6.1_air & kesihatan
TRANSCRIPT
ZAKI BIN ALI PUSAT IKAN HIASAN 33600 ENGGOR PERAK
PENGURUSAN MUTU AIR PEMAHAMAN ASAS-ASAS MUTU AIRTajuk-tajuk Yang Akan Dibentangkan :Pengenalan Kepentingan Kualiti Air Dalam Akuakultur Punca (Sumber) Bekalan Air Faktor-faktor Yang mempengaruhi Mutu Air Cara-cara Pengawasan Cara-cara Pungutan Sampel Kesimpulan (Mutu Air Sebagai Punca Masalah Penyakit)
PENGENALANMemudahkan para penternak untuk menguruskan aktiviti ternakan ikan masingmasing. Air adalah merupakan media untuk hidupan ikan dan lain-lain organisma air, seperti juga udara kepada manusia dan lain-lain hidupan darat. Penting memahami kehendak ikan (organisma air) yang diternak bagi mendapatkan hasil yang tinggi seperti yang diharapkan.
Kepentingan Kualiti Air Dalam AkuakulturKejayaan operasi akuakultur amat bergantung kepada kualiti air yang baik. Ikan Memerlukan Air :Oksigen untuk bernafas Mencari makanan Membesar Mengeluarkan bahan buangan ( Proses Perkumuhan ) Mengawan dan membiak
Punca (sumber) Bekalan AirDi dalam aktiviti akuakultur, air selalunya adalah faktor penghad Banyak faktor kimia dan persekitaran yang negatif di dalam operasi akuakultur berpunca dari sumber air yang digunakan Penting pemilihan tapak untuk aktiviti akuakultur dibuat berdasarkan kepada kualiti dan juga kuantiti air yang terdapat Bekalan air yang selalu digunakan untuk aktiviti akuakultur selalu diperolehi dari sungai, terusan, tasik/empangan dan juga air bawah tanah
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MUTU AIRFOTOSINTESI S
SUHU
pH AIR
OKSIGEN TERLARU T
BAHAN BUANGA N IKAN
AMMONIA
Fotosintesis
Banyak parameter mutu air seperti DO, CO2, pusingan pH, bahan buangan ikan dikawal oleh reaksi fotosintesis yang dijalankan oleh fitoplankton. Secara ringkasnya, fotosintesis adalah proses yang dijalankan oleh fitoplankton yang menggunakan cahaya matahari bagi menukarkan CO2 kepada bahan makanan (karbohidrat) dan melepaskan O2.
Suhu
Merupakan 1 faktor yang penting kepada ikan Ikan mempunyai suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran (air) Suhu akan memberi kesan kepada :
Aktiviti (Proses Perkumuhan ) Pergerakan Makanan Tumbesaran Dan Pembiakan Semua Jenis Ikan dalam proses
Suhu yang sesuai diantara 25C ~ 32C. Suhu juga memainkan peranan di stratifikasi termal.
Oksigen Terlarut
Seperti juga manusia, ikan memerlukan O2 untuk proses respirasi (bernafas). Jumlah O2 yang diperlukan oleh ikan adalah bergantung kepada saiz, kadar makanan, tahap aktiviti dan juga suhu. Bagi mendapatkan kadar pertumbuhan ikan yang tinggi, ikan harus diternak pada tahap kandungan O2 yang optima Kandungan O2 yang rendah kurang dari 5 ppm/l akan menyebabkan ikan merasa tertekan. Pada tahap yang kurang dari 2 ppm/l pula boleh menyebabkan kematian ikan.
Oksigen Terlarut
Alat untuk mengukur Paras oksigen dlm. Air.
Oksigen Terlarut
Menentukan D.O. & Suhu menggunakan probe elektronik
pH Air
Adalah satu parameter penting yang kerap diukur oleh pengamal akuakultur. Ia digunakan untuk memastikan ciri-ciri asid dan alkali sesuatu larutan. pH yang rendah menandakan keadaan berasid dan pH yang tinggi adalah beralkali manakala pH 7 adalah neutral Ikan boleh hidup dan membesar dengan baik pada pH antara 6.5 8.5 ppm Sekiranya bacaan pH adalah di luar julat ini, tumbesaran ikan berkurangan. Pada pH kurang dari 4.5 atau melebihi 10, kematian akan berlaku
pH
Menentukan pH dgn. digital pH meter
Bahan Buangan Ikan
Bahan buangan ini bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan kepada insang ikan tetapi juga boleh menyebabkan beberapa masalah lain terutama di dalam sistem penapis biologi Bahan buangan yang berbentuk partikulat ini juga boleh menyebabkan perkembangan bakteria yang mengeluarkan ammonia.
AmmoniaSecara tabii ikan akan mengeluarkan ammonia ke dalam air dalam bentuk bahan buangan Terdapat 2 bentuk ammonia : Un-ionized (NH3) Ammonia Toksik Ionized (NH4) - Ammonia Tak Toksik
NH3 + NH4 = NO3 (Nitrat)
Ammonia
Multiparameter test kit
Definisi PenyakitPerubahan Perlakuan Dan Fizikal Ikan Dari Keadaan Normal Pada Tak Normal (Gangguan Fungsi Organ Dalaman)
Faktor-Faktor Ikan Diserang Penyakit Perubahan
Suhu
Oksigen Pembuangan
Metabolik Handling/Pengendalian
Bagaimana Ia Menyerang Ikan Melalui
Insang Ikan Melalui Kulit ( Kecederaan ) Makanan
Tanda-Tanda Patologi & Simptom Pada IkanPerlakuan Ikan
Luaran IkanPertukaran Warna Badan Kurus Bentuk Badan Tak Normal Pendarahan Pd Kulit & Sirip Lendir Berlebihan & Pucat Pada Insang Mata Selaput, Terkeluar & Pendarahan
Berenang Tak Tentu Hala & Tercungap Berenang Lemah & Kepala Ke Bawah Menggesel Badan Berada Di Dasar Sangkar Timbul Di Permukaan
Tanda-Tanda Patologi & Simptom Pada IkanDalaman Ikan
Pendarahan & Pembesaran Organ Dalam Terdapat Cecair Dalam Perut ( Abdomen ) Kehadiran Parasit Bahagian Dlm Badan Kehadiran Bintik Putih Pd Organ Dalaman
Agen-Agen Penyakit IkanWhite Spot ( Rintik Putih ) Trichodina Sp Chilodinella Sp Ichthybodo Sp ( Costia Sp ) Helminth-Trematode ( Flukes ) Lernaea Sp ( Anchor Worm/Cacing Sauh ) Argulus Sp
White Spot ( Rintik Putih )Menjangkiti Semua Jenis Ikan Air Tawar Terutama Benih & Rega-Rega ikan Menembusi Kulit & Insang Tidak Makan Serta Menggeselkan Badannya, Flushing, Bintik Putih Timbul Garam-1000 PPM Formalin-20 ~ 25 PPM 3 Kali Berturut-Turut ( Setiap 2 Hari ) Selama 1 Minggu
Ichthyopthirius Multifilis ( White Spot )
Kitar Hidup Protozoa Ichthyopthirius Multifilis
White spot disease
Trichodina Sp
Menyerang Bhg Insang & Badan Boleh Hidup Lebih 2 Hari Tanpa Perumah Hidup Pd Berudu, Krustasia Hakisan Kulit, Sirip Pecah, Kurang Makan & Mudah Diserang Bakteria Mutu Air Tidak Baik Rawatan Formalin 25 PPM 2 Hari Berturut Selama 1 Minggu ( 3 Kali )
Trichodina Sp
Trichodina
ChilodinellaKulit & Insang Sebagai Sasaran Peringkat Asuhan > Peka Terhadap Jangkitan Kualiti Air Merosot Berlebihan Lendir Berwarna Kelabu Keputihan, Kelihatan Dengan Jelas Pada Kulit Badan & Insang Yang Diijangkiti Garam-1000 PPM, Formalin-25 PPM 3 Hari Berturut-Turut Selama 1 Minggu ( 2 Kali )
Chilodonella Sp
Jangkitan Ichthyobodo ( Costia Sp )Menjangkiti Ikan Terutama Di Insang & Kulit Mudah Dikenalpasti Pd Benih-Benih Ikan Di Kolam Asuhan Cepat Membiak Yg Menyebabkan Stress Pd Ikan Kemerah-Merahan Di Bhg Kulit @ Insang Disebabkan Oleh Jangkitan Sekunder Formalin 15 PPM~25 PPM Rawatan Berterusan Hingga Sembuh
Ichthyobodo
Parasit Helminth-Trematode ( Flukes ) Gyrodctylus SpIkan Ternakan Terutamanya Peringkat Benih Menyerang Hampir Semua Jenis Ikan Terutama Keli-Bhg Kulit Anak-Anak Ikan Menjadi Lemah & Tidak makan Tanda-Tanda Reput Pd Sirip, Jejanggut & Seringkali Di Bhg Bawah Kepala Ikan Menjadi Merah Formalin 25 PPM-Berterusan
Gyrodactylus Sp
Lernaea Sp ( Anchor Worm/Cacing Sauh )Menjangkiti Semua Jenis Ikan Terutama Kap Menyebabkan Badan Berbintik-Bintik Merah Terutama Dibahagian Badan, Sirip, & Kepala Jangkitan Sekunder Organ Pelekat Berbentuk Sauh-Tidak Kelihatan Kerana Tertanam Di Dlm Badan Ikan 0.25 Diptrex-Sekali Seminggu Selama 4 Kali Berturut-Turut
Lernaea
Goldfish with an anchor worm.
Adult female removed from host. Right :Anchor right Left : Egg sacs
Argulus SpSemua Jenis Ikan Ternakan Di Setiap Peringkat Menjangkiti Kulit, Sirip & Insang Ikan Ikan Lemah, Hilang Warna, Pertumbuhan Terbantut, Flashing Memastikan Kolam Yang Digunakan Menjalankan Penyediaan Yang Sistematik e.g : Dikeringkan, Dikapur 0.25 PPM Diptrex-Sekali Seminggu Selama 4 Minggu Berturut-Turut
Argulus Sp
Kaedah Rawatan Ikan
Pastikan Punca Penyakit Diselidiki
Dengan Betul Perbelanjaan > Nilai Pasaran = Perawatan Tidak Perlu Keadaan Ikan Berpenyakit Sudah Ditahap Kritikal Mungkin Sudah Terlambat = Ikan Akan Mati Juga Menambahkan Kerugian.
Rawatan Ikan
Cara Rawatan Ikan :1. Mandian ( Bath ) 2. Celupan ( Dip ) 3. Sapuan ( Swabbing )
1.Mandian ( Bath )a. Mandian Dengan Masa Yang Ditetapkan Pada Jangkamasa Yang Dikehendaki Seperti 1-3 Jam.
b. Rendaman Berterusan Pada Jangkamasa Yang Penjang Seperti 2 @ 3 Hari Hingga 1 Minggu
2.Celupan ( Dip )
Rawatan Cara Ini Memerlukan Takaran Ubat Yang Tinggi Dalam Jangkamasa Yang Pendek. Sesuai Mengendalikan Sebilangan Ikan Yang Sedikit Jumlahnya Dicelup Dalam Bancuhan Ubat Selama 15 45 Saat Mengikut Jenis Kimia, Tahap Larutan Dan spesies Ikan.
3. Sapuan ( Swabbing )
Sesuai Mengubati Ikan Yang Dijangkiti Kulat Lebih Efektif Dengan Cara Menyapu Di Bahagian Yang Dijangkiti. > Berguna Untuk Merawat Ikan Bersaiz Besar Dan Bilangan Ikan Yang Kecil Terutama Pada Ikan Yang Berharga Methylene Blue-Takat 2-3ppm Diserap Pada Kapas Dan Disapu Pada TompokTompok Badan Yang Dijangkiti Kulat
Pencegahan PenyakitAspek Pemilihan Tapak & Pengendalian Sangkar Infrastruktur; Rekabentuk; Sangkar; Tapak-Jauh Dari Pencemaran; Dll Aspek Pengendalian Faktor Persekitaran Sistem Ternakan Pengaliran Air Yang Baik, Kedalaman Air, Penjagaan Jaring Dengan Baik Utk Elakkan Kehadiran Parasit & Bakteria
Pencegahan Penyakit
Aspek Pengendalian Keadaan Ikan Ternakan Benih Bebas Penyakit Rawatan Pencegahan Asingkan Yang Lemah & Beri Rawatan Kadar Pelepasan Pada TahapOptima Asingkan Mengikut Saiz Buang Ikan Yang Mati Serta-Merta JANGAN BUANG DALAM AIR Pemberian Makanan Mencukupi Pengawasan Perubahan Kelakuan Ikan/ Mutu Air Dari Masa Ke Semasa
Pencegahan Penyakit
Simpan Rekod Ternakan Untuk Memudahkan Rawatan Tarikh Ternakan Sumber Benih Saiz Benih Kadar Pelepasan Jenis Makanan Dan Kadarnya Jenis Rawatan Yang Diberikan Rekod Kematian Dan Bilangannya Perubahan Mutu Air.Dll
Bolehkah Kita Merawat Penyakit Ikan ??Mendatangkan Keburukkan Dr Kebaikan Ikan Sakit Tak Makan Stress Pada Ikan, Kos Dan Masa Rawatan Boleh Dilakukan Tapi Kurang Selamat @ Berkesan
Prinsip Kemoterapi & Rawatan Penyakit Rawatan
Bergantung Kepada Penggunaan Bahan Kimia @ UbatUbatan Untuk Membunuh Organisma Penyebab PERLU INGAT-Penggunaan Ubat/Bahan Kimia Tidak Dapat Bunuh 100% Organisma Pembawa Penyakit UBAT-CARA TERAKHIR UNTUK KAWALAN PENYAKIT
KESIMPULAN ( MUTU AIR SEBAGAI PUNCA MASALAH PENYAKIT )Mutu air boleh mempengaruhi kesihatan ikan dalam sistem ternakan secara langsung (menyebabkan kematian) atau tidak langsung (membantutkan tumbesaran). Pengekalan mutu air yang baik dalam akuakultur memerlukan pemahaman tentang komponen fizikal dan kimia air serta pengetahuan tentang parameter mutu air yang ideal untuk spesies-spesies ikan yang diternak
TERIMA KASIH!!