat menjalankan aktiviti secara santai di bawah. Namun demikian, apabila pengguna menggunakan ruang lantai untuk menjalankan aktiviti, mereka agak sukar untuk membaca, menulis dan sebagainya kerana terpaksa meletakkan bahan bacaan dan alatan di atas lantai. Ini akan menyebabkan adanya aduan kerana pengguna merasakan tidak berpuas hati.

Kaedah Pemilihan Projek dan analisis

Pemilihan projek “E MOTAB” ini adalah bagi mengatasi Permasalahan pengguna

perpustakaan ketika menjalankan aktiviti Galakan Membaca di pusat perkhidmatan.

Kajian yang dijalankan oleh ahli Kumpulan kepada kakitangan yang terlibat dengan

penganjuran aktiviti bersama pengguna:

Melalui Analisis Responden (Temubual dan soal selidik) yang telah diperolehi dari petugas

yang berkhidmat di beberapa Bahagian Rangkaian Perpustakaan adalah seperti berikut :

1. Suraya Baharom ( Pembantu Pustakawan – Perpustakaan Pekan Bagan Ajam)

"Apabila nak melakukan sesuatu aktiviti seperti mewarna dan melukis, kami terpaksa

menyediakan alas untuk peserta untuk menjalankan aktiviti.”

2. Mawardi ( Pembantu Pustakawan – Perpustakaan Bergerak 2)

“Masalah membawa meja bagi menjalankan aktiviti mewarna kerana ruang didalam bas

amat terhad.”

Page 15: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

3. Ummil Khairiah Azhar ( Penolong Pustakawan - Perp. Negeri Seberang Jaya)

“Masalah timbul apabila Pihak penganjur tidak menyediakan meja untuk aktiviti yang telah

dirancang seperti mewarna, melukis, permainan tradisional. Kesesuaian meja juga

memainkan peranan untuk melakukan aktiviti.

4. Samhah Zakaria ( Pemandu Skuad Sains - Perp. Negeri Seberang Jaya)

“Apabila melakukan aktiviti bersama kanak-kanak, ruang yang amat terhad dan sempit

menjadi masalah utama. Setiap hujung minggu, pengguna kanak-kanak yang menyertai

aktiviti terpaksa menjalankan aktiviti diatas lantai”

Page 16: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

CADANGAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

CADANGAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN (IDEATE)

Setelah pemantauan dijalankan oleh Unit Gerakan Literasi, maka tertubuhlah kumpulan

INNO LIB yang menghasilkan ‘E MOTAB’ singkatan kepada ‘ EASY MOBILE TABLE’ bagi

membuat ujikaji serta menghasilkan projek ini

CARTA ALIR "E MOTAB"

MULA

PERANCANGAN AKTIVITI

KEMUDAHAN

PENYEDIAAN MEJA

PELAKSANAAN AKTIVITI

TAMAT

MAKLUM SEMULA

Aktiviti seperti mewarna,melukis, dan lain-lain dirancang untuk pengguna pusat perkhidmatan

Staf akan menyediakan kemudahan seperti kerusi dan meja untuk kegunaan aktiviti

Pertukaran aktiviti atau menghadkan penyertaan kerana kemudahan seperti meja tidak mencukupi

Aktiviti diteruskan sekiranya kemudahan yang mencukupi

Page 17: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN (PROTOTYPE)

Kumpulan IINO LIB merumuskan pelantindakan penyelesaian melalui SCAMPER seperti

berikut :

SCAMPER

S

Page 18: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

C

A

M

P

E

R

Page 19: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

Pembinaan Lukisan Kejuruteraan

Deraf Lakaran yang dilakukan oleh ahli kumpulan

Page 20: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan
Page 21: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan
Page 22: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan
Page 23: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

MENINGKAT.

Page 24: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan
Page 25: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

KESAN JANGKA PENDEK DAN NILAI TAMBAH

KEBERHASILAN PROJEK - IMPAK PROJEK DAN PEMBUKTIAN

PENGURANGAN ADUAN PENGGUNA PERPUSTAKAAN YANG MENJALANKAN AKTIVITI

E MOTAB telah memudahkan pengguna dengan menggunakan meja serbaguna ini untuk

menjalankan aktiviti.

DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN KETIDAKSELESAAN PENGGUNA

Penciptaan E MOTAB ini dapat mengurangkan ketidakselesaan pengguna perpustakaan

ketika menjalankan aktiviti. Secara tidak langsung ruang di dalam perpustakaan dapat digunakan

sebaik mungkin dan ianya dapat memenuhi keperluan pengguna.

PENJIMATAN KOS KEWANGAN JABATAN

Pembinaan E MOTAB tidak memerlukan kos yang tinggi untuk disiapkan.Bahan yang

digunakan juga dari bahan terpakai dan dilakukan sendiri oleh ahli kumpulan.

Impak Projek dan Pembuktian adalah seperti berikut :

Meja Serbaguna yang dihasilkan oleh KUMPULAN INNO LIB dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang ini dinamakan ‘E MOTAB’ singkatan kepada ‘ EASY MOBILE TABLE’ yang merupakan satu penghasilan idea kreatif apabila ahli kumpulan mendapati pengguna yang datang ke perpustakaan seringkali membaca buku, mengulangkaji pelajaran, membuat kerja sekolah, melukis, ,mewarna dan sebagainya. Kadangkala pengguna-pengguna perpustakaan ini menggunakan ruang lantai untuk menjalankan aktiviti tersebut akibat daripada ruang tempat duduk yang terhad mahupun lebih berminat menjalankan aktiviti secara santai di bawah. Namun demikian, apabila pengguna menggunakan ruang lantai untuk menjalankan aktiviti, mereka agak sukar untuk membaca, menulis dan sebagainya kerana terpaksa meletakkan bahan bacaan dan alatan di atas lantai.

Page 26: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

4.2.1 KESAN JANGKA PANJANG DAN NILAI TAMBAH

Dalam merealisasikan idea penghasilan meja serbaguna ‘E MOTAB’ ini, sebuah meja dihasilkan untuk pengguna menggunakannya ketika menjalankan aktiviti di ruang lantai. Meja yang dihasilkan ini boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pengguna, lebih ringan, mudah alih dan boleh digunakan oleh semua peringkat umur berbanding meja sedia ada yang lain.

Projek ini dibangunkan secara dalaman oleh ahli kumpulan tanpa melibatkan kos. Sebarang

pengubahsuaian dan penambahbaikan dapat dilakukan serta merta.

4.2.1 (a) KESAN JANGKA PANJANG KEPADA JABATAN

Terhasilnya E MOTAb ini sedikit sebanyak dapat memberikan imej yang baik kepada semua

warga Perbadanan di samping dapat menjalankan tugasan yang telah diamanahkan dengan lebih

baik, tekun, dan bermotivasi. Pihak Perbadanan dan pengguna dapat menjalankan aktiviti dengan

selesa dan sempurna.

KESAN JANGKA PANJANG

Meja Serbaguna E MOTAB ini boleh dikormesilkan. Selain digunakan di Perpustakaan, meja ini

boleh digunakan di sekolah, surau, masjid ataupun di rumah ketika anak-anak ingin menyiapkan

kerja sekolah. Ini kerana meja ini boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pengguna

Page 27: 1.0 PENGENALANhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2558-e-motab.pdf1 1.0 PENGENALAN ‘Inovatif’ diambil dari kata dasar „Inovasi‟ yang membawa maksud suatu cetusan idea mampan

122

13.0 KESIMPULAN

Meja Serbaguna yang dihasilkan oleh KUMPULAN INNO LIB dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang ini dinamakan ‘E MOTAB’ singkatan kepada ‘ EASY MOBILE TABLE’ yang merupakan satu penghasilan idea kreatif apabila ahli kumpulan mendapati pengguna yang datang ke perpustakaan seringkali membaca buku, mengulangkaji pelajaran, membuat kerja sekolah, melukis, ,mewarna dan sebagainya. Kadangkala pengguna-pengguna perpustakaan ini menggunakan ruang lantai untuk menjalankan aktiviti tersebut akibat daripada ruang tempat duduk yang terhad mahupun lebih berminat menjalankan aktiviti secara santai di bawah. Namun demikian, apabila pengguna menggunakan ruang lantai untuk menjalankan aktiviti, mereka agak sukar untuk membaca, menulis dan sebagainya kerana terpaksa meletakkan bahan bacaan dan alatan di atas lantai. Dalam merealisasikan idea penghasilan meja serbaguna ‘E MOTAB’ ini, sebuah meja dihasilkan untuk pengguna menggunakannya ketika menjalankan aktiviti di ruang lantai. Meja yang dihasilkan ini boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pengguna, lebih ringan, mudah alih dan boleh digunakan oleh semua peringkat umur berbanding meja sedia ada yang lain. PPAPP menekankan keselesaan pengguna perpustakaan ketika menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan supaya dapat membendung pengguna menggunakan perkhidmatan dalam keadaan tidak merasa selesa yang terutamanya kerusi dan meja di PPAPP sudah penuh diduduki oleh pengguna yang lain, penumpuan dan konsentrasi mereka akan terganggu dan tidak dapat bertahan lebih lama. Secara tidak langsung, jumlah turut terjejas. Meja serbaguna dan mudah alih E MOTAB ini dihasilkan secara ‘in house’ oleh ahli kumpulan INNO LIB sendiri dengan menggunakan kreativiti dan kepakaran masing-masing. E MOTAB dihasilkan menggunakan kayu pallet terpakai dan menggunakan cetusan idea dari lakaran yang dihasilkan oleh ahli kumpulan.