1-sejarah perkembangan badminton

10
SEJARAH PERKEMBANGAN ANTARABANGSA Seperti kebanyakan permainan yang terdapat pada hari ini, badminton juga mempunyai sejarahnya tersendiri. Bagaimanapun, tiada sesiapa yang dapat mengakui akan asal-usul permainan ini atau tempat asalnya. Lukisan-lukisan yang terdapat di beberapa tempat di Eropah menunjukkan bahawa badminton sudah mula dimainkan pada abad ke-17 dan ke-18. Sumber sejarah juga menerangkan iatu di Negara China sudah ada sejenis permainan yang menggunakan bola berbulu yang mirip kepada bulu tangkis untuk badminton sekarang. Bagaimanapun catatan itu tidak pula menerangkan penggunaan pemukul atau raket atau bilangan pemain seperti sekarang. Menurut Encyclopedia Americana pula, permainan badminton pertama kali dimainkan di India. Orang India menamakannya sebagai ‘poona’. Menurut encyclopedia itu, tarikh tepat kelahiran permainan ini di negara tersebut tidak pula dikesan, walaupun ramai yang berpendapat sekitar abad ke-17. Walaupun ada lagi dakwaan menyatakan sukan ini bermula di England, namun tempat asal permainan ini adalah di India. Dari India barulah badminton dibawa ke England. Ini dilakukan oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India, kemudian terikut- ikut dan turut sama bermain badminton. Mereka mencabut penyumbat botol yang diperbuat daripada gabus. Kemudian disekeliling gabus itu dilekatkan bulu angsa bagi memudahkan bola itu dilambung- lambung apabila dipukul atau disepak.

Upload: chaos92

Post on 16-Feb-2015

83 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

badminton

TRANSCRIPT

Page 1: 1-Sejarah Perkembangan Badminton

SEJARAH PERKEMBANGAN ANTARABANGSA

Seperti kebanyakan permainan yang terdapat pada hari ini, badminton juga mempunyai

sejarahnya tersendiri. Bagaimanapun, tiada sesiapa yang dapat mengakui akan asal-

usul permainan ini atau tempat asalnya. Lukisan-lukisan yang terdapat di beberapa

tempat di Eropah menunjukkan bahawa badminton sudah mula dimainkan pada abad

ke-17 dan ke-18.

Sumber sejarah juga menerangkan iatu di Negara China sudah ada sejenis permainan

yang menggunakan bola berbulu yang mirip kepada bulu tangkis untuk badminton

sekarang. Bagaimanapun catatan itu tidak pula menerangkan penggunaan pemukul

atau raket atau bilangan pemain seperti sekarang.

Menurut Encyclopedia Americana pula, permainan badminton pertama kali dimainkan di

India. Orang India menamakannya sebagai ‘poona’. Menurut encyclopedia itu, tarikh

tepat kelahiran permainan ini di negara tersebut tidak pula dikesan, walaupun ramai

yang berpendapat sekitar abad ke-17.

Walaupun ada lagi dakwaan menyatakan sukan ini bermula di England, namun tempat

asal permainan ini adalah di India. Dari India barulah badminton dibawa ke England. Ini

dilakukan oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India, kemudian terikut-ikut dan

turut sama bermain badminton. Mereka mencabut penyumbat botol yang diperbuat

daripada gabus. Kemudian disekeliling gabus itu dilekatkan bulu angsa bagi

memudahkan bola itu dilambung-lambung apabila dipukul atau disepak.

Askar-askar Inggeris tadi, apabila bercuti atau telah menamatkan tempoh perkhidmatan

mereka di India, telah pulang dan membawa bersama unsur-unsur permainan

badminton ini. Duke of Beaufort, memperkenalkan permaina ini kepada masyarakat

atasan Inggeris di sana, iatu disebuah bandar bernama Gloucester lebih kurang

sekitar tahun 1873. Tempat permainan ini dinamakan badminton. Disebabkan orang

Inggeris lebih biasa menyebut badminton daripada poona dan sesuai pula dikalangan

penduduk di situ, mereka mula menyebut permainan itu sebagai badminton sahaja.

Lama-kelamaan nama asal yang lahir di India hilang begitu sahaja dan wujudlah

badminton.

Page 2: 1-Sejarah Perkembangan Badminton

Namun begitu, nama ‘badminton’ berasal dari nama Kota Badminton di Wilayah

Glouscestershire, England. Perkembangan permainan ini boleh dikaitkan dengan

Tamadun China, Greek, Jepun dan India. Permainan ini mempunyai perkaitan dengan

permainan primitif battledore dan shuttlecork. Dikatakan sebelum permainan ini, orang

Cina telah bermain Ti Jian Zi atau menendang bulu tangkis, iatu satu permainan yang

menggunakan kedua-dua belah kaki.

Permainan tersebut menggunakan bulu tangkis, tetapi tidak jelas sama ada ia

mempunyai kaitan kaitan dengan permainan battledore atau shuttlecork, dimana

permainan ini telah diperkenalkan di Greek 2000 tahun sebelumnya.

Permainan tersebut juga dimainkan oleh kanak-kanak di India dan askar-askar British

yang bertugas di India dan askar-askar British yang bertugas disana pada tahun 1860.

Pegawai-pegawai tentera ini telah mengubah permainan tersebut dengan menambah

jaring dan memperkenalkan permainan tersebut dengan sebagai ‘poona’. Pada ketika

itu, permainan poona dilengkapi dengan peraturan-peraturan permainan yang

didokumentasikan pada tahun 1867.

Perkembangan Sukan Badminton Di Malaysia

Badminton mula diperkenalkan di Malaysia sebagai satu sukan sosial, di mana

badminton dimainkan dalam perlawanan persahabatan dan antara kelab sukan di

Malaya. Selepas Perang Dunia Kedua, ia telah menjadi satu permainan yang amat

digemari oleh masyarakat Malaya dan menggugat kedudukan sukan bola sepak yang

pada ketika itu merupakan sukan untuk semua. Pada tahun 1950-an, terdapat

sebanyak 50 buah kelab sukan badminton telah ditubuhkan di seluruh negara.

Negeri Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia yang menganjur dan

mengelolakan pertandingan badminton yang pertama secara formal (1929).

Pemenangnya pada ketika itu ialah A.M. Samuel yang telah membayar sendiri tambang

pengangkutannya ke England (1939) untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan

Seluruh England. Di sana, beliau telah mengejutkan pihak lawan dengan melayakkan

Page 3: 1-Sejarah Perkembangan Badminton

diri ke peringkat separuh akhir. Rakan sepasukan dari Malaysia iaitu Eddy Choong (kini

bergelar Datuk) telah mengambil bahagian dalam 12 pertandingan akhir All England

dan memenangi empat acara perseorangan, iaitu pada tahun 1953, 1954, 1956, 1957.

Beliau merupakan lagenda dalam sukan badminton kerana turut memenangi acara regu

lelaki bersam abangnya, David Choong 3 kali berturut-turut . (1951-1953).

Malaysia yang turut diwakili oleh pemain-pemain seperti Wong Peng Soon dan Ong

Poh Lim turut mengambil bahagian dalam pertandingan pertama Piala Thomas di

Queens Halls. England (1949). Dalam pertandingan tersebut, pasukan negara telah

memenangi piala tersebut dengan kemenangan atas Denmark 8-1 semasa

pertandingan akhir.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah ditubuhkan pada 1934. Persatuan ini

telah menjadi ahli IBF yang ke-13 pada 1037. Pada 1938, dianggarkan terdapat lebih

25 000 pemain yang aktif bermain badminton di Malaya. Seabad kemudian, pemain

Malaysia telah mengejutkan dan menakluk dunia dengan corak permainan pantas dan

teknik menyerang yang menandakan bermulanya dominasi pemain Timur di dalam

bahagian lelaki.

Sejak itu, Malaysia telah memenangi Piala Thomas sebanyak empat kali (1952,

1955, 1967, 1992). Walau bagaimanapun, Malaysia belum pernah memenangi Piala

Uber, iaitu permainan berpasukan badminton dunia bagi wanita.

Di peringkat Sukan Olimpik, Rashid Sidek telah berjaya memenangi pingat gangsa

yang pertama untuk Malaysia dalam acara perseorangan (1996), manakala pemain-

pemain regu lelaki, iaitu Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock serta Jalani Sidek dan Rzif

Sidek telah berjaya memenangi pihak perak dan gangsa pada Sukan Olimpik yang

sama. Seterusnya pada Sukan Olimpik 2000 di Sdyney, Choong Tan Fook dan Lee

Wan Wah telah mendapat tempat keempat dalam acara regu lelaki.

Page 4: 1-Sejarah Perkembangan Badminton

UNDANG-UNDANG

Badminton boleh dimain antara dua orang (acara perseorangan) atau empat orang

(acara regu). Tujuannya adalah untuk memukul bulu tangkis melepasi jaring ke dalam

gelanggang pihak lawan sama ada bulu tangkis menyentuh lantai gelanggang sebelum

pihak lawan dapat membalasnya balik atau pihak lawan memukulnya keluar dari

gelanggang atau terkandas di jaring. Bulu tangkis tidak boleh melantun pada bila-bila

masa apabila ia dimainkan. Pemain hanya memperoleh mata apabila memenangi rali

yang dimulakan dengan servisnya.

Terdapat lima jenis acara yang dimainkan dalam badminton, iatu perseorangan lelaki

dan wanita, regu lelaki dan wanita serta regu campuran. Terdapat beberapa cara

pengiraan skor dalam badminton. Dalam permainan yang biasa, bentuk skor the best of

three games digunakan, iatu 11 mata untuk perseorangan perempuan dan 15 mata

untuk perseorangan lelaki, regu lelaki, regu wanita dan regu campuran.

Dalam perlawanan perseorangan, pemain yang membuat servis, lazimnya dipanggil

dahulu dan skor “kosong” dirujuk sebagai love. Jika pemain yang membuat servis

mendapat mata genap dalam permainan perseorangan, beliau mesti membuat servis

dari sebelah kanan kawasan servis gelanggang. Tetapi apabila di mata ganjil, maka

servis perlu dibuat disebelah kiri gelanggangnya. Servis akan diarah ke gelanggang

pihak lawan secara melintang dan pihak lawan perlu berada di di kawasan gelanggang

tersebut sebelum servis boleh dilakukan. Pemain hanya mendapat mata apabila beliau

memenang rali dari dari servisnya. Jika pemain menang rali pertama dengan servisnya

dari kanan servis gelanggang, skor akan menjadi 1-0 dan beliau akan melakukan servis

dari kiri gelanggang dan seterusnya .

Page 5: 1-Sejarah Perkembangan Badminton

A C

R2 S1

R2 S2

B D

S1 Kedudukan pembuat servis dipetak kanan

S2 Kedudukan pembuat servis dipetak kiri

R1 Kedudukan penerima servis dipetak kanan

R2 Kedudukan penerima servis dipetak kiri

ABCDKawasan permainan perseorangan

Rajah 1.1 Gelanggang badminton untuk acara perseorangan

Manakala dalam pertandingan perseorangan wanita yang diiktiraf oleh IBF, pemain

yang memperoleh 11 mata yang pertama akan memenangi perlawanan set tersebut.

Jika skor perlawanan tersebut sampai ke mata 10 sama (10-10).

Page 6: 1-Sejarah Perkembangan Badminton

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON

6. Cara Menentukan Keputusan

i. Kedua-dua belah pihak hendaklah bertanding dalam satu game 21 mata dari

pusingan awal hingga ke pusingan Suku Akhir.

ii. Pemain-pemain hendaklah menukar petak gelanggang pada mata 11.

iii. Tambahan tiga ( 3 ) mata hanya dua puluh (20) sama.

iv. Pada peringkat separuh akhir dan akhir, kedua pihak hendaklah bertanding

dan memenangi dua daripada tiga game, 11 mata untuk ( Perseorangan

Perempuan) dan 15 mata untuk (Peseorangan,Beregu Lelaki dan Beregu

Perempuan).

7. Pakaian

i. Pakaian sukan mesti kemas, bersih dan sopan. Lukisan dan iklan tidak

dibenarkan.

ii. Sebarang jenis warna pakaian sukan dibenarkan tetapi tertakluk kepada

syarat-syarat Pengiklanan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton

Antarabangsa (IBF).

8. Gelanggang Permainan

i. Gelanggang hendaklah berbentuk segiempat tepat dan dibuat sepertimana di

Rajah A.

ii. Garis-garis hendaklah yang mudah dibezakan dan seelok-eloknya berwarna

putih dan kuning.

iii. Gelanggang-gelanggang yang telah dipilih untuk perlawanan hendaklah

mempunyai 9 meter (30 kaki) Ketinggian yang minimum dari lantai

keseluruhan gelanggang dan hendaklah ada ruang lapang sekurang-

kurangnya 2 meter ( 6.5 kaki ) mengelilingi semua garis-garis luar

gelanggang.

Page 7: 1-Sejarah Perkembangan Badminton

9. Alatan

i. Jenis bulu tangkis yang akan digunakan akan diputuskan oleh Pihak penganjur.

ii. Tiang.

iii. Tiang-tiang hendaklah tinggi 1.55 meter dari permukaan gelanggang dan

hendaklah diletakkan digaris sempadan tepi untuk beregu seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah A.

iv. Sekiranya tiang-tiang tidak berada di garis-garis sempadan tepi, maka

hendaklah diusahakan satu cara untuk menunjukkan letaknya garis sempadan

tepi di mana garis itu lalu di bawah jarring. Misalnya menggunakan jalur bahan

lebarnya 40 mm yang dipasangkan pada garis sempadan tepi dan naik tegak ke

tali jaring.

v. Jaring.

vi. Jaring hendaklah diperbuat daripada tali halus yang berwarna gelap dan sama

tebal dengan siratannya tidak kurang 15 mm dan tidak melebihi 20 mm.

vii. Labuh jaring hendaklah berukuran 760 mm

viii.Bahagian atas sekali jaring itu hendaklah tingginya 1.524 meter dari lantai

iaitu di bahagian tengahnya dan 1.55 meter di bahagian garis-garis

sempadan tepi untuk acara beregu.

ix. Tidak terdapat kawasan-kawasan yang renggang di antara hujung-hujung jaring

dan tiang-tiang. Tidak perlu keseluruhan hujung jaring hendaklah diikat kepada

tiang.