1 pengenalan

1
1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang diduduki oleh pelbagai kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Kadazan dan sebagainya. Kepelbagaian kaum ini telah bersama-sama menyumbangkan perpaduan dan keharmonian serta mencorakkan keunikan, keindahan dan keistimewaan yang terdapat dalam negara ini sehingga mewujudkan negara Malaysia pada masa kini. Walaupun setiap kaum mempunyai perbezaan dari segi budaya, kepercayaan, cara hidup dan sebagainya, tetapi perbezaan yang ada pada setiap kaum bukan merupakan penghalang kepada perpaduan di Malaysia, tetapi perbezaan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum. Menurut Mohd Ashraf Ibrahim (2013), hidup bermasyarakat merupakan satu tuntutan bagi mereka yang tinggal di sebuah negara yang merdeka seperti negara kita, Malaysia. Bagi mengekalkan keharmonian, kestabilan dan keamanan negara kita, maka setiap ahli masyarakat perlu berusaha menjaga aspek-aspek yang unik itu. Dengan kata lain, semua laipsan masyarakat mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni, aman dan gemilang. Tugasan ini secara keseluruhannya akan menyentuh tentang suasana kehidupan pelbagai masyarakat di Malaysia, perbezaan suasana sosiopolitik dan kekuatan hubungan etnik dalam negara dengan mana-mana negara lain di rantau Asia serta cabaran yang dialami dalam hubungan etnik dan cara penambahbaikan cabaran tersebut. 1

Upload: jackfri-wang

Post on 15-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dokumen ini memberikan pengenalan mengenai hubungan etnik di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: 1 PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang diduduki oleh pelbagai kaum yang

terdiri daripada Melayu, Cina, India, Kadazan dan sebagainya. Kepelbagaian kaum ini

telah bersama-sama menyumbangkan perpaduan dan keharmonian serta mencorakkan

keunikan, keindahan dan keistimewaan yang terdapat dalam negara ini sehingga

mewujudkan negara Malaysia pada masa kini. Walaupun setiap kaum mempunyai

perbezaan dari segi budaya, kepercayaan, cara hidup dan sebagainya, tetapi perbezaan

yang ada pada setiap kaum bukan merupakan penghalang kepada perpaduan di

Malaysia, tetapi perbezaan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum.

Menurut Mohd Ashraf Ibrahim (2013), hidup bermasyarakat merupakan satu

tuntutan bagi mereka yang tinggal di sebuah negara yang merdeka seperti negara kita,

Malaysia. Bagi mengekalkan keharmonian, kestabilan dan keamanan negara kita, maka

setiap ahli masyarakat perlu berusaha menjaga aspek-aspek yang unik itu. Dengan kata

lain, semua laipsan masyarakat mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk

masyarakat Malaysia yang harmoni, aman dan gemilang.

Tugasan ini secara keseluruhannya akan menyentuh tentang suasana

kehidupan pelbagai masyarakat di Malaysia, perbezaan suasana sosiopolitik dan

kekuatan hubungan etnik dalam negara dengan mana-mana negara lain di rantau Asia

serta cabaran yang dialami dalam hubungan etnik dan cara penambahbaikan cabaran

tersebut.

1