assalamualaikum w

40
Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera, Selepas pulang dari ofis semalam, saya singgah di kedai menjual barang jahitan & pengantin di kawasan rumah. Tujuannya nak beli reben warna peach(yang akan digunakan untuk menghias barang hantaran pertunangan anak saudara di KL hujung minggu ini). Selalunya kedai itu tutup pada waktu malam. Tapi bila saya sampai sekitar jam 6 petang, taukeh cina kedai telah pun menutup lampu dan menarik pintu kedai untuk dikunci. Alamak !! Macam mana ni?? Malam ni kena buat, dah takda masa lagi. Saya terus turun dan berlari anak ke arah taukeh Cina tersebut. Berikut perbualan saya dengan taukeh Cina itu : Saya : Taukeh sudah mau tutup ke? Saya mau beli reben saja. Taukeh : Ya, saya ada open house CNY sekarang. Itu sebab saya mau tutup awal. Ok ok tak apa..saya cari kasi you. (dengan rela hatinya membuka balik pintu dan lampu) Taukeh cina terus meluru ke arah simpanan reben dan bersungguh- sungguh mencari reben warna peach. Setelah 5 minit mencari dan tidak jumpa juga, dia menyuruh pekerja nya untuk mencari pula. Nak dijadikan cerita reben warna peach boleh menyorok pulak masa itu. Akhirnya setelah 10 minit baru pekerjanya jumpa reben peach itu dan terus menyerahkan kepada saya. Saya membayar kepada taukeh Cina sambil minta maaf kerana menyusahkan dan melambatkan dia(sambil wish Happy CNY). Dia kata Tak apa hal kecik saja maa (sambil tersenyum mesra) Pengajaran yang saya dapat (walaupun harga reben tersebut hanya rm2.20) : 1) Taukeh cina itu sendiri mencari untuk saya walaupun dia mahu pergi ke open house 2) Setelah gagal, dia tidak mengatakan Tidak ada malah dia minta pulak pekerjanya untuk mencari lagi 3) Dia tidak menilai harga yang kecil(rm2.20) tapi demi menjaga hati customer, dia sanggup tangguh untuk tutup kedai. Bagi peniaga yang tidak pandai menjaga hati customer sudah tentu tak mahu buat seperti beliau. Dah la nak beli 1 barang saja, murah pulak tu. Baik tutup aje dan pergi sekarang. This is what i called Awesome Customer Service Saya berazam untuk memberi awesome customer service kepada pelabur- pelabur unit trust saya. Peristiwa ini mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi saya sekiranya saya memberi servis terbaik kepada pelanggan saya, sudah tentunya ia akan dikenang dan mereka akan datang kepada saya untuk menambah pelaburan di masa hadapan ataupun memberi referral prospek lain pula.

Upload: arvin4d

Post on 07-Feb-2016

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Resepi

TRANSCRIPT

Page 1: Assalamualaikum w

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera,

Selepas pulang dari ofis semalam, saya singgah di kedai menjual barang jahitan & pengantin di kawasan rumah. Tujuannya nak beli reben warna peach(yang akan digunakan untuk menghias barang hantaran pertunangan anak saudara di KL hujung minggu ini).

Selalunya kedai itu tutup pada waktu malam. Tapi bila saya sampai sekitar jam 6 petang, taukeh cina kedai telah pun menutup lampu dan menarik pintu kedai untuk dikunci. Alamak…!! Macam mana ni?? Malam ni kena buat, dah takda masa lagi.

Saya terus turun dan berlari anak ke arah taukeh Cina tersebut. Berikut perbualan saya dengan taukeh Cina itu :

Saya : Taukeh sudah mau tutup ke? Saya mau beli reben saja.

Taukeh : Ya, saya ada open house CNY sekarang. Itu sebab saya mau tutup awal. Ok ok tak apa..saya cari kasi you. (dengan rela hatinya membuka balik pintu dan lampu)

Taukeh cina terus meluru ke arah simpanan reben dan bersungguh-sungguh mencari reben warna peach. Setelah 5 minit mencari dan tidak jumpa juga, dia menyuruh pekerja nya untuk mencari pula. Nak dijadikan cerita reben warna peach boleh ‘menyorok’ pulak masa itu. Akhirnya setelah 10 minit baru pekerjanya jumpa reben peach itu dan terus menyerahkan kepada saya.

Saya membayar kepada taukeh Cina sambil minta maaf kerana menyusahkan dan melambatkan dia(sambil wish Happy CNY). Dia kata “Tak apa…hal kecik saja maa” (sambil tersenyum mesra)

Pengajaran yang saya dapat (walaupun harga reben tersebut hanya rm2.20) :

1) Taukeh cina itu sendiri mencari untuk saya walaupun dia mahu pergi ke open house

2) Setelah gagal, dia tidak mengatakan “Tidak ada” malah dia minta pulak pekerjanya untuk mencari lagi

3) Dia tidak menilai harga yang kecil(rm2.20) tapi demi menjaga hati customer, dia sanggup tangguh untuk tutup kedai. Bagi peniaga yang tidak pandai menjaga hati customer sudah tentu tak mahu buat seperti beliau. Dah la nak beli 1 barang saja, murah pulak tu. Baik tutup aje dan pergi sekarang.

This is what i called “Awesome Customer Service”

Page 2: Assalamualaikum w

Saya berazam untuk memberi awesome customer service kepada pelabur-pelabur unit trust saya. Peristiwa ini mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi saya sekiranya saya memberi servis terbaik kepada pelanggan saya, sudah tentunya ia akan dikenang dan mereka akan datang kepada saya untuk menambah pelaburan di masa hadapan ataupun memberi referral prospek lain pula.

Apa aktiviti anda di cuti hujung minggu CNY yang panjang?

Saya manfaatkannya bersama keluarga(ahem…3 pagi berjogging di Tasik Merdeka JB) dan juga participate dalam roadshow di Anjung Mydin Nusajaya. Penat tapi berbaloi-baloi rasanya. Badan rasa sihat, prospek pun bertambah (Woohooo!!!)

Hari ni nak bercerita sikit tentang pulangan.

Bila saya bertemu prospek, mereka tanya “Apa bentuk pulangan yang saya boleh dapat dengan melabur dalam unit trust ni? ”

Pulangan dalam pelaburan unit trust ni ada 2 kategori :

1) Pertumbuhan modal

– key point bila melabur “Buy low, sell high”

– tapi macam mana kes pelabur melabur pada harga yang tinggi?

Jawab saya “Buy high, sell at higher price”. Saya juga akan advise pelabur supaya membuat pelaburan tiap-tiap bulan melalui auto-debit. Dengan cara ini mereka sebenarnya akan mengamalkan konsep DCA(dollar cost averaging) atau pemurataan kos ringgit. Dengan ini harga unit akan dipuratakan tak kira samada mereka melabur pada harga tinggi atau pun rendah. Jadi bila mereka membuat keputusan untuk menjual, sudah tentu mereka akan dapat pulangan yang baik

2) Pengagihan atau distribution(juga lebih dikenali dengan dividen)

Page 3: Assalamualaikum w

– pengagihan atau dividen ini akan diagihkan kepada para pelabur pada akhir tahun kewangan dana itu. Perlu ingat bahawa dividen ini bukanlah guaranteed akan di agihkan tiap-tiap tahun. Ianya mengikut prestasi dana yang dilabur, jika prestasi baik maka dividen yang diberi juga adalah banyak. Mengikut prestasi yang lepas, syarikat pengurusan dana yang di promote oleh saya tetap mengagihkan dividen kepada pelabur walaupun pada ketika pasaran saham jatuh pada satu-satu tahun itu. Jadi semakin banyak unit pelaburan anda, semakin banyak juga dividen yang diperolehi!

– Bagi pelaburan tunai, di awal pelaburan anda diberi pilihan samada nak cash-out dividen atau re-invest. Pilihan ditangan anda… Sebaik-baiknya dividen itu di re-invest supaya unit anda bertambah dan anda akan mendapat keuntungan lebih banyak bila anda mahu jual pelaburan anda

– Bagi pelaburan melalui kwsp a/c 1, dividen hanya akan di re-invest secara automatik.

Jadi apa tunggu lagi. Dengan adanya 2 bentuk pulangan ini, sudah tentu anda akan mendapat keuntungan yang sangat baik dalam jangka masa panjang.

Mulakan lah pelaburan sekarang.

Charges yang dikenakan dalam pelaburan unit trust

Posted: 19 January 2012 in Charges pelaburan unit trust

Tags: Charges pelaburan unit trust 0

Tahniah jika anda berminat untuk melabur atau telah pun melabur ! **Clap! Clap!Clap!**

Tahukan anda terdapat beberapa charges yang dikenakan keatas pelabur dalam pelaburan unit trust?

1) Pada awal pelaburan, syarikat pengurusan dana akan mengenakan service charge mengikut kategori dana.

Page 4: Assalamualaikum w

Untuk pelaburan secara tunai dalam dana ekuiti, biasanya service charge adalah dalam lingkungan 5-6% dari amaun pelaburan(service charge ini berbeza mengikut syarikat pengurusan dana)

Untuk pelaburan secara pengeluaran kwsp a/c 1 dalam dana ekuiti, service charge yang dikenakan pula ialah 3%

Untuk pelaburan dalam dana bon dan money market pula, service charge yang dikenakan ialah 0.25%(untuk kedua-dua pelaburan secara tunai atau kwsp)

2) Selain service charge, setiap tahun caj pengurusan tahunan juga akan dikenakan bagi menampung kos pengurusan dana dan juga yuran pemegang amanah. Jumlahnya pula ialah kira-kira 1-2% yang dikira dari keuntungan kasar tahunan.

3) Caj switching sebanyak MR25 juga akan dikenakan kepada pelabur yang ingin membuat pertukaran dana.

Switching dilakukan sekiranya pelabur ingin ‘lock profit’ setelah mencapai keuntungan semasa harga unit tinggi atau jika pelabur menukar risk profile(dahulu aggressive, sekarang mungkin moderate risk) atau jika pelabur mahu rebalance portfolio dana dengan konsep asset allocation. (Tanya unit trust consultant anda untuk mengetahui lebih lanjut ye…)

4) Bagi pelaburan secara tunai, pelabur boleh menukar hakmilik pelaburannya kepada keluarga terdekat. Caj pertukaran yang dikenakan ialah RM25 untuk setiap pertukaran

5) wow…banyaknya charges yang dikenakan ye. Okay untuk menenangkan anda, TIADA sebarang charge akan dikenakan kepada pelabur yang ingin menjual semula pelaburannya. Phew..!!

Pesan saya, jangan jadikan charges ini sebagai satu halangan untuk anda memulakan pelaburan. Sebab keuntungan jangka panjang adalah lebih berbaloi jika anda melabur dengan bijak dan memulakannya sekarang

ntuk info lanjut tentang charges ini, anda boleh refer pada master prospektus yang disediakan oleh syarikat pengurusan dana. Unit trust consultant anda boleh menerangkannya kepada anda.

Cara-cara melabur dalam unit trust

Posted: 18 January 2012

Page 5: Assalamualaikum w

Hari ini saya nak cerita macam mana kita boleh memulakan langkah membuat pelaburan. Basically, terdapat 2 cara untuk melabur :

1) Pelaburan tunai

– Secara lump-sum iaitu anda melaburkan sejumlah wang dan biarkan sehingga sekurang-kurangnya 3 tahun.

– Secara auto-debit iaitu anda boleh memulakan pelaburan serendah RM1000 dan auto-debit dari bank terpilih serendah RM100 tiap-tiap bulan. Konsep ini dipanggil Dollar Cost Averaging dimana kita menambah pelaburan secara konsisten pada harga unit yang tinggi atau pun rendah. Saya akan bercerita lebih lanjut tentang konsep DCA ini dalam post akan datang,insya Allah

2) Pelaburan dari KWSP a/c 1

– KWSP membenarkan pengeluaran sebahagian dari simpanan a/c 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan.

– Pengeluaran ini boleh dibuat 3 bulan sekali tertakluk pada baki dalam a/c 1

Berbincanglah tentang matlamat pelaburan dengan unit trust consultant anda. Anda juga harus faham tentang risiko, charge yang dikenakan, hak anda semasa cooling-off period dan lain-lain lagi. Anda juga harus ingat bahawa pelaburan unit trust ini mid ke long term. Sekurang-kurangnya melaburlah 3 tahun ke atas, jadi anda akan mendapat kelebihan compounding interest.

Selepas memahami selok-belok pelaburan, barulah anda boleh menurunkan tandatangan/cap jari di borang pelaburan. Borang-borang ini akan di submit oleh unit trust consultant di pejabat Public Mutual atau Public Bank.

Selamat melabur. Semoga langkah awal yang diambil hari ini dapat menjamin masa depan yang cerah di masa hadapan.

Wow…Agak lama saya meninggalkan aktiviti berblog ni.

Page 6: Assalamualaikum w

Hari ini saya nak share tentang syarat-syarat bagi memulakan pelaburan unit trust

Antara syarat-syarat penting ialah :

1) Jika anda pelabur perseorangan, anda mestilah berumur 18 tahun keatas

2) Jika anda pelabur pertama, jointholder anda tidak semestinya berumur 18 tahun keatas

Contoh : Anda ingin memulakan pelaburan untuk pendidikan anak anda. Anda sebagai pelabur pertama bolehlah meletakkan nama anak anda(yang belum mencapai umur 18 tahun) sebagai jointholder. Sebaik umurnya mencecah 18 tahun dan telah bersedia untuk melanjutkan pelajaran, anda bolehlah transfer pelaburan itu kepada anak anda.

3) Bagi warganegara Malaysia, dokumen yang diperlukan hanyalah salinan fotostat IC depan belakang dalam satu kertas A4.

4) Jika anda bukan warganegara Malaysia, anda juga boleh melabur. Dokumen yang diperlukan hanyalah salinan fotostat pasport anda.

Anda bolehlah menghubungi saya di talian : 019-7916848 untuk memulakan pelaburan.

Sebarang pertanyaan juga boleh di emailkan ke : [email protected]

Mulakan melabur sekarang, dan tunggu sekurang-kurangnya 5 tahun untuk melihat pulangan berganda pelaburan anda. Anda pasti takkan menyesal… ;-)

Yang pentingnya anda mestilah jelas akan matlamat pelaburan anda dan faham risiko pelaburan. Semua info ini boleh diajukan kepada agen unit trust dan menerusi pembacaan prospektus.

Pelaburan KWSP tidak berlandaskan syariah

Page 7: Assalamualaikum w

Posted: 10 January 2012

Sila refer pada surat balasan oleh KWSP kepada PPIM berkenaan status pelaburan KWSP.

Apa reaksi anda? Sedih, geram…?

Page 8: Assalamualaikum w

Namun, anda tidak perlu di persalahkan dalam hal ini kerana ini adalah diluar bidang kuasa anda. Simpanan KWSP adalah simpanan wajib yang ditentukan oleh pihak kerajaan untuk menjamin masa hadapan anda selepas persaraan.

Tapi yang pentingnya anda ada alternatif untuk melabur di unit trust yang berlandaskan syariah. Malah kerajaan amatlah menggalakkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan sebahagian simpanan KWSP a/c 1 untuk melabur di unit trust.

Pulangan KWSP sejak tahun 2005 hinggalah 2010 berkisar sekitar 4 hingga 6 peratus sahaja. Tetapi dengan melabur di Islamic unit trust Public Mutual, anda berpeluang untuk menikmati pulangan lebih dari 10%. Wang simpanan persaraan anda berpotensi berkembang dengan lebih pantas bagi yang melabur 5, 10, 15, 20 tahun dan seterusnya. Menarik bukan?

Jadi apa pilihan anda sekarang?

Mahu terus membiarkan simpanan dalam KWSP yang tidak berlandaskan syariah tapi memberi pulangan yang sedikit?

ATAU

Mahu melabur dalam unit trust yang berlandaskan syariah dan memberi pulangan yang banyak?

Pilihan di tangan anda…

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Posted: 5 January 2012 in Uncategorized

Tags: Pembuka Tirai 0

Page 9: Assalamualaikum w

Dengan lafaz Bismillahir Rahmaanir Rahim, saya membuka tirai blog Islamicunittrust4u.wordpress.com

Semoga blog ini mencapai matlamat saya untuk :

1) Memberi pengetahuan kepada pelabur2 unit trust betapa ‘indah’ nya membuat pelaburan unit trust. Anda melabur sekarang dan menuai hasilnya 5, 10, 20 tahun akan datang

2) Dimana patut melabur, cara-cara melabur dan apa2 yg berkaitan dgn pelaburan unit trust lah..

3) Memberi motivasi pd diri sendiri dan UTC lain untuk terus maju dalam bisnes unit trust yang serba indah ini. Kenapa indah? Tungguuuu…

4) Diberi kekuatan dan ilham mencurah2 dari Allah swt utk terus berblog dan knowledge sharing dgn anda.

Amin..amin..amin Ya Rabbal ‘Alamiin.

Doakan saya berjaya ye, sebagaimana saya mendoakan kejayaan pengunjung blog ini

ARCHIVE FOR FEBRUARY, 2012

Page 10: Assalamualaikum w

Apa soalan yang perlu ditanya kepada agen pelaburan anda?

Posted: 29 February 2012 in Info pelaburan unit trust

Tags: nak cari duit, Soalan yang anda perlu tanya sebelum melabur 2

Assalamualaikum,

Untuk para pelabur baru, anda perlu tanya soalan-soalan ini ketika appoinment dengan agen pelaburan anda. Jangan melabur semborono aje ye. Ye lah, dengar orang lain melabur, kita nak melabur juga. Orang lain melabur di syarikat yang betul, kita dek sebab termakan pujuk rayu agen, akhirnya mengigit jari…

Kes terbaru seperti dilaporkan dalan The Star minggu lepas, beribu pelabur-pelabur kerugian beratus ribu ringgit akibat melabur dalam pelaburan hartanah dengan syarikat yang berpangkalan di Kanada. Bukan senang nak cari duit, jadi melaburlah dengan bijak ye.

Ok tanya soalan-soalan ini pada diri sendiri dan agen . Make sure anda dapat jawapan yang betul-betul memuaskan hati anda sebelum turun tandatangan atau cap jari :

1) Mintak agen tunjukkan authority card

Untuk elak ditipu

2) Apa objektif pelaburan anda?

Kenapa anda melabur?

Anda mengharapkan pelaburan itu memberi pulangan dividen setiap tahun?

Anda mengharapkan pelaburan itu menambah nilai modal asal dan tidak mengharapkan dividen?

Anda boleh menunggu lama(contoh 5 tahun ke atas)?

Page 11: Assalamualaikum w

Atau anda harapkan keuntungan cepat?(skim cepat kaya – no no no, lari jauh-jauh dari skim seperti ini)

3) Apa bentuk pulangan yang anda akan dapat dari pelaburan ini?

Dividen?

Capital growth?

4) Apa risiko dari pelaburan ini?

Apa risiko yang terlibat dalam pelaburan ini? (setiap pelaburan ada risikonya)

Adakah anda boleh rugi dari nilai pelaburan asal? Duit anda boleh jadi kosong??

Bagaimana nak leveragekan risiko pelaburan ?

5) Apa up-front charges atau hidden cost dalam pelaburan ini?

Berapa service charge permulaan?

Berapa management fee tahunan?

Hidden cost lain dari yang atas?

6) Berapa lama anda perlu tunggu untuk doublekan duit anda dalam pelaburan ini berbanding simpanan lain contoh FD, KWSP atau ASB?

Berapa lama kena tunggu untuk double?

Berapa lama sebelum wang anda ditelan inflasi?

Page 12: Assalamualaikum w

7) Jika anda melabur dalam unit trust, sila mintak prospektus pelaburan dan baca

Jika tiada masa untuk membaca semasa appoinment, mintaklah soft copy supaya anda boleh baca kemudian. Prospektus sangat penting dan anda boleh dapat banyak info tentang syarikat, dana dan sebagainya.

Agen yang baik dan berilmu sepatutnya dapat menjawab persoalan diatas dengan yakin, memantau pelaburan anda dan update status pelaburan anda dari semasa ke semasa.

Selain dari itu anda juga boleh dinasihatkan tambahlah ilmu tentang hal-hal kewangan. Selain dapat menambah ilmu, anda juga boleh mengelakkan diri dari menjadi mangsa tipu orang yang tidak amanah. Orang yang paling bertanggungjawab ke atas wang anda adalah ANDA sendiri.

If something smells fishy, run for your lives!!!

Semoga bermanfaat.

2012 tahun lompat

Posted: 29 February 2012 in Bicara santai

Tags: tahun lompat 0

Cara website google menyambut tahun lompat..so cute!

Hari ini 29 Februari 2012. Tahun ini sesiapa yang dilahirkan pada 29 Februari dapat menyambutnya pada ‘hari sebenar’. Lepas ni tunggu 4 tahun lagi lah ye

Page 13: Assalamualaikum w

Apa itu tahun lompat?

Kata Encik Wiki :

Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.

Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac.

Jadi bagi sesiapa yang menyambut hari lahir tahun ini, HAVE FUN!! Enjoy it to the fullest..

Jumpa lagi,

(019-7916848)

Share this post:

TwitterFacebookMore

Loading...

Pelaburan unit trust untuk pendidikan anak-anak

Page 14: Assalamualaikum w

Posted: 27 February 2012 in Info pelaburan unit trust, Pulangan pelaburan unit trust

Tags: pelaburan unit trust, pelan pendidikan, Tabung pendidikan anak 0

Setiap ibubapa mendoakan kecemerlangan akademik anak-anak kan?

Assalamualaikum & Salam Isnin,

Setiap anak yang lahir itu ibarat kain putih yang suci, tanggungjawab ibubapa lah yang akan mencorakkan kain putih itu menjadi warna indah kehidupan yang cemerlang buat anak itu; dunia & akhirat.

Setiap ibubapa pasti akan berdoa dan berazam memberikan terbaik untuk anak-anaknya bukan? Salah satu yang penting sudah tentulah dari segi pendidikan anak-anak. Kos pendidikan pula semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, kos perubatan di Universiti Malaya pada masa ini ialah RM24,200, tidak mustahil 15 tahun akan datang kos itu akan bertambah berlipat kali ganda!

Alangkah bertuahnya saya mendapat biasiswa waktu saya melanjutkan pelajaran selepas SPM dahulu. Malah saya adalah batch terakhir yang menerima biasiswa JPA pada masa itu. Selepas itu, kerajaan menawarkan pinjaman(bayar separuh/semua mengikut result tahun akhir), pinjaman PTPTN(yang makin ramai tak bayar balik!). Dan sekarang syarat nak meminjam PTPTN mesti ada pula simpanan di SSPN(yang memberikan keuntungan yang sangat sedikit)

Jadi semakin lama semakin susah kita hendak menyara pendidikan anak-anak jika kita tidak menyimpan sendiri.

Imagine jika anak kita sudah bertungkus lumus belajar, mendapat result yang baik dalam SPM dan bersedia untuk melanjutkan pelajaran, tapi ibubapa pula tidak mampu untuk membayar? Aduh..!! Kasihan kan anak-anak kita?

Page 15: Assalamualaikum w

Apa alternatif yang kita ada?

Syarikat insurans/takaful ada menyediakan pelan-pelan pendidikan untuk anak-anak kita. Dengan menabung secara tetap tiap-tiap bulan, pada umur 18 tahun kita sudah boleh mengeluarkan wang insurans/takaful itu. Pada saya pelan pendidikan ini memang bagus, tetapi return yang diberikan tidaklah sebaik pelaburan dalam bentuk lain kerana sebahagian simpanan digunakan untuk cover perlindungan pelan insurans/takaful tersebut. Jangan salah faham, saya bukan menghentam pelan insurans/takaful ye. Pada saya ianya amat bagus untuk memupuk budaya menyimpan. Cuma pada hemat saya, jika ibubapa sudah mempunyai pelan insurans/takaful sendiri, adalah lebih baik tabung pendidikan anak-anak dilaburkan dalam instrumen lain yang dapat memberi pulangan yang lebih baik contohnya unit trust.

Alternatif lain : pelaburan unit trust

Dengan pelaburan unit trust :

Sekiranya anak baru lahir dan kita menabung RM200 sebulan, 17 tahun selepas itu kita dapat mengumpul RM107,340(berdasarkan 10% compounded interest).

Sekiranya anak kita berumur 5 tahun, dan kita menabung RM200 sebulan, 12 tahun selepas itu kita dapat mengumpul RM55,748(berdasarkan 10% compounded interest).

Dengan perbezaan umur 5 tahun, jumlah simpanan bulanan yang sama ie RM200, terdapat perbezaan sebanyak RM51,592 jika kita bandingkan melabur pada usia bayi dan pada usia 5 tahun.

Kesimpulannya :

1) Pelaburan unit trust adalah instrumen yang baik untuk menabung pendidikan anak. Ianya kerana dengan pelaburan jangka panjang, kita dapat melipat-gandakan wang simpanan. Pelaburan unit trust ini adalah risiko rendah tapi kita mendapat pulangan yang sangat baik.

2) Mulakanlah pelaburan untuk pendidikan anak anda lebih awal, lebih awal melabur lebih baik pulangannya. Kita juga tidak perlu meyimpan dengan amaun yang tinggi.(RM200 tidaklah tinggi mana kan..? Pada sesetengah orang mungkin dicelah gigi saja)

Page 16: Assalamualaikum w

3) Kita juga akan mendapat ketenangan fikiran kerana kita sudah tahu yang nasib anak kita akan terbela bila kita sudah mula menyimpan untuk masa hadapannya. Peace yo!

So marilah kita melabur untuk pendidikan anak bermula sekarang! Lagi lama kita tunggu, makin tak buat kesudahannya. Makin sikit pulangannya, makin tinggi amaun yang perlu disimpan untuk mendapat target yang dikehendaki.

Untuk info lanjut, hubungi saya ye. Jumpa lagi!

12 Money Tips

Posted: 23 February 2012 in Bicara santai

Tags: Money tips 0

$$$

Hari ni saya nak share satu artikel menarik dari website Reader’s Digest Asia

Here you go..

12 Money Tips

1. Never lose control over your assets as long as you live. Think thrice before you give a power of attorney, or write property away even to your nearest and dearest. Relationships can change over time, so it’s wiser to will it instead.

2. Write a will anyway. It’s not unlucky. Most people postpone writing one, or never do so.

Page 17: Assalamualaikum w

3. Not all banks are “as safe as a bank.” Your money is safest in the public sector banks. Each year you hear of a cooperative bank or two going down.

4. Keep track of your credit card statements and bank accounts. Don’t go by bank statements alone: verify each transaction yourself against bills and your own books or computer entries.

5. You no longer have to buy gold to invest in gold. Buy into a gold exchange traded fund (ETF) instead. This way you can’t be robbed of the gold, you don’t have to worry about storing it, and there’s no wealth tax or long-term capital gains tax.

6. Don’t fall for very high interest rates when you take a fixed deposit. If somebody offers you incredibly high rates, it’s only because others don’t trust them enough to lend them money. The higher the interest rate, the greater will be your chance of losing all your money.

7. Buying shares online is usually cheaper and faster than buying from a broker. And you get to have more control.

8. Read up about tax deductions. Many, like expenses on treatment of disabled parents, special tax concessions for senior citizens, or donations to certain charities, are often overlooked.

9. Debit cards that don’t require a PIN for shopping are not as secure as those that require a PIN. Anybody who finds it may use it at a shop.

10. Make a note of whether your credit card offers accident and disability insurance. Reports say that there are fewer claims on such insurance, because many cardholders are not aware of it.

Page 18: Assalamualaikum w

11. A zero-interest loan is never what it claims. You get no discounts, you pay things like processi1. Never lose control over your assets as long as you live. Think thrice before you give a power of attorney, or write property away even to your nearest and dearest. Relationships can change over time, so it’s wiser to will it instead.

12. If you own shares that pay dividends, a good growth strategy is to reinvest all the dividends back into more shares. If it’s mutual funds, choose a dividend reinvestment plan.

The 10 commandments of success

Posted: 22 February 2012 in Bicara santai

Tags: 10 commandments of success 0

Buat jangan tak buat ;-)

Entry ini dibuat dalam keadaan cepat nak balik =)

Kecik sangat wording dalam image diatas, jadi saya nak share la kat sini ye

10 commandments of success :

1) Speak to people

There is nothing as nice as a cheerful greeting

Page 19: Assalamualaikum w

2) Smile =)

It takes 72 muscles to frown – only 14 to smile.

Senyuman itu satu ibadah yang paling senang. So flash out your teeth people!

3) Call people by name

Everyone is pleased when you remember their name (especially your customers!!)

4) Be friendly and helpful

and others will respond to you in like manner

5) Speak and act

as if everything you do were a genuine pleasure

6) Be genuinely

interested in people

7) Be generous

with praise – cautions with criticism

Page 20: Assalamualaikum w

8) Be considerate

with the feelings of others, it will be appreciated

9) Be thoughtful

of the opinions of others, there are 3 sides to any controversies – yours, the other person & the right one

10) Be willing

to give service, what counts most in life is what we do for others.

(especially true to those who are in the service industry like me!!)

There you go people. Praktis jangan tak praktis …

3-in-1 concept pelaburan unit trust

Posted: 20 February 2012 in Info pelaburan unit trust

Tags: 3-in-1 concept, group term life, personal accident, takaful 0

Tadaaa....! Inilah dia 3-in-1 concept pelaburan unit trust ;-)

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Page 21: Assalamualaikum w

Pernahkah anda dengar tentang 3-in-1 concept dalam pelaburan unit trust?

Dengan melabur unit trust anda sebenarnya mendapat 3 perkara iaitu savings, investment dan juga Free Takaful.

Ye betul, free takaful. Siapa yang tak suka barang yang boleh dapat percuma kan?? Budak kecik suka, sayaa pun sukaa… ;-)

Dan yang bestnya, anda bukan saja dapat 1 jenis takaful, dapat 2 tau. Iaitu Group Term Life dan Group Personal Accident up to maximum RM100,000 coverage. Haa..menarik ke tak menarik?

Dengan adanya 3-in-1 concept pelaburan unit trust ni anda boleh merancang nak beli rumah, rancang pendidikan untuk anak-anak, rancang tabung persaraan dan lain-lain(percutian, medical, beli tanah etc)

So kepada sesiapa yang nak tau lebih lanjut pasal 3-in-1 concept pelaburan unit trust ni cepat-cepatlah hubungi saya ye

ARCHIVE FOR MARCH, 2012

Pulangan dividen dari pelaburan unit trust

Posted: 13 March 2012 in Pulangan pelaburan unit trust

Tags: dividen, pelaburan unit trust, pulangan dividen 0

Assalamualaikum,

Seperti artikel lalu, pulangan dari pelaburan unit trust adalah dari 2 jenis iaitu :

1) Capital growth atau pertumbuhan modal

Page 22: Assalamualaikum w

2) Distribution atau dividen

Bagaimana cara pengiraan pulangan dividen?

Amaun pelaburan = NAV (net asset value) X No of units

Bila kita melabur, kita akan dapat unit. Objektif pelaburan unit trust yang paling penting ialah untuk mengumpul unit sebanyak-banyak yang boleh.

Kenapa?

Kerana dividen akan dikira mengikut berapa amaun distribution dan juga bilangan unit.

Contoh :

NAV pada 1/1/2007 = 0.5815

Amaun pelaburan permulaan = RM100,000 (Cash)

Jumlah pelaburan sebenar(selepas ditolak service charge 5.5%) = RM94,786.72

Jumlah unit terkumpul

= 94,786.72 / 0.5815

Page 23: Assalamualaikum w

= 163, 003.81 units

Berikut pula adalah dividen unit trust yang di umumkan pada tahun akhir kewangan dana mengikut tahun :

Tahun Distribution(sen) Amaun dividen(RM)

2007 6.5 sen RM10,595.25 (163,003.81 X 0.065)

2008 10.0 sen RM16,300.38 (163,003.81 X 0.1)

2009 7.5 sen RM12,225.29 (163,003.81 X 0.075)

2010 8.0 sen RM13,040.30 (163,003.81 X 0.08)

2011 Jual pelaburan (NAV : 0.7439)RM121,258.53 (163,003.81 X 0.7439)

Jumlah dividen terkumpul dari 2007 – 2010 = RM52,161.62

Jumlah pulangan unit trust dari 2007-2010(termasuk dividen)

= RM121,258.53 + RM52,161.62

= RM173,419.75 (total return ~ 73% dalam masa 5 tahun)

Pulangan dividen ini boleh dilaburkan semula atau di tunaikan mengikut kemahuan pelabur (bagi pelaburan tunai).

Jika dividen dilaburkan semula, kita boleh mengumpul lebih banyak unit dari tahun ke tahun. Jadi sudah tentulah jumlah pulangan lebih tinggi apabila kita menjual pelaburan ini.

Page 24: Assalamualaikum w

Mari kita bandingkan pulangan dari Fixed Deposit mengikut jumlah simpanan yang sama(RM100,000)

Tahun Kadar Faedah (%)Amaun dividen(RM)

2007 3.7 %RM3,700 (100,000 X 3.7 %)

2008 3.7 %RM3,700 (100,000 X 3.7 %)

2009 2.5 %RM2,500 (100,000 X 3.7 %)

2010 2.85% RM2850 (100,000 X 3.7 %)

2011 3.7 %RM3,700 (100,000 X 3.7 %)

Jumlah faedah terkumpul dari 2007 – 2011 = RM16,450

Jumlah simpanan + faedah = RM116,450 (total return ~ 16% dalam masa 5 tahun)

Dari contoh diatas, perbandingan yang jelas dapat dilihat iaitu adalah amat menguntungkan jika melabur dalam unit trust berbanding fixed deposit.

Fixed deposit tiada pertumbuhan modal atau dividen, yang ada hanyalah kadar faedah.

Dengan pelaburan unit trust anda juga boleh menikmati pulangan dividen yang baik setiap tahun(bergantung kepada prestasi pelaburan dana yang dipilih)

Bak kata kartun Dilbert :

Berbaloi-baloi!

Page 25: Assalamualaikum w

Bestkan?

Yang pentingnya matlamat pelaburan kita mestilah jelas. Apa tujuan kita melabur?

1) Pertumbuhan modal?

2) Pendapatan dividen?

3) Kedua-duanya sekali?

Bila dah jelas barulah unit trust consultant boleh memilih dana yang sesuai dengan matlamat pelabur.

Posted: 8 March 2012 in Kesedaran

Tags: boleh bergantung pada anak, cukup ke ada rumah sewa, cukup ke duit kwsp, cukup ke insurans takaful, cukup ke simpanan, persaraan 0

Assalamualaikum,

(Post ini susulan dari post saya sebelum ini.)

Tidak ramai antara kita yang akan memikirkan betul-betul tentang persaraan kita.

Ada yang kata “Aku masih muda, ada 30 tahun lagi nak bersara. Masih lama lagi” atau “Apa susah anak-anak kan ada”.

Agak-agak apa sumber kewangan yang anda boleh fikirkan sekarang untuk persaraan kelak?

Page 26: Assalamualaikum w

Ramai yang kata KWSP, pencen, simpanan, insurans/takaful, hartanah dan anak-anak.

Soalan saya, Cukup Ke? untuk kita harungi persaraan hingga umur 70-80-90 tahun?

Jom kita tengok satu-satu alternatif yang ada dan kenapa saya kata tidak cukup.

1) KWSP

Kajian menunjukkan bahawa purata rakyat Malaysia hanya akan perolehi RM135,000 wang simpanan KWSP pada umur 55 tahun.

Nampak banyak, tapi tahukah anda rata-rata pesara akan menghabiskan wang itu dalam masa 2 tahun sahaja! Apa akan jadi pada anda selepas itu? Anda masih ada 15-20 tahun lagi dalam persaraan!

Kenapa wang KWSP tidak cukup? Kerana kita telah diberi kelonggaran oleh KWSP untuk mengeluarkan wang sebelum umur 55 tahun, untuk membeli rumah, mengurangkan pinjaman perumahan, menanggung perubatan atau pendidikan anak-anak.

So, Cukup ke?

2) Pencen

Jumlah pencen yang dapat hanyalah separuh dari gaji terakhir anda. Itu pun sekiranya anda bekerja dengan kerajaan pada tempoh-tempoh tertentu. Anda dah biasa dengan lifestyle RM5000 sebulan(contoh) dan kini terpaksa hidup dengan lifestyle RM2500 sahaja? Inikah yang anda mahukan?

So, Cukup ke?

3) Simpanan sendiri

Page 27: Assalamualaikum w

Kajian menunjukkan cuma 39% rakyat Malaysia yang betul-betul mempunyai tabiat menabung untuk persaraan. Yang lain?

Ada juga client yang saya jumpa menabung dalam Fixed Deposit. FD bukan tidak bagus. Pulangan terjamin, tapi adakan pulangannya tinggi? Adakah pulangannya dapat menyaingi kadar inflasi? Buat pengetahuan, FD bagus dijadikan simpanan kecemasan jangka pendek. Untuk jangka panjang seperti persaraan, this option is out.

So, Cukup ke?

4) Insurans/takaful

Terdapat 2 jenis utama produk insurans/takaful iaitu term life dan investment-linked.

Term life akan bayar pampasan kepada waris selepas anda meninggal dunia. Anda dapat duit itu? Sudah tentu tidak. Premiumnya rendah dan sesuai bagi mereka yang mahukan protection sahaja

Investment-linked pula terdapat 2 dalam 1 iaitu protection dan juga pelaburan. Ramai antara kita akan mengambil polisi sebegini memikirkan kita sendiri akan dapat pulangan setelah matangnya polisi itu. Tapi perlu ingat premium yang dibayar adalah tinggi dan sebahagian besar akan digunakan untuk protection bukannya pelaburan. Jadi wang pelaburan yang anda dapat hasil pelaburan nanti tidaklah begitu banyak.

So, Cukup ke?

5) Hartanah

Memadai ke jika anda hanya mempunyai satu atau dua rumah sewa? Pulak tu terletak jauh dari bandar? Atau satu rumah di lokasi baik yang anda boleh jual untuk menyara diri 10 atau 20 tahun lagi lepas bersara nanti?

Kecualilah anda mempunyai lebih dari 5 buah rumah yang terletak di lokasi strategik dan menjadi impian ramai orang untuk memilikinya!

So, Cukup ke?

6) Anak-anak

Page 28: Assalamualaikum w

Agak pelik untuk menyatakan kita boleh bergantung harap pada anak lepas bersara kelak. Zaman sudah berubah. Pada zaman sekarang pun sudah kedengaran cerita-cerita tidak enak ditelinga bagaimana seorang ayah di halau dari rumah, ibubapa hidup dalam keadaan dhaif tidak dipedulikan anak-anak. Begitu juga fenomena menghantar ibubapa ke rumah orang-orang tua. Apa lagi pada zaman akan datang? Yang pastinya kita memang tidak boleh mengharap dapat bergantung pada anak-anak atas alasan jerit-payah membesarkan mereka dahulu. Pernah dengar kata-kata “No Money, No Love, No Respect” ? Ada wang semua sayang, tiada wang, semua lari!

So, boleh ke?

Cukup Ke...?

Mungkin ada yang kata, campur-campur KWSP/Pencen, simpanan, insurans/takaful, rumah sewa dan anak-anak, boleh la nanti aku survive. Ingin ke anda meletakkan harapan yang samar sebegitu untuk masa depan anda sendiri?

Fikir-fikirkan lah. Apa alternatif lain yang anda ada?

Jika anda ingin tahu alternatif lain yang boleh menolong menggandakan wang simpanan persaraan anda, sila hubungi saya ye!

Merancang persaraan anda

Posted: 6 March 2012 in Info pelaburan unit trust

Tags: bersara, medical inflation, rancang persaraan 0

The key to successful retirement

Assalamualaikum,

Setiap hari yang dilalui, kita semakin menghampiri dunia persaraan.

Page 29: Assalamualaikum w

Sudahkah anda bersedia untuk bersara? Atau ada yang mahu bekerja selagi hayat dikandung badan?

Langkah-langkah merancang persaraan, kenalpasti :

1) Bila

Berapa tahun lagi anda akan bersara?

2) Pertimbangkan

Berapa amaun tabung persaraan diperlukan ? Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah keadaan jangka hayat kita yang bertambah, bila kita betul-betul akan bersara dan lifestyle selepas persaraan yang diimpikan?

3) Taksirkan

Berapa simpanan semasa/nilai pelaburan/caruman KWSP yang ada?

4) Strategi

Berapa lump sum cash yang boleh disimpan atau dilaburkan?

Berapa simpanan tiap-tiap bulan boleh dilaburkan? (DDI – direct debit investment)

Berapa boleh dilaburkan dari caruman KWSP semasa?

Kenapa kita perlu menyimpan dari sekarang? Kerana sebenarnya simpanan KWSP atau pencen tidak mencukupi untuk kita lalui hari-hari persaraan dengan lifestyle yang kita inginkan. Sudah tentu kita tidak mahu downgrade lifestyle sekarang bila bersara bukan?

Sebab apa tidak cukup ?

Page 30: Assalamualaikum w

1) Kos perubatan semakin meningkat

Quote dari akhbar TheStar pada 14 March 2009

“Global medical inflation averages about 10% each year!”

2) Kadar inflasi juga naik dari tahun ke tahun

Jika anda mempunyai RM100,000 sekarang dan kadar inflasi ialah 4% setahun, mengikut Rule 72, anda nilai wang itu hanya tinggal RM50,000 dalam masa 18 tahun!

3) Kadar hayat rakyat Malaysia juga kini dilaporkan sekitar 72 tahun bagi lelaki dan 75 tahun bagi wanita.

Kita akan menempuhi 15 tahun dalam persaraan sekiranya kita bersara pada umur 55 tahun!

Jika purata perbelanjaan bulanan yang diperlukan ialah RM3500, dan anda ada 15 tahun dalam persaraan, anda perlu ada simpanan sebanyak RM851,427!! Amaun ini akan bertambah berganda-ganda jika anda hidup lebih lama.

Apa sumber pendapatan selepas persaraan?

1) Bergantung pada anak-anak?

Anak-anak telah dewasa dan mungkin sudah mempunyai keluarga sendiri dan memerlukan komitmen yang banyak. Perlukah kita membebankan anak-anak?

Page 31: Assalamualaikum w

2) Skim pencen

Jika anda pesara kerajaan, anda ada pencen. Tapi cukupkah duit pencen tu? Amaun pencen yang diterima setiap bulan hanyalah setengah dari gaji terakhir anda!

3) Sara diri sendiri

Dari KWSP/Simpanan sendiri/Pelaburan/Insurans yang telah matang

4) Jangan berhenti bekerja

Bekerja selagi anda layak dan sihat.

Mana satu pilihan anda? Pilihan saya sudah tentulah No 3(sara diri sendiri)

Saya pasti semua orang juga jika boleh akan memilih no 3. Mungkin sekarang anda ada KWSP, simpanan serba sedikit dan juga insurans/takaful yang akan matang pada umur 55/60 tahun.

Jika anda belum memulakan pelaburan, mulailah SEKARANG!

Anda sudah penat bekerja untuk menyimpan wang, kenapa tidak anda biarkan wang itu pula bekerja keras untuk anda?

Melabur lah secara konsisten(buat direct debit investment tiap-tiap bulan atau keluarkan dari KWSP tiap-tiap 3 bukan sekali ke akaun pelaburan)

Sentiasa pantau portfolio pelaburan anda, supaya ianya mencapai objektif pelaburan jangka panjang anda

Bersabarlah menunggu pulangan pelaburan. Pelaburan unit trust biasanya akan menunjukkan pulangan yang baik selepas 5 tahun ke atas.

Bertindaklah sekarang untuk mendapat persaraan yang anda impikan..

Jumpa lagi!

ARCHIVE FOR APRIL, 2012

Dividen unit trust yang paling tinggi

Posted: 24 April 2012 in Info pelaburan unit trust, Pulangan pelaburan unit trust

Tags: Dividen unit trust, prestasi unit trust 0

Page 32: Assalamualaikum w

Hmm..

Antara search keyword yang singgah ke blog saya.

Mungkin penanya mahu tahu antara dana-dana yang memberikan pulangan terbaik dari segi dividen(pengagihan)

Sebenarnya pulangan dividen berbeza antara dana-dana mengikut objektif pelaburan dana itu.

Ada dana yang memberi pulangan dalam bentuk pertumbuhan modal(capital growth)

Ada dana yang memberi pulangan dalam bentuk dividen(pengagihan)

Ada juga dana yang memberi pulangan dalam bentuk pertumbuhan modal DAN juga dividen

Jadi dividen yang diberi sangat berbeza-beza antara satu dana ke dana lain

Bagi dana yang memberi pulangan dalam bentuk dividen, sudah tentulah pelaburan yang dibuat dijuruskan kepada saham-saham yang boleh memberi pulangan yang baik kepada pelaburnya.

Berjumpalah unit trust consultant untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tajuk ini.

Boleh rugi ke melabur unit trust?

Posted: 19 April 2012 in Info pelaburan unit trust

Page 33: Assalamualaikum w

Tags: rugi melabur unit trust 0

Mayday..! Mayday..!

Setiap bentuk pelaburan ada risiko untuk untung atau rugi.

Pelaburan unit trust juga tidak terkecuali.

Kenapa orang boleh rugi melabur unit trust?

1) Terpaksa menjual pada harga yang rendah

- Konsep unit trust “Buy low sell high”. Adakala pelabur terpaksa menjual pelaburan mereka sebab emergency. Jika terpaksa menjual pada harga rendah dari harga beli, sudah tentulah kita rugi.

2) Hilang fokus pada matlamat pelaburan

– Pada asalnya kita melabur untuk tabung persaraan. Tetapi baru selang 3 tahun, hati digaru-garu untuk renovate rumah(lepas tengok cik kiah sebelah renovate rumah dia). So hancur leburlah matlamat nak menabung untuk persaraan. Lebih teruk jika kita jual pada harga yang rendah.

3) Nak cepat untung!

– Pelaburan unit trust ni hanya untuk orang-orang yang sabar menunggu hasil pelaburan. Pada yang baru melabur 2-3 tahun dan expect dapat untung yang banyak, unit trust TIDAK SESUAI untuk anda! So sesiapa yang expect nak untung cepat, ada banyak cash in-hand dan high-risk investor, sila melabur terus dalam pasaran saham ye.

Page 34: Assalamualaikum w

4) Terpengaruh dengar kata orang keliling

- Ada pelabur suka mendengar kata saudara dan kawan-kawan dari mendengar kata agen unit trust. Bila pasaran saham turun, mereka cepat-cepat nak jual pelaburan(atas alasan takut rugi lagi banyak). Sebenarnya, dalam unit trust ada konsep switching dimana kita boleh switch pelaburan ke dana bon atau money market sekiranya ekonomi pasaran saham dijangka merudum. Kita boleh switch untuk lock-profit sahaja atau kesemua sekali unit. Teknik switching tidak terdapat pada pelaburan terus ke kaunter saham.

Conclusion-nya, kita kena SABAR dan mesti FOKUS pada matlamat asal pelaburan.

Kalau pelaburan unit trust ni buat orang rugi :

– agak-agak kerajaan Malaysia bagi ke syarikat pengurus dana beroperasi?

– agak-agak KWSP bagi ke pencarumnya keluarkan sebahagian dari simpanan akaun 1 untuk melabur unit trust?

– agak-agak kenapa ada ramai sangat pelabur yang puas hati dengan pulangan unit trust dan terus menambah pelaburan?

Loading...

Simpan atau Melabur? Apa pilihan anda?

Posted: 13 April 2012 in Pilihan menyimpan dan melabur

Tags: Pilihan melabur, Pilihan menyimpan, pros dan cons akaun simpanan, pros dan cons fixed deposit, pros dan cons insurans/takaful

Page 35: Assalamualaikum w

hayat, pros dan cons pasaran saham, pros dan cons pelaburan hartanah, pros dan cons unit trust 0

Apa pilihan anda?

Terdapat banyak pilihan untuk kita memulakan simpanan atau pelaburan.

Disini saya turunkan beberapa kaedah menyimpan/melabur serta pros dan cons nya sekali.

Yang pastinya, pilihan terbaik di tangan anda! Tidak semestinya satu kaedah yang berjaya dilakukan orang lain sesuai untuk anda.

1) Akaun simpanan

Pros :

- Akaun senang dibuka

– Amaun diperlukan untuk membuka akaun adalah minima

– Wang senang dikeluarkan

Cons :

– Wang senang dikeluarkan, matlamat menyimpan selalu tersasar

– Kadar faedah yang rendah

2) Fixed Deposit

Pros :

– Kadar faedah lebih tinggi dari akan simpanan biasa

– Biasanya simpanan terikat selama sebulan, 3 bulan, 6 bulan atau setahun. Duit tidak boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Page 36: Assalamualaikum w

Cons :

– Kadar faedah biasanya rendah dari pelaburan lain dan sentiasa dibayangi oleh kadar inflasi semasa

– Pengeluaran wang yang tidak fleksibel.

3) Hartanah

Pros :

– Kaedah “menyimpan secara terpaksa” yang efektif

– “Benteng” yang kuat dari inflasi

– Boleh mendapat pulangan yang sangat baik bila pasaran hartanah naik

Cons :

– Perlu modal yang besar pada permulaan

– Perlu mendapatkan pinjaman perumahan kerana harga yang tinggi

– Perlu mencari buyer sesuai jika mahu dijual dan ini memakan masa yang lama

4) Insurans/Takaful Hayat

Pros :

- Kaedah ‘2 in 1′, iaitu menyimpan dan perlindungan yang sangat baik

– Simpanan dilakukan tiap-tiap bulan menjadikan anda ada habit menyimpan yang baik

– Kaedah “menyimpan terpaksa” yang terbukti berkesan

Cons :

– Pulangan yang kurang dari kaedah pelaburan jangka panjang yang lain

– Kurang fleksibel

Page 37: Assalamualaikum w

5) Unit trust

Pros :

– Kaedah pelaburan yang baik untuk pelabur yang suka menyimpan secara tetap

– Amaun pelaburan awal yang minima(walaupun lebih tinggi dari amaun simpanan biasa)

– Pelabur boleh menikmati faedah membuat ringgit cost averaging(RCA)

– Portfolio pelaburan yang seimbang yang dikendalikan oleh pengurus dana profesional

– Pelabur boleh menjual pelaburan pada bila-bila masa bila harganya naik

Cons :

– Yuran atau up-front charges yang mengurangkan nilai pelaburan

– Risiko pasaran saham/kadar faedah/matawang yang turun naik

6) Pasaran saham

Pros :

– Pelaburan yang ‘menyeronokkan’ buat active investors yang mempunyai profail risiko yang tinggi

– Pulangan yang sangat baik apabila aktiviti belian/jualan dilakukan pada harga yang sesuai, pada masa yang betul

Cons :

- Permulaan modal yang banyak diperlukan di awal pelaburan

– Bukan untuk regular investor yang ingin membuat pelaburan tiap-tiap bulan

– Perlu pengorbanan masa untuk mencari info tentang pasaran saham. Jika silap membeli, anda akan kerugian yang banyak.

Page 38: Assalamualaikum w

Buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan anda.

Kekurangan pelaburan unit trust

Posted: 12 April 2012 in Info pelaburan unit trust

Tags: caj unit trust, kekurangan unit trust, kelemahan unit trust, passive investor, yuran unit trust 0

Apa kekurangan unit trust?

Setiap bentuk pelaburan sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya bukan?

Post ini merupakan susulan kepada post Kelebihan Pelaburan Unit Trust sebelum ini.

So apa kekurangan unit trust ni ye?

1) Faktor risiko

– Risiko memang tak dapat dielakkan dalam apa jua bentuk pelaburan. Penting untuk pelabur mengetahui bentuk risiko dalam pelaburan yang ingin dilakukannya. Pendedahan kepada risiko ini dapat memberikan gambaran kepada bentuk pulangan yang bakal diperolehi.

– Antara risiko unit trust ialah risiko turun naik pasaran saham, risiko harga saham, risiko kecairan, risiko matawang, risiko kadar faedah dan risiko tidak -patuh syariah.

Page 39: Assalamualaikum w

Contoh – unit trust dana ekuiti akan terdedah kepada risiko turun naik pasaran saham. Bagaimana cara nak mengurangkan risiko ini? Caranya ialah mengamalkan RCA(ringgit cost averaging) dengan membuat pelaburan tetap tiap-tiap bulan, melabur dalam jangka panjang, mengamalkan konsep switching (dari dana ekuiti ke dana bond/money market pada ketika pasaran saham yang tinggi) dan juga asset allocation untuk menyeimbangkan profil pelaburan

2) Faktor tiada kawalan keatas pelaburan

- Ini kerana pelaburan akan dilakukan oleh pengurus dana yang profesional. Jadi pelabur tiada kuasa keatas urusan jual beli portfolio.

– Sebenarnya ada kebaikan diatas kekurangan ini kerana biasanya pelabur unit trust merupakan passive investor. Mereka tiada pengetahuan tentang urusan jual-beli saham, bagaimana nak monitor atau tiada masa untuk monitor. Mereka hanya mahu pulangan yang baik dari pelaburan ini. Jika mereka adalah active investor, sudah tentu ini merupakan kekurangan besar kepada mereka.

3) Faktor yuran pengurusan, yuran pemegang amanah, service charge dan cukai pelaburan

- Ramai yang menyatakan kurang senang terhadap pelaburan unit trust kerana adanya kos-kos diatas.

– Yuran pengurusan, yuran pemegang amanah dan lain-lain yuran adalah merupakan yuran tahunan. Yuran-yuran ini ditolak dari pendapatan kasar dana. Contoh : yuran pengurusan adalah sekitar 0.75 – 1.65% setahun

– Service charge yang dikenakan pula adalah sekali sahaja pada awal pelaburan(bergantung pada dana yang dipilih). Tiada apa-apa charges dikenakan jika anda menjual pelaburan anda. Charge ini tidak dikenakan tiap-tiap bulan melainkan anda membuat DDI(direct debit investment).

Page 40: Assalamualaikum w

– Ramai yang merungut kos-kos diatas akan mengurangkan pulangan pelaburan. Mereka mengatakan service charge yang dikenakan adalah up-front, awal-awal lagi akan mengurangkan jumlah pelaburan. Ya saya akui, sebab itulah kita perlu ingat bahawa pelaburan unit trust merupakan pelaburan jangka panjang. In fact dalam jangka 1-3 tahun, mungkin kita akan dapati pulangannya sangat sedikit(tidak berbaloi). Tetapi jika kita tetap pada matlamat asal untuk melabur dalam jangka panjang, insya Allah kita akan dapat pulangan yang sangat baik.

Jadi sebelum anda melabur, sentiasalah timbangkan pros and cons sesuatu pelaburan itu. Mungkin pelaburan unit trust tidak sesuai untuk anda(saya akan keluarkan post lain untuk itu).

Kelebihan pelaburan unit trust

Posted: 9 April 2012 in Info pelaburan unit trust

Tags: faedah melabur unit trust, kelebihan pelaburan unit trust, menariknya unit trust 0

Kelebihan pelaburan unit trust

1) Pertumbuhan modal

– Dengan adanya ciri pertumbuhan modal pada unit trust, ianya boleh dijadikan sebagai benteng dari inflasi

– Unit trust boleh dijadikan instrumen yang baik untuk menabung bagi persaraan dan juga pendidikan anak-anak.

2) Pengagihan keuntungan(dividen)

Page 41: Assalamualaikum w

- Pelabur boleh menikmati pendapatan ekstra tiap-tiap tahun? Siapa yang tak nak?

3) Switching

– Kenapa perlu switch? Keperluan switching amat diperlukan untuk mengurangkan risiko pasaran saham yang naik atau turun, asset allocation dan juga mengikut keperluan pelabur sendiri. Ciri ini TIADA bagi pelaburan terus dalam pasaran saham, pelaburan emas atau pelaburan hartanah

4) Professional fund manager

- anda tidak perlu stress untuk monitor pasaran saham setiap hari kerana pelaburan unit trust dikendalikan oleh fund manager yang profesional

– pelaburan dalam sektor tertentu hanya dibuat selepas analisa yang terperinci(dari segi keutuhan, prestasi syarikat dan lain-lain)

5) Kepelbagaian pelaburan

– Pernah dengar pepatah “Don’t put all your eggs in one basket”?

– Duit pelabur akan dilaburkan dalam pelbagai sektor saham, bon dan juga pasaran matawang untuk mengurangkan risiko

6) Purata 10% pulangan setahun

- Prestasi yang lebih baik dari fixed deposit dan KWSP

Page 42: Assalamualaikum w

– benteng dari inflasi(kerajaan menyatakan kadar inflasi semasa = 3%)

– peluang amat baik untuk menambah aset anda

7) Kecairan

– Unit boleh dibeli dan jual pada bila-bila masa, jadi anda boleh menjual pelaburan pada bila-bila masa

– Tidak perlu mencari penjual atau pembeli(tidak seperti pelabur emas fizikal)

– Boleh menjual separuh atau kesemua unit

8) Simpanan/Pelaburan secara tetap tiap-tiap bulan

- Amalan RCA(ringgit cost averaging) untuk menambah pelaburan dan menguntungkan pelabur dalam jangka panjang

– Tiada pada pelaburan terus pasaran saham, pelaburan emas atau pelaburan hartanah

9) Perlindungan takaful percuma

- 3-in-1 concept.

– Simpanan, pelaburan dan free takaful. (Yang meliputi group term life, total permanent disablility dan group personal accident)

Page 43: Assalamualaikum w

There you go! Menarik bukan…?

Unit Trust vs Fixed Deposit

Posted: 9 May 2012 in Info pelaburan unit trust

Masih ramai antara kita yang menabung dalam Fixed Deposit. Saya sendiri pernah berjumpa beberapa prospek yang lebih suka menyimpan dalam Fixed Depsit berbanding unit trust.

Sebabnya : kita rasa simpanan dalam fixed deposit adalah selamat kerana ianya tidak berisiko tinggi

Soalan saya :

1) Adakah pulangan sebanyak 3%-4% sudah mencukupi?

2) Tidakkah kita rasa pulangan sebegitu akan ditelan inflasi di masa depan?

3) Dari mana pihak bank dapat untuk memberi pulangan 3%-4% kepada penyimpan FD?

4) Simpanan FD memerlukan kita menyimpan dalam tempoh tertentu(3 bulan, 6 bulan, 12 bulan). Bagaimana jika ada emergency semasa tempoh itu?

Ramai yang menyimpan/melabur untuk persaraan, pendidikan anak-anak, nak pergi haji/melancong atau keperluan dimasa hadapan(contoh perubatan). Sudah semestinya apa jua matlamat kita menyimpan/melabur, ianya memerlukan amaun yang banyak.

Jika FD hanya dapat memberi pulangan sebanyak 3%-4%, agak-agak boleh ke kita capai matlamat kita? Atau ianya akan hanya di telan inflasi?

Page 44: Assalamualaikum w

Jika unit trust boleh memberi pulangan sekitar 10% dengan risiko terkawal, masihkan kita mahu terus menyimpan di FD?

Bagaimana pula pihak bank dapat memberi pulangan 3%-4% kepada penyimpan FD?

Sebenarnya pihak bank juga menggunakan simpanan kita untuk membuat pelaburan lain, bagi pinjaman kepada orang lain(personal loan, housing loan, car loan) dan sebagainya. Keuntungan dari situ lah, pihak bank bagi balik kepada kita. Jadi kalau pihak bank berani menggunakan duit kita untuk membuat pelaburan, kenapa tidak kita sendiri melabur duit itu untuk mendapatkan pulangan yang lebih banyak?

Dan simpanan FD juga memerlukan kita membuat simpanan dalam tempoh tetap ie 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan. Bagaimana kalau ada musibah dan kita perlukan duit segera?

Bagi pelaburan unit trust, pelabur boleh membeli dan menjual pada bila-bila masa. Tiada masalah tempoh seperti FD. Bahkan jika kita terlalu takut pada risiko tinggi dalam unit trust(dana ekuiti), kita boleh melabur dalam dana bon yang berisiko rendah tetapi telah terbukti memberi pulangan yang lebih baik dari FD.

Jadi apa pilihan anda sekarang? :-)