1. surat perubahan perancangan latihan negeri klkm 2015

2
Ruj. Kami: PLNg.KLKM/LTH/2015(4) Tarikh: 1 April 2015 SENARAI EDARAN SEPERTI DILAMPIRAN Tuan/Puan, PERUBAHAN PERANCANGAN LATIHAN 2015 BAGI NEGERI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM) Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat kami bertarikh 1 Februari 2015 dengan nombor rujukan : PLNg.KLKM/LTH/2015(1) adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengadakan latihan bagi tahun 2015 di bawah kelolaan Pasukan Latihan Negeri KLKM. Latihan ini adalah bertujuan untuk melahirkan Ahli Kelanasiswa, Pemimpin dan Pesuruhjaya ke arah Anugerah Baden-Powell (BPA) dan Anugerah Kepimpinan Manikayu yang berkualiti dan bersistematik. 3. Untuk makluman tuan/puan, Lawatan Verfikasi Portfolio Calon Baden-Powell Award (BPA) KLKM dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2015, manakala Perkhemahan Pentarafan & Istiadat Pentauliahan Anugerah Baden-Powell & Manikayu KLKM (PPIP) pula dijangka akan diadakan pada bulan November 2015. 4. Sehubungan dengan itu, mohon tuan/puan mencalonkan semula peserta di daerah masing-masing mengikut perancangan tahunan yang telah dikemaskini. Berikut adalah dokumen rujukan dan borang yang perlu dilengkapkan iaitu: 4.1 Perancangan Latihan Tahun 2015 Pasukan Latihan Negeri KLKM v1.4.15 4.2 Borang Pencalonan Latihan 2015 (BPL) v1.4.15 ../2-

Upload: dtkcrow

Post on 01-Oct-2015

247 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

DekanPusat Pengajian Ilmu PendidikanUniversiti Sains Malaysia11800 PULAU PINANG

TRANSCRIPT

  • Ruj. Kami: PLNg.KLKM/LTH/2015(4) Tarikh: 1 April 2015

    SENARAI EDARAN SEPERTI DILAMPIRAN

    Tuan/Puan, PERUBAHAN PERANCANGAN LATIHAN 2015 BAGI NEGERI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM) Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat kami bertarikh 1 Februari 2015 dengan nombor rujukan : PLNg.KLKM/LTH/2015(1) adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengadakan latihan bagi tahun 2015 di bawah kelolaan Pasukan Latihan Negeri KLKM. Latihan ini adalah bertujuan untuk melahirkan Ahli Kelanasiswa, Pemimpin dan Pesuruhjaya ke arah Anugerah Baden-Powell (BPA) dan Anugerah Kepimpinan Manikayu yang berkualiti dan bersistematik. 3. Untuk makluman tuan/puan, Lawatan Verfikasi Portfolio Calon Baden-Powell Award (BPA) KLKM dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2015, manakala Perkhemahan Pentarafan & Istiadat Pentauliahan Anugerah Baden-Powell & Manikayu KLKM (PPIP) pula dijangka akan diadakan pada bulan November 2015. 4. Sehubungan dengan itu, mohon tuan/puan mencalonkan semula peserta di daerah masing-masing mengikut perancangan tahunan yang telah dikemaskini. Berikut adalah dokumen rujukan dan borang yang perlu dilengkapkan iaitu: 4.1 Perancangan Latihan Tahun 2015 Pasukan Latihan Negeri KLKM v1.4.15 4.2 Borang Pencalonan Latihan 2015 (BPL) v1.4.15

    ../2-

  • 5. Oleh yang demikian, tuan/puan dimohon menghantar Borang BPL tersebut dengan lengkap (berbentuk softcopy sahaja) kepada Pasukan Latihan Negeri KLKM melalui emel: [email protected] SEBELUM ATAU PADA 27 APRIL 2015 (ISNIN). Jika ada sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi saya di talian 019-3538585. Kerjasama dan perhatian tuan dalam menjayakan kursus ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI

    KELANASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN UNIVERSITI

    Yang menjalankan tugas, AFFENDY ZABKHA BIN MOHAMAD ZAIN, PJK. Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia s.k : Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM D/A Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

    Universiti Sains Malaysia 11800 PULAU PINANG

    : Pengarah

    Bahagian Pembangunan Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik Aras 4, Galeria PjH, Jalan P4w 62100 W.P. PUTRAJAYA (u/p Tuan Haji Mohd Azman bin Mohd Alwy) Ketua Penolong Pengarah)

    : Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 5, No. 2, Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5 62200 W.P. PUTRAJAYA (u/p Puan Diana Sim Siew Geok Penolong Pengarah Unit Komuniti & Kesukarelawanan)

    : Setiausaha Pasukan Latihan Negeri KLKM D/A Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat JOHOR DARUL TAKZIM