1. pengenalan

6
Pengenalan IKM Lumut 1 BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (KEMAHIRAN) MARA KERTAS PENERANGAN 1. PENGENALAN PENYAMAN UDARA AIR CONDITION

Upload: lekolekobp

Post on 12-Jun-2015

465 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. pengenalan

Pengenalan

IKM Lumut 1

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

(KEMAHIRAN) MARA

KERTAS PENERANGAN

1. PENGENALAN PENYAMAN UDARA

AIR CONDITION

Page 2: 1. pengenalan

Pengenalan

IKM Lumut 2

01. REFRIGERATION FUNDAMENTELS

1.1 SEJARAH PENYEJUKAN (HISTORY OF REFRIGERATION)

Sistem penyejukan dan penyaman udara adalah satu sistem yang sangat

penting kepada manusia pada masa kini. Terdapat berbagai-bagai jenis dan model

direka untuk memenuhi permintaan pengguna. Seawal kehidupan manusia, manusia

mengenali bahawa bahan sejuk adalah suatu medium yang sesuai digunakan untuk

memindahkan haba. Oleh itu salji dan ais adalah diperlukan untuk tujuan pemindahan

haba tersebut. Salji digunakan untuk menyimpan daging dan sebagainya supaya tahan

lebih lama.

Orang China mempelajari bagaimana ketulan ais batu ini boleh menyegarkan

minuman . Mereka memotong beberapa ketulan ais batu di dalam tasik semasa musim

sejuk dan disimpan dan dijual dalam musim panas. Mengikut sejarah juga ,orang

China adalah manusia yang pertama memperkenalkan minuman yang dicampurkan

dengan ais dan ia menjadikan minuman lebih sejuk dan lebih sedap untuk di minum.

Orang – orang Greek dan Roman mempergunakan hamba abdi untuk

membawa salji dari pergunungan dan disimpan ditempat yang dikhaskan berbentuk

seperti kun untuk tujuan menyejukan makanan.

Bagitu juga dikalangan penduduk Egypt mendapati bahawa air yang disimpan

didalam tempayan yang diperbuat daripada tanah lebih sejuk daripada air yang

disimpan ditempat lain. Tempayan yang berisi air tadi disimpan diatas bumbung

disebelah matahari jatuh . Apabila malam, suhu bertukar menjadi sejuk . Ini

menyebabkan suasana sekeliling bertukar menjadi lembab. Kelembapan akan

mempengaruhi suhu air dan tempayan. Dalam masa yang sama proses “Evaporation”

( Pemeluwapan) berlaku dan menyebabkan air berubah sifat menjadi sejuk.

Page 3: 1. pengenalan

Pengenalan

IKM Lumut 3

1.1.1 SEJARAH PEMBANGUNAN SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION)

Sejarah pembangunan sistem penyejukan bermula disekitar tahun 1626

dimana Francis Bacon adakah manusia pertama yang memikirkan bahawa

sistem penyejukan adalah sangat penting untuk menyimpan makanan. Beliau

telah membuat satu penyelidikan dengan menyimpan daging ayam didalam

satu tempat khas yang diisi dengan salji.Belaiu telah mendapati bahawa daging

ayam yang disimpan didalam tempat yang diisi dengan salji dapat mengawal

pembiakan bakteria.

Selepas penemuan yang pertama oleh Francis Bacon pada tahun 1626

dengan menggunakan salji, pada tahun 1834 terciptalah reka bentuk mesin

refrigeration yang pertama. Reka bentuk sistem penyejukan yang pertama ini

telah ditemui selepas 208 tahun berlalu.Tujuh Belas tahun (17) kemudian,

dalam tahun 1851 Dr. John Gorerie of Apalachicola dari Florida telah

dianugerahkan sebagai pereka perubahan dan pembuatan ais, Unit buatan

beliau digunakan di United States Marine Hospital di Apalachicola ,untuk

tujuan perubatan.

Pada tahun ,1910 Sear Reback And Company telah berjaya mencipta

Domestik Refrigerator yang pertama.Domestik Refrigerator ini mampu

menghasilkan 25 pound ( 11-34 kg ) ais ,tetapi mesin ini hanya boleh

digunakan dalam masa yang singkat sahaja.

J.L Larsen telah mengeluarkan peti sejuk yang pertama pada tahun

1913 yang dijalankan secara manual. Namun begitu penggunaannya tidak

begitu meluas. Pada tahun 1918 sebuah syarikat yang terkenal Kalvinator

Company telah berjaya menghasilkan peti sejuk yang pertama yang berkerja

secara automatik . Ini membuka lembaran baru dalam menghasilkan produk

peti sejuk. Bermula dari penemuan yang pertama inilah sehingga tahun 1920

sebanyak 200 buah peti sejuk telah berjaya dijual oleh syarikat tersebut.

Pada tahun 1926 , peti sejuk yang pertama menggunakan seal hermatik

compressor telah dikeluarkan . Peti sejuk yang menggunakan Seal Hermatik

Compressor ini telah dikeluarkan oleh syarikat General Electric.Tidak lama

kemudian Syarikat Elexrtolux pula memperkenalkan Automatic Absobtion

Unit.

Dalam jangka masa yang agak lama iaitu lebih kurang 300 tahun, maka

wujudlah sebuah unit penyejukan yang mana sampai kehari ini ia digunakan

dengan secara meluas. Suatu ketika dulu sistem penyejukan hanya digunakan

oleh golongan atasan sahaja. Tapi masa kini, ia merupakan keperluan asas

tidak kira golongan sederhana atau golongan atasan.

Page 4: 1. pengenalan

Pengenalan

IKM Lumut 4

1.2 PENGENALAN KEPADA SISTEM PENYEJUKAN

Sistem penyejukkan didefnisikan sebagai proses pemindahan haba dari satu

tempat yang tidak diperlukan kesatu tempat yang memerlukan. Haba yang tidak

diperlukan pada suatu tempat, ruang ataupun bahan perlulah dipindahkan untuk

menjadikan sesuatu tempat, ruang ataupun bahan menjadi sejuk atau nyaman. Proses

ini dipanggil “refrigerated cordinarily” ( hukum penyejukan ) dimana haba akan

dipindahkan dari tempat yang panas ketempat yang sejuk.

Refrigeration ditakrifkan sebagai satu proses menjadikan sesuatu itu sejuk.

Manakala sejuk pula boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan tanpa haba. Oleh sebab

itu, refrigeration ialah proses pemindahan atau pembuangan haba dari satu bahan

samada pepejal , cecair, mahupun gas.

1.2.1 APA ITU HABA ?

Haba ialah suatu bentuk tenaga yang tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh

dipindahkan dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Haba berpindah dari suhu

yang tinggi kesuhu yang rendah. Haba dapat dipindahkan melalui tiga cara iaitu

pengaliran, perolakan dan sinaran.

1.2.2 HABA

Haba ialah sejenis tenaga yang tidak dapat dibentuk atau dimusnahkan. Haba

dapat diperolehi dengan menukarkansatu tenaga kepada satu tenaga yang lain. Haba

boleh dibahagikankepada beberapa kelas, iaitu haba eletrik, haba mekanik, haba

nukleus, haba suria dan haba kimia.

Contoh :

a. Tenaga elektrik ditukarkankepada tenaga mekanik atau tenaga sawat bagi

menggerakkan ‘compressor’.

b. Tenaga suria boleh menjalankan sistem penyaman udara suria.

c. Tenaga mekanik boleh menjalankan sistem penyaman udara kendaraan.

Haba berpindah dari satu tempat kesatu tempat atau dari satu bahan kesatu bahan lain

melalui berbagai-bagai cara. Proses pemindahan haba berlaku dari suhu yang tinggi

kesuhu yang rendah dan berhenti apabila suhu kedua-duanya seimbang.

Cara haba berpindah.

a) Pengaliran

b) Olakan

c) Sinaran.

1.2.2.a Pengaliran

Haba berpindah dari satu benda atau bahan yang sama atau dua benda yang

bersentuhan. Contohnya : Plat keluli lembut yang dipanaskan dengan menggunakan

api kimpalan gas. Pada peringkat awalnya hanya tempat yang terkena api sahaja yang

akan panas. Tetapi lama kelamaankeseluruh plat tersebut akan menjadi panas.

Page 5: 1. pengenalan

Pengenalan

IKM Lumut 5

1.2.2.b Olakan

Olakan adalah pergerakan molekul-molekul apabila menyerab haba. Molikul-molikul

yang dipanaskan akan mengembang dan lebih ringan daripada molikul sejuk. Apabila

berkeadaan ringan molikul itu akan naik dan apabila berat, molikul itu akan tinggal

dibawah. Olakan berlaku apabila cecir atau gas dipanaskan atau disejukan.

a) 1.2.2.c Sinaran

Sinaran adalah proses pemindahan haba secara terus tanpa melalui perantaraan dari

bahan bersuhu tinggi kepada bahan bersuhu rendah melalui ruang udara yang kosong.

Contohnya : sinaran cahaya matahari yang memancarkan kebumi. Bahan-bahan yang

terdedah kepada cahaya matahari akan menjadi panas. Adakalanya bahan yang

terkena cahaya matahari ini akan terbakar.

1.2.3 Unit-unit ukuran haba.

a) Unit imperial, yang menggunakan sukatan unit haba British (‘BTU’)

b) Unit metrik, yang menggunakan sukatan dalam unit kalori dan joule.

1.2.3.2 Unit Haba British (British Thermal Unit)

Unit ini lebih dikenali dengan ‘BTU’. Berat dikira dalam sebutan paun dan suhu

disukat dengan darjah Fahrenheit. Btu bermaksud jumlah kandungan haba yang

diperlukan bagi menaikkan suhu 1 lb air pada 1°F.

Proses pemindahan haba

Sumpitan api

oksigen

Asetilena

Peti Ais

Kipas dan Motor

Penyejat

Saliran

Proses pemindahan haba 30�

30�

Tiub Saliran

Page 6: 1. pengenalan

Pengenalan

IKM Lumut 6

1.2.3.2 Unit Metrik

Unit metrik terdiri dari dua ukuran, iaitu unit kalori dan unit joule. Dalam unit kalori,

berat dikira dalam gram atau kilogram. Suhu pula disukat dalam darjah Centigrade.

Gram kalori bermaksud 1 gram air memerlukan kandungan haba 1 gram-kalori untuk

menaikkan suhu sebanyak 1°C.

Berat unit joule dikira dalam gram atau kilogram. Suhu pula disukat dalam darjah

centigrade. Kilojoule bermaksud 1 kilogram air memerlikan kandungan haba 4.187

KJ untuk menaikan suhu sebanyak 1°C.

PERSAMAAN :

746 WATT = 1 KUASA KUDA

1 K.K = 0.746 KILOWATT

1 Kw = 1.34 KUASA KUDA.

Pertukaran ‘Btu’ , Kalori dan Joule

1 ‘ Btu ’ = 252 kalori

1 ‘ Btu ‘ = 0.252 Kilokalori.